Anda di halaman 1dari 25

Teori dalam Pengajaran Matematik TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,

merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanakkanak belajar. Dari kajain dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 2 tahun), pra-operasi ( 2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk perkembangan mental. Permainan kad seperti ini adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Klik untuk mendapatkan keterangan lanjut. TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut. Teorem Kontras dan Variasi Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu. TEORI GAGNE Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. TEORI DIENES

Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu: Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep. KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan. PENUTUP Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini. Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

Pengenalan Zoltan P. Dienes Ahli matematik, psikologi dan pendidik. Berpendapat bahawa setiap konsep matematik boleh menjadi mudah untuk difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit.

Jenis-jenis Konsep Matematik Konsep Matematik Tulen Sebarang nombor boleh mewakili nombor-nombor dan

perhubungan.

Contoh: Dua, 8, VI, 110 adalah contoh-contoh konsep bagi nombor genap.

Konsep Tatatanda Sifat-sifat bagi nombor. Contoh : 134 beerti 100+30+4.

Konsep penggunaan Aplikasi penggunaan konsep tulen dan tatatanda Contoh : kesalahan operasi 3(2+5) = 6+5 = 11 yang dilakukan pelajar ialah akibat dari salah faham konsep kurungan.

Peringkat-peringkat Dalam Pembelajaran Matematik Peringkat 1 : Permainan Bebas (Free Play)

Pelajar diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan ABM atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka

menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat ini, para pelajar membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu.

Peringkat 2 : Permainan Berstruktur (Games) Permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Dalam peringkat ini pelajar-pelajar menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui.

Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri (Searching for Communalies or Common Characteristic)

Guru membimbing pelajar-pelajar dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara

mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam peringkat ini, pelajar-pelajar harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.

Peringkat 4 : Perwakilan Gambar (Representation) Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh

matematik, pelajar-pelajar perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.

Peringkat 5 : Perwakilan Simbol (Symbolisation) Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk

menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Para pelajar patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik untuk mewakili konsepnya.

Peringkat 6 : Formalisasi (Formalisation)

Pelajar-pelajar akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk selesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal.

Komunikasi secara lisan Komunikasi secara lisan merupakan proses interaksi yang aktif yang melibatkan aktiviti-aktiviti psikomotor seperti melihat, mendengar, menyentuh, merasa dan menghidu. Komunikasi secara lisan dilaksanakan sebagai hubungan dua hala antara guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan. Antara komunikasi secara lisan yang berkesan dan bermakna bagi pembelajaran matematik adalah seperti berikut : Bercerita dan bersoal jawab dengan menggunakan perkataan sendiri Menyoal dan menjawab soalan Temu bual berstruktur dan tidak berstruktur Perbincangan dalam bentuk forum, seminar, perbahasan, sumbang saran dan sebagainya Perbentangan dapatan tugasan Komunikasi Secara Bertulis Komunikasi secara bertulis merupakan proses penyaluran idea dan maklumat tentang matematik yang dipersembahkan secara bertulis. Kerja bertulis biasanya dihasilkan daripada sumbang saran, perbincangan dan pemikiran yang boleh dilaksanakan melalui tugasan. Penulisan juga boleh menggalakkan murid untuk memikirkan isi kandungan matematik dan melihat perhubungan antara konsep-konsep dengan lebih mendalam. Antara

komunikasi secara bertulis yang boleh dilaksanakan melalui tugasan adalah seperti berikut: Latihan Jurnal Buku Skrap Folio Portfolio Projek Ujian bertulis Komunikasi Secara Perwakilan Perwakilan sebagai proses menganalisis sesuatu masalah matematik dan menterjemahkan daripada satu mod ke mod yang lain. Perwakilan matematik membolehkan murid menghubungkaitkan antara idea matematik yang tidak formal, intuitif dan abstrak dengan bahasa harian murid. Contohnya ; 6xy boleh dihuraikan sebagai luas bagi satu kawasan berbentuk segi empat tepat dengan panjang sisi-sisinya, 2x dan 3y. Ini dapat menyedarkan murid bahawa sesetengah kaedah perwakilan itu lebih berkesan dan berguna jika mereka mengetahui penggunaan elemen perwakilan matematik tersebut.

