Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PERGURUAN GURU

KAMPUS
PEREMPUAN MELAYU

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN UNIT KESELAMATAN DAN
KESIHATAN PEKERJAAN
PENGENALAN

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi
kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu
aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu
tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia
untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di
dalam sesebuah organisasi. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan
Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

• Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan


dan kemahiran yang baik
• Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja
bebas daripada sebarang kemalangan
• Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan
keselamatan di tempat kerja
• Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh
semua pekerja di tempat kerja
• Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi
menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
• Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan

Akta –akta dan Peraturan Yang berkaitan Dengan Unit Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan

Akta-Akta

Antara akta-akta yang berkaitan dengan tugas serta tanggungjawab Unit Persekitaran,
Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) ialah:

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)


Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
Akta Racun 1952 (Akta 366)
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447)

Peraturan-Peraturan

Antara peraturan-peraturan yang telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan &


Kesihatan Pekerjaan ialah:

Peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994


(Akta 514)
Peraturan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
Dengan melihat kepada kehendak yang terdapat di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994, antara aspek yang perlu dibincangkan menerusi kertas cadangan ini ialah :

1. Pengurusan KKP

Bagi meningkatkan keupayaan pengurusan KKP di IPGKPM sejajar dengan kehendak


Akta KKP 1994, pengemaskinian pengurusan KKP dilakukan seperti berikut;

(i) Mengemaskinikan Keahlian Jawatan kuasa Induk KKP,

KEAHLIAN NAMA

PENGERUSI PENGARAH

NAIB PENGERUSI TIMBALAN PENGARAH

SETIAUSAHA 1 KETUA UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

SETIAUSAHA 2 PEGAWAI EKSEKUTIF

AJK1(Pegawai Keselamatan Jabatan) KETUA UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

AJK 2 (Pegawai Keselamatan Pelajar) KETUA JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

(ii) Mengemaskini keahlian Urusetia Perlaksana KKP


AJK2
(Kawasan Sekitar Anjung Hikmah & Kafe)

AJK3 (Bangunan JPJK & Padang IPPM)

AJK4 (Dewan Besar, DTF, N, I,H,Q)

AJK5 (Bangunan Anjung Ilmu)

AJK6 (Bangunan Anjung Tadbir)

AJK7(Kaunseling & Kesihatan)

AJK8(Bangunan Anjung Hikmah)

AJK9 (Bangunan Anjung Ehsan)

AJK10 (Asrama Praperkhidmatan)

AJK11 (Asrama Anjung Hikmah)

AJK12 (Bangunan Asrama & Kawasannya)

AJK13(Pegawai Keceriaan/Keseluruhan IPGM Kampus


PM)

AJK14 (Keseluruhan IPGM Kampus PM)

AJK15 (Keseluruhan IPGM Kampus PM)

AJK 15 Wakil syarikat keselamatan

Wakil – wakil kontarktor yang berdaftar dengan IPGM kampus PM


Ajk 16
- Seperti cafeteria dan syarikat Pembinaan
(iii) Perlantikan staf Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) seperti
berikut;

Sila rujuk Surat-surat perlantikan yang berkaitan

(iv) Pembentukan struktur organisasi dan perjawatan dalam Unit Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.

Jawatan Calon
Ketua Unit Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan
Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan
Penyelaras Kebersihan dan Keceriaan
Urusetia Peguatkuasaaan Operasi Sila rujuk senarai nama Urusetia
Keselamatan perlaksana KKP
Urusetia Penguatkuasaan Operasi
Kesihatan
Urusetia Pemantauan Kebersihan Dan
Keceriaan

(iii) Pejabat Operasi UKKP

• Akan ditentukan kemudian

(iv) Aktiviti UKKP


• Menurut Perancangan Tahunan Aktiviti / laporan Aktiviti Unit

• Mesyuarat Jawatankuasa Induk KKP : minimum 2 kali setahun

SKOP TUGAS UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

1. Penyiasatan Kemalangan

Mengikut kehendak Akta KKP 1994, setiap kemalangan/aduan hendaklah disiasat oleh
UPP, dilaporkan kepada JKKPU dan diambil tindakan pembaikan.

