Anda di halaman 1dari 52

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN KERJA KURSUS PROJEK

POWER POINT ANATOMI DAN FISIOLOGI PJM 3106

NAMA PELAJAR

: ANIS SYAFIQAH MOHAMED NOOR : NURUL HUSNA AB.RAHMAN

KUMPULAN/OPSYEN

: PISMP G 3.1 PENDIDIKAN KHAS ( MASALAH PENDENGARAN)

NAMA PENSYARAH
JABATAN

: ENCIK BALKARAN ARUMUGAM


: PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TARIKH SERAHAN

: 30 MAC 2012

ISI KANDUNGAN PERKARA 1.0 PENGENALAN 2.0 FUNGSI SISTEM PERCERNAAN 3.0 STRUKTUR SISTEM PERCERNAAN 3.1 STRUKTUR SISTEM PENCERNAAN 3.2 BAHAGIAN TUBUH YANG TERLIBAT DALA M PROSES PENCERNAAN 3.3 ORGAN SISTEM PENCERNAAN 3.3.1 SALUR PENCERNAAN 3.3.2 ORGAN-ORGAN PENCERNAAN AKSESORI 4.0 PROSES PERCERNAAN 5.0 PROSES PERCERNAAN KARBOHAIDRAT 6.0 PROSES PERCERNAAN PROTEIN 7.0 PROSES PERCERNAAN LEMAK 8.0 PENYERAPAN VITAMIN 9.0 PENYERAPAN GARAM MINERAL /ELEKTROLIK 10.0 PENYERAPAN AIR 11.0 KESIMPULAN 12.0 RUJUKAN 3 4 HALAMAN 1 2

5 5 15 16 - 22 23 - 33 34 - 36 37 - 40 41 - 43 44 45 46 47 48 - 49

1.0 PENGENALAN Pertumbuhan dan perkembangan manusia dipengaruhi oleh pelbagai

perkara.Antara faktor yang boleh mempengaruhinya adalah dari segi pemakanan. Pemakanan yang sihat dan seimbang akan membekalkan nutrisi kepada tubuh badan seseorang. Nutrisi boleh dihuraikan dan dicernakan melalui sistem percernaan tubuh badan manusia. Percernaan makanan bermula saat makanan memasuki mulut sehingga berakhir di anus.Makanan amat penting untuk kehidupan kerana sumber tenaga yang mendorong tindak balas kimia berlaku di dalam setiap sel. Makanan yang dimakan mempunyai pelbagai jenis saiz.Oleh itu, makanan perlulah dihancurkan terlebih dahulu kepada saiz molekul sebelum diserap oleh membrane sel (Abdul Hamid Abdul Rashid, 1995). Proses penghancuran makanan kepada saiz molekul untuk kegunaan sel badan dikenali sebagai pencernaan dan organ-organ yang terlibat pula membentuk sistem pencernaan (Rajah 1). Pencernaan dapat didefinisikan sebagai pemecahan secara fizikal dan kimia bahan kompleks kepada bentuk yang lebih mudah, kecil yang mana ianya boleh diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Pemecahan fizikal atau mekanikal bermula di dalam mulut dengan proses kunyahan yang dibantu dengan adanya gigi. Pemecahan berterusan dengan di dalam perut. Proses ini membantu meningkatkan luas permukaan makanan untuk tindakan enzim. Pemecahan enzim melibatkan tindakan enzim yang menghidrolisis karbohidrat, protein dan lipid kepada bentuk monomer untuk diserap dan diasilimasikan. Sistem percernaan ini boleh dibahagian kepada dua bahagian iaitu salur percernaan dan organ-organ pencernaan aksesori.Salur percernaan merupakan saluran yang bersambung yang mana dilalui bahan makanan daripada mulut sehinggalah ke anus iaitu mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar, rektum dan anus.Manakala organ-organ percernaan aksesori merupakan pelengkap kepada salur percernaan seperti gigi, lidah, perut, hati dan pankreas. Ke semua organ-organ yang disebutkan tadi terlibat sepenuhnya dalam proses sistem percernaan.
3

2.0 FUNGSI SISTEM PENCERNAAN Fungsi sistem pencernaan adalah memecahkan makanan kepada unit-unit yang ringkas untuk diserap ke dalam darah serta untuk kegunaan aktiviti sel iaitu sumber tenaga, dan mengkumuhkan sisa pencernaan sebagai bahan najis.Fungsi utama sistem percernaan adalah memindahkan nutrien, air dan elektrolit dari makanan yang kita makan ke dalam persekitaran dalaman badan (Rahmatina B. Herman, 2011).Dalam masa yang sama sistem pencernaan membantu sumber tenaga dari mana-mana bahagian sel dalam proses menjana ATP untuk menjalankan aktivti tertentu bergantung kepada tenaga dan sebagai sumber pembaharuan dan penambahan tisu badan. Selain itu, menurut Lee Ching (2008), terdapat lima fungsi asas sistem percernaan manusia iaitu pengingesan, peristalsis, pencernaan, penyerapan dan peninjaan. Pengingesan adalah pengambilan makanan ke dalam badan.Pengambilan makanan ke dalam badan boleh dilihat semasa seseorang itu sedang memakan sesuatu. Semasa pengingesan akanberlaku penghuraian makanan daripada bentuk kompleks kepada bentuk lebih kecil. Proses ini melibatkan seseorang itu mengunyah makanan yang dimakan. Fungsi yang kedua adalah peristalsis. Proses ini bergerak di sepanjang salur percernaan melalui pengecutan otot. Makanan yang dimakan dari mulut akan disalurkan sehingga ke anus. Fungsi yang ketiga adalah sebagai percernaan. Proses percernaan ini boleh dilihat dari dua aspek iaitu secara fizikal dan secara kimia. Percernaan fizikal melibatkan pemotongan saiz makanan kepada lebih kecil manakala percernaan kimia pula melibatkan enzim-enzim tertentu yang mana berfungsi memotong huraian makanan menjadi lebih ringkas supaya boleh diserap ke dalam sel badan.Oleh yang demikian, fungsi makanan yang keempat adalah menyerap makanan yang terlarut ke dalam salur darah seperti karbohidrat dan protein.Fungsi yang terakhir adalah sebagai peninjaan. Proses ini berlaku di anus yang mana akan berlakunya penyingkiran makanan yang tidak dicerna dari badan.

3.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM PENCERNAAN 3.1 Struktur Sistem Percernaan
Nama bahagian: 1) Kelenjar air liur 2) Parotid 3) Submandibular (bawah rahang) 4) Sublingual (bawah lidah) 5) Rongga mulut 6) Tekak/ farinks 7) Lidah 8) Esofagus 9) Pankreas 10) Perut 11) Saluran pankreas 12) Hati 13) Pundi hempedu 14) Duodenum 15) Saluran hempedu 16) Kolon 17) Kolon mendatar 18) Kolon menaik 19) Kolon menurun 20) Ileum 21) Sekum 22) Apendiks 23) Rektum 24) Anus

Rajah 1: Struktur anatomi sistem pencernaan


5

3.2 Bahagian Tubuh Yang Terlibat Dalam Proses Pencernaan

Kelenjar air liur

Perut Usus kecil

Rajah 2: Komponen tubuh badan yang terlibat dengan proses pencernaan

3.3 Organ Sistem Pencernaan Organ-organ sistem pencernaan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu salur pencernaan (alimentary canal) dan organ-organ pencernaan aksesori (accessory digestive organs). Salur pencernaan berfungsi dalam menjalankan proses pencernaan secara keseluruhannya iaitu melibatkan proses pengingesan, pencernaan, penyerapan dan proses peninjaan makanan manakala organ-organ pencernaan aksesori pula membantu proses pencernaan dalam pelbagai cara. Sebagai contohnya, makanan dihancurkan melalui proses mengunyah makanan dengan menggunakan gigi (Michael Simpson, 2009). Salur pencernaan bersifat berterusan, bergelung, berongga dan merupakan saluran yang bersambung secara terus di rongga badan dibahagian abdomen di mana merupakan satu saluran akan terbuka di kedua-dua penghujung. Organ-organ terbabit adalah seperti mulut, tekak, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. 3.3.1 Salur percernaan a) Mulut Mulut merupakan organ badan yang berbentuk bukaan pada badan yang membenarkan sesuatu organisma menerima makanan. Makanan akanmemasuki saluran pencernaan melalui mulut. Manakala bibir berperanan melindungi pembukaan anterior, pipi membentuk dinding sisi, lelangit keras membentuk bumbung anterior, dan lelangit lembut membentuk bumbung posterior. Ruang antara bibir dan pipi luaran serta gigi dan gusi dalaman adalah vestibule. Gigi terletak di rongga mulut. Lidah memenuhi lantai mulut dan mempunyai banyak lampiran bertulang atau dikenali sebagai tunas. Apabila makanan memasuki mulut, makanan tersebut akan dicampurkan dengan air liur dan dikunyah. Pipi dan bibir akan tertutup semasa makanan dikunyah. Makanan sudah dihuraikan sebelum makanan itu pergi ke bahagian seterusnya.

Di mulut akan berlakunya proses percernaan secara fizikal dan kimia. Proses fizikal berlaku semasa gigi membantu memecahkan makanan menjadi
7

potongan-potongan yang lebih kecil.Hal ini akan membantu enzim-enzim percernaan agar dapat mencerna makanan lebih efisien dan cepat . Manakala proses kimia berlaku semasa air liur menghasilkan enzim amilase semasa proses penghuraian karbohidrat kepada maltose. Daripada kedua-dua proses ini akan membentuk bolus.

Rajah 3: Salur percernaan mulut


8

b) Tekak Dari mulut makanan akan dihantar ke orafarinks dan larynfarinks iaitu dibahagian belakang tekak. Di bahagian ini juga merupakan laluan yang sama untuk makanan, air dan udara melaluinya. Dibahagian tekak ini terbahagi kepada tiga pecahan iaitu nasofarinks, orofarinks dan larinkfarinks.Nasofarinks adalah bahagian atas belakang rongga hidung.Membantu menyalurkan udara ke paruparu.Orofarinks adalah bahagian belakang lidah sebagai laluan untuk udara, makanan dan minuman.Larinkfarinks pula ialah bahagian kerongkong yang bersambung dengan esofagus.Di dinding tekak ini mengandungi dua lapisan otot rangka. Dengan adanya otot rangka ini akan berlakunya penguncupan yang mana mengakibatkan makanan melalui tekak akan dihantar ke esofagus. Di esofagus makanan akan mengalami proses peristalsis.

Udara Nasofarinks

Orofarinks

Hypofarinks

Larinks

Esofagus

Rajah 4: Saluran tekak


9

c) Esofagus Esofagus merupakan satu tiub berotot sepanjang 23 hingga 25 cm yang kedudukannya berada di belakang trakea.Esofagus berfungsi untuk menghantar makanan dan minuman dari farinks ke perut (gaster) menurut Susan McKeever, (1996).Esofagus mengalami pergerakan makanan dari tekak melalui diafragma ke perut yang mana melibatkan proses peristalsis. Dinding salur pencernaan dari esofagus sehingga ke usus besar terbentuk daripada empat lapisan tisu yang sama iaitu mukosa, submukosa, externa mascularis dan serosa.

Mukosa adalah lapisan terdalam.Terdiri daripada permukaan epithelium, tisu penghubung dan lapisan otot licin.Submukosa merupakan lapisan di bawah mukosa yang terdiri daripada satu tisu penghubung yang mengandungi saluran darah, lymph nodules dan lymphatic vessels.Lapisan ketiga adalah externa mascularis iaitu lapisan otot yang terdiri daripada otot licin membujur dan otot licin membulat.Lapisan paling luar adalah serosa.Terdiri daripada satu lapisan rata menghasilkan peotoneum visceral.Semua dinding salur pencernaan mengandungi plexus saraf kecuali mukosa.Plexus saraf ini membantu mengawal pergerakan organ salur pencernaan ini.

10

Rajah 5: Lapisan dalam esofagus sehingga ke usus besar

11

d) Perut Perut berbentuk C berada di sebelah kiri rongga diafragma berhampiran dengan hati dan diafragma.Menurut Abdul Hamid Abdul Rashid (1992), perut berfungsi untuk menyimpan makanan untuk sementara waktu. Perut juga berfungsi untuk mencampurkan makanan dengan rembesan jus perut dan menghasilkan faktor intrinsik untuk tujuan pembentukkan sel darah merah.Selain itu, di perut juga berlaku pemecahan bahan makanan secara kimia oleh asid dan enzim.Pemprosesan makanan secara mekanikal juga berlaku melalui kontraksi otot.

Apabila makanan masuk dan memenuhi perut, dinding perut akan meregang dan pada masa yang sama jus gastrik dirembeskan. Seterusnya, tiga lapisan otot di perut menjadi aktif untuk memberi tekanan dan pukulan terhadap makanan supaya makanan dapat diuraikan secara fizikal.Setelah itu makanan dicampurkan dengan enzim yang mengandungi jus gastrik.Akhirnya, hasil pencampuran ini menghasilkan kimus. Seterusnya proses ini diteruskan dengan peristalsis di bahagian atas perut dan pengucupan meningkat seiring dengan daya akibat daripada makanan masuk di injap pilorus. Injap pilorus ini menyimpan kira-kira 30 mililiter (ml) kimus dan bertindak membenarkan cecair dan partikel kecil masuk ke usus kecil melalui otot sfinkter pilorus.

Perut mempunyai empat bahagian yang berbeza iaitu kardium yang mana tempat yang membenarkan makanan masuk ke perut melalui esofagus dengan membuka otot sfinkter.Sfinkter kardium menghalang bahan berasid di dalam perut memasuki esofagus.Bahagian kedua adalah fungus yang mana

mengakibatkan perut sisi mengembang ke bahagian jantung. Badan adalah midportion dan kerana badan ia menyempitkan inferiorly menjadi antrum yang pilorik dan berbentuk pilorus corong bahagian terminal perut. Sfinkter pilorus menghalang menghalang makanan daripada memasuki usus kecil sebelum dicerna dengan sempurna di dalam perut.

