Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

BMM 3105
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER

DISEDIAKAN OLEH:NIK AMIRA SYAHIRAH BINTI HAMAD PISMP BM 2 SEMESTER 3

EN. MOHD ZAIDI BIN AZHARI

Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer.

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET


Pengenalan

Tatacara Penggunaan Internet

Perkara Dilarang Dalam


Internet

Internet E-mel

PENGENALAN
Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik amat penting dalam usaha memenuhi keperluan penggunaan, langkah-langkah perlindungan dan penguatkuasaan, agar penggunaan internet dan e-mel yang terkawal dan perlindungan keselamatan yang lebih mantap dapat diwujudkan. Langkah ini akan dapat mengurangkan kesan negatif ke atas maklumat seperti pencerobohan, kecurian dan pengubahsuaian data.

TATACARA PENGGUNAAN INTERNET


Berikut merupakan tatacara yang perlu diikuti sewaktu menggunakan internet:Hak Akses Pengguna Memilih Laman
Pengesahan Maklumat Muat Naik Bahan Muat Turun Bahan

Perbincangan Awam

(a) Hak Akses Pengguna


Hak akses hendaklah dilihat sebagai satu kemudahan yang disediakan oleh agensi untuk membantu melicinkan pentadbiran atau memperbaiki perkhidmatan yang disediakan.

(b) Memilih Laman


Laman yang dilayari hendaklah laman yang bersesuaian dan bermanfaat.

(c) Pengesahan Maklumat


Bahan yang diperolehi dari Internet perlulah ditentukan ketepatan dan kesahihannya. Sebagai amalan baik, rujukan sumber Internet hendaklah juga dinyatakan.

(d) Muat Naik Bahan


Bahan rasmi yang hendak dimuat naik ke Internet hendaklah disemak dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan sebelum dimuat naik.

(e) Muat Turun Bahan


Tindakan memuat turun hanya dibenarkan ke atas bahan yang sah seperti perisian yang berdaftar dan di bawah hak cipta terpelihara. Sebarang bahan yang dimuat turun dari Internet hendaklah digunakan untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.

(f) Perbincangan Awam


Kandungan perbincangan awam seperti newsgroup dan bulletin board mestilah tertakluk kepada dasar dan tatacara yang telah ditetapkan. Setiap pengguna mestilah bertindak dengan bijaksana, jelas dan berupaya mengekalkan konsistensi dan keutuhan maklumat berkenaan.

PERKARA DILARANG DALAM INTERNET


Pengguna adalah DILARANG daripada melanggar tatacara penggunaan Internet seperti berikut:Menggunakan perisian tidak berlesen. Menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan (email spamming). Memuat turun dan menyimpan imej & bahan berunsur lucah. Memuat turun dan menyimpan maklumat internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang memburuk & menjatuhkan imej kerajaan.

Pengguna adalah DILARANG daripada melanggar tatacara penggunaan Internet seperti berikut:Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam seperti forum dan blogger. Menjalankan aktiviti komersial. Memuat turun dan menyimpan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu. Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas.

Pengguna adalah DILARANG daripada melanggar tatacara penggunaan Internet seperti berikut:Memuat turun, menghantar dan menyimpan video, lagu dan kepilan fail melebihi 2 Megabait yang mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer. Menggunakan kemudahan modem peribadi untuk membuat capaian terus ke internet. Menggunakan kemudahan chatting melalui internet.

Pengguna adalah DILARANG daripada melanggar tatacara penggunaan e-mel seperti berikut:Menggunakan akaun milik orang lain, berkongsi akaun atau memberi akaun kepada orang lain. Menggunakan identiti palsu atau menyamar sebagai penghantar maklumat yang sah. Menggunakan e-mel untuk tujuan komersial atau politik. Menghantar dan memiliki bahan-bahan yang salah di sisi undang-undang seperti bahan lucah, perjudian dan jenayah.

Pengguna adalah DILARANG daripada melanggar tatacara penggunaan e-mel seperti berikut:-

Menghantar dan melibatkan diri dalam e-mel yang berunsur hasutan, e-mel sampah, e-mel bom, e-mel spam, fitnah, ciplak atau aktiviti-aktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang Kerajaan Malaysia. Menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain.
Menghantar semula e-mel yang gagal sampai ke destinasi sebelum menyiasat punca kejadian. Membenarkan pihak ketiga untuk menjawab e-mel kepada penghantar asal bagi pihaknya.

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada para
pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu yang telah bersusah payah memberi panduan dan tunjuk ajar

dalam subjek ini. Sekalung penghargaan juga


ditujukan kepada rakan seperjuangan yang banyak menyokong dan menjadi mentor dalam usaha menghasilkan power point ini supaya menjadi lebih berkualiti lagi.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai