Anda di halaman 1dari 12

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK DAMAI

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: 1/8 : Pertama : 15 - 19 Julai 2013 : Keberkesanan Dalam Pengawalan Kelas

1. Masalah Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) khususnya dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, saya berpendapat bahawa kebanyakan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan berbual dengan rakan disebelah dan membuat hal sendiri. Masalah ini kebarangkalian berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya memilih corak kepimpinan yang bersesuaian dan menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran. 2. Analisis Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan :

Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Corak kepimpinan guru dalam bilik darjah juga mungkin mempengaruhi corak interaksi guru dengan murid. Guru mungkin mengamalkan kepimpinan autokratik di mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. 3. Cadangan untuk memperbaiki Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan seperti melaksanakan corak kepimpinan

demokratik. Mok Soon Sang (2003) juga menyatakan bahawa corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah juga mempengaruhi keberkesanan komunikasi yang berlangsung (samada berkesan atau tidak berkesan). Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya: 1. Interaksi antara guru dan murid adalah dua hala. Murid cergas bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru. 2. Interaksi di antara murid dengan murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri 3. secara aktif dan bekerjasama dalam segala aktiviti kumpulan dalam bilik darjah. Selain itu, guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut: Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif,

serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003) Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk

menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu. 4. Tempoh masa Tempoh kejayaan adalah selama 11 hari. 5. Penilaian kejayaan Saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan. 6. Tindakan susulan Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan: Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar. Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan pelbagai kaedah peneguhan positif dan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan :.. Nama Tarikh :. :.

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK DAMAI

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: 2/8 : Kedua : 22 - 26 Julai 2013 : Murid Lambat Memahami Isi Pelajaran

1. Masalah Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, hanya beberapa orang murid sahaja yang memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran. Selain lambat memahami isi pengajaran, terdapat segelintir murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya sejak bermulanya proses pengajaran sehingga ia berakhir. Keadaan ini agak menyedihkan, namun saya atasinya dengan cara yang paling sesuai untuk saya menarik kembali murid-murid tersebut ke dalam pengajaran saya. Sharifah Md Nor (2000) telah menterjemahkan kata-kata Gracey (1972). Gracey telah membahagikan guru kepada dua kategori iaitu guru produksi (production) dan guru kraf (craftman). Guru jenis produksilah yang lumrah terdapat di sekolah kita kini. Guru produksi boleh dikenali sebagai pekerja utama yang melahirkan produk ( pelajar ) yang perlu menguasai mata pelajaran yang ditentukan, dengan meluahkan

kembali fakta-fakta yang telah ditetapkan, pelajar tidak perlu bekerja , mereka hanya menerima secara pasif apa yang diajar. Saya sangat tidak berpuas hati dengan keadaan ini, saya telah menggunakan pendekatan bermain walaupun ia tidak terdapat di dalam perancangan harian saya pada hari ini. Ternyata, cara ini berkesan. Mereka tertarik dengan pengajaran saya. 2. Analisis Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : Adakah murid-murid ini menganggap saya seorang guru yang lemah ? Apakah yang menyebabkan murid-murid ini tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya ? Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? Mengapakah semua ini berlaku di dalam pengajaran saya ? Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya kekalkan murid-murid ini di dalam pengajaran saya ? Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ? Daripada tinjauan dan pemerhatian saya melalui segala persoalan yang berlegar di fikiran saya, beberapa dapatan telah saya senaraikan : 1. Murid-murid cepat memahami pelajaran, tetapi cepat bosan kerana mereka telah mengetahui pengajaran yang diajar dan cara yang digunakan sama. Tumpuan mereka menjadi kurang. 2. Murid-murid di kelas ini terdapat pelbagai kecerdasan yang perlu dicungkil 3. Kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza. 4. Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama. 5. Murid-murid tidak berminat dengan subjek Bahasa Arab.

3. Cadangan untuk memperbaiki Untuk membantu murid-murid yang kurang berminat untuk belajar Memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa dihargai Sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa mereka sedang diperhati Menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid Mengenalpasti kecenderungan setiap murid sama ada cenderung ke arah muzik, ruang, linguistik dan sebagainya. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti supaya murid akan berasa gembira semasa sesi pengajaran itu berjalan. Dalam situasi seperti di atas, saya sebagai seorang guru perlu mengambil beberapa tindakan yang sewajarnya iaitu : Memberi lebih sokongan kepada murid yang pemalu dan pasif. Murid-murid ini perli diberi peluang untuk menjawab soalan atau sebagainya kerana tidak semestinya mereka pasif, mereka tidak pandai Kemahiran asertif seorang guru itu sendiri. Suara yang lantang, tenang tetapi tegas sangat perlu untuk mengawal keseluruhan kelas dan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran Sentiasa menarik perhatian murid dengan aksi yang boleh memahamkan murid tentang isi pelajaran yang diajar Tidak sesekali munurunkan motivasi murid untuk belajar seperti menyisihkan murid yang lemah dan menumpukan kepada murid yang pandai sahaja.

