Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU 34300 BAGAN SERAI, PERAK KERTAS CADANGAN KECEMERLANGAN UPSR 2013 KEM PECUTAN

GEMILANG UPSR BEST 5AS : Achieve Your Target 1.0 Pengenalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) merupakan ujian penilaian yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia kepada murid-murid yang belajar dalam tahun 6 sahaja. Ujian ini merupakan kayu pengukur kepada murid yang telah belajar selama 6 tahun di sekolah dari segi pencapaian akademik iaitu subjek Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Bagi memastikan kejayaan daripada aspek ini tercapai dengan jayanya maka Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Matang Gerdu ingin mengadakan Program Kem Pecutan Gemilang UPSR bagi memastikan para pelajar dapat membuat persiapan yang cukup bagi menduduki peperiksaan UPSR.

2.0

Objektif 2.1 Memberi peluang kepada pelajar membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR. 2.2 Memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik menjawab soalan UPSR yang berkesan. 2.3 Melatih pelajar menjawab contoh soalan UPSR sebelum menduduki UPSR yang sebenar. 2.4 Membantu pelajar meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akadamik mahupun sosial.

3.0

Tema

KE ARAH KECEMERLANGAN UPSR

4.0

Anjuran

Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak. 5.0 Tarikh

Program ini akan diadakan mengikut ketentuan berikut: Program Motivasi Kecemerlangan: Tarikh : 30 Ogos hingga 1 September 2013 Tempat : Chalet Afrina, Batu Kurau Bil. Peserta : 36 orang 6.0 Tempat

Program ini akan diadakan di Chalet Afrina, Batu Kurau, Perak. 7.0 Sasaran

Program ini mensasarkan murid tahun 6 Anggerik Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu, Bagan Serai, Perak. 8.0 Pengisian Program Ceramah Motivasi A. Ceramah motivasi kecemerlangan UPSR kepada murid tahun 6 yang akan disampaikan oleh pakar motivasi yang berpengalaman dan berpengetahuan. Ceramah ini disampaikan oleh Tn. Haji Abdul Aziz bin Jamaluddin, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Ceramah teknik menjawab soalan UPSR subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Teknik menjawab soalan Matematik En. Musa Bin Jalani@Zaini Teknik menjawab soalan Sains Pn. Norihan bt. Arsad Teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris Pn. Harjit Kaur a/p Jagir Singh B. Ceramah kerohanian Ceramah ini akan disampaikan oleh Ust. Mohd. Redhaudin bin Hamzah 9.0 Struktur Organisasi (Sila lihat lampiran A) Aturcara Program (Sila lihat lampiran C)

10.0

11.0

Anggaran Belanjawan (Sila lihat lampiran B)

12.0

Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga program motivasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT

Disediakan oleh :....................................................... Zuraida Binti Abu Bakar Setiausaha Program BEST 5As Motivasi Kecemerlangan UPSR Tahun 2013 Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu Bagan Serai, Perak.

Disemak oleh:.................................................. Fatimah Binti Hashim Guru Besar Sekolah Kebangsaan Matang Gerdu Bagan Serai, Perak.

Lampiran A CARTA ORGANISASI KEM PECUTAN GEMILANG UPSR BEST 5AS : Achieve Your Target
JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM

Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari


AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS UNIT-UNIT

Fatimah Binti Hashim ( Guru Besar ) Mohamad Zon Bin Che Lah ( PK Pentadbiran) Zuraida Binti Abu Bakar Musa Bin Jalani@Zaini

Penyelaras Program & Publisiti Penyelaras Teknikal & Peralatan

Zuraida Binti Abu Bakar Musa Bin Jalani @ Zaini Mohd. Redhaudin Bin Hamzah Mohd. Fauzi Bin Abdul Hamid Zurida Binti Hasmawi Nor Fadhillah Binti Mohd. Nasir Harjit Kaur A/P Jagir Singh Norihan Binti Arsad

Penyelaras Jamuan & Tempat Penyelaras Cenderamata Fotografi

Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN KEM PECUTAN GEMILANG UPSR BEST 5AS : Achieve Your Target SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU TARIKH : TEMPAT : ANGGARAN JUMLAH PESERTA JUMLAH AJK & PENCERAMAH BIL 1 2. 3. 4. 5. 6. 7. BUTIRAN Makan Peserta (6 kali) Hadiah Penceramah Cenderamata Perasmi Penginapan T-shirt Perserta Bas Perbelanjaan Pengurusan JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 30 Ogos hingga 1 September 2013 Chalet Afrina, Batu Kurau, Perak. : 36 orang : 15 orang KUANTITI RM 15 x 36 org x 2 hari RM 100 RM50 x 1 unit RM120 x 6 unit x 2 hari RM12 x 36 unit RM 600.00 JUMLAH (RM) 1080.00 100.00 50.00 1440.00 432.00 600.00 100.00 3802.00 CATATAN

PROGRAM kem pecutan gemilang UPSR BEST 5AS : ACHIEVE YOUR TARGET 2013
TARIKH :

Kertas CADANGAN

30 OGOS HINGGA 1 SEPTEMBER 2013


TEMPAT:

CHALET AFRINA, BATU KURAU, PERAK.


ANJURAN :

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN UPSR 2013 PENGELOLA SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU

Lampiran C JADUAL AKTIVITI( 30 Ogos-1 September 2013) KEM PECUTAN GEMILANG UPSR BEST 5AS : Achieve Your Target 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG GERDU

5.00 am

7.00 am

10.00 am

12.30 pm 11.30 am

10.00 am 9.30 am

9.30 am8.00 am

12.30 pm 2.00 pm 2.00 pm 3.30 pm 3.30 pm 4.30 pm 4.30 pm 5.00 pm 5.00 pm 6.30 pm 6.30 pm 9.00 pm 9.00 pm 11.00 pm 11.00 pm

TARIKH / HARI

MAKAN MALAM / PERSIAPAN DIRI /

30 Ogos 2013 (JUMAAT ) MINUM PAGI


BENGKE L

11.30 am

6.30 am

8.00 am

03.00 - 04.30 pm
AKTIVITI

BENGKE L1: BAHASA MELAYU TIDUR

SELAMAT DATANG

BERTOLAK DARI SEKOLAH & PENDAFTARAN PELAJAR MINUM PETANG /

RIADAH

BENGK EL 2: BAHASA INGGERI S

BENGKE L 3: SAINS

BENGKEL 4: MATE

BENGK EL 5: MATE

AKTIVI TI 2: RIADAH

BENGKE L 6: SAINS

PERSIAPAN DIRI / SOLAT SUBUH / KULIAH SUBUH / MORAL

1: BAHASA INGGERI S

31 Ogos 2013 (SABTU)

MAKAN TENGAH HARI / SOLAT ZOHOR

SOLAT MAGHRIB/ KULIAH / MORAL / SOLAT ISYA

SOLAT ASAR

TIDUR

1 Septemb er2013 (AHAD)

SARAPAN PAGI

SELAMAT JALAN CERAMAH JATI DIRI PELAJAR CEMERLANG UPACARA PENUTUP