Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hari ini, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah Abu. Sebelum
itu, guru-guru dan murid-murid sibuk membuat persediaan.
Kelas Abu ditugaskan untuk menghias pentas, mereka menyusun pasu-
pasu bunga di sekeliling pentas. Kelas Aminah pula ditugaskan untuk
menyusun kerusi, tempat duduk para jemputan, ibu bapa , dan murid-murid.
Murid-murid yang mengambil bahagian giat berlatih. Mereka akan
mempersembahkan acara nyanyian, tarian, dan lakonan. Semua murid
menjalankan tugas masing-masing dengan baik. Mereka ingin menjayakan
Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah itu.

1. Apakah yang diadakan di sekolah Abu?

A. Hari Ibu Bapa


B. Hari Penyampaian Hadiah
C. Hari Ucapan
D. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah

2. Apakah tugas kelas Abu?

A. Membersihkan dewan
B. Menghias pentas
C. Menyusun kerusi meja
D. Membuat persembahan

3. Acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti berikut kecuali

A. berjenaka
B. bernyanyi
C. menari
D. lakonan

4. Sebelum hari ucapan dan penyampaian hadiah, siapa yang sibuk


membuat persediaan?

A. Guru-guru
B. Murid-murid
C. Ibu Bapa
D. Guru-guru dan murid-murid

5. Mengapakah semua murid menjalankan tugas dengan baik?

A. Mereka ingin mengharumkan nama sekolah


B. Mereka ingin mendapat hadiah
C. Mereka ingin menjayakan Hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah
D. Mereka giat berlatih

Soalan 6 – Soalan 11
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

1
Pada suatu hari, seekor singa sedang tidur di bawah pokok. Seekor tikus
terpijak ekornya. Singa terjaga dan sangat marah. Singa menangkap tikus itu
dan ingin memakannya. Tikus merayu supaya dilepaskan. Singa lalu
melepaskannya. Tikus berjanji akan membalas budi baik singa.
Pada suatu hari, singa terkena jerat pemburu. Singa meronta-ronta di
dalam jaring tetapi tidak berjaya melepaskan diri. Tikus terdengar suara singa
mengaum lalu datang menolongnya. Ia menggigit jaring itu. Akhirnya, singa
dapat melepaskan diri. Sejak hari itu, mereka menjadi kawan baik.

6. Mengapa singa terjaga dari tidurnya?

A. Ia berasa lapar
B. Ia diganggu oleh tikus
C. Ia terdengar bunyi yang ganjil
D. Ia tertembak oleh pemburu.

7. Mengapa singa ingin memakan tikus?

A. Ia marah
B. Ia kasihan kepadanya
C. Ia lapar
D. Ia ingin menolongnya

8. Singa terkena jerat siapa?

A. Tikus
B. Harimau
C. Pemburu
D. Penduduk Kampung

9. Bagaimana tikus mengetahui singa terkena jerat?

A. Binatang lain yang memberitahunya


B. Ia terdengar suara singa mengaum
C. Singa memberitahunya
D. Tikus ternampak singa terkena jerat

10. Bagaimana singa melepaskan diri?

A. Dengan bantuan Sang Harimau


B. Singa melepaskan diri sendiri
C. Pemburu yang melepaskan singa
D. Dengan bantuan tikus

11. Bagaimana sifat tikus itu?


A. Mengenang budi
B. Baik hati
C. Membalas dendam
D. Taat setia
Soalan 12 hingga Soalan 17
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Lalat ialah serangga yang kotor, ia suka hinggap pada benda kotor. Ia
mempunyai enam kaki dan sepasang sayap. Lalat bertelur di tempat yang

2
lembap, telurnya kecil dan berwarna putih. Telurnya menetas menjadi
berenga yang berupa ulat. Kemudian, ia menjadi kepompong. Dari
kepompong itu, keluarlah lalat.
Lalat suka hinggap pada tempat kotor yang banyak kuman. Kuman lekat
pada kaki lalat, apabila ia hinggap pada makanan kita, makanan itu akan
kena kuman. Lalat membawa penyakit taun. Kita mesti tutup makanan kita
dengan baik dan menjaga kebersihan rumah.

12. Lalat ialah serangga yang _____________

A. bersih
B. harum
C. busuk
D. kotor

13.Lalat mempunyai berapa pasang kaki?

A. sepasang
B. dua pasang
C. tiga pasang
D. lima pasang

14.Lalat bertelur di mana?

A. Tempat yang gelap


B. Tempat yang kering
C. Tempat yang lembap
D. Tempat yang terang

15.Telur lalat menetas menjadi apa?

A. Beluncas
B. Ulat
C. Kepompong
D. Berenga

16.Lalat membawa penyakit apa?