12

Perut

Pilorus

3 lapisan otot licin

Rajah 6: Struktur lapisan perut

13

e) Usus kecil Proses penyerapan makanan berlaku di bahagian usus kecil. Selain itu, menurut Susan McKeever (1996), pencernaan enzymatic dan penyerapan bahan-bahan seperti air, bahan organik, vitamin dan ion turut berlaku di usus kecil.Usus kecil merupakan bahagian terpanjang berfungsi untuk pencernaan dan penyerapan hasil

pencernaan.Usus kecil ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu, duodenum, jejunum dan ileum.Duodenum ialah tiub berotot yang menghubungkan gaster dengan jejunum.Duodenum berbentuk C dan berukuran 25 cm. Duodenum dibahagikan kepada empat iaitu bahagian pertama, kedua, ketiga dan keempat.Satu lubang pada dinding usus menghubungkan duodenum dengan pankreas dan saluran pundi hempedu. Pankreas berfungsi dalam menghasilkan enzim seperti tripsin, amilase, dan lipase

yang disalurkan ke duodenum. Tripsin berfungsi memecahkan molekul protein menjadi asid amino. Amilase mengubah kanji menjadi maltosa. Dengan kehadiran lipase akan mengubah lemak menjadi asid lemak dan gliserol. Cecair hempedu dihasilkan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Cecair hempedu berfungsi untuk menguraikan lemak menjadi asid lemak dan gliserol.Jejunum dan ileum berukuran 6 meter.Pada bahagian ini berlakunya pencernaan terakhir sebelum zat-zat makanan diserap. Zat-zat makanan di jejunum merupakan zat makanan yang berbentuk siap untuk diserap. Penyerapan zat-zat makanan seterusnya terjadi di ileum iaitu usus kecil. Proses

penyerapan tersebut melibatkan penyerapan air dan penyerapan hasil produk akhir pencernaan makanan seperti asid amino, galaktosa dan lain-lain. Bahan-bahan ini diserap ke sel membran plasma usus kecil dengan proses pengangkutan aktif. Seterusnya bahan-bahan yang diserap ini masuk ke tunas kapilari yang terdapat di villi untuk dihantar ke darah dan seterusnya ke hati melalui vena portal.

14

Rajah 7: Struktur lapisan usus kecil

15

f) Usus besar Usus besar bermula di ileum dan berakhir di anus.Menurut Susan McKeever (1996), usus besar berperanan dalam dehidrasi dan pemadatan bahan yang tidak dicernakan untuk tujuan perlupusan. Bahan ini dilupuskan sebagai bahan buangan (najis). Usus besar dibahagikan kepada sekum, apendiks, vedrmiform, kolon menaik, kolon mendatar, kolon menurun, kolon sigmoid, rektum dan kanal anus.Apendiks vermiform ialah bonjoloan kecil yang keluar dari sekum.Lapisan otot besar terdiri daripada dua lapisan otot licin iaitu otot memanjang dan otot lingkar di dalam.Di apendiks vermiform, rektum dan kanal anus serat-serat otot memanjang di luar membentuk lapisan yang lengkap.Tetapi dibahagian-bahagian lain di sepanjang usus besar, serat-serat otot memanjang berkumpul di tiga tempat disebut tenia koli. Tenia koli adalah lebih pendek daripada usus besar tetapi ia melekat dari satu hujung ke hujung yang lain pada usus besar ini. Oleh itu, usus besar tercerut dan ini dikenali haustrasi.Rektum di bahagian bawah usus besar terletak di hadapan sakum dan koksiks dan berukuran kira-kira 20cm. Rektum memiliki tiga injab satu di kanan dan dua di kiri (Abdul Hamid Abdul Rashid, 1992).Anus pula dikawal oleh otot licin yang tebal di dalam yang disebut sfinkter internal (takvoluntari) dan diluar otot rangka yang disebut sfinkter eksternal (voluntary).Kuantiti air yang diserap di bahagian usus besar ini adalah kira-kira 0.8 liter. Seterusnya proses penghasilan tinja berlaku selepas penyerapan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan diserap. Tinja akan disalurkan ke rektum di mana tinja ini mengandungi sisa makanan yang tidak dicernakan, mukus, berjuta-juta bakteria dan air yang cukup untuk membenarkan tinja dikeluarkan dari rektum. Tinja ini akan disimpan seketika di bahagian rektum dan akan dikeluarkan daripada rektum apabila tempat penyimpanan tinja penuh. Tinja juga akan dikeluarkan daripada rektum apabila reseptor regang dari sistem saraf di bahagian dinding rektum merangsang keinginan membuang air besar.

16

Kolon mendatar

Kolon menaik

Kolon menurun

Apendiks Rektum

Rajah 8: Bahagian usus besar

17

Organ-Organ Pencernaan Aksesori a) Gigi Manusia mempunyai dua pasang gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu mula tumbuh diusia enam bulan. Bayi akan mempunyai gigi yang lengkap pada usia dua tahun iaitu sebanyak 20 batang gigi. Gigi kekal pula mula tumbuh pada usia enam hingga 12 tahun. Gigi menurut Susan McKeever (1996), berperanan untuk memotong dan menghancurkan makanan supaya mudah untuk dicernakan. Gigi menurut Abdul Hamid Abdul Rashid (1992), terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu korona, akar dan leher.Bahagian gigi di luar gusi dikenali sebagai akar.Leher pula merupakan bahagian yang terletak di antara korona dan akar.Bilangan gigi manusia boleh digambarkan dengan menggunakan formula gigi. Formula gigi ini berbeza di antara gigi susu dan gigi kekal. Formula tersebut ialah:

Formula Gigi Kekal 2 I I , - , C 2 PM 3 , M

I: insisar (kacip) = 2 batang C: kanin (taring) = 1 batang PM: premolar (geraham kecil) = 2 batang gerahan kecil pertama dan kedua. M: molar (geraham) = 3 batang geraham besar pertama, kedua dan ketiga.

Formula Gigi Susu 2 I I , - , C 2 M

I: insisar (kacip) = 2 batang C: kanin (taring) = 1 batang M: molar (geraham) = 2 batang geraham besar pertama dan kedua.

18

Klasifikasi gigi menurut Elaine N. Married (2009), dibuat berdasarkan bentuk dan fungsinya.Gigi insisor (kacip) digunakan untuk memotong makanan, kanin (taring) untuk menyiat dan mengecilkan makanan dan gigi premolar berfungsi dalam mengisar dan menghancurkan makanan.

Rajah 9: Bahagian gigi pada kanak-kanak berusia bawah enam tahun

19

b) Kelenjar air liur Kelenjar air liur ini dapat dibahagikan kepada tiga pasang.Kelenjar air liur besar iaitu kelenjar-kelenjar parotid, submandibular dan sublingual (Elaine N. Married 2009).Kelenjar terbesar iaitu kelenjar parotid terletak di hadapan telinga.Kelenjar ini merembeskan air luir melalui duktus parotid.Kelenjar yang seterusnya kelenjar submandibular iaitu kelenjar yang terletak profundus pada bahagian rahang bawah di kedua-dua sisinya.Kelenjar yang ketiga iaitu kelenjar sublingual yang kedudukannya di atas lantai mulut dan di bawah setiap sisi lidah. Kelenjar-kelenjar air liur ini berperanan dalam penghasilan air liur.Air liur merupakan campuran mukus dan cecair serous.Mukus ini berperanan dalam melekatkan makanan bersama-sama dalam bentuk jisim yang dikenali sebagai bolus. Proses ini menyebabkan proses mengunyah dan menelan menjadi mudah. Bahagian cecair serous pula mengandungi enzim air liur amilase dalam bentuk yang kaya dengan bikarbonat iaitu berakali yang boleh memulakan proses percernaan kanji.

