Anda di halaman 1dari 3

Laporan Reflektif Tajuk tugasan saya kali ini adalah dengan membuat pemerhatian bengkel di sekolah yang saya

jalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya menggunakan tempoh sepanjang satu minggu untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dan cara guru mengajar. Setelah menamatkan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah menimba banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan saya percaya pengalaman yang saya perolehi akan membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kelak. Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran bercorakkan vokasional. Bengkel

merupakan prasyarat penting bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran subjek seperti ini. Pengurusan sesebuah bengkel haruslah mempunyai satu organisasi yang mantap untuk melancarkan proses P&P. Oleh sebab itu, guru Kemahiran Hidup bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja mengurus, mengawal dan

menyelenggarakan bengkel secara bersistematik dan cemerlang. Kelebihan Melalui pemerhatian saya terhadap pengajaran guru dalam kurikulum Kemahiran Hidup, saya mandapati murid berpeluang menggunakan peralatan yang ada di bengkel dan melaksanakan tugas yang guru arahkan dengan mematuhi peraturan keselamatan. Proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup membolehkan pelajar-pelajar mengendalikan pelbagai jenis alatan dan bahan. Bengkel ini adalah sempurna kerana ia mempunyai alatan dan mesin yang cukup serta segala kemudahan yang lengkap untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja-kerja praktis dalam matapelajaran manipulatif. Selain itu, saya mengetahui bahawa tahap pengetahuan murid yang tinggi terhadap keselamatan bengkel dapat dilihat apabila majoriti murid tahu mengenai langkah-

langkah keselamatan diri sendiri. Tambahan pula, pengetahuan yang cukup terhadap peraturan-peraturan asas dalam keselamatan bengkel masih dapat dilihat apabila

kebanyakan murid tahu mengenainya. Ini dibuktikan apabila kebanyakan murid mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan kerja-kerja amali. Ini berkemungkinan mereka tahu mengenai langkah-langkah keselamatan diri yang

perlu diambil sebelum mengendalikan mesin atau peralatan. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti terkena benda panas, terhidu wasap dan habuk atau benda-benda lain yang boleh membahayakan diri sendiri. Kelemahan Walaubagaimanapun, saya mendapati kebanyakan guru dari opsyen Kemahiran Hidup kurang peluang untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup. Ramai guru Kemahiran Hidup selepas posting ke sekolah tidak berpeluang untuk mengajar subjek Kemahiran Hidup berdasarkan profesion masing-masing. Guru dari bukan opsyen KH majoritinya mengajar Kemahiran Hidup. Hal ini berlaku ketika kebanyakkan sekolah mengarahkan guru terutamanya guru lama bertugas untuk mengajar KH. Kesannya ada guru yang dapat melaksanakan dengan baik manakala ada guru yang sebaliknya. Guru dari opsyen Kemahiran Hidup pula diarah untuk mengajar subjek Sains, Matematik dan lainlain. Di samping itu, ketiadaan kakitangan yang khusus (Pembantu Bengkel atau Makmal) dalam bidang pengurusan bengkel boleh menyebabkan pengurusan bengkel tidak sempurna dan tidak terurus. Kita tidak menafikan guru-guru di bengkel yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas ini, iaitu menjalankan tugas pengurusan bengkel ini dan mentadbir dengan penuh dedikasi, akan tetapi adalah dikhuatiri mereka ini menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mentadbir bengkel dengan kemampuan yang minimum. Guru Kemahiran Hidup Bersepadu tidak mempunyai kemampuan yang maksimum untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut kerana sehingga kini tiada kursus yang khusus untuk tujuan ini dilakukan. Proses penyelenggaraan di bengkel perlu dilakukan oleh orang yang mahir dalam bidang tersebut, kerana penyelenggaraan adalah segala bentuk aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk memastikan peralatan, mesin, bahan dan bangunan itu sentiasa berada dalam keadaan yang boleh digunakan dengan baik dan berkesan serta selamat. Di samping itu juga, terdapat guru-guru yang kurang cekap atau kurang pengetahuan dalam pengurusan dan penyelenggaraan bengkel. Ini terjadi disebabkan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai empat komponen elektif yang terdiri daripada Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga Pertanian serta Perdagangan dan

Keusahawanan. Kemungkinan guru-guru elektif Perdagangan dan Keusahawanan serta guru bukan opsyen yang mengajar KHB sebagai contoh tidak didedahkan dengan kerjakerja pengurusan dan mentadbir bengkel dan juga alatan serta bahan. Kegagalan menguruskan bengkel dengan baik dan sempurna boleh menyebabkan perencatan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Penambahbaikan Dalam Kemahiran Hidup Bersepadu tumpuan diberi terhadap pembelajaran melalui pengalaman. Mata pelajaran ini harus dikendalikan secara tidak langsung semasa mengendalikan aktiviti amali yang menggabungjalinkan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah dan pelbagai disiplin dan tajuk harus dititikberatkan. Sehubungan ini, dalam Kemahiran Hidup Bersepadu, pembelajaran perniagaan dan keusahawanan perlu digabungjalinkan dengan pembelajaran reka bentuk dan teknologi serta lain-lain bidang pilihan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang berbentuk amali, penggunaan bengkel dan bilik-bilik khas amat diperlukan. Selain daripada itu, bengkel juga digunakan untuk menyimpan dan menempatkan alatan tangan dan mesin serta bahan-bahan. Kesemua peralatan dan bahan tersebut perlu disusun dan diselenggara dengan baik. Penyelenggaraan adalah satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan mesin bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan.