Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Malaysia Tahun Enam (Pendidikan Keselamatan Jalan Raya) Nama : ..............................................

Tarikh : 30 September 2013 / Isnin

Baca , kenal pasti dan garisi kata hubung yang terdapat dalam petikan di bawah ini. SEREMBAN Nahas rempuhan sebuah treler membawa muatan gelung besi ke atas sebuah treler yang membawa lapan kereta Proton di Kilometer 264.6 Lebuh Raya Utara - Selatan, semalam mengorbankan dua nyawa. Mangsa, pemandu treler membawa gelung besi, M Mayandi, 39, bersama kelindannya, Ravi, 23, kerana cedera parah di kepala dan badan. Pemandu dan kelindan sebuah lagi treler selamat, bagaimanapun, lapan kenderaan masih baru yang dibawa treler berkenaan remuk teruk akibat rempuhan. Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi semalam, ketika treler membawa semua kereta, Proton itu sedang berhenti di lorong kecemasan. Bagaimanapun, dirempuh dari belakang oleh treler membawa muatan gelung besi dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Simpang Renggam. Menurutnya, pemandu treler itu mungkin mengantuk dan tidak menyedari sebuah treler berada dalam lorong kecemasan. Pelanggaran itu menyebabkan treler dinaiki mangsa menjunam ke dalam parit tepi jalan selepas dipercayai berlaku pergeseran. Pemandu treler berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit, manakala kelindannya pula tercampak keluar (juga mati), katanya kepada pemberita, di sini, semalam. Punca kemalangan masih dalam siasatan, bagaimanapun mungkin pemandu treler berkenaan mengantuk disebabkan melalui perjalanan yang lama, katanya. Sementara itu, kelindan treler, Mohd Izad Mohd Tap, 25, berkata, mereka dalam perjalanan ke Segamat tetapi terpaksa berhenti di lorong kecemasan selepas salah satu tayar treler pecah. Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Beliau berkata, setakat ini polis masih menyiasat kejadian itu.

Latihan Pengukuhan Bina 5 ayat majmuk menggunakan kata hubung yang digarisi dalam petikan berita tadi. 1. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

2. _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

3. _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

4. _________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

Latihan Pengayaan Isikan tempat kosong kata hubung yang sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan.

sambil

kerana

lalu

namun

untuk

1. Joshua tidak hadir ke sekolah ____________ menziarahi neneknya yang sakit di kampung. 2. Kakak mengangkat pakaian di ampaian _________ melipatnya satu per satu. 3. Walaupun mereka pasangan kembar _________ wajah mereka tidak seiras. 4. Setiap bulan, Shafik akan pulang ke kampung ________ menjenguk datuknya. 5. Ibu membaca surat khabar __________ ayah memerhatikan kami bermain di pantai.

Anda mungkin juga menyukai