Kelenjar-kelenjar

ini

menurut

laman

web

http://ardiankeperawatanuim.blogspot.com/2012/02/sistem-pencernaan.html berfungsi untuk merembeskan air liur atau juga dikenali sebagai ludah.Selain itu, air liur di dalam rongga manusia mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu untuk membasahi makanan, mencegah mulut daripada kekeringan, membunuh mikroorgnisma dan bertindak sebagai penyangga pH.

20

Kelenjar parotid

Kelenjar sublingual

Kelenjar submandibular

Rajah 10: Kedudukan kelenjar air liur

21

c) Pankreas Pankreas merupakan organ yang kedudukannya terletak merentasi perut dari limpa ke duodenum.Organ ini berwarna pink dan berbentuk seakan-akan segi tiga.Pankreas berfungsi dalam penghasilan jus pankreas.Jus pankreas ini mengandungi beberapa enzim yang penting dalam proses pencernaan. Enzim yang terdapat di dalam jus pankreas ini berfungsi dalam proses pencernaan karbohidrat, protein dan lemak. Enzim-enzim yang dihasilkan antaranya pancreatic amylase, tripsin dan pancreatic lipase. Pancreatic amylaseberfungsi dalam proses pencernaan karbohidrat manakala tripsin berfungsi dalam proses pencernaan protein. Pancreatic lipase pula berfungsi dalam proses pencernaan lemak.

Rajah 11: Penghasilan enzim di pankreas


22

d) Hati Hati terletak di bawah diafragma yang mana kedudukannya lebih kepada bahagian sebelah kanan badan.Hati ini terletak di atas perut dan hampir-hampir menutupi perut.Hati memainkan peranan yang penting dalam proses pencernaan makanan walaupun hati bukanlah salah satu organ pencernaan. Ini kerana, hati berfungsi untuk merembeskan jus hempedu yang mengandungi garam yang digunakan dalam proses pencernaan lemak. Melalui proses pencernaan lemak tersebut, lemak akandihuraikan menjadi titisan-titisan halus hingga mudah dicernakan dan diserap (Elaine N. Marieb, 2009).

Hati bahagian kanan

Hati bahagian kiri

Pundi hempedu

Rajah 12: Struktur hati

23

e) Pundi hempedu Pundi hempedu ini sangat kecil dan berwarna hijau yang mana terletak di lobus kanan di bahagian bawah permukaan hati.Pundi hempedu ini berbentuk seperti buah pear yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu fundus, badan dan leher.Leher pundi hempedu ini kecil yang mana membentuk duktus yang dikenali sebagai duktus sistik.Duktus sistik ini bersambung dengan duktus hepatik sesama.Fungsi hempedu ialah tempat penyimpanan cecair hempedu yang dirembeskan oleh hati disimpan sehingga diperlukan oleh tubuh bagi penghadaman.

Rajah 13: Struktur pundi hempedu


24

4.0 PROSES PENCERNAAN Proses pencernaan bermula apabila makanan masuk ke dalam mulut. Terdapat dua jenis proses pencernaan iaitu proses pencernaan secara fizikal dan kimia. Makanan akan dihuraikan kepada partikel yang kecil secara fizikal dengan mengunyah makanan tersebut dengan menggunakan organ aksesori iaitu gigi. Seterusnya makanan tersebut akan bercampur dengan air liur dengan kehadiran lidah yang berfungsi untuk menggerak-gerakkan makanan yang dikunyah ke kiri dan ke kanan bagi membentuk bolus iaitu yang terdiri daripada partikel-partikel makanan hancur yang melekat antara satu sama lain. Lidah ini seolah-olah berperanan sebagai sudu yang digunakan untuk mengecilkan saiz gula semasa membuat air di rumah.

Semasa di mulut, kelenjar air liur parotid akan merembeskan sejenis enzim. Enzim ini terhasil dengan adanya rangsangan dari makanan yang dimakan.Enzim yang terhasil ini dikenali sebagai air liur amilase. Enzim ini berperanan penting dalam proses hidrolisis karbohidrat kepada maltosa. Seterusnya jisim makanan (bolus) akan ditelan untuk memastikan makanan dapat dihantar melalui farinks dan esofagus. Proses menelan ini merupakan proses yang kompleks yang melibatkan beberapa bahagian seperti lidah, lelangit lembut, farinks dan esofagus. Proses menelan ini terdiri daripada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan fasa buccal yang mana fasa ini di bawah kawalan seseorang inidividu yang mana seseorang individu boleh mengawal makanan yang dikunyah di mulut.

25

Rajah 14: proses makanan membentuk bolus.

Jisim makanan (bolus) akan ditolak masuk ke farink melalui lidah apabila makanan yang dikunyah telah bercampur dengan air liur. Kehadiran bolus di farink telah merangsang fasa kedua berlaku.Fasa kedua ini merupakan fasa luar kawalan iaitu fasa makanan dibawa dari farink ke esofagus.Fasa ini dikatakan di luar kawalan kerana bahagian parasimpatetik di sistem saraf autonomik yang mengawal fasa ini.Bahagian parasimpatetik ini berfungsi dalam meningkatkan pergerakan organ percernaan
26

bermula di farinks dan esofagus ini. Makanan akan bergerak melalui farinks dan esofagus dengan tindakan peristalsis. Pergerakan peristalsis ini berlaku bermula dengan penguncupan otot membujur dan diikuti oleh otot membulat (circular muscle). Apabila makanan sampai di penghujung esofagus, makanan akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium. Tekanan tersebut mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan ke perut.

Rajah 15: Proses peritalasis berlaku di esofagus dan kardium

27

Seterusnya, semasa di perut jus gastrik akan dihasilkan. Bau dan rasa makanan akan merangsang sistem saraf parasimpatatik dalam penghasilan jus gastrik yang tinggi di kelenjar perut. Perut akan merangsang sel perut untuk menghasilkan harmon gastrin dengan adanya kehadiran makanan dan peningkatan pH di perut. Harmon gastrin ini merangsang kelenjar di perut untuk menghasilkan lebih banyak enzim pencernaan protein iaitu pepsin yang terdapat dalam asid hidroklorik.Sebanyak dua hingga tiga liter jus gastrik dihasilkan sehari bagi keadaan badan normal. Asid hidroklorik akan menjadikan perut sangat berasid. Kadang-kala keadaan ini amat berbahaya kerana asid hidroklorik dan enzim pepsinogen berupaya untuk mencernakan perut itu sendiri dan menyebabkan ulser.Tetapi keadaan ini tidak merbahaya selagi mukus yang dihasilkan mencukupi. Persekitaran berasid yang disediakan oleh asid hidrokolik ini perlu kerana akan mengaktifkan pepsinogen kepada pepsin. Selain daripada pepsinogen, rennin juga dihasilkan oleh perut. Renin ini berfungsi dalam menukarkan protein susu menjadi kasein (bahan yang seperti susu masam).