Pecahan kemalangan berikut;

(i) Kecederaan

(a) Makmal/Bengkel
(b) Premis dibawah kawalan Selain dari Makmal/Bengkel

(ii) Kebakaran

(a) Makmal/Bengkel
(b) Selain Makmal/Bengkel

(iii) Lain-lain bentuk kemalangan

(a) Makmal/Bengkel
(b) Selain Makmal/Bengkel

Format pelaporan adalah seperti berikut :

Tarikh Perihal Kemalangan Lokasi

2. Pemeriksaan/Audit KKP

Mengikut kehendak Akta KKP 1994, UKK perlu menjalankan pemeriksaan/audit tempat
kerja setiap 3 bulan sekali meliputi :

(i) Keselamatan Makmal/Bengkel

(ii) Peralatan Pencegahan Kebakaran/Kecemasan Di Bangunan

(iii) Pili Bomba


(iv) Keselamatan Bangunan
(v) Bekerja Dalam Makmal/Bengkel Selepas Waktu Pejabat
Format pelaporan adalah seperti berikut

Tarikh Jabatan/ Unit / Bangunan / Kawasan

3. Latihan KKP

Latihan KKP adalah merupakan suatu tanggungjawab Jawatankuasa yang penting.


Latihan KKP dirancang secara menyeluruh untuk staf, pelajar dan masyarakat kampus
seperti berikut;

(i) Orang Yang Kompeten (OYK)

Staf-staf yang dipilih untuk mengikuti kursus/peperiksaan bagi didaftar sebagai


OYK IPGKPM berdasar kehendak Undang-Undang KKP Negara:

(a) Peraturan KKP (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia


Berbahaya) 2000.

OYK Pencalonan

Penaksiran Risiko Kesihatan Kimia


(CHRA)
Doktor Kesihatan Pekerjaan
Juruteknik Higien

(b) Peraturan KKP (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) 1998

OYK Pencalonan

Pegawai Keselamatan & Kesihatan


Pegawai Keselamatan & Kesihatan

(c) Peraturan Bekalan Gas 1997

OYK Pencalonan

Jurutera Gas
Jurugegas Gas
Jurugegas Gas
(b) Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988

OYK Pencalonan

Penyelia Sinaran

(ii) Kempen Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan

Kempen Keselamatan (Safety & Security) untuk masyarakat kampus berfokus


kepada pelancaran :

Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Agenda Pengisian
Pameran -Jabatan Alam Sekitar
-Agensi Anti Dadah
-Kementerian Kesihatan Malaysia (persekitaran & ergonomik)
-NIOSH (peralatan keselamatan, kemalangan & klasifikasi
simbol)
-JPA3 (operasi menyelamat & peralatan)
-Bomba (operasi menyelamat & peralatan)
-Farmasi / stokes (suplemen/peralatan kesihatan)
Demonstrasi -Asas penyelamat bencana (JPA3)
-Asas penyelamat kebakaran (Jab. Bomba)
-Rawatan Kecemasan & CPR (Jab. PJK)
-Senamrobik
Ceramah -Keselamatan di tempat kerja (NIOSH)
-Keselamatan jalanraya (PDRM)
-Kesedaran lestari (Jab. Alam Sekitar)
-Penyalahgunaan dadah (AADK)
-Tindakan menghadapi kebakaran (Jab. Bomba)
-Kesihatan Mental & Fizikal-Cara Hidup Sihat (Kementerian
Kesihatan Malaysia)

(iii) Kursus Dalaman Untuk Staf

(a) Antara kursus-kursus yang boleh dilaksanakan dalam ialah :

Tajuk Tarikh Tempat Agensi


Penceramah
Kursus Asas
Keselamatan Makmal
dan Bengkel

Kursus Peranan dan


Tanggungjawab JKKP
Kursus Mencegah
Kebakaran
Kursus Asas
Pertolongan Cemas

Ceramah Keselamatan
VDU/SKRIN
Ceramah Keselamatan
dan Tanggungjawab
Keselamatan untuk
Ketua-Ketua Jabatan
Seminar KKP

