Anda di halaman 1dari 14

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2
PENGENALAN

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani; menghuraikan Proses-proses yang berlaku secara berperingkat iaitu proses pertumbuhan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas; dan membina hubungan antara ketiga-tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

OUM

15

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

PETA MINDA

2.1

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat yang berupaya: 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat.

2.

3.

4.

5.

Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi individu. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.

16

OUM

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan sepanjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka. Perancang perlu merancang dan mengambilkira aspek perbezaan umur dalam merancang aktiviti. Dalam modul ini penulis telah membahagikan aspek umur kepada tiga kumpulan iaitu: x x x Kanak-kanak; Remaja dan dewasa; dan Warga Emas.

2.1.1

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Bergerak merupakan naluri semulajadi setiap kanak-kanak. Semua pengalaman pergerakan kanak-kanak membawa kepada peningkatan keupayaan kinestetik mereka. Walau bagaimanapun, cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau dibetulkan apabila remaja kelak. Menjaga kesihatan pula bukan naluri semulajadi kanak-kanak, tetapi aspek ini perlu dipelajari dan ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental, emosi dan sosial. Kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Mereka sentiasa menerokai alam sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu. Masa inilah mereka paling berminat dalam alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling. Mereka ingin tahu terutama tentang fungsi tubuh badan sendiri dan julat pergerakan yang boleh dilakukan oleh tubuh badan. Mereka memerlukan peluang bagi meluahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal. Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Antara tugasan perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Kanak-kanak perlu juga belajar mengenai alam sekeliling supaya mereka dapat hidup dengan yakin, gembira dan selamat. Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan geografi atau status sosioekonomi murid. Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal. Keberkesanan di dalam pembangunan fizikal dan pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif.

OUM

17

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

Keadaan fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang segak dan cergas. Penampilan tersebut berupaya menyakin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja (pembentukan diri). Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang dewasa. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih bermotivasi di dalam melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situasi yang lebih mencabar. Sukan merupakan suatu medium yang menekankan aspek-aspek mental dan fizikal.Kepuasan yang dicapai oleh kanak-kanak di dalam sukan adalah berbentuk keseronokan. Dalam aktiviti sukan kanak-kanak akan berusaha mencapai objektif, keadaan ini akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di dalam penglibatan mereka. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti fizikal iaitu mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan sosial, kemenangan, kemajuan besar dan kerjasama berpasukan. Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk menguasai pergerakkan-pergerakkan asas melalui aktiviti- aktiviti sukan yang didedahkan kepada mereka. Aktiviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada aspek-aspek lokomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan sahsiah, pertandingan, kecergasan, ketahanan mental, disiplin, nasionalisma dan keagamaan.

2.1.2

Remaja dan Dewasa

Pendidikan Jasmani adalah bersifat menyeluruh kerana ia menyediakan elemen-elemen yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Zaman remaja dan dewasa merupakan fasa pembentukan dan pertumbuhan fizikal yang sempurna. Ketika remaja dan dewasa kecergasan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan kerana aktiviti ini boleh membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna. Zaman remaja dan dewasa juga merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya. Keberkesanan organ-organ dalaman badan bekerja dengan efisien akan membolehkan remaja atau dewasa bekerja dengan selesa dan lebih bersemangat serta bermotivasi untuk bekerja. Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan. Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Dengan kata lain kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa untuk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif. Di samping itu kecergasan fizikal membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika bekerja atau kecemasan.

18

OUM

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Bagi membolehkan golongan remaja dan dewasa terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya aspek pembangunan fizikal, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diberi penumpuan dalam aktiviti fizikal. Komponen-komponen lakuan motor ialah: x x x x x x Kelajuan Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa reaksi Koordinasi

Matapelajaran Pendidikan Jasmani diperingkat remaja mementingkan bidang perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi. Pergerakan fizikal yang dititik beratkan melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani akan memberi sumbangan yang penting kepada seseorang individu secara menyeluruh. Nilai-nilai yang diperolehi hasil dari aktiviti-aktiviti yang diterapkan akan berupaya membina insan yang seimbang. Pelbagai kebaikan diperolehi melalui Pendidikan Jasmani dan ia boleh dikesan melalui objektif Pendidikan Jasmani. Antaranya, pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif.

