Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 13 : MENULIS LAPORAN KAJIAN

PERSEDIAAN UNTUK MENULIS


KANDUNGAN LAPORAN KAJIAN KUALITATIF DESKRIPSI DAN ANALISIS

LAPORAN BERASASKAN PENDEKATAN

PENGGUNAAN PETIKAN UNTUK MENYOKONG IDEA

Aspek Penulisan Laporan


Pendekatan kualitatif menulis laporan menurut logik penulis dalam urutan laporannya. Isi tidak menurut format yang tetap, namun mempunyai rangkaian cerita yang dapat yang diperolehi saling bertindih namun bermakna.

Peringkat akhir adalah menyediakan laporan kajian yang mungkin digunakan oleh pemeriksa bagi menetukan mutu, dibacaoleh orang lain sebagai rujukan, dipersembahkan kepada kumpulan atau individu tertentu sebagai bahan perbincangan

dipertanggungjawabkan oleh pengkaji, terdiri dari cerita dengan penulisan

PERSEDIAAN UNTUK MENULIS


Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam dijalankan dalam satu kawasan yang kecil, melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah

Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen

Menjawab persoalan berkaitan kenapa dan bagaimana. 4 Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku.

PERSEDIAAN UNTUK MENULIS MENGIKUT MERIAM (2001)

Menentukan audien Orang awam, pembuat dasar,masyarakat saintifik

Memilih fokus

Tujuan asas kajian

Merangka susun atur laporan Mengenal pasti dan menulis semua topik yang mungkin akan disentuh dalam laporan.

PENULISAN LAPORAN YANG BAIK


Pengenalan Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu idea utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus membaca. mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya lebih panjang daripada bahagianbahagian lain. Penutup Isi Esei Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan umum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutup harus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang sama dengan pengenalan.

Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu untuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul.
Caranya adalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu, selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembangan ini dan sebelum ini.

KANDUNGAN LAPORAN KAJIAN KUALITATIF


Tajuk Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Bab 1 : Pengenalan Pendahuluan Latar belakang masalah Pernyataan Masalah Tujuan Skop Bab 2 : Sorotan Penulisan Bab 3: Metodologi Rekabentuk kajian Populasi, sampel dan tempat Instrumentasi Bab 4: Analisis Data Bab 5: Keputusan, Perbincangan dan cadangan Rujukan Lampiran

ABSTRAK
Ditulis dalam satu perenggan. Kandungan abstrak: Masalah yang dikaji Kumpulan sasaran Tinjauan awal Pelaksanaan kajianAktiviti yang dilaksanakan Dapatan kajian

PENGENALAN
Diterangkan dengan jelas perkara yang ingin dikaji dan segala maklumat yang berkaitan dengannya.maklumat yang perlu dinyatakan adalah: Pendahuluan : perkara yang memperkenalkan pembaca secara ringkas kepada bidang dan tajuk penyelidikan Latar Belakang masalah iaitu pandangan daripada am kepada khusus tentang perkara yang ingin dikaji. Ini termasuk apakah situasi masa kini daripada aspek prasarana dan keperluan, apakah yang berlaku iaitu proses yang sedang berjalan dan apakah hasilnya.Persoalan tentang hasil memerlukan perkara tersebut diselidiki. Sumber perlu dinyatakan sebagai bukti terdapatnya persoalan dari kaca mata orang. Pernyataan Masalah : apakah masalah yang ingin dikaji.Masalah timbul kerana terdapat persoalan dari segi hasil yang dibincangkan diatas.Nyatakan secara ringkas dalam satu ayat atau satu perenggan sahaja. Objektif Kajian : senarai matlamat atau tujuan kajian.Apakah yang ingin dikaji. Persoalan Kajian: senarai pernyataan lebih khusus tentang apakah data atau maklumat yang ingin diperolehi berdasarkan Objektif.

SOROTAN KAJIAN
Mengandungi maklumat sokongan kepada semua perkara, teori, kajian lepas atau komen mengenainya yang diperolehi melalui kajian perpustakaan, yang bersangkutan dengan tajuk. Sertakan SUMBER.
Contoh ( sorotan pendek): ..menurut Fatimah (1987), Apa yang diberi, dia belajar. Sesetengahbersikap untuk lulus sahaja, mutu kecemerlangan tidak dipentingkan.. Sorotan ungkapan panjang ..definisi pratikum mengikut Turney et al. (1982) adalah seperti berikut: ..purposely series of supervised profesional experiences in which student teachers apply, refine and reconstruct theoritical learnings and through which the develop their teaching competencies.

METODOLOGI
Menerangkan secara terperinci kaedah dan prosedur pengumpulan data bagi penyelidikan. Penulisan metodologi yang baik adalah sangat kritikal bagi membolehkan pembaca menilai kualiti data anda.

Rekabentuk Apakah pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan data dan jenis data yang diperolehi Populasi dan sampel Di mana mendapatkan data dan dari siapakah data yang peroleh.terangkan ciri populasi dan sampel serta mengapa mereka dipilih. Instrumen penyelidikan Apakah alat yang digunakan untuk mendapatkan data serta ciri alat tersebut. Analisis data Bagaimanakah data yang diperoleh dianalisis diukur dan dinilai untuk menerangkan dapatan. Jangka masa Tarikh penting penyelidikan

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menunjukkan data yang diperoleh dan keputusan analisis tentangnya tanpa sebarang implikasi

PERBINCANGAN
Bahagian ini membinvangkan keputusan yang dinyatakan dalam dapatan kajian dan mengandungi 5 perkara penting seperti berikut : membincangkan keputusan dengan membuat implikasi berdasarkan kajian lepas atau teori Bab 2. Menjawab persoalan kajian dari Bab 1. Membuat Cadangan tindakan berdasarkan keputusan kajian, Membuat cadangan tengan kajian lanjutan tentang bidang yang sama Membuat kesimpulan tentang perolehan kajian

RUJUKAN
Penulisan sumber rujukan yang konsisten dengan menggunakan sistem APA (American Psychological Association ) Segala rujukan dari buku, jurnal dan sumber lain perlu disenaraikan dengan jelas mengikut kaedah yang dipersetujui oleh institusi atau organisasi. Contoh:
Hall, H. (2007). Disertation/Project Hints: Writing up your dissertation project. Dicapai dari

http://www.dcs.napier.ac.uk/~hazelh/diss/diss_write .htm

LAMPIRAN
Mengandungi segala maklumat tambