Anda di halaman 1dari 5

Latar Belakang Keluarga Dato'Onn Bin Jaafar merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor, semenjak lewat

abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini. Berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka. Ibu Dato Onn Jaafar ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja. Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah, Aminah, Fatimah, Khadijah, Abdullah dan Dara. Adik beradik seibu beliau ialah Ungku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Besar Johor sehingga Perang Dunia Kedua, Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer Ungku Aziz dan Syed Ali iaitu ayah kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor Syed Naquib Al-Attas manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah Muhammad, Ahmad, Yahya, Aishah, Kamariah dan Azizah. Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil. Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di Johor Bahru sebeum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan Johor. Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana Menteri Malaysia ke III (Januari 1976- Julai 1981). Cucunda beliau, Dato Hishamuddin Tun Hussein juga kini aktif dalam politik perdana dan kini menjawat Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernah menjawat sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau Menteri Belia dan Sukan. Antara ahli ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau, Lt. Jen. (B) Dato Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank Negara wanita pertama di seluruh Negara-Negara Komanwel.

Pendidikan Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Aldebury Lodge, di Soffolk, England. Dato Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (19101911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor. Keperibadian Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat beliau menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik. Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas, berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan pangkat. Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya. Hidup berumahtangga Dato Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah binti Hussein pada 3 Mei 1921. Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Mereka hidup teman meneman selama 41 tahun sebelum Dato Onn berpindah dari alam yang fana ke alam yang kekal. Dato Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafiah, salah seorang anak angkat kepada Dato

Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak, kesemuanya perempuan. Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafiah meninggal dunia semasa anak bongsu mereka, Salehah berumur 10 hari. Daripada isteri yang kedua, Dato Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri kedua ini. Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato Onn mengahwininya pada 1921. Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang saudara tua Dato Onn. Setelah isteri pertamanya, Rafiah, meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong memelihara anak-anak Dato Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau menolong Dato Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato Onn bersama dengan Datin Halimah ialah Hussein ( kemudian menjadi Perdana Menteri ), Jaafar, Gharieb, Nel, Nurziah dan Tahir. Datin Halimah tidak menafikan tentang adanya perselisihan faham antaranya dengan Dato Onn. Tentulah tidak dapat diterimaoleh akal adanya suami isteri yang tidak pernah berselisih faham dalam masa hidup bersama berpuluh-puluh tahun. Tetapi menurut Datin Halimah , perselisihan faham itu hanyalah perbezaan pendapat mengenai satu hal yang timbul daripada usaha atau ikhtiar bersama untuk mencari kebaikan dalam pengurusan rumah tangga dan cara-cara yang lebih baik untuk menarik anakanak supaya meminati pelajaran atau membiasakan diri untuk membuat sesuatu pekerjaan yang perlu bagi kesempurnaan rumah tangga. Dato Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali dalam urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak dan isteri. Dari awal perkahwinannya lagi , beliau tidak pernah campur tangan dalam hal pengurusan rumah tangga, khasnya tentang perbelanjaan sehari-hari. Misalnya, menurut Datin Halimh, semasa Dato Onn menjadi Menteri Besar, setiap bulan beliau menyerahkan kepada isterinya 1000 ringgit daripada gajinya yang berjumlah lebih kurang 1200 ringgit untuk perbelanjaan rumah tangga. Yang selebihnya diambil untuk perbelanjaan sendiri. Daripada wang 1000 ringgit itulah Datin Halimah berbelanja bukan sahaja keperluan keluarga tetapi untuk perbelanjaan jamuan yang diadakan oleh Dato Onn sekali sekal di rumahnya untuk pelawat, termasuk mereka yang datang dari luar negeri. Dato Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai kawan dan teman yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau mengetahui apa yang patut diketahiu oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan oleh suami kepada isteri untuk pengetahuannya. Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato Onn suka sekali bernual-bual dengan isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang kepada pendapat bahawa isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan hati. Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih mengasihi sudah tentu dapat melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia. Tetapi segala-gala ini tidak bererti semestinya ada rumah yang besar, perabot yang lengkap, ada beberapa orang gaji dan tukang kebun, tukang masak yang pandai dan beberapa orang hamba sahaya. Unsur-unsu yang penting sebagai ramuan hidup berkeluarga yang ria dan bahagia adalah persefahaman antara suami isteri dan harmoni di kalangan anggota keluarga. Dato Onn sebagai seorang bapa telah berjaya menanam semangat kekeluargaan, persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anak-anak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langiit ini yang dapat menghiburkan hatinya seperti di rumah tangganya sendiri. Manusia yang

belum mempunyai anak kandung sendiri belum lagi mengetahui dan mengalami bagaimana rasanya kasih sayang yang tumbuh daripada kehidupan berumah tangga atau berkeluarga. Dato Onn yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara ibu bapa itu sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang praktis, bukan hanya dengan berteoti atau main mulut sahaja.

SUMBANGAN DATOONN BIN JAAFAR Jasa Dato Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep perjuangan kebangsaan daripada Hidup Melayu kepada Merdeka. Dato Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu dikuasi oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya; meninggikan taraf hidup bangsa Melayu. Dato Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato Onn kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.

IKTIBAR Kita mestilah prihatin terhadap kehidupan orang lain. Sebagai seorang pemimpin mestilah berusaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum bagi mengelakkan perselisihan faham mereka Kita mestilah menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang telah berjuang mempertahankan tanah air kita

KESIMPULAN

Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.

Anda mungkin juga menyukai