28

Rajah 16: Proses penghuraian dan penyerapan makanan secara kimia

Apabila makanan masuk dan memenuhi perut, dinding perut akan meregang dan pada masa yang sama jus gastrik dirembeskan. Seterusnya, tiga lapisan otot di perut menjadi aktif untuk memberi tekanan dan pukulan terhadap makanan supaya makanan dapat diuraikan secara fizikal.Setelah itu makanan dicampurkan dengan enzim yang mengandungi jus gastrik.Akhirnya, hasil pencampuran ini menghasilkan kimus. Seterusnya proses ini diteruskan dengan peristalsis di bahagian atas perut dan

pengucupan meningkat seiring dengan daya akibat daripada makanan masuk di injap pilorus. Injap pilorus ini menyimpan kira-kira 30 mililiter (ml) kimus dan bertindak membenarkan cecair dan partikel kecil masuk ke usus kecil melalui otot sfinkter
29

pilorus.Apabila otot sfinkter pilorus terbuka, pengucupan dibahagian otot perut akan berlaku dan akan menyebabkan kira-kira 3 mililiter kimus masuk ke usus kecil. Pengucupan otot perut ini juga disebabkan injap tertutup dan disebabkan sebanyak 27 ml kimus yang tinggal masuk semula ke perut supaya proses percampuran makanan dapat berlaku sekali lagi.

Apabila duodenum iaitu bahagian pertama usus kecil telah dipenuhi oleh kimus secara automatik dinding luarannya meregang dan menyebabkan refleks saraf berlaku.Refleks ini menyebabkan penguraian aktiviti gatsrik dan memperlambatkan pengosongan perut. Proses ini berlaku dengan menghambat saraf vagus dan memperketatkan otot sfinkter pilorus yang mana memberikan masa kepada proses di usus untuk bermula. Proses ini mengambil masa selama empat jam untuk mengosongkan perut selepas seseorang individu makan makanan yang seimbang. Walaubagaimanapun, proses ini akan mejadi lambat iaitu mengambil masa selama enam jam jika makanan yang diambil tinggi kandungan lemak

(http://primedicare.com/index.php/sumber/17-kesihatan-sistem-pencernaan).

Seterusnya proses pencernaan diteruskan di usus kecil di mana proses yang berlaku adalah proses penguraian makanan dan penyerapan makanan. Menurut Elaine N. Married (2009), makanan yang sampai di usus kecil adalah makanan yang separuh dicernakan. Proses pencernaan makanan seperti kanji dan protein juga bermula di usus kecil ini. Proses di usus kecil ini juga dinamakan sebagai proses pencernaan makanan secara kimia. Proses percernaan yang paling cepat berlaku adalah di usus kecil. Ini kerana, proses pencernaan di usus kecil hanya mengambil masa selama tiga hingga enam jam untuk melalui saluran usus kecil.

Makanan akan berterusan menjalani proses pencernaan makanan di bahagian pertama usus kecil iaitu duodenum. Ini kerana, proses penguraian makanan masih berlaku di duodenum. Apabila memasuki bahagian kedua iaitu jejunum makanan akan menjalani proses pencernaan terakhir sebelum zat makanan diserap. Penyerapan makanan seterusnya berlaku di bahagian ileum di usus kecil. Menurut Elaine N. Married
30

(2009), hampir kesemua penyerapan makanan berlaku di usus kecil. Proses penyerapan tersebut melibatkan penyerapan air dan penyerapan hasil produk akhir pencernaan makanan seperti asid amino, galaktosa dan lain-lain. Bahan-bahan ini diserap ke sel membran plasma usus kecil dengan proses pengangkutan aktif. Seterusnya bahan-bahan yang diserap ini masuk ke tunas kapilari yang terdapat di villi untuk dihantar ke darah dan seterusnya ke hati melalui vena portal.

Rajah 17: Proses penyerapan hasil produk terakhir makanan di usus kecil

31

Proses penyerapan lemak adalah berbeza daripada protein dan karbohaidrat. Ini kerana proses penyerapan lemak berlaku secara pasif iaitu melalui proses resapan. Proses diteruskan di bahagian terakhir di usus kecil iaitu ileum. Di sini bahan yang tinggal adalah sedikit air, makanan yang tidak boleh dicernakan seperti fiber pada tumbuh-tumbuhan seperti selolosa dan bakteria.

Bahan-bahan ini seterusnya akan bergerak ke usus besar untuk meneruskan proses pencernaan. Di usus besar makanan turut diuraikan dan diserap.Makanan yang tidak dicernakan dan diserap di usus kecil melalui injap ileosekum (Gamdarico, 2009).Bahan-bahan yang dihantar ke usus besar ini mempunyai beberapa nutrien yang mana berada di usus besar selama 12 hingga 24 jam.Di bahagian kolon di usus besar ini tidak terdapat enzim pencernaan untuk mecernakan makanan. Walau

bagaiamanpun, nutrien yang ada di usus besar ini akan bertindak balas dengan bakteria yang ada dalam usus besar ini dalam penghasilan gas metana dan hidrogen sulfida (kentut). Bakteria yang tinggal di dalam usus besar ini juga berfungsi dalam penghasilan vitamin K dan vitamin B.

Proses penyerapan berlaku di usus besar iaitu di bahagian kolon. Kuantiti air yang diserap di bahagian usus besar ini adalah kira-kira 0.8 liter. Seterusnya proses penghasilan tinja berlaku selepas penyerapan bahan-bahan yang diperlukan oleh badan diserap. Tinja akan disalurkan ke rektum di mana tinja ini mengandungi sisa makanan yang tidak dicernakan, mukus, berjuta-juta bakteria dan air yang cukup untuk membenarkan tinja dikeluarkan dari rektum. Tinja ini akan disimpan seketika di bahagian rektum dan akan dikeluarkan daripada rektum apabila tempat penyimpanan tinja penuh. Tinja juga akan dikeluarkan daripada rektum apabila reseptor regang dari sistem saraf di bahagian dinding rektum merangsang keinginan membuang air besar.

32

Rajah 18: Penyerapan air dan penyerapan makanan yang tidak diserap di usus kecil

33

Rajah 19: Tempat penyimpanan sementara tinja

34

Rajah 20: Saluran tempat pembuangan tinja

35

5.0 PROSES PENCERNAAN KARBOHIDRAT Karbohidrat merupakan kelompok makanan yang menyediakan haba dan tenaga kepada tubuh badan manusia.Karbohidrat dapat diperoleh daripada makanan seperti nasi dan roti. Karbohidrat merupakan molekul makanan yang besar dan tidak boleh diserap ke dalam tubuh badan. Oleh itu, karbohidrat perlu menjalani proses pencernaan. Makanan berkarbohidrat ini perlu diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap oleh badan. Proses pencernaan karbohidrat ini berlaku di dua bahagian tubuh badan iaitu di mulut dan usus kecil. Proses pencernaan ini berlaku dengan adanya tindakan enzim. Apabila makanan yang berkarbohidrat diambil oleh seseorang, gigi akan berperanan untuk menghancurkan saiz makanan tersebut menjadi lebih kecil. Seterusnya, kelenjar parotid yang terdapat di dalam rongga mulut akan merembeskan enzim amilase untuk bertindak balas dengan makanan berkarbohidrat yang telah dimakan. Hasil tindak balas enzim amilase tersebut menyebabkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih kecil dengan menukarkan karbohidrat menjadi laktosa, maltose dan sukrosa bergantung kepada jenis karbohidrat yang diambil oleh seseorang.Laktosa, maltose dan sukrosa ini dikenali sebagai oligosakarida dan disakarida.Oligosakarida ini merujuk kepada rantaian karbohidrat yang banyak manakala disakarida merujuk kepada dua rantaian karbohidrat sahaja.Ini bermakna, laktosa, maltose dan sukrosa terdiri daripada rantaian karbohaidrat yang kompleks yang mana masih tidak boleh diserap oleh badan. AMILASE LAKTOSA

