Anda di halaman 1dari 12

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Refleksi Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian

Pada 16 Julai 2013, saya bersama-sama pasangan praktikum saya, Mohd Hanif bin Hamdan telah membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi tahun 2. Sesi pengajaran dan pembelajaran ini dilakukan akan untuk memenuhi tugasan bagi subjek PJM 3114, Pendidikan Jasmani Suaian dimana tugasan ini memerlukan saya untuk membuat rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian. Dalam

melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini saya dan juga rakan saya menghadapi masalah pemilihan murid untuk dijadikan subjek kerana sekolah kami, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding tidak mempunyai Program Pendididkan Khas khusus seperti Program Pendidikan Khas Integrasi. Hasil daripada penbincangan bersama guru

pembimbing dan guru disiplin selaku guru pemulihan, pihak sekolah telah membenarkan kami untuk mengambil 4 orang murid pemulihan tahun 2 untuk dijadikan subjek sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian bagi mengantikan murid-murid pendidikan khas yang tiada di sekolah ini. Rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilakukan pada jam 8.10 pagi.

Sepanjang pelaksanaan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, secara peribadinya saya berpendapat terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk masa hadapan. Pada pendapat saya antara kelebihan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan adalah penyampaian arahan kepada murid jelas dan boleh difahami murid. Kelebihan penyampaian arahan adalah dari segi kelantangan suara dan ulangan arahan. Masalah utama murid adalah sukar untuk memahami arahan dan fokus. Arahan yang telah diberikan adalah jelas, lantang dan berulang kali. Dengan pendekatan yang sedemikian, arahan yang telah diberikan boleh difahami oleh murid. Secara peribadinya sememangnya agak meletihkan bagi saya untuk memberikan

arahan secara berulang kali, akan tetapi tanpa pemberian arahan yang berulang kali murid tidak dapat memahami arahan dan tidak akan fokus. Oleh itu secara peribadinya, saya berpendapat bahawa pendekatan yang telah digunakan merupakan kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajan ini.

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


Seterusnya, kekuatan yang ada pada sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah dari segi organisasi yang tersusun. Secara amnya, organisasi telah disusun dengan rapi dimana untuk setiap langkah pengajaran mempunyai stesen tersendiri seperti stesen memanaskan badan dan regangan, stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2, stesen permainan kecil dan yang terakhir adalah stesen regangan badan. Dengan pengunaan sistem stesen bagi

organisasi sesi pengajaran dan pembelajaran ini telah membuatkan perkembangan pengajaran adalah lancar. Masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran juga dapat dilaksanakan

mengikut seperti mana yang telah dirancang. Dengan penggunaan stategi seperti ini telah membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran kemas dan tidak mempunyai masalah dari segi alatan oleh kerana alatan yang telah disiapkan terlebih dahulu di tempat yang sepatutnya. Dengan itu, saya secara peribadinya berpendapat bahawa persiapan awal dan perancangan susunan alatan adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini berjalan lancar.

Kekuatan terakhir bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah pendekatan secara terus kepada murid sekiranya murid tidak boleh melakukan kemahiran. Pendekatan secara terus dengan membantu murid untuk melakukan kemahiran telah membantu murid untuk menguasai kemahiran yang diajar. Kemahiran yang diajar merupakan kemahiran guling

hadapan. Terdapat seorang murid yang tidak dapat melakukan kemahiran ini. Setelah dibantu untuk melakukan kemahiran ini, murid tersebut dapat melakukan kemahiran ini. Pendekatan membantu murid secara terus dapat memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang diajar. Oleh itu saya berpendapat bahawa pendekatan terus untuk

membetulkan kesalahan dan ketidakupayaan murid untuk melakukan kemahiran adalah kekuatan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Selain daripada kekuatan, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dinyatakan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini. Kelemahan pertama yang boleh dinyatakan adalah

pemilihan kemahiran dan aktiviti yang sukar dilakukan dengan betul oleh murid. Kemahiran yang telah dirancang adalah kemahiran guling hadapan. Kemahiran ini adalah sukar untuk dilakukan dengan betul oleh murid ditambah dengan pemilihan aktiviti yang kurang sesuai untuk murid. Secara amnya murid dapat membuat kemahiran ini akan tetapi kemahiran yang

dilakukan tidak berapa tepat dan tidak mengikut ansur maju yang telah ditetapkan. Oleh itu