4. Tempoh masa

Masalah ini akan dapat saya selesaikan dalam masa yang singkat. Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah ini dengan cepat kerana masalah ini akan memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas jika dibiarkan berlarutan dan tidak diambil tindakan yang sewajarnya. 5. Penilaian kejayaan Murid-murid dapat memberikan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas. Selain itu, murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktif dan mengikuti semua aktiviti yang telah dirancang oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Murid juga dapat mencapai hasil pembelajaran yang telah di tetapkan oleh guru.

6. Tindakan susulan Berdasarkan semua masalah yang telah saya timbulkan di atas jelas menunjukkan bahawa murid-murid yang telah diamanahkan untuk saya ini adalah murid-murid yang dikategorikan lemah dan sangat memerlukan bimbingan yang khusus. Seorang guru yang asertif adalah seorang guru yang sangat diperlukan oleh murid untuk membantu mereka mengatasi masalah yang mereka alami. Mereka akan berasa lebih gembira dan motivasi untuk belajar akan terus meningkat dengan lebih mendadak. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan muridmurid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.

Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru suka mengajar dan murid suka belajar. Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : : Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan :.. Nama Tarikh :. :.

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM FASA 2 SEKOLAH KEBANGSAAN TASIK DAMAI

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: 3/8 : Ketiga : 26-30 Julai 2013 : Mempelbagaikan Teknik Pengisian Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Masalah Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, saya masih kekurangan idea untuk mempelbagaikan teknik pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan. Hal ini menyebabkan kadang-kala beberapa orang murid saya kurang memberikan tumpuan sewaktu pengajaran dijalankan. Adakalanya saya perlu bertegas dengan mereka dengan memberi amaran dan sebagainya. Hal ini seterusnya menyebabkan gangguan terhadap pelajar lain yang ingin belajar dan disamping menjejaskan tempoh pengajaran yang telah dirancang. Mok Soon Sang menyatakan : Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Kemahiran berkomunikasi berkesan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:

Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Mok Soon Sang (2003) Untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang diajar, guru juga disaran agar merancang dan melaksanakan aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran bercorak permainan. Pengaplikasian teknik menyoal untuk

menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif juga boleh membantu. 2. Analisis Secara jujurnya saya dapati masih banyak kekurangan dalam diri saya yang perlu dibaiki. Saya kadangkala kurang memahami topik yang ingin disampaikan secara mendalam kepada murid menyebabkan kurangnya langkah dan teknik pengajaran yang diterapkan. Adakalanya, saya tidak berfikir lebih panjang dalam menerapkan teknik yang bersesuaian terhadap murid saya menyebabkan kadang-kala teknik yang diajarkan tidak begitu berjaya disampaikan dengan baik. Apapun, saya tetap cuba bereksperimen dengan pelbagai teknik yang lain untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di masa akan datang. 3. Cadangan untuk memperbaiki Di masa akan datang, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak. 4. Tempoh masa Saya akan cuba mengatasi masalah ini dari masa ke semasa untuk memperbaiki segala kelemahan saya dalam pelbagai perkara ini. Masih belum terlewat untuk saya memperbaiki mutu kelemahan saya dalam menjayakan sesuatu sesi pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Di masa akan datang saya akan sedaya upaya mencari teknik pengajaran yang lebih sesuai untuk diterapkan agar objektif pengajaran tercapai dan segala apa yang dirancang dilaksanakan dengan begitu berkesan. 5. Penilaian kejayaan Segala teguran membina dan pandangan yang diberikan dari rakan sekerja, guru pembimbing dan pensyarah akan saya ikuti dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang akan dirancang kelak disamping boleh

meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam mendidik anak murid menjadi seorang insan yang berjaya. 6. Tindakan susulan Saya akan cuba menjadi lebih kreatif dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya murid saya lebih seronok dan tidak mudah bosan dalam memahami setiap apa yang diajarkan kelak.

Disemak oleh Guru Pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan :.. Nama Tarikh :. :.

Anda mungkin juga menyukai