Anda di halaman 1dari 13

Oleh; Hidayatul Isma bt Sumadin Nor Atikah bt Ahmad Nor Atiqah bt Nor Azizan Nor Qadariah bt Ishak Nor

Wahida bt Arshad Nurliyana bt Rahmat

PENGENALAN
o Orang Melayu zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun ketika makan di rumah atau majlis-majlis keramaian. o Tujuannya sebagai pengajaran dan untuk menjaga sopan santun orang Melayu. o Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. o Contohnya;
o Dilarang tidur selepas makan. o Maksudnya adalah untuk pendidikan dan kesihatan.

ETIKA MAKAN CARA MELAYU


o Kebiasaannya, lelaki duduk bersila dan perempuan duduk berrsimpuh. o Sebelum dan selepas, makan tangan dicuci. o Membaca doa sebelum mula makan. o Makan menggunakan hujung jari kanan. o Lauk-pauk diambil menggunakan sudu dengan tangan kiri.

SAMBUNGAN.
o Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi. o Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. o Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. o Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap.

SAMBUNGAN
o Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain. o Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan. o Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah dengan kuat. o Jangan makan terlalu kenyang.

SAMBUNGAN
o Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. o Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. o Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja.

ADAB TERTIB KETIKA MAKAN


o Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, janganlah menolaknya. o Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baharulah diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing. o Anak gadis dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

SAMBUNGAN
o Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. o Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. o Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.

PANTANG LARANG BERKAITAN MAKAN;


o o o o o Makan mencangkung payah dapat rezeki. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh. Makan beras mentah dapat penyakit kuning. Makan telur tembelang dapat penyakit barah. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding. o Makan sisa anak nanti anak menjadi degil. o Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

SAMBUNGAN... oMakan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu. oMakan pisang kembar nanti dapat anak kembar. oMakan pinggan bertindih nanti beristeri dua. oMakan sambil berjalan akan dapat penyakit perut. oMakan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh. oMakan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki. oTidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH


o Membasuh tangan sebelum makan. o Membaca Bismillah. o Makan dan minum dengan tangan kanan. o Makan makanan yang mengiringi (makanan yang terdekat). o Mula makan tepian bukan tengah. o Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya.

SAMBUNGAN
o Duduk semasa makan. o Makan dengan tiga putung jari. o Tidak mencela atau mengaibkan makanan. o Bercakap semasa menjamu selera. o Makan suapan terjatuh. o Tidak bernafas dalam bekas minum. o Tidak makan banyak. o Larangan makan sambil meniarap.

Sambungan
o Sesudah makan menjilat pinggan dan jari. o Larangan bangun meninggalkan makanan sehingga hidangan diangkat. o Memuji dan menyanjungi Allah. o Membasuh kedua tangan selepas makan. o Jangan memerhatikan orang sedang makan. o Menjemput para tetamu untuk makan : Sila menjamu selera! kepada para tetamu.