(iv) Kursus Dalaman Untuk Pelajar dan Staf

Tajuk Tarikh Tempat Penceramah


Kursus Keselamatan
Kimia untuk pelajar
dan staf
Kursus Keselamatan
Bengkel untuk pelajar
dan staf
Kursus Keselamatan
Aktiviti Luar untuk
pelajar dan staf

(vi) Dengan kerjasama Unit Latihan, Kursus-Kursus Induksi dan PTK untuk staf
Sokongan, Pengurusan dan Profesional telah diserapkan tajuk-tajuk KKP yang
berkaitan.

(viii) Kawad Kebakaran Di Kampus

(a) Bangunan Premis dibawah kawalan

Kawad Kebakaran
Tempat Tarikh Kehadiran
Zon 1
Zon 2
4. Prosedur/Dasar KKP

(i) Prosedur Penggunaan Bahan-Bahan Kimia Yang Sangat Toksik telah diluluskan
dan diedarkan kepada jabatan/ unit yang berkenaan

(ii) Peraturan-Peraturan Asas Keselamatan Makmal/Bengkel telah diluluskan


Jawatan kuasa IndukKKP untuk diterima pakai oleh IPGM kampus Perempuan
Melayu.

(iii) Pindaan dasar KKP telah diluluskan JKKP dan seterusnya akan dicetak untuk;

(a) Dipamerkan di semua jabatan/unit berkenaan


(b) Dikemukakan kepada semua staf dan ditandatangan penerimaan

(iv) Penyelenggaran/Pembaikan Kebuk Wasap diluluskan Jawatankuasa Induk KKP


untuk diterima pakai oleh IPGM kampus Perempuan Melayu.

(v) Pekeliling Perbendaharaan: Bencana Kerja Bagi Anggota Perkhidmatan Awam


Pekeliling tersebut telah diterimapakai oleh IPGKPM.

5 Aduan dan Kajian/Pemonitoran KKP

(i) Pencemaran wasap kimia yang disebarkan oleh corong keluar (outlet)

(ii) Kebisingan dalam Premis dan Persekitaran

(iii) Kesan Radioaktif

(iv) Gangguan Kebisingan yang berpunca daripada Sistem Hawa Dingin

(v) Kualiti Udara / Indeks pencemaran

(vii) Keselamatan Bekalan Gas

(viii) Pendedahan Wap Kimia Keatas Pekerja Di Makmal

(ix) Keselamatan fizikal premis dibawah kawalan

6. Keselamatan dan Pengurusan Stor-Stor Bahan Kimia / Petrolium

(i) Stor Kimia

(ii) Stor Bahan bakar / Petrolium

(iii) Bengkel

7. Pelupusan Sisa Kimia dan Bekas Bahan Kimia


(i) Sisa Kimia;

Jabatan /unit Tarikh Kuantiti Berat Kos (RM)


Pengutan (tonne)

(ii) Bekas Bahan Kimia

Jabatan / Unit Kuantiti (Bil.


Botol)

8. Pengawasan Perubatan (Medical Surveillance)

(i) Pengawasan Perubatan (Medical Surveillance) Secara Menyeluruh untuk Staf


IPPKPM

(ii) Kesihatan Pekerja Yang Menjalankan Kerja-Kerja Penyelenggaraan di Kawasan


Yang Terdedah Penyakit (sistem kumbahan, longkang, tandas dsb);

(a) Staf yang terlibat akan diberi suntikan Hepatitis


(b) Staf akan disediakan alat lindung diri (ALD) dan latihan yang bersesuaian

(iii) Pengawasan SARS/ Penyakit Berjangkit


Garis panduan Kementerikan Kesihatan Malaysia diterima pakai oleh IPGKPM

9. Keselamatan Sinaran (Bahan Radioaktif dan Mesin Sinar X)

Bermula pada tahun 2003, semua aktiviti yang berkaitan dengan kehendak perlesenan
sinaran perlu diuruskan/diselenggara meliputi aspek :

