Anda di halaman 1dari 3

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Masalah MATEMATIK TINGKATAN 1 Bidang Pembelajaran : UKURAN ASAS

(masa) Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar untuk melakukan pengiraan dan menyelesaikan masalah melibatkan masa Hasil Pembelajaran : Murid akan dapat untuk menyelesaikan : (a) masalah harian yang melibatkan masa. (b) masalah harian yang melibatkan operasi tambah dan tolak berkaitan masa. Masa : 2 waktu (60 minit)

Fasa Persediaan Mengenal pasti masalah Menjelaskan masalah Imaginasi Mencari alternatif penyelesaian Mencari penyelesaian

Cadangan Aktiviti

1. Murid memahami masalah yang diberikan 2. Lampiran 1: Sinopsis masalah 3. Lampiran 2 4. Rangka pembelajaran

Cadangan Komunikasi Apakah yang anda tahu tentang tugasan yang diberikan? Apakah maklumat yang diberikan dalam tugasan tadi? Bagaimanakah kamu mendapat idea sedemikian? - Cuba cari : Apakah masalahnya? Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut? Apakah operasi matematik yang perlu digunakan? Apakah perbezaan antara menaiki bas dan menaiki basikal? Apakah perbezaan antara menaiki basikal dan berjalan kaki? Apakah perbezaan antara menaiki bas dan menaiki basikal?

1. Murid menentukan alternatif perjalanan daripada maklumat yang diberikan.

Perkembangan Melakukan operasi Menilai penyelesaian masalah

1. Murid melaksana aktiviti kumpulan kecil yang terdiri daripada 5 orang murid. 2. Murid berbincang untuk mendapatkan alternatif perjalanan bagi setiap senario. 3. Murid membentang dapatan perbincangan di hadapan kelas 4. Murid membandingkan hasil perbentangan dengan kumpulan lain.

5. Murid berbincang Senario 1, 2, dan 3 yang telah diberikan.

Bagaimanakah kamu memperolehi dapatan daripada perbandingan tersebut? Bagaimana cara murid mendapat jawapan? Kita boleh menyelesaikan sesuatu masalah dengan banyak cara. Apakah kumpulan yang mungkin dipilih oleh Anita? Mengapakah kamu memilih hasil kumpulan tersebut? Apakah pengetahuan dan kemahiran yang kamu perolehi dari aktiviti yang telah dijalankan?

Tindakan Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat.

1. Murid menampal dapatan kumpulan masing-masing. 2. Murid membandingkan dapatan kumpulan-kumpulan lain. 3. Murid membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan.

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan yang diberikan serta soalan dalam Senario 1, 2, dan 3. . Bekerjasama Berupaya menaakul Yakin dengan keputusan sendiri Menghargai rakan-rakan.

Nilai dan Sikap

LAMPIRAN 1

SINOPSIS
Anita seorang murid baru di SMK Taman Kenari. Beliau terpaksa berpindah kerana mengikut ibu bapanya yang telah diarahkan berkhidmat di tempat kerja baru. Sehari sebelum persekolahan bermula, Anita telah berbualbual bersama jiran barunya, iaitu Miss Wong berkenaan jalan untuk ke sekolah dari rumahnya. Miss Wong telah mencadangkan beberapa laluan. Anda sebagai rakan, diminta membuat perancangan bagi mendapatkan laluan perjalanan ke sekolah bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi Anita.

MODEL
Masalah Senario 1 Senario 2 Senario 3

LAMPIRAN 1

SENARIO 1

Anita bercadang untuk menaiki bas dimana jarak yang perlu dilalui adalah 3 km. Cadangkan kepada Anita, sekiranya beliau memilih untuk menaiki bas, masa yang akan diambil adalah 10 minit.

SENARIO 2

Anita bercadang untuk berbasikal dimana jarak yang akan dilalui ialah 2 km. Cadangkan kepada Anita, sekiranya beliau memilih untuk berbasikal, masa yang akan diambil adalah 15 minit.

SENARIO 3

Anita bercadang untuk berjalan kaki dimana jarak yang akan dilalui ialah 1.5 km. Cadangkan kepada Anita, sekiranya beliau memilih untuk berjalan kaki, masa yang akan diambil adalah 20 minit.

Anda mungkin juga menyukai