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


saya berpendapat bahawa, pemilihan kemahiran dan aktiviti yang dirancang merupakan kelemahan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Kelemahan lain yang dapat dinyatakan adalah pemilihan alatan bagi aktiviti permainan kecil yang tidak sesuai. Permainan kecil yang dirancang menggunakan pundi kacang dimana murid dikehendaki untuk mengepit pundi kacang tersebut dengan menggunakan lutut dan membuat kemahiran guling hadapan tanpa menjatuhkan pundi kacang tersebut. Secara amnya pada perancangannya sememangnya pemilihan alatan pundi kacang dilihat tepat kepada mudah untuk didapati dalam kuantiti yang banyak. Akan tetapi ia menjadi masalah apabila perancangan ini dilaksanakan secara amali kerana pundi kacang mempunyai saiz yang kecil dan bentuknya yang tidak tetap menyebabkan murid sukar untuk mengepit pundi kacang tersebut sekaligus menyebabkan murid sukar untuk melakukan aktiviti. Oelh itu, saya

berpendapat bahawa pemilihan alatan bagi aktiviti permainan kecil telah menjadi kelemahan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini.

Seterusnya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah perancangan pemilihan kemahiran dan aktiviti murid dirancang dengan teliti dimana guru sepatutnya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap psikomotor murid. Pemilihan aktiviti juga sepatutnya dirancang dengan aktiviti yang paling mudah ke aktiviti yang paling sukar dimana guru seharusnya memulakan aktiviti dengan aktiviti mudah yang boleh memberikan keyakinan kepada murid untuk melakukan kemahiran yang dirancang. Apabila murid mempunyai keyakinan untuk melakukan kemahiran barulah murid dapat melakukan kemahiran dengan teknik perlakuan yang betul dan tepat.

Penambahbaikan lain yang boleh dilakukan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini adalah guru sepatutnya melakukan dahulu aktiviti yang dirancang sebelum mengaplikasikannya kepada murid. Seperti mana masalah yang dihadapi mengenai pemilihan alatan pundi kacanag bagi aktiviti permainan kecil yang tidak sesuai, sepatutnya saya mencuba untuk melakukan aktiviti itu dahulu. Sekiranya saya melakukan aktiviti yang dirancang terlebih dahulu, saya akan dapat mengesan kelemahan aktiviti yang dirancang. Dalam situasi masalah pemilihan alatan

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


bagi aktiviti ini, penggunaan pendi kacang boleh digantikan dengan pengunaan alatan yang mempunyai saiz yang sederhana dan mempunyai bentuk yang tetap seperti bola baling saiz 3.

Secara keseluruhanya, rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan tidak mempunyai masalah yang besar. Murid juga secara kasarnya dapat melakukan kemahiran yang diajar walaupun tidak dengan lakuan yang betul. Saya dan juga rakan saya juga telah mendapat kerjasama yang baik dariapada pihak sekolah seperti guru pembimbing dalam menjayakan tugasan ini dimana guru pembimbing kami telah memberikan banyak cadangan dan bantuan kepada kami. Secara peribadinya saya berpuas hati dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani Suaian ini dimana saya say berpendapat adalah sukar untuk mengajar pendidikan jasmani kepada murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dimana mereka mempunyai tahap kognitif yang lemah sekaligus tugasan ini memberikan saya cabaran dan pengalaman yang berguna apabila saya menjadi seorang guru kelak.

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


Gambar

Organisasi penyediaan tempat secara keseluruhan

Stesen bagi memanaskan badan dan menyejukan badan 5

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)

Stesen bagi langkah pengajaran 1 dan 2

Stesen permainan kecil 6

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


Reviu Artikel / Dapatan Kajian

Judul Penulis

: Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Bekeperluan Khas : Safani Bahri, Hamdan Mohd Ali Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Dapatan kajian ini menfokuskan kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah bagi pelajar berkeperluan khas seperti pelajar buta, pekak dan bisu, masalah pembelajaran dan kecacatan anggota dengan pemerhatian dan temu bual dengan 36 orang guru di sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Kumpur.

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan keperluan khas. Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan

kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapt berdikari dan berjaya dalam kehidupan (Jabatan Pendidikan Khas, 1997) selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dimana ingin melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Berdasarkan maklamat pendidikan murid-murid bekeperluan khas juga ingin memastikan muridmurid berkeperluan khas ini dapat bersaing dan hidup bergaul dengan masnyarakat sekeliling seperti insan normal yang lain tanpa bantuan atau perhatian yang penuh.

Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana Pendidikan Jasmani dapat membentuk pelajar melalui empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Secara amnya aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah, aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan kepada pelajar berkeperluan khas kurang diberikan perhatian dan mereka mengikuti aktiviti yang kurang sesuai bersama-sama dengan pelajar-pelajar biasa (Auxter, Pyfer dan Huettig, 1999). Kekurangan upaya pelajar berkeperluan khas dari segi fizikal menjadi halangan utama yang dihadapi mereka dalam melibatkan diri dalam aktiviti jasmani di 7

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


sekolah. Masalah utama halangan bagi pelaksanaan pendidikan jasmani bagi pelajar

bekerluan khas adalah belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992) walaupun terdapat garis panduan yang yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Pendidikan khas 19791991.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tidak semua guru yang mengajar pendidikan jasmani suaian mempunyai kelayakan dengan fakta hanya 50% orang guru yang mengajar pendidikan jasmani suaian mempunyai kelayakan. Dari segi pelaksanaan, dapatan kajian

melalui pemerhatian dan temubual mendapati tiada format pengajaran yang standard digunakan antara sekolah yang terlibat dalam kajian, kebanyakkan guru mengajar mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh mereka dimana secara tidak langsung pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran mengikut budi bicara guru. Aktiviti dalam pendidikan jasmani dilaksanakan kepada pelajar berkeperluan khas adalah dirujuk daripada buku panduan aktiviti pendidikan jasmani pelajar normal. Ketiadaan pemantauan daripada pihak kementerian

didapati menjadi sebab utama situasi ini berlaku. Kajian juga mendapati guru pendidikan jasmani yang mengajar pelajar biasa tidak mengadakan ubahsuaian pengajaran untuk pelajar khas. Hal ini menyebabkan pelajar

berkepeluan khas sukar untuk mengikuti aktiviti yang dirancang. Masalah-masalah lain yang dihadapi adalah seperti kekurangan jumlah pelajar yang terlalu ramai untuk pengajaran yang kondusif, pelajar khas yang dipinggirkan oleh pelajar normal ,cuaca yang panas dan tidak kondusif kepada pelajar khas, kurang upaya yang berbeza-beza pelajar-pelajar khas, tingkah laku pelajar khas kerana terdapat mereka yang agresif dan masalah komunikasi antara guru biasa dengan pelajar khas, pelajar khas dan pelajar normal.

Kesimpulannya kegagalan pelaksanaan aktiviti pendidikan jasmani bagi murid bekeperluan khas adalah berdasarkan banyak faktor dimana kebanyakan situasi tidak menyebelahi mereka. Kurang perhatian dan fokus daripada pihak yang berwajib menjadi faktor utama kegagalan ini. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil perhatian khusus bagi

menjayakan pelaksanaan pendidikan jasmani bagi pelajar pendidikan khas secara menyeluruh. Pelaksanaan pendidikan jasmani kepada murid pendidikan khas secara berkesan akan dapat 8

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


membantu mereka untuk bersaing dan hidup secara normal. Pelajar pendidikan khas boleh mencapai perkembangan secara positif sekiranya mereka mendapat peluang dan ruang.

Judul

: Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah

Penulis

: Tan Teck Bee, Loh Sau Cheong Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Objektif kajian ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar bekeperluan khas memaksimumkan peluang pmbelajaran memberikan peluang kepada mereka untuk mengikuti program intervensi kemahiran membaling bola. Program intervensi kemahiran membaling bola dijalankan selama 5 minggu, 3 kali seminggu, 60 minit setiap sesi latihan. Subjek dalam kajian ini diajar mengguna sebelah tangan untuk membaling bola pada aras bahu. Latihan yang dijalankan sepanjang program intervensi ini mempunyai struktur yang sama; ia bermula dengan sesi memanaskan badan, diikuti dengan sesi latih tubi dan sesi menyejukkan badan. Di akhir sesi latih tubi, setiap subjek diberi 5 kali percubaan dalam ujian kemahiran membaling bola. RPI bagi sesi latihan yang seterusnya ditulis berasaskan pencapaian subjek dalam ujian kemahiran yang sebelumnya. Oleh itu aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk setiap subjek dalam sesi latih tubi adalah berbeza antara individu.

Bagi ujian kemahiran membaling bola, data yang dikumpul adalah berdasarkan ujian kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School untuk pelajar-pelajar terencat akal (Fait, 1972). Ujian kemahiran motor yang dibuat oleh University of Connecticut and Mansfield Training School telah luas digunakan untuk menguji kebolehan kemahiran motor bagi golongan berkeperluan khas, dan ia adalah sesuai untuk kajian ini memandangkan pelajar-pelajar autisme juga menghadapi masalah yang sama.

Dalam kajian ini kesemua subjek belajar dengan cara yang berlainan mengikut ciri-ciri autisme yang tertentu. Ciri autisme menetukan cara belajar yang lain mengikut tahap 9

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


kemampuan psikomotor dan kognitif mereka. RPI yang direka bentuk khas untuk setiap subjek telah menunjukkan keberkesanan program intervensi kemahiran membaling bola. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar kemahiran motor. Mereka boleh dilatih menumpu perhatian dan membaling bola tepat pada sasaran yang ditentukan.