KARBOHIDRAT

KARBOHIDRAT

AMILASE

MALTOSA

KARBOHIDRAT

SUKROSA AMILASE
36

Rajah 21: Rumusan proses pencernaan karbohidrat

Proses pencernaan ini diteruskan dengan bolus (jisim makanan berkarbohidrat) ditelan supaya dapat ditolak ke farinks dan salur pencernaan iaitu esofagus. Bolus akan melalui esofagus dengan tindakan peristalsis. Proses peristalsis ini berlaku secara berterusan sehingga bolus sampai ke penghujung esofagus. Apabila bolus sampai di penghujung esofagus, bolus akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium iaitu sejenis otot sfinkter yang menyambungkan esofagus dengan perut. Tekanan tersebut mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan ke perut. Makanan berkarbohidrat ini seterusnya masuk ke perut di mana tiada proses penguraian makanan berkarbohaidrat berlaku di perut. Ini kerana, tiada enzim pencernaan karbohaidrat di perut. Makanan hanya dihancurkan kepada partikel-partikel yang lebih kecil melalui proses peristalsis yang berlaku di perut. Namun, saiz rantaian karbohaidrat masih sama. Oleh itu, makanan berkarbohidrat ini masih tidak boleh diserap ke tubuh badan.Ini menyebabkan makanan berkarbohidrat dihantar ke bahagian usus kecil melalui sfinkter pilorus. Makanan berkarbohidrat yang masuk ke dalam usus kecil ini akan menjalani proses pencernaan karbohidrat di mana makanan berkarbohidrat ini akan diuraikan kepada saiz yang lebih kecil. Ini kerana, terdapat enzim pancreatic amylase di usus kecil yang mana dirembeskan oleh organ pankreas. Enzim ini akan bertindak balas dengan laktosa, maltose dan sukrosa untuk penghasilan akhir proses penguraian karbohidrat ini. Laktosa dengan ditindak balas oleh enzim pancreatic amylase akan ditukarkan kepada galaktosa dan glukosa. Maltosa pula ditukarkan kepada glukosa dengan ditindak balas oleh enzim yang sama iaitu pancreatic amylase.Manakala, sukrosa ditukarkan kepada fruktosa dan glukosa.

PANCREATIC LAKTOSA AMYLASE GALAKTOSA + GLUKOSA

37

MALTOSA

PANCREATIC AMYLASE

GLUKOSA

PANCREATIC SUKROSA AMYLASE GLUKOSA + FRUKTOSA

Rajah 22: Rumusan proses pencernaan karbohidrat Akhirnya, bahan-bahan ini akan diserap ke kapilari darah dalam struktur villi dan akan dihantar ke hati melalui vena portal. Hati akan berperanan dalam meneutralkan makanan yang kita makan supaya bebas daripada toksik dan racun dan seterusnya akan menghantar bahan-bahan ini ke seluruh tubuh badan. Bahan-bahan hasil pencernaan akhir karbohidrat ini terdiri daripada monosakarida, glukosa, galaktosa dan fruktosa (Pearce, 2007).

Rajah 23 : Penyerapan monosakarida di usus kecil Rujukan: Saladin, (2001).


38

6.0 PROSES PENCERNAAN PROTEIN Protein merupakan kelompok makanan yang penting dalam pertumbuhan, pembaikan dan pembentukan sel baru dalam badan. Protein merupakan molekul makanan yang besar dan tidak boleh diserap ke dalam tubuh badan. Oleh itu, protein perlu menjalani proses pencernaan. Makanan yang mengandungi protein perlu diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap oleh badan. Proses penguraian protein ini berlaku di dua bahagian tubuh badan iaitu di perut dan usus kecil. Proses penguraian ini berlaku dengan adanya tindakan enzim pepsin dan tripsin. Apabila makan makanan yang mempunyai protein, gigi akan berperanan untuk menghancurkan saiz makanan tersebut menjadi lebih kecil. Seterusnya, air liur akan bercampur dengan saiz makanan yang telah kecil itu membentuk bolus. Bolus ini akan ditelan supaya dapat ditolak ke farinks dan salur pencernaan iaitu esofagus. Bolus akan melalui esofagus dengan tindakan peristalsis. Proses peristalsis ini berlaku secara berterusan sehingga bolus sampai ke penghujung esofagus. Apabila bolus sampai di penghujung esofagus, bolus akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium iaitu sejenis otot sfinkter yang menyambungkan esofagus dengan perut. Tekanan tersebut mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan ke perut. Makanan yang mempunyai protein ini seterusnya akan masuk ke perut di mana proses penguraian makanan jenis protein ini akan berlaku dengan tindakan enzim. Jus gastrik akan dirembeskan oleh dinding perut yang mana jus ini mengandungi gabungan asid hidroklorik dan beberapa enzim pencernaan protein iaitu renin dan pepsin. Pepsin merupakan enzim yang berperanan dalam menghidrolisis beberapa protein. Protein dengan tindak balas pepsin akan menguraikan protein kepada molekul polipeptida besar. Enzim renin pula khusus untuk pencernaan protein dalam susu. Enzim renin ini akan menukarkan protein susu (kaseinogen) kepada kasein(http://www.myert.net/v3/ index2.php?option=com_docman&gid=39&task=doc_view&Itemid=150 ).

39

Seterusnya, molekul polipeptida besar ini masih tidak boleh diserap oleh tubuh badan kerana masih mempunyai rantaian protein yang besar. Maka, polipeptida besar ini perlu menjalani proses penguraian yang kedua di usus kecil. Molekul polipeptida yang masuk ke dalam usus kecil ini akan menjalani proses penguraian protein yang kedua. Ini kerana, terdapat enzim pancreatic amylase di usus kecil yang mana dirembeskan oleh organ pankreas.Enzim pancreatic amylase

mengandungitrypsinogen.Trypsinogen ini akan ditukarkan kepadatripsin dan akan bertindak balas dengan makanan yang mengandungi protein iaitu polipeptida besar dan menukarkannya kepada polipeptida kecil dan peptida kecil. Seterusnya dengan tindak balas brush border enzymes seperti aminopeptidase, carboxypeptidase dan dipeptidase ke atas polipeptida kecil dan peptida kecil akan menghasilkan produk akhir pencernaan protein iaitu amino asid. Proses ini berlaku dengan tindak balas carboxypeptidasemengeluarkan satu asid amino dari carboxyl (-COOH) di hujung polipeptida kecil dan peptida kecil. Aminopeptidase pula bertindak dengan mengeluarkan satu asid amino dalam satu-satu masa dari hujung amino (-NH2) manakala dipeptidase bertindak dalam mengasingkan dipeptida kepada asid amino yang berasingan. Hasil akhir pencernaan protein iaitu amino asid akan diserap ke kapilari darah di dalam villi. Selepas di bawa masuk ke dalam villi amino asid ini akan dibawa dari vilus epithelium masuk ke pembuluh darah dan aliran darah terus ke hati melalui vena portal(Pearce, 2007).

40

Protein

Pepsin dengan kehadiran asid hidroklorik

Polipeptida besar

Enzim pankreas (tripsin, chymotrypsin, carboxypeptidase)

Polipeptidakecil +peptide kecil

Brush border enzyme (aminopeptidase, carboxypeptidase dan dipeptidase)

Amino asid

Rajah 24: Rumusan proses pencernaan protein

41

Mulut

Tiada pencernaan berlaku di mulut. Pepsin hidrolisiskan ikatan peptida dan menguraikan protein kepada rantaian polipeptida yang lebih kecil di perut.

Perut

Rajah 25: Pencernaan protein di perut


Tindak balas pancreatic enzyme di usus kecil

Tripsin dan chymotrypsin hidrolisis ikatan peptida dengan menguraikan polipeptida kepada oligopeptida kecil. Carboxypeptidase mengeluarkan satu asid amino dari carboxyl di hujung oligopeptida.

Rajah 26: Pencernaan protein di usus kecil


Tindak balas brush border enzyme Carboxypeptidase meneruskan proses pengeluaran asid amino dari carboxyl (-COOH). Aminopeptidaseakan keluarkan satu asid amino dari hujung amino (-NH2). Dipeptidase asingkan dipeptida kepada amino asid yang berasingan.

Rajah 27: Pencernaan protein di usus kecil


42

7.0 PROSES PENCERNAAN LEMAK Lemak merupakan kelompok makanan yang penting dalam membekalkan tenaga kepada tubuh badan manusia.Manakala asid lemak yang terdapat di lemak pula penting dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Lemak ini diperolehi daripada makanan seperti hasil tenusu, daging, minyak dan sebagainya. Lemak merupakan molekul makanan yang besar dan tidak boleh diserap ke dalam tubuh badan. Oleh itu, lemak perlu menjalani proses pencernaan. Makanan yang mengandungi lemak ini perlu diuraikan kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap oleh badan.Lemak perlu ditukarkan kepada bentuk terkecil iaitu asid lemak dan gliserol. Apabila makanan yang mengandungi lemak masuk ke dalam rongga mulut secara automatik gigi akan berperanan untuk menghancurkan saiz makanan tersebut menjadi lebih kecil. Seterusnya, air liur akan bercampur dengan saiz makanan yang telah kecil itu membentuk bolus. Bolus yang terhasil akan ditolak ke farinks dan salur pencernaan iaitu esofagus melalui proses penelanan makanan. Bolus akan melalui esofagus dengan tindakan peristalsis. Proses peristalsis ini berlaku secara berterusan sehingga bolus sampai ke penghujung esofagus. Apabila bolus sampai di penghujung esofagus, bolus akan memberikan tekanan terhadap sfinkter kardium iaitu sejenis otot sfinkter yang menyambungkan esofagus dengan perut. Tekanan tersebut

mengakibatkan sfinkter kardium terbuka dan menyebabkan makanan dapat disalurkan ke perut. Makanan yang mempunyai lemak ini seterusnya akan masuk ke perut di mana makanan yang mengandungi lemak ini tidak mengalami sebarang proses pencernaan secara kimia di perut. Hal ini demikian kerana, tiada enzim pencernaan lemak dihasilkan di perut.Molekul lemak hanyak diuraikan secara kecil dengan tindakan peristelsis di perut. Seterusnya, sebahagian makanan lemak yang terhadam iaitu kimus daripada perut ini akan bergerak ke bahagian badan yang seterusnya untuk menjalankan proses penguraian dan pencernaan lemak. Kimus ini akan bergerak masuk ke usus kecil
43

melalui otot sfinkter yang dikenali sebagai sfinkter pilorus. Proses penguraian lemak ini bermula dengan molekul-molekul lemak yang berbentuk bulat bertindak balas dengan lecithin dan bile acid yang terdapat dalam cecair hempedu.Lecithin dan bile acid ini bertindak balas ke atas molekul lemak yang berbentuk bulat dengan menyaluti molekul lemak tersebut supaya molekul lemak dapat ditukarkan kepada titisan-titisan lemak.Seterusnya, proses pencernaan lemak diteruskan dengan kimus bercampur dengan pancreatic lipase dari pankreas yang dikeluarkan oleh sel acinar. Enzim lipase ini akan bertindak dalam menguraikan lemak yang bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil. Enzim lipase ini akan bertindak menguraikan tryglycerides menjadi monoglyceride dan dua asid lemak bebas. Monoglycerideini dikenali sebagai gliserol manakala asid lemak bebas sebagai asid lemak.Asid lemak dan gliserol merupakan hasil akhir pencernaan lemak. Asid lemak dan gliserol ini akan bergerak melalui bahagian kedua usus kecil iaitu jejunum dengan tindakan peristalsis dan dalam pada masa yang sama pergerakan akan berterusan sehinggalah ke bahagian terakhir usus kecil iaitu ileum. Zat makanan lemak yang terdiri daripada asid lemak dan gliserol ini akan menjalani proses pencernaan akhir sebelum diserap oleh tubuh badan. Hasil akhir pencernaan lemak ini iaitu asid lemak dan gliserol ini akan diserap melalui lapisan dinding usus kecil di bahagian ileum yang dilengkapi jutaan mikrovili berbentuk jejari. Asid lemak dan gliserol ini akan diserap di lakteal ke dalam sistem limfatik.

Lemak

lipase

Asid lemak dan gliserol

Rajah 28 : Rumusan proses pencernaan lemak

44

Bile acid Molekul lemak yang bulat diselaputi oleh lecithin dan bile acid. Titisan lemak

Hidrolisis lemak Pancreatic lipase Lecithin Bile acid Dietary lipid

Pancreatic lipase

Asid lemak bebas

Monoglicerides

triglyceride

Asid lemak bebas

Titisan lemak bertindak balas dengan pancreatic lipase dan menyebabkan asid lemak bebas yang pertama dan ketiga dari triglyceride dihidrolisiskan.

Rajah 29: Proses pencernaan lemak Rujukan: Saladin, (2001).

45

8.0 PENYERAPAN VITAMIN Vitamin dapat dibahagikan kepada dua iaitu vitamin larut lemak dan vitamin larut air.Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin A, D, E dan K. Vitamin-vitamin ini diserap ke dalam tubuh badan bersama-sama dengan lemak. Vitamin-vitamin ini tidak akan diserap oleh tubuh badan jika dicernakan tanpa kehadiran makanan yang mengandungi lemak. Vitamin-vitamin ini akan dikeluarkan bersama-sama dengan tinja. Vitamin larut air pula terdiri daripada vitamin B-complexdan vitamin C. Vitamin ini akan diserap ke dalam tubuh badan melalui proses resapan mudah kecuali vitamin B12. Vitamin B12 ini tidak dapat diserap ke dalam tubuh badan kerana molekulnya terdiri daripada molekul yang besar.Vitamin B12 ini hanya boleh diserap jika molekulnya melekat kepada faktor intrinsik di perut. Vitamin larut lemak dan larut air ini kedua-duanya diserap ke dalam badan manusia melalui usus kecil iaitu di bahagian ileum yang terdiri daripada lapisan yang berlipat-lipat dan kaya dengan berjuta mikrovilli yang berperanan dalam

memperluaskan permukaan bagi tujuan penyerapan zat-zat makanan berlaku.

46

9.0 PENYERAPAN GARAM MINERAL/ELEKTROLIT Penyerapan garam mineral juga berlaku semasa proses pencernaan makanan. Garam mineral ini akan diserap di sepanjang dinding usus kecil. Antara garam mineral yang diserap oleh tubuh badan manusia semasa proses pencernaan adalah ion kalium. Ion kalium ini akan diserap di bahagian ileum di usus kecil melalui resapan mudah. Zat besi dan kalsium juga diserap oleh tubuh badan manusia di bahagian usus kecil. Zat besi ini akan diserap di bahagian sel penyerap melalui proses pengangkutan aktif dan dalam pada masa yang sama zat besi ini akan melekat kepada cytoplasmic protein apoferritin untuk membentuk iron-ferritin complex. Penyerapan kalsium ke dalam sel badan manusia pula bergantung kepada cofactor calcitriol iaitu vitamin D. Kehadiran vitamin D akan menyebabkan kalsium diserap ke dalam badan dan ketidak hadiran vitamin D akan menyebabkan kalsium tidak akan diserap oleh badan.

47

10.0 PENYERAPAN AIR Proses pencernaan juga melibatkan penyerapan air ke dalam tubuh badan manusia. Penyerapan air ini penting bagi memastikan keseimbangan air dalam tubuh badan manusia berada di dalam paras normal. Sistem pencernaan merupakan sistem yang terlibat secara langsung dalam keseimbangan air di dalam tubuh badan. Trek pencernaan manusia menerima jumlah air yang banyak setiap hari iaitu kira-kira 9 liter. Air yang diterima ini diperolehi daripada pelbagai sumber iaitu daripada makanan, minuman dan rembesan salur pencernaan dan organ aksesori pencernaan seperti air liur, jus pankreas, jus usus, jus gastrik dan bile Air yang diterima daripada makanan iaitu sebanyak 1.6 liter dan air yang diterima daripada minuman pula sebanyak 1.6 liter.Manakala, air yang diperoleh daripadarembesan salur pencernaan dan organ aksesori pencernaan adalah sebanyak 6.7 liter. Proses penyerapan air ini berlaku di dua kawasan yang utama iaitu usus kecil dan usus besar. Kira-kira sebanyak 8 liter air diserap oleh usus kecil manakala sebanyak 0.8 liter diserap oleh usus besar.Sebanyak 0.2 liter air pula dikeluarkan bersama-sama dengan tinja.Air diserap ke dalam tubuh badan manusia melalui proses osmosis bersama-sama dengan penyerapan garam dan zat organik yang dihasilkan oleh kecerunan kepekatan osmosis yang terdapat pada lumen intestinal.

48

11.0 KESIMPULAN

Sistem pencernaan boleh dibahagikan kepada dua iaitu secara fizikal dan kimia. Sistem ini turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian salur pencernaan iaitu dari mulut hingga ke anus dan organ aksesori. Organ aksesori adalah pelengkap kepada salur pencernaan. Sistem pencernaan melibatkan makanan jenis karbohdirat, protein dan lipid. Hal ini disebabkan oleh, makanan jenis ini merupakan makanan yang kompleks dan tidak boleh diserap terus ke tubuh badan.

Antara organ yang terlibat dalam sistem pencernaan adalah mulut, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar. Oleh itu, kita hendaklah memastikan organ ini berfungsi dengan sempurna agar kita tidak menghadapi masalah pencernaan yang boleh menggangu pemakanan kita. Pengambilan makanan mengikut pramid makanan hendaklah dipatuhi dan diikuti. Sistem pencernaan yang baik membolehkan seseorang itu berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan baik tanpa cepat berasa letih.

Kesimpulannya, hendaklah kita sama-sama menjaga organ pencernaan badan kita agar tidak timbul masalah pencernaan seterusnya mengakibatkan tubuh badan kita bermasalah untuk menyerap dan memproses makanan terbabit ke penghuraian makanan yang lebih kecil.

49

12.0 RUJUKAN

Buku Abdul Hamid Abdul Rashid, (1995). Anatomi Umum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Anela Royston. Penterjemah, Zainah Mohd Azahari, (2005). Menerusi MikroskopPencernaan: Bagaimana Tubuh Kita Menghasilkan Tenaga. Selangor: Dawama Sdn. Bhd. Angela Royston, Penterjemah: Zainah Mohd. Azahari, (2005).Pencernaan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Elaine N. Marieb, (2009). Essentials of Human Anatomy & Physiology. United States: Pearson Education. Evelyn C. Pearce. Anatomi Dan Fisiologi Untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd. Frederic H. Martini, Et Al., (2007). Essentials Of Anatomy &Physiology. United States: Pearson Education. Green, J.H. Penterjemah, Ahmad Pauzi Mohd Yusof Dan Mariam Ahmad, (1994). Fisiologi Klinikal Asas (3rd Edition). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Guy, J.F, (2005). Learning Human Anatomy: A Laboratory Text And Workbook. New Jersey: Prentice Hall. Kenneth S.Saladin, (2001). Anatomy Phsiology The Unity Of Form And Function. New York: Mc Graw Hill Companies.

Komik Gomdori Co., (2009). Eksplorasi Tubuh Manusia 1. Selangor: Anjung Taipan Sdn Bhd.

Majalah Health Today. (May 2011). Your Digestive System. Muka Surat 18-19. Health Today. (May 2011). Your Bowel Movement Guide. Muka Surat 20-21.

50

Internent Tiada Nama Pengarang.Sistem Percernaan. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Kambing.Ui.Ac.Id/Bebas/V12/Sponsor/SponsorPendamping/Praweda/Biologi/0064%20bio%202-5b.Htm Tiada Nama Pengarang.Sistem Percernaan Makanan Pada Manusia. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URLHttp://Www.Youtube.Com/Watch?V=Fomxou0w67k Tiada Nama Pengarang.Penerangan Lebih Terperinci Setiap Bahagian Percernaan. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Id.Wikipedia.Org/Wiki/Sistem_Pencernaan Rahman.Anatomi Sistem Percernaan Manusia. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Rahman-Blog.Blogspot.Com/2008/01/Anatomi-Sistem-Pencernaan.Html Anne Ahira. Artikel Sistem Percernaan. Di Layari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Www.Anneahira.Com/Sistem-Pencernaan-7670.Htm Tiada Nama Pengarang.Sistem Percernaan. Dilayari Pada 19 Februari 2012 Di URL Http://Aadesanjaya.Blogspot.Com/2010/10/Sistem-Pencernaan.Html Tiada Nama Pengarang.Kamus Online. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Http://Dict.Rewaz.Org/Search/Browse/Fisiologi.Re Tiada Nama Pengarang.Definisi Pencernaan. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URL Http://Primedicare.Com/Index.Php/Sumber/17-Kesihatan-Sistem-Pencernaan Tiada Nama Pengarang.Lidah. Dilayari Pada 1 Mac Https://Lestariunique.Wordpress.Com/2012/02/21/308/ 2012 Di URL

Tiada Nama Pengarang.Gigi. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Di URLHttp://RaviAzriel.Blogspot.Com/2008/03/Nama-Gigi.Html Tiada Nama Pengarang.Periltasis. Dilayari Pada 1 Mac 2012 Http://Rawatankesihatan.Blogspot.Com/2007/10/Masalah-SendawaBerlebihan.Html Di URL

51

52

Anda mungkin juga menyukai