A. Selsema
B. Taun
C. Malaria
D. Demam denggi

Soalan 17 hingga Soalan 20


Pilih perkataan berlawanan bagi perkataan yang bergaris di bawah

17. Pakaian yang dijual di pasar raya itu sangat cantik.

A. buruk
B. lama
C. hodoh
D. jelek

3
18. Seteru Kamal di dalam kelas itu ialah Jusoh

A. Kenalan
B. Hamba
C. Musuh
D. Sahabat

19. Ayah sedang membaiki paip yang bocor itu.

A. merosakkan
B. memulihkan
C. menjaga
D. membetulkan

20. Orang tua itu semakin bakhil nampaknya.

A. kedekut
B. pemurah
C. tamak
D. jujur

Soalan 21 hingga Soalan 35


Jawab soalan-soalan di bawah dengan memilih perkataan yang
sesuai.

21. Sebuah ______________ telah terhempas di Pahang.

A. helikopter
B. lori
C. kereta
D. bas

22. Emak sedang ___________ ikan di dapur.

A. menangkap
B. memotong
C. menyiang
D. mengerat

23. Cikgu Siti sedang ______________ kertas ujian bulanan murid-murid


Tahun Tiga.

A. memeriksa
B. menyalin
C. mengulang
D. menulis

24. “ ________________ akan pergi ke pameran itu ,” kata Samud dan


Sahlan.

A. Saya
B. Kami
C. Kita
D. Mereka

4
25. “ _______________ akan berangkat ke luar negara esok ,” titah Sultan
Perak.

A. Saya
B. Patik
C. Hamba
D. Beta

26. Pakaian yang dibeli oleh ibu sungguh ________________.

A. cantik
B. kemas
C. jimat
D. kurus

27.Budak yang _______________ itu telah dimarahi oleh guru.

A. baik
B. sabar
C. nakal
D. tampan

28. Ayah menjumpai beberapa ______________ peluru di dalam semak


itu.

A. biji
B. buah
C. laras
D. butir

29.______________ nama anak awak yang belajar di luar negara itu?

A. Siapakah
B. Apakah
C. Bagaimanakah
D. Mengapakah

30.______________ letaknya rumah Cikgu Zurina?

A. Bilakah
B. Di manakah
C. Bagaimanakah
D. Siapakah

31.Pada waktu tengah malam, Lorong Budi itu sangat ______________

A. kecil
B. gelap
C. lurus
D. terang

32.Pada musim hujan, ayah akan memakai baju yang ______________

A. panjang
B. besar
C. nipis
D. tebal

5
33.Pak Ucop membeli beberapa ______________ durian di pasar tani.

A. buah
B. bongkah
C. longgok
D. ketul

34. Ramzah sedang ______________ surat kepada sahabatnya, Julia.

A. menulis
B. membaca
C. melukis
D. menerima

35._____________ besar nanti, saya mahu menjadi peguam.

A. Apabila
B. Atau
C. Kerana
D. Walaupun

Soalan 36 hingga Soalan 41


Pilih perkataan yang paling sesuai untuk mengisi tempat-tempat
kosong yang bernombor dalam petikan di bawah.

Pada hujung minggu yang (36) , sekolah saya telah


mengadakan temasya Hari Sukan bagi tahun ini. Pelbagai acara telah (37)
. Saya turut
(38) bahagian. Rumah Biru telah menjadi johan sementara
Rumah Kuning (39) naib johan. Rumah Merah, iaitu rumah saya,
(40) tempat yang ketiga. Semua ahli rumah saya (41)
untuk berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menjadi johan pada tahun
hadapan.

36.A. lampau
B. lalu
C. esok
D. sudah

37.A. diadakan
B. disajikan
C. dirancangkan
D. dibuatkan

38.A. ambil
B. pengambilan
C. diambil
D. mengambil
6
39.A. menjadikan
B. jadi
C. menjadi
D. dijadikan

40.A. menerima
B. mendapat
C. dianugerahkan
D. dihadapi

41.A. berazam
B. beringat
C. bermuka
D. berusaha

Soalan 42 hingga Soalan 47


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisikan ditempat kosong dalam ayat
di bawah ini.

42.Salimah __________________ basikal ke sekolah.

A. memandu
B. menunggu
C. mendayung
D. mengemudi

43.Lembu itu telah ______________ Pak Ali.

A. menggigit
B. membaham
C. menanduk
D. menelan

44.Harimau ialah binatang yang ______________ daging.

A. memakan
B. menggigit
C. mengunyah
D. mengoyak

45.Guru Besar _______________ di perhimpunan itu.

A. berucap
B. berkata
C. berhujah
D. berpidato

46.Puan Asmah sangat rindu ____________ anaknya.

A. pada
B. tentang
C. kepada
D. akan

47. Pameran buku itu berlangsung _____________ hujung bulan April.

7
A. ke
B. hingga
C. di
D. kepada

Soalan 48 hingga Soalan 50


Pilih kata nama am yang terdapat dalam ayat di bawah ini.

48.Kucing yang comel itu suka bermain.

A. Kucing
B. comel
C. suka
D. bermain

49.Malaysia sebuah negara yang maju.

A. Malaysia
B. negara
C. yang
D. maju

50.Saya mengelap meja itu sehingga bersih.

A. saya
B. mengelap
C. meja
D. bersih

Anda mungkin juga menyukai