Hasil dapatan kajian menentukan bahawa program intervensi yang khusus dan berfokus melibatkan masa dan perancanagan yang rapi dapat meningkatkan kebolehan pelajar-pelajar autisme mempelajari kemahiran yang diajar. Selain daripada itu, hasil dapatn kajian juga dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu menguasai kemahiran membaling bola. Hasil keberjayaan kajian ini adalah disebabkan faktor seperti berikut. Pertama, tempoh masa untuk mengajar pelajar pelajar autisme yang lemah dalam kemahiran motor. Kedua, kajian tentang memanjangkan masa latihan untuk aktiviti permainan, Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada pelajar-pelajar autisme dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam situasi permainan. Berdasarkan faktor ini, dapat dipastikan bahawa untuk memastikan pelajar pelajar bekeperluan khas dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani yang sempurna memerlukan masa yang panjang dan perancangan yang khusus.

Hasil dapatan kajian telah menunjukkan program intervensi dalam bentuk pendidikan jasmani suaian dapat membantu pelajar-pelajar autisme meningkatkan kebolehan motor. Pelajar-pelajar autisme harus diberi peluang pendidikan yang terbaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri. Proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal, namun dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri.

10

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


Perbandingan Artikel / Dapatan Kajian

Terdapat kesinambungan antara artikel yang pertama, Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Bekeperluan Khas dan dapatan kajian yang kedua, Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah Menengah. Secara

keseluruhannya, artikel yang pertama berkisar mengenai masalah yang dihadapi untuk melaksanakan pendidikan jasmani suaian kepada pelajar bekeperluan khas manakala artikel yang kedua pula berkisar mengenai cara untuk melaksanakan pendidikan jasmani untuk pelajar pelajar bekeperluan khas secara berkesan.

Oleh hal yang demikian artikel yang pertama dan kedua boleh dikaitkan kerana sekiranya merujuk artikel yang pertama dapat dipastikan bahawa banyak faktor dan halangan untuk melaksanakan pendidikan jasmani suaian kepada pelajar pelajar bekeperluan khas. Hasil daripada artikel yang pertama dapat dijadikan rujukan bagi artikel yang kedua iaitu cara untuk menngatasi masalah yang dihadapi di artikel yang pertama. Selain daripada

kesinambungan kedua-dua artikel ini terdapat juga perbezaan bagi kedua-dua artikel ini. Perbezaan bagi kedua-dua artikel ini adalah cara untuk mendapatkan hasil kajian kedua-dua artikel ini. Bagi artikel yang pertama, cara untuk mendapatkan hasil kajian adalah melaui cara pemerhatian dan temu bual terhadap pihak sekolah dan guru yang mengajar subjek pendidikan jasmani. Manakala bagi artikel yang kedua, cara untuk mendapatkan hasil kajian adalah dengan pelaknaan amali iaitu program intervensi kemahiran membaling bola. Perbezaan lain bagi kedua artikel ini adalah daripada segi jumlah dan jenis responden yang terlibat. Bagi artikel yang pertama, responden yang digunakan adalah dalam jumlah yang banyak dan pelbagai melibatkan banyak sekolah dan pihak. Manakala bagi artikel yang kedua, jumlah responden yang terlibat adalah sedikit dan tetap. Akan tetapi hasil kajian daripada kedua artikel ini mempunyai objektif yang sama secara amnya, iaitu ingin membantu pelajar bekerluan khas mendapat pelung untuk menjalani aktiviti pendidikan jasmani.

Pada keseluruhanya, kedua-dua artikel ini dapat dijadikan panduan dan jalan bagi membantu pelajar pelajar bekeperluan khas untuk mendapat peluang menjalani aktiviti pendidikan jasmani. Hasil kajian daripada kedua-dua artikel ini menunjukkan bahawa untuk 11

Pendidikan Jasmani Suaian (PJM 3114)


memastikan pelaja pelajar bekeperluan khas mendapat peluang yang saksama seperti mana pelajar pelajar normal, banyak perkara yang perlu diambil perhatian dan dilakuan seperti kepakaran tenaga pengajar, masa pelaksanaan, persekitaran sekeliling dan juga kerjasama daripada pihak yang terlibat. Konklusinya, pelajar bekeperluan khas juga berhak untuk

mendapat peluang seperti mana pelajar normal nikmati agar mereka mendapat keyakinan diri untuk bersaing di dunia normal.

12