Keratan Akhbar
Keratan Akhbar
Dalam menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu umat Islam boleh mengambil contoh Nabi SAW dan juga Imam Syafi'e. Menurut beliau, menuntut ilmu adalah lebih utama daripada ibadah sunah. Beliau mempunyai banyak guru antaranya Malik bin Anas, Sufyan Uyainah, Ibrahim bin Sa'ad dan banyak lagi. Imam Syafi'e yang pintar dan banyak anak muridnya menjadi ulama. Telah sepakat para ulama bahawa Imam Syafi'e adalah seorang alim besar di Timur dan Barat. Imam agama Islam di dunia. Allah SWT himpunkan padanya apa yang tidak ada pada imam-imam sebelum dan sesudahnya. Negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Seterusnya, sebagai guru aspek-aspek pendidikan menurut al-Quran mestilah dititikberatkan dalam pendidikan iaitu meliputi pendidikan tauhid, ibadah, keimanan, akal, akhlak, jasmani, keterampilan dan kemasyarakatan. Sikap guru juga mestilah memiliki sikap adil, lemah-lembut, kasih sayang, persamaan, musyawarah, persaudaraan, berdisiplin, boleh dijadikan contoh, memudahkan pengajaran dan mengarak ke masa depan yang maju dan cemerlang. Realitinya, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama telah menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan iaitu pelajar di sekolah. Manakala, para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti iaitu berilmu dan berkemahiran tinggi untuk sebuah negara maju yang membangun. Oleh itu, pendidikan itu ialah satu proses pengajaran, pembelajaran dan bimbingan masyarakat dalam aspek kehidupan manusia.