Pandangan Kanak-kanak Dalam Pengajaran Matematik


Pengenalan Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka. Akibatnya, matematik merupakan suatu mata pelajaran

yang bukan sahaja sukar dipelajari tetapi juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan minat pembelajaran matematik itu. Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa memahami psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik serta kebolehan menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting bagi pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru matematik, kita harus memahami teori-teori pembelajaran matematik yang dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi yang terkenal. Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah. Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Muridmurid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model. Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat kesimpulan daripada contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu. Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh guru tanpa memahami konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, Bruner dan pembantunya kenney membuat kajian dan pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas

matematik. Pada tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik seperti berikut : 1. Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip atau hukum matematik itu. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu sendiri supaya mereka boleh belajar matematik melalui kaedah penemuan. 2. Teorem tatatanda Tatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikuti perkembangan kognitif pelajar. Contohnya, dalam pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan dengan tatatanda seperti # = 3@ + 2, dan setelah menguasainya, barulah diperkenalkan dengan persamaan seperti y = 3x + 2 kepada murid-murid. Rangkap matematik seperti y = f(x) hanya boleh diperkenalkan di peringkat sekolah menengah. 3. Teorem Kontras dan Variasi Prosedur perkenalkan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan operasi kontras dan variasi. Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti bagi pelajar jika konsep itu tidak dapat dibezakan dengan konsep yang lain. Contohnya konsep lengkok, jejari, diameter dan perentas akan menjadi lebih bererti jika sifat-sifat mereka dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis nombor itu. Selain daripada itu, setiap konsep matematik yang baru harus diperkenalkan melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya, operasi tambah boleh diajar dengan berbagai contoh seperti berikut : 3 + 4 = #, 3 + # = 7, /// + //// = ?

4. Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah menggunakan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru. Contohnya operasi tolak harus dikaitkan operasi tambah, operasi tambah dikaitkan dengan operasi darab, operasi bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi

Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, memberi banyak sumbangannya dalam teori pembelajaran matematik. Beliau sudah berjaya dalam merancangkan satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik. Sistem pengajaran beliau yang berdasarkan kepada teori pembelajaran Piaget, adalah dirancangkan supaya mata pelajaran matematik menjadi lebih mudah dan berminat untuk dipelajari. Dalam buku beliau 'Building Up Mathematics', Profesor Diens berpendapat bahawa setiap konsep ( atau prinsip ) matematik boleh menjadi mudah difahami dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang konkrit. Dienes mengelaskan konsep matematik dalam 3 kategori, iaitu konsep matematik tulen, konsep tatabahasa dan konsep penggunaan seperti berikut. 1. Konsep matematik tulen ialah sebarang simbol yang boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungannya. Contohnya, tiga, 5, VII, adalah contoh-contoh konsep bagi nombor ganjil. 2. Konsep tatatanda adalah sifat-sifat bagi nombor. Contohnya : 253 bererti 200 + 50 + 3. 3. Konsep penggunaan ialah penggunaan konsep tulen dan konsep tatatanda untuk menyelesaikan masalah matematik. Mengikut Dienes, konsep tulen haruslah dipelajari terlebih dahulu daripada konsep tatatanda dan kedua-dua konsep itu harus difahami dengan tepat sebelum digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, kesalahan dalam operasi 3(2 + 5) = 6 + 5 = 11 yang dilakukan oleh murid ialah akibat dari salah faham mengenai konsep kurungan. Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui peringkat demi peringkat, serupa dengan perkembangan kognitif yang dihuraikan oleh Piaget. Dienes mengusulkan enam peringkat dalam pengjaran dan pembelajaran matematik. Peringkat 1 : Permainan Bebas Murid-murid diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan alat bantu mengajar atau nombornombor yang berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat ini, murid-murid membentuk struktur secara

mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam memahami konsep matematik itu. Peringkat 2 : Permainan Berstruktur Permainan berstruktur ialah permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Dalam peringkat ini, murid-murid menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang ditemui. Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri Guru membimbing murid-murid dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam peringkat ini, murid-murid harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit. Peringkat 4 : Perwakilan Gambar Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, muridmurid perlu menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar. Peringkat 5 : Perwakilan Simbol Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada perwakilan gambar. Murid-murid patut dibimbing supaya menggunakan simbol-simbol matematik utnuk mewakili konsepnya. Peringkat 6 : Formalisasi Dalam peringkat ini, murid-murid akan menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk menyelesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu sistem formal. Adalah ditegaskan bahawa bukan kesemua enam peringkat tersebut akan digunakan dalam sebarang pelajaran matematik. Peringkat 1 biasanya digunakan bagi muridmurid yang mula hendak mempelajari matematik. Apabila mereka sudah memperolehi konsep matematik asas yang cukup, kita boleh mulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik daripada peringkat 2 atau gabungan dengan peringkat 3.

Sebagai panduan, kita gunakan hukum tukar tertib untuk operasi tambah dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat-peringkat yang dihuraikan di bawah. Peringkat 1 : Murid-murid diberi peluang untuk membina dua set benda yang sama daripada biji getah atau benda-benda maujud yang lain. Peringkat 2 : Murid di suruh 'campur' kedua-dua set itu untuk mendapatkan jumlah. Peringkat 3 : Murid-murid disuruh menjalankan aktiviti di atas dengan menggunakan berbagai bilangan benda dalam setiap set. Dalam aktivitiaktiviti itu, murid-murid akan dibimbing untuk menemui ciri yang sama daripada operasi tambah, iaitu kedua-dua operasi tambah memberi hasil tambah yang sama. Peringkat 4 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan gambar Peringkat 5 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib dengan perwakilan simbol. Peringkat 6 : Murid-murid dibimbing untuk menemui Hukum Tukar Tertib dalam operasi tambah, iaitu : Apakah yang harus dipelajari dalam matematik ? Robert M. Gagne, seorang profesor dan ahli psikologi menyenaraikan Fakta, kemahiran,konsep dan prinsip sebagai empat kategori yang harus dipelajari dalam metematik. Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor, tanda operasi tambah, tolak, bahagi dan darab, istilah segitiga, sudut dan sebagainya. Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan, latih tubi dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindak balas rangsangan. Kemahiran ialah prosedur dan operasi yang dijalankan dengan tepat dan masa yang berpatutan. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, membina sudut tepat, melukis bulatan dan sebagainya. Kemahiran jenis ini boleh dikuasai melalui latihan dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui rantaian.

Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh konkrit. Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter, segitiga sama, set, subset, nombor perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengelaskan ciri-ciri set bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. Pembelajaran jenis ini adalah pembelajaran konsep. Prinsip matematik ialah gabungan dan perhubungan di antara konsepkonsep matematik. Teorem dan hukum matematik ialah contoh-contoh bagi prinsip matematik. Prinsip matematik boleh dipelajari melalui proses inkuiri dan penemuan atau penyelesaian masalah. Seorang pelajar dikatakan telah memahami sesuatu prinsip apabila dia telah mengenalpasti konsep-konsep dalam prinsip itu, mengaitkan konsep-konsep mengikut urutan yang sesuai serta menggunakan prinsip itu dalam situasi yang khusus. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui penyelesaian masalah. David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat, adalah orang yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada resepi yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepi adalah lebih berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangakan Bruner. Di dalam terbitan 'Education Theory' Januari 1961, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran bermakna dan pembelajaran hafalan: Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafaz sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna. Ausubel dalam kajiannya cuba menunjukkan bahawa pembelajaran resepi adalah satu-satunya strategi pengajaran yang paling berkesan untuk pembelajaran bermakna. Di dalam terbitan 'Arithmetic Teacher' Febuari 1968, Ausubel menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran resepi dan pembelajaran penemuan: Dalam pembelajaran resepi, maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya menyerap maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam pembelajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak diberikan, dan pelajar dikehendaki mencari

