Penilaian dijalankan secara Lisan dan Amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Apabila murid-murid telah menguasai kod-kod yang telah ditetapkan, dia boleh dinilai dengan kodkod Tahun/Tingkatan seterusnya. Bagaimanapun murid ini boleh dinilai semula untuk pengukuhan. Soalan dan jawapan penilai tidaklah rahsia sebagaimana yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Apabila ujian dibuat secara formal murid akan diberitahu lebih awal.
sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jaya, betul dan sempurna.
Pencapaian murid dikemas kini dari semasa ke semasa dalam borang Pencapaian Individu dan Berkelompok. Catatan tersebut merupakan rekod bagi proses dan keputusan yang dicapai oleh murid.
Pemantauan proses perlaksanaan penilaian PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa. Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai sesuatu tajuk, manakala dalam hal ibadah , dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.
Murid diperakui lulus dalam keseluruhan Penilaian PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan. Borang Pencapaian Individu (dalam simpanan guru) hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan pelajar ke sekolah lain.
Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah mengguna format Penyata Prestasi yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada Bahagian/Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri menurut prosedur yang ditetapkan.
TAHUN
03
04
05 06 07 08 09 10 11
Beristinjak
Membersihkan Diri , Pakaian dan tempat daripada najis Cara Berwuduk Cara Bertayamum Cara Mandi Wajib Azan , Iqamah dan jawapannya dan doa selepas azan dan Iqamat Solat Fardu Solat Jenazah
12
3 13 14 15 16
Puasa
Adab Terhadap Ibu Bapa Ihsan Kewajipan Menutup Aurat Batas Pergaulan Dalam Islam
BIL 1.
TINDAKAN
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
OKT
CATATAN
Memastikan murid memiliki Buku Panduan Penilaian PAFA Penyediaan fail PAFA (Borang Pencapaian Individu dan Borang Kelompok) Pelaksanaan PAFA 3.1 Ting 1 dan 2 3.2 Ting 3 (PMR) Mengemaskini Borang Berkelompok PAFA PMR
2.
3.
4.
5.
Menghantar keputusan penuh PAFA / disket ke Unit / Bahagian Peperiksaan JPN 5.1 PMR
Mengemaskini Rekod Pencapaian Individu murid yang akan berpindah ke sekolah baru (sekiranya ada) Penyertaan daripada pihak kementerian/JPN/ Bahagian/ Daerah
6.
7.