Anda di halaman 1dari 4

Cara mengatasi isu moral Peras Ugut di Sekolah PERAS UGUT ialah perbuatan meminta wang secara paksa

dan kekerasan. Jika tidak diberi, mangsa berkenaan akan dicederakan atau diseksa. BULI ialah perbuatan mempermainkan orang yang lemah dengan tujuan menjatuhkan maruah atau untuk menunjuk kekuatan atau suka-suka. PERAS UGUT dan BULI mendatangkan kesan emosi yang teruk kepada mangsa dan boleh menyebabkan kecederaan serta pembunuhan. * Murid yang melakukan peras ugut atau buli boleh dibuang sekolah, ditangkap atau dipenjara mengikut kejadian kes. * Berjumpa dengan guru kaunseling jika anda ada sebarang masalah. * Laporkan kepada guru jika melihat kegiatan peras ugut atau buli di sekolah. * Berada dalam kumpulan. * Belajar seni mempertahankan diri untuk keselamatan. * Jangan berkawan dengan murid yang berisiko tinggi. * Jangan terpengaruh dengan ajakan kawan. * Guru perlu menyiasat apabila menerima aduan. * Guru patut mengambil tindakan yang adil untuk kedua-dua belah pihak dengan memberi nasihat dan bimbingan. * Rekodkan semua kes yang disiasat. * Murid perlu amalkan budaya penyayang, toleransi, menghormati orang lain dan simpati kepada yang lemah. * Jangan seksa orang lain. Ini merupakan perbuatan yang keji dan zalim. 3.2 Langkah-langkah Menangani Peras Ugut dan Kes Buli 3.2.1 Peranan Institusi Kekeluargaan Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba apa yang dilakukan dan disebut oleh orang

di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan kehidupan ibubapa terpaksa bekerja maka anak-anak kecil ini sehinggalah ke peringkat remaja biasanya diasuh oleh pembantu rumah. Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu sama-sama mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan dewasa. 3.2.2 Peranan Pihak Kerajaan Bak kata pepatah, tiada penyakit yang tiada penyembuhnya. Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan kes buli ini dalam pelajaran Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. 3.2.3 Peranan Pihak Sekolah Selain itu, pihak sekolah juga dapat memainkan peranan yang cukup besar di dalam menangani isu moral ini. Ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari masa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti kuiz tentang buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketatkan supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. 3.2.4 Peranan Pelajar Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Untuk mengatasi masalah ini, adalah lebih baik jika kita mula mencegahnya daripada akar umbi, iaitu sebelum berlakunya peras ugut terutamanya di peringkat sekolah. Penglibatan ibu bapa dalam menangani masalah sosial adalah penting. Ibu bapa perlu menyedari bahawa pendidikan anak-anak bermula di rumah dan bukannya di sekolah. Oleh itu, jenis dan corak alam persekitaran yang disediakan oleh para penjagalah yang menjadi pengajar utama yang dapat menjadi perangsang kepada anak-anak.

Kawalan ketat ke atas anak-anak dapat menghindarkan mereka daripada terjebah ke kancah sosial. Selain daripada itu, penglibatan aktif ibu bapa dalam persekolahan anak-anak membolehkan mereka mengesan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam mewujudkan suasana yang stabil di rumah supaya anak-anak tidak terganggu dari segi emosi. Keadaan kucar kacir dan penceraian pasti meninggalkan kesan mendalam ke atas anak-anak (Jagdish Raj Sharma, 1982). Penekanan kepada aspek keagamaan juga perlu diutamakan oleh ibu bapa. Jika ibu bapa tidak berkesempatan mengajar asas-asas agama kepada anak-anak, wajar bagi mereka untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas fardhu ain. Sekiranya ibu bapa boleh menghantar anak ke pusat tuisyen untuk berjaya dalam peperiksaan, mengapa pula anak-anak tidak dihantar ke kelaskelas agama untuk menjalani kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat? Menyentuh peranan guru, guru adalah golongan yang paling hampir dengan murid selepas ibu bapa. Malah dalam Islam, orang kedua yang perlu dihormati selepas ibu bapa ialah guru. Sikap guru yang penuh dedikasi dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan bukan sahaja dapat menghapuskan masalah disiplin, malahan meningkatkan tahap akademik murid. Guru Besar pula harus memastikan hukuman yang dikenakan mestilah bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan. Murid-murid harus disedarkan bahawa hukuman dikenakan kepada kesalahan, bukannya kepada mereka. Guru dan Guru Besar haruslah sentiasa bertindak dalam pasukan dan tidak menikam belakang dalam melaksanakan tugas. Usaha membentuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah satu bentuk kerjasama yang baik bagi mengatasi masalah sosial. Namun begitu, peranan yang dimainkan PIBG sering dipertikaikan. Hal ini kerana kurangnya penglibatan ibu bapa dan minat disebabkan urusan lain. Keadaan ini dapat diperbaiki jika semua pihak tidak mementingkan diri dan memberi perhatian dan kerjasama dalam membentuk murid berakhlak mulia. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa mengemas kini pekeliling dan petunjuk tertentu dalam menangani masalah moral di sekolah. Pihak polis dan Jabatan Kebajikan juga berperanan dalam menempatkan pegawai-pegawai tertentu bagi menghadapi masalah disiplin, belia dan pelajar. Kerajaan juga perlu sedar kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan fikiran mereka. Paparan di media massa dan elektronik juga harus dikawal dengan sebaiknya oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dengan nilai Islam.

INSTITUSI KEKELUARGAAN Peranan Ibu Bapa a.Ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.

b.Ibu bapa sentiasa memantau pergaulan anak mereka. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat membendung jenayah di SISTEM PENDIDIKAN Peranan Sekolah a.Pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan. pelajar seperti peras ugut, ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius b.Semua guru adalah guru disiplin. Walaupun disekolah telah menetapkan beberapa orang guru untuk mengurus peraturan dan disiplin sekolah, namun kita jangan lupa semua guru perlu MASYARAKAT Peranan PIBG a.Sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa b.Mengadakan seminar dan motivasi untuk para pelajar di sekolah. c.Pemantau dan penilai terhadap perjalanan di sekolah d.Membela nasib guru. e.Membantu dalam aktiviti sekolah seperti gotong-royong KENEGARAAN Peranan Kementerian Pelajaran 1.Sistem Kurikulum sekolah sekular ( menekankan aspek keagamaan) 1.Sistem penyiaran media massa dan elektronik (pantau dan edit )

Anda mungkin juga menyukai