maklumat itu sendiri. Selepas penemuan, pelajar seperti pembelajaran resepi, menyerap maklumat yang ditemui ke dalam struktur kognitifnya. Mengikut Ausubel, ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepi menjadi bermakna. 1. Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran. 2.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada di dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu pembelajaran yang bermakna. Pertama peringkat perkembangan kognitif masih rendah untuk memahami konsep yang lebih kompleks. kedua, kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna. Ketiga, strategi pembelajaran seperti menghafaz teorem, definisi dan langkah-langkah penyelesaian masalah akan menggalakkan pembelajaran hafalan yang tidak bermakna. Selepas membaca teori-teori pembelajaran yang dikemukan oleh ahliahli psikologi dan ahli-ahli matematik, beberapa implikasi boleh dirumuskan untuk pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan. Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting untuk menentukan teknik pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Murid-murid di sekolah yang masih dalam peringkat operasi konkrit hanya boleh menjalankan aktiviti pembelajaran yang bermakna dengan menggunakan benda-benda maujud atau alat bantu mengajar. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengjaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak. Melalui pengalaman konkrit ini, murid-murid boleh mempelajari konsep matematik dengan tepat dan bermakna. Ahli-ahli psikologi seperti Piaget, Bruner, Dienes dan Gagne menegaskan kepentingan penguasaan konsep matematik dalam aktiviti penyelesaian masalah. Untuk mempelajari konsep matematik, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus dikaitkan dengan benda-benda konkrit, alat-alat bantu mengajar atau situasi-situasi konkrit. Di samping itu, istilah-istilah dan simbol-simbol matematik harus diperkenalkan daripada peringkat mudah kepada kompleks mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.

Selain daripada alat bantu mengajar, pembelajaran konsep matematik boleh juga dilakukan memlalui berbagai cara. Dalam hal ini, Brunner mencadangkan penggunaan kaedah penemuan. Gagne menegaskan pembelajaran pembezaan ciri-ciri di antara konsep dengan konsep yang lain, dan Ausubel mengusulkan pembelajaran resepi dengan memperkenalkan 'pengelola awal' dari peringkat permulaan serta mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan konsep yang baru. Di samping itu, konsep umum patut diajar terlebih dahulu, diikuti dengan ciriciri spesifik. Peneguhan positif juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam aktiviti pengukuhan. Melalui peneguhan positif, kemahirankemahiran matematik bukan sahaja dikuasai dengan berkesan tetapi minat pembelajaran matematik juga dapat dipertingkatkan. Pendidikan akan berubah jika kebudayaan berubah. Pendidikan perlu mengikuti aliran zaman kerana pendidikan berfungsi sebagai agen penyebar kebudayaan. Jika pendidikan ketinggalan zaman. Pendidikan tidak akan berfungsi dengan berkesan. Ini sesungguhnya adalah penting untuk menjamin kemajuan masyarakat. Bahan-bahan Rujukan 1. Aliran Pendidikan : Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab, Pustaka Aman Press, K.L. 1977. 2. Buku Matematik untuk KBSR ( Buku 1 hingga Buku 6): Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, K.L., 1982 - 1987. 3. Buku Panduan Am KBSR : Pusat Perkembangan Kurikulum, DBP, 1981. 4. Buku Panduan Khas Matematik ( Buku 1 hingga 6) : Pusat perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, 1981-1986. 5. Buku Sumber : Matematik, PPK, 1982. 6. Buku Panduan Khas : Program Pemulihan, PPK, 1982. 7. Buku Panduan Khas : Kelas Bercantum, PPK, 1982. 8. Buku Panduan Khas : Penilian, PPK, 1982. 9. Buku Panduan Khas : Program Pengkayaan, PPK, 1982.

PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS DALAM MATEMATIK


DEFINISI DAN KONSEP PECAHAN Pecahan ialah nomboh nisbah. Pecahan biasanya dinyatakan dalam bentuk a / b di mana a dan b ialah integer dan b tidak bersamaan dengan 0. Integer a dinyatakan sebagai pengangka dan integer b dibawah disebutkan sebgaia penyebut. Pecahan juga merupakan pembahagian sesuatu objek atau rajah. Pecahan juga terbahagi kepada tiga iaitu :

Pecahan wajar Pecahan tak wajar

Pecahan setara Pecahan wajar Merupakan pecahan yang pengangkanya lebih kecil dari penyebutnya. contohnya 1 / 2 , 2 / 4 , 4 / 8, 7 / 9........ Pecahan Tak wajar Merupakan pecahan yang pengangkanya dan penyebutnya sama ataupun penyebut lebih besar daripada pengangka. contohnya : 9 / 4 , 4 / 4 , 3 / 2 , 10 / 6 ........ Pecahan setara Pecahan yang mempunyai nilai-nilai yang sama contohnya 2 / 4 dan 4 / 8 ialah setara dengan 1 / 2

JENIS - JENIS PECAHAN

CARA MENUKARKAN PECAHAN TAK WAJAR KEPADA PECAHAN WAJAR

CONTOH PECAHAN

MENUNJUKKAN PECAHAN SETARA SILA LIHAT DI LINK INI.. http://chekguisza.blogspot.com/2010/02/pecahan-mengenal-konseppecahan_21.html SILA LIHAT VIDEO INI

KEGUNAAN PECAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 1 ) Dalam kehidupan seharian kita, banyak perkara berkaitan pecahan telah diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh, dalam memasak air. kita perlu menggunakan air sebanyak separuh daripada bekas air.. Hal ini menunjukkan bahawa kita telah menggunakan air sebanyak 1 / 2 daripada bekas ir tersebut, dan operasi pecahan telah digunakan .

2 ) Selain itu, bagi sebiji kek yang belum dipotong, kita juga menggunakan operasi pecahan sewaktu ingin membahagikan kek tersebut kepada tetamu. Sebagai contoh, kek dipotong kepada 10 potongan dan seorang tetamu memakan 1 / 10 daripada kek tersebut. PERPULUHAN DEFINISI PERPULUHAN Perpuluhan ialah satu bentuk khas yang mewakili pecahan yang penyebutnya ialah kuasa 10. contohnya 8 / 10 = 0.8 Nombor pecahan boleh ditukarkan kepada perpuluhan

OPERASI TAMBAH PERPULUHAN

RUMAH NOMBOR PERPULUHAN

PERPULUHAN DALAM MATEMATIK SILA LIHAT LINK INI http://www.mathsisfun.com/decimals-menu.html SILA LIHAT VIDEO INI ,

KEGUNAAN PERPULUHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Sewaktu kita ingin mengisi minyak, kita menggunakan kuantiti minyak sebanyak 1.8 litre. Dan ini menunjukkan nombor perpuluhan digunakan dalam kehidupan seharian kita. DEFINISI PERATUS

Ialah nombor yang dinyatakan untuk mewakili penyebut 100. contohnya 6 / 100 = 6 per ratus = 6 peratus.

SIMBOL PERATUS

PENGGUNAAN PERATUS DALAM PERNIAGAAN

KEGUNAAN PERATUS DALAM PEMARKAHAN SILA LIHAT LINK INI http://www.mathsisfun.com/percentage.html

SILA LIHAT VIDEO INI

KEGUNAAN PERATUS DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Dalam kehidupan seharian banyak yang kita gunakan melibatkan peratus. Sebagai contoh di pasaraya, diskaun bagi sesuatu barang dikira berdasarkan peratus. Selain itu, dalam perniagaan , kiraan untung dan rugu juga dikira dalam bentuk peratus.

Anda mungkin juga menyukai