Anda di halaman 1dari 4

Bahagian A (i): Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti .

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan perpustakaan kepada masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Perpustakaan ialah pusat ilmu sesebuah bangsa, agama dan negara yang bertamadun. Institusi ini telah lama wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kewujudan perpustakaan menimbulkan integrasi minat membaca dalam kalangan masyarakat dan berlakunya proses menginstitusikan budaya membaca dalam sistem pemerintahan negara. Menyelami perkembangan perpustakaan sebagai institusi kecemerlangan umat, maka kita perlu memperkasa dan mempertingkatkan lagi fungsi perpustakaan dengan sewajarnya di negara kita. Perpustakaan merupakan khazanah dan aset negara yang amat berharga serta perlu diberikan pembelaan sepenuhnya. Pihak kerajaan dan swasta juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada orang ramai, pelajar, dan pesakit agar mereka boleh mendapatkan akses maklumat dan ilmu pengetahuan berkaitan bidang tertentu, di samping dapat mengisi masa lapang ketika berada di premis berkenaa. Hal ini dapat membantu usaha kerajaan membimbing dan membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat. Pusat dan agensi pelancongan, hotel serta pusat rekreasi dan percutian juga perlu menyediakan kemudahan perpustakaan kepada pelanggan mereka. Di samping bercuti, mereka dapat menambah ilmu pengetahuan di

mana-mana sahaja mereka berada serta pada bila-bila masa sahaja. Pejabat-pejabat kerajaan, syarikat korporat hendaklah menjadi contoh dan model penting dalam usaha menjadikan perpustakaan sebagai prasarana utama dalam proses pentadbiran dan pengurusan mereka. Dengan adanya perpustakaan, kemudahan menyimpan pelbagai koleksi maklumat dan penyediaan perkhidmatan dapat dilakukan seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya. Gudang maklumat ini juga dapat menghimpunkan sumber bercetak, tidak bercetak, dan elektronik untuk kegunaan syarikat dan rujukan orang ramai yang berminat, terutamanya para pelajar dan penyelidik. Masjid dan surau juga wajar menyediakan kemudahan perpustakaan untuk kemudahan ahli jemaah dan kariah setempat. Perpustakaan mencerminkan keadaan tahap sosioekonomi, sosial dan budaya, serta taraf pendidikan negara dan masyarakat di Malaysia secara langsung. Masyarakat dan negara yang bertamadun dan memiliki budaya menghargai ilmu pengetahuan perlu menterjemahkannya kepada pembangunan perpustakaan. Oleh itu, kita mestilah mewujudkan perpustakaan peribadi di rumah atau di bilik pejabat masing-masing.
(Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Siswa, September 2009)

Bahagian A (ii): Pemahaman [ 10 markah ] Berdasarkan petikan Bahagian A( i) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata mencerminkan keadaan. [2 markah ] 2. Nyatakan agensi yang wajar mewujudkan perpustakaan. [ 4 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah punca remaja kini tidak berminat ke perpustakaan? [4 markah ]

Tatabahasa
Bahagian B ( Karangan Berpandu ) Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan negatif kedatangan warga asing. Tulis karangan anda tidak lebih 120 patah perkataan. ( 20 markah )

Ayat berikut mengandung kesalahan dalam penggunaan kata nama. Garisi kesalahan tersebut dan tulis pembetulan di hujung ayat.

1. Aku minta diri dulu kata Zalina kepada Profesor Azman Mentali. [ _____________ ] 2. Engkau berkhidmat di sekolah ini sejak bila? Tanya Lily kepada Cikgu Imran.[____________] 3. Berapa lama awak telah mengajar di sini tanya? Ming Ho kepada Cikgu Nazrin. [_________________] 4. Daku sering terkenang akan suasana di kampung. [ ________ ]

Peluang pekerjaan semakin berkurang

Jenayah meningkat

Kesan negati f
Bertambahnya penyakit berjangkit Masyarakat terasa terancam dan bimbang

5.

Engkau ada berapa orang adik-beradik tanya Amran kepada Kak Izlin.[ _________ ]
2

Soalan 6 - 13 Lengkapkan ayat-ayat yang jawapan yang paling sesuai. 6.

B terluah berikut dengan memilih

D tersembur

Kami tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana bunyi ________enjin kenderaan yang bertali arus di jalan raya. A desingan C dentuman B deruan D Dengusan

13.Jangan sekali-kali kita ..................... akan kebolehan orang yang kurang upaya. A. memandang tinggi C. memandang rendah B. memandang rendah D. memandang ringan

7.

Beberapa orang pelajar yang ______ di kompleks belibelah itu turut ditahan oleh pihak polis. A bertaburan C berpelesiran B berhamburan D berserakan 8. Baju adik _______ kerana ketumpahan air Milo. A kusut-masa C huru-hara B comot-momot D serbah-serbih 9. Atlet itu berusaha untuk _______diri ke Sukan Olimpik pada tahun hadapan. A melayakkan C layak B selayaknya D berkelayakan

Soalan 14 - 20 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A,B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 14. Bila (A) sampai di (B) simpang jalan itu, kamu beloklah (C) ke kiri. Tiada kesalahan (D) 15.Wajah kakak pusat lesi (A) apabila disergah (B) oleh abang kerana dia semangat lemah (C). Tiada kesalahan (D) 16. Orang ramai bertolak-tolakan (A) sewaktu di kaunter untuk mendapatkan (B) tiket percuma perlumbaan (C) Formula 1 di sepang. Tiada kesalahan(D) 17.Para (A) peserta kursus diberi masa selama setengah jam (B) untuk mengajukan pelbagai (C) persoalan kepada penceramah itu. Tiada kesalahan (D). 3

10. Para peserta ekspedisi itu terpaksa ______ air sungai yang deras arusnya. A merentas C mengharung B melintas D menempuh 11. Puan Lee membeli tembikar itu sebagai _______ untuk rakan baiknya. A tanda harga C tanda hati B tanda mata D buah mulut 12. Tiada sepatah kata pun yang ________ daripada mulut ibu sebaik sahaja mendapat berita sedih itu. A terlepas C terpacul

18. Di seluruh (A) Manila telah dilanda (B) banjir besar yang banyak mengorbankan (C) nyawa dan harta benda. Tiada kesalahan (D) 19. Surat pekeliling (A) mengenai kerja lebih masa itu telah diedarkan (B) kepada semua ketua-ketua jabatan (C) untuk tindakan selanjutnya. Tiada kesalahan (D) 20. Banyak orang beranggapan (A) yang (B) bahasa Melayu tidak mampu bersaing dengan (C) bahasa Inggeris. Tiada kesalahan (D)