(i) Penyelenggaraan tahunan mesin sinar X

(ii) Tentukuran alat tinjau (survey meter)

(iii) Ujian kebocoran radioaktif

(iv) Bekalan/penilaian lencana filem untuk pekerja sinaran


(v) Pemeriksaan kesihatan berkala

10. Keselamatan Bangunan

Diantara isu-isu keselamatan bangunan yang diusulkan oleh Jawatankuasa,


terutamanya berhubung penyelenggaraan/pembaikan peralatan-peralatan pencegahan
kebakaran dan kecemasan yang memerlukan kerjasama/tindakan Jabatan
Pembangunan seperti berikut;

(i) Kelulusan Bangunan-Bangunan (Baru dan Ubahsuaian) oleh Jabatan Bomba

(ii) Salinan kontrak terbaru penyelenggaraan panel kebakaran/alat pemadam api


mudah alih untuk penilaian Jawatankuasa, termasuk laporan bulanan kerosakan .

(iii) Keperluan mendapatkan Perakuan Bomba bagi Bangunan-Bangunan USM


mengikut peraturan-peraturan perkhidmatan Bomba (Perakuan Bomba) 2001

(iv) Penyelenggaraan/kerosakan ‘Central Monitoring System’

(v) Pemeriksaan pendawaian elektrik di bangunan-bangunan

(vi) Kerosakan/kecacatan Pili Bomba di Kampus Induk

(vii) Kerosakan/kecacatan peralatan-peralatan pencegahan kebakaran, terutamanya di


bangunan-bangunan Desasiswa

(ix) Keselamatan pembinaan, termasuk notis pemberhentian kerja-kerja pembinaan


Bangunan E47, E48 dan E49 oleh DOSH.

11. Keselamatan Jalan Raya

Di bawah Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), serta peraturan keselamatan jalanraya,
UKKP akan melaksanakan prosedur

(i) Pematuhan jalan dua hala / sehala

(ii) Jeriji-jeriji penutup (manhole)

(iii) Kajian Program Lalulintas Kampus Selamat :

12. Pemantauan Kawalan sekuriti


UKKP bertanggungjawab memantau dan menilai sebarang perlaksanaan kawalan
sekuriti oleh syarikat kawalan keselamatan serta memberikan cadangan
penambahbaikan perlaksanaan kawalan sekuriti
13. Papan Tanda dan Garisan Keselamatan

UKKP bertanggungjawab mencadang, melaksana dan memantau sebarang papan


tanda yang berfungsi sebagai peringatan tentang perihal keselamatan di lokasi-lokasi
strategik.

14. Pengurusan ‘Work Stress’ dan Kawalan Gangguan Seksual untuk Staf /
Pensyarah

UKKP bertanggungjawab mencadang, melaksana dan memantau sebarang urusan


aktiviti / kursus yang membantu mengatasi tekanan kerja dan gangguan seksual yang
berlaku di IPG kampus Perempuan Melayu

15. Laman Web KKP


UKKP bertanggungjawab mencadang, melaksana dan memantau pengujudan laman
web yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

16. Penyediaan Laporan Operasi Lawatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan Malaysia (DOSH)

UKKP akan menyediakan laporan Rasmi untuk Pegawai DOSH yang menjalankan
pemeriksaan/operasi ke IPGKPM. Fokus laporan berkisar kepada :

(i) Penaksiran Risiko Kesihatan Kimia (CHRA)

(ii) Daftar Bahan Kimia

(iii) Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS)

(iv) Simbol/tanda Amaran KKP

(v) Alat Lindungan Diri (ALD) untuk Staf dan Pelajar

(vi) Pendaftaran Pengandang Tekanan Tidak Berapi dan Dandang Stim

17. Grant / Peruntukan Pengoperasian UKKP


Segala kos pengopersian serta perbelanjaan yang berkaitan dengannya adalah tertakluk
kepada syarat grant pengoperasian dan perbelanjaan Institut Pendidikan Guru Kampus
Perempuan Melayu sepertimana lain-lain unit pentadbiran yang berada dibawahnya.