Anda di halaman 1dari 9

1.

0 KONSEP FITRAH KONSEP

Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s. Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita. Iaitu percantuman daripada ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah. Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulangtemulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.

2.0 KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan ialah satu proses yang berlaku secara berterusan dari peringkat lahir hinggalah peringkat kematangan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu, iaitu berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat yang lebih matang, tetapi perkembangan terus berlaku walaupun pada peringkat kematangan yang maksimum. Kesimpulannya, perubahan itu bersifat kualitatif iaitu perubahan dari segi fungsi. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi Menurut kajian yang di buat oleh ahli psikologi, perkembangan manusia yang terdiri daripada aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. 2 faktor utama ini dikaitkan dengan pertumbuhan iaitu perubahan fizikal tubuh badan manakala perkembangan pula pada asasnya ialah perubahan tingkahlaku mental individu.

Perbezaan

antara

pertumbuhan

dan

perkembangan

sebenarnya

dapat

diterangkan melalui perbezaan beberapa aspek iaitu aspek jasmani, mental, emosi dan juga sosial. Jika dilihat dari aspek jasmani, pertumbuhan ditafsirkan kepada pertumbuhan saiz fizikal, berat badan, organ deria dan lain-lain. Manakala perkembangan pula ditafsirkan sebagai kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, berlari, menonton televisyen, mendengar muzik dan sebagainya. Perbezaan dari aspek mental bagi pertumbuhan boleh ditafsirkan sebagai peningkatan keupayaan berfikir manakala perkembangan mental bermaksud kemahiran berfikir, mengingat, mengira, menganalisis dan lain-lain. Pertumbuhan dalam aspek emosi pula digambarkan sebagai perasaan seronok, gembira, duka, sedih dan sebagainya. Berbeza pula dengan perkembangan emosi, ia ditafsirkan kepada kemahiran untuk mengawal perasaan dalam pelbagai keadaan. Akhir sekali ialah perbezaan pertumbuhan dengan perkembangan dari aspek sosial. Bagi pertumbuhan, ia dilihat sebagai meluaskan komunikasi, perhubungan dan pergaulan dengan orang lain manakala bagi Perkembangan sosial pula, ianya ditaktifkan kemahiran mendisiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang lain.

3.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sebenarnya sama sahaja tetapi kadarnya berbeza bagi setiap individu. Pertumbuhan juga berlaku hingga satu tahap tertentu sahaja dan akan mula berhenti dan merosot, tetapi perkembangan akan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat. Menurut Mok Soon Sang(2009), pertumbuhan dikatakan berlaku dalam dua arah iaitu dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi. Perkembangan dan pertumbuhan ini sebenarnya adalah saling berinteraksi. Sebagai contohnya, pertumbuhan fizikal juga mempengaruhi

perkembangan jasmani. Sebagai contoh, murid-murid yang mempunyai ketinggian di tahap rendah tidak mampu berlari dengan lagu sebagaimana murid-murid yang mempunyai ketinggian yang tinggi.

Perkembangan dan pertumbuhan sebenarnya boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti peringkat pralahir (prenatal) iaitu ketika dalam kandungan selama 9 bulan(sila rujuk gambar 1 dalam bahagian lampiran), peringkat bayi iaitu ketika berumur 0 hingga 2 tahun, peringkat awal kanak-kanak ketika berumur 2 hingga 3 tahun, peringkat pertengahan iaitu ketika kanak-kanak berumur 6 hinga 9 tahun, peringkat akhir kanak-kanak iaitu ketika berumur 9 hingga 11 tahun, peringkat awal remaja ketika berumur 11hingga15 tahun, peringkat pertengahan remaja iaitu ketika berumur 16 hingga18 tahun, peringkat akhir remaja ketika berumur 18 hingga 21 tahun, peringkat dewasa ketika berumur 21 hingga 60 dan peringkat tua selepas berumur 60 tahun keatas. Menurut Haliza Hamzah(2009), prinsip asas perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada lima. Prinsip pertama ialah proses perkembangan yang berlaku mengikut aturan. Contohnya ialah seorang bayi yang pada peringkat awalnya hanya duduk, kemudiannya merangkak. Selepas itu, kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan ini juga bermula daripada konkrit kepada abstrak dan hal ini dapat dilihat terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Prinsip kedua pula ialah perubahan yang berlaku dalam pertumbuhan dan perkembangan yang beransur daripada keadaan umum kepada objek yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi kecil hanya boleh memegang dan menggenggam objek dengan tapak tangan sebelum menggunakan jarinya. Hal ini dapat

memperlihatkan pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar sebelum beransur ke pertumbuhan otot-otot halus. Prinsip seterusnya ialah prinsip pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang berlaku secara berterusan. Hal ini telah berlaku dalam proses perkembangan kanak-kanak yang menambah kemahiran sedia. Kemahiran yang sedia ada padanya adalah satu asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru pada masa yang akan datang. Prinsip asas yang keempat ialah corak dan aturan perkembangan yang hampir sama namun kadar perkembangan manusia adalah berbeza bagi setiap individu. Keadaan ini merujuk kepada perkembangan kanak-kanak itu pada satu jangkamasa dan usianya. Sebagai contoh, terdapat kanak-kanak yang boleh berjalan pada usia 10 bulan manakala ada yang dapat berjalan pada usia 18 bulan. Perkara ini adalah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sesebuah bilik darjah. Prinsip yang terakhir ialah perkembangan yang bergantung kepada hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam diri seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudiannya berlari. Perkembangan ini biasanya dipengaruhi oleh genetik. Pembelajaran merupakan hasil latihan, proses peniruan, atau identifikasi serta memerlukan usaha. Proses pembelajaran membolehkan seseorang itu mengembangkan potensi sedia ada di dalam dirinya. Sebagai contoh otot dan saraf anggota badan yang

sempurna membolehkan seseorang itu berenang namum dia hanya boleh berenang sekiranya berlatih atau meniru beserta dengan usaha.

4.0 FAKTOR-FAKTOR PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anakanak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental manusia sama ada pandai atau tidak. Setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, akan tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) akan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran (crossing over) di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciriciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan. Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah

penyakit bawaan ibu bapa seperti talesemia, HIV dan sebagainya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi.

Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan

kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Di dalam konteks faktor persekitaran pula, antara faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak adalah seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah akan mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang

melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.

Hal ini dilihat melalui konteks peranan

sekolah dalam perkembangan kanak-kanak dan juga peranan ibu bapa. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

Misalnya; kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Manakala makanan yang berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi kelengkapan dan keperluan khususnya makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Seterusnya di dalam konteks guru dan sekolah pula, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahankemudahan pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif dan psikomotor murid. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diisytiharkan pada tahun 1988. Selain itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanakkanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Sebagai contoh, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum yang akan mendorong kanakkanak itu turut sama meniru sikap rajin rakan-rakanya. Selain itu, kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. Secara kesimpulannya, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanakkanak adalah terbahagi kepada dua iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.