2.1.3

Warga Emas

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan warga emas memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Kecergasan keseluruhan merangkumi: x x x x x Kecergasan Fizikal Kecergasan Mental Kecergasan Sosial Kecergasan Emosi Kecergasan Rohani

Pengetahuan berasaskan Pendidikan Jasmani merupakan suatu elemen yang penting dalam membentuk insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. Warga emas mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur. Peningkatan umur melibatkan perubahan sistem biologi, psikologi, kepercayaan dan sosial. Perubahanperubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakit-penyakit kerana faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan.

OUM

19

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Penekanan kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu. Pendapat ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organik tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

Latihan 2.1
Nyatakan matlamat membina masyarakat dalam menjalankan aktiviti fizikal bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.

2.2

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Pembangunan kognitif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan pengumpulan pengetahuan, keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan. Dalam sub topik perkembangan kognitif ini akan membincangkan aspek: (i) (ii) (iii) Kemahiran berfikir Konstruktivisme Kepelbagaian kecerdasan

2.2.1

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran berfikir. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani Kritikos yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. (BPG 1995) Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir. Pemikiran tersebut lebih menekankan kepada hemisfera otak kanan (HOKA) berbanding hemisfera otak kiri (HOKI). Namun demikian otak kanan kurang diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu HOKA perlu diberi penekanan dalam bilik darjah supaya kreativiti murid dapat dikembangkan ke tahap yang sewajarnya. (BPG 1995) Daripada definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa berfikir secara kritis dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan. Dengan ini, kita akan dapat membuat pertimbangan yang lebih bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Sementara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk

20

OUM

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gugusan. Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara: (a) Menciri Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat, ciri dan kualiti. Membanding dan Membeza Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti serta unsur satu peristiwa atau objek. Mengumpul dan Mengkelas Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Membuat Urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri atau sifat. Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Mengesan Pengaruh Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

Pengguna juga diberi peluang berfikir secara kreatif dengan cara: (a) Menjana Idea Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Menghubung Kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasarkan maklumat daripada pemerhatian.

(b)

(c)

OUM

21

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

(d)

Meramalkan Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Membuat Hipotesis Membuat penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Mensintesiskan Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan dan artifak. Mengitlak Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Membuat Gambaran Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Menganalogi Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud.

(e)

(f)

(g)

(h)

(i)

(j)

Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina keyakinan diri untuk memberi hujah. Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

22

OUM

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Penekanan kepada kemahiran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak membuat tafsiran yang tepat terhadap sesuatu permasalahan yang mereka hadapi. Kemahiran Berfikir secara Britis dan Kreatif bertujuan untuk membolehkan murid memahami, menilai serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima di dalam pelbagai situasi.

2.2.2

Konstruktivisme

Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru Perspektif konstruktivis menggambarkan pembelajaran merupakan satu perubahan bermakna yang dibina daripada pengalaman. Teori konstruktivisme mentakrifkan pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tidak belajar mengikut matlamat dan kemahiran yang ditetapkan guru. Sebaliknya pelajar sendiri menentukan matlamat pembelajaran mereka. Pembinaan pengetahuan merupakan satu proses pemikiran tentang pengalaman dan menterjemahkannya. Oleh kerana setiap individu mempunyai set pengalaman yang tersendiri untuk dihalusi maka setiap individu akan membina kefahamannya yang tersendiri. Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna, kompleks atau dimurnikan. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya. Untuk mengaplikasikan teori konstruktivisme, Duffy dan Jonassen (1991) mencadangkan individu mesti bekerja dengan masalah dalam situasi sebenar untuk membentuk pembelajaran bermakna. Oleh kerana masalah selalunya datang daripada banyak aspek seperti simulasi permainan, pengurusan kecergasan dan banyak lagi dalam Pendidikan Jasmani. Langkah-langkah berikut di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktivisme: (i) (ii) (iii) Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran. Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Abstrak fakta, pengasingan data atau struktur memainkan peranan penting dari proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan skema operasi baru.

2.2.3

Kepelbagaian Kecerdasan

Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan (Checkly 1997). Menurut Dr. Gardner, terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang

OUM

23

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

berlainan dalam bahagian tertentu. Setiap kecergasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung antara satu sama lain. Guru perlu mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke semua kecergasan. (Armstrong 1994). Satu ketika dahulu, guru-guru hanya bergantung kepada sumber-sumber di dalam bilik darjah yang hanya merangsang verbal atau linguistik, logikal atau matematikal dan ada ketikanya visual atau spatial. Keadaan ini, menjadikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang lain akan merasa bosan untuk belajar. Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berlandaskan kepelbagaian kecerdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar berdasarkan jenis kecerdasan. Jadual di bawah menunjukkan jenis kecerdasan dan cadangan rekabentuk. Jenis Kecerdasan Kinestatik Strategi Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu. Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem. Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya. Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis secara berkesan. Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak.

Interpersonal

Intrapersonal

Logik/Matematik

Muzik/Lirik

Semulajadi

Linguistik

Ruang

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu membentuk masyarakat menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sasaran matlamat yang bersesuaian dengan keupayaan adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur.

24

OUM

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Latihan 2.2
Berikan contoh situasi penggunaan juga Kemahiran Berfikir secara Kreatif.

2.3

PERKEMBANGAN AFEKTIF

Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.

2.3.1

Kawalan Emosi

Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi. Kejayaan yang diperolehi dalam permainan fizikal menjadikan individu lebih berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian dan menghargai diri mereka. Pendidikan Jasmani boleh memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan.

2.3.2

Kemahiran Bersosial

Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan. Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3.3

Pembinaan Nilai

Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani, emosi dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Penerapan

OUM

25

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai disiplin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Berdikari Bekerjasama Menepati masa Sabar Bersyukur Cintakan Negara

(vii) Bersikap positif Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menepati masa Bersopan santun Peka terhadap masalah pelajar Sentiasa berobjektif Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk perbincangan

(vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar

Contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Pengajaran dan berkumpulan. pembelajaran digunakan dalam aktiviti berpasangan dan

Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni. Latihan yang mengandungi permainan dan kemahiran perlu menggunakan kaedah mencabar dengan ini nilai berdikari dan keyakinan diri boleh diterapkan. Penggunaan alatan dan arahan mestilah tidak bertentangan dengan aspirasi dan nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia.

26

OUM

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

(v)

Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat Malaysia yang bersopan.

Pembentukan Sahsiah Menurut Kamus Dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang merangkumi proses berfikir, merasa tingkahlaku dan hubungannya dengan sekitaran. Menurut Eysenck mentakrifkan sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai, intelek, postur gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitaran. Sahsiah merujuk kepada pembentukan peribadi seseorang individu secara keseluruhan. Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai. Aktiviti Pendidikan Jasmani di lihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti pendidikan luar dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan rakan sebaya akan membenarkan pelajar juga menyumbangkan kemantapan sahsiah.

Latihan 2.3
Berikan contoh situasi penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani.

RUMUSAN
Topik ini membincangkan kepentingan Pendidikan Jasmani dan dibahagikan kepada tiga sub topik iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif. Dalam sub topik pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perbincangan berkisar kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Topik ini turut membincangkan keupayaan Pendidikan Jasmani dalam membentuk perkembangan kognitif yang baik serta perkembangan afektif.

OUM

27

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

GLOSSARI
Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan yang dikehendaki.

Pendidikan Jasmani

UJIAN 1
1. Nyatakan mengapa perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting. Terangkan maksud kecergasan keseluruhan? Nyatakan komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, pengguna perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis. Nyatakan caranya. Berikan definisikan gaya pembelajaran Konstruktisme? Nyatakan tiga aspek pembangunan afektif?

2. 3.

4. 5.

UJIAN 2
1. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran anak-kanak dalam aktiviti fizikal menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Nyatakan. Nyatakan kategori Kecergasan keseluruhan dalam Pendidikan Jasmani? Nyatakan tujuan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Nyatakan langkah-langkah yang di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktisme. Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

2. 3.

4.

5.

28

OUM

Anda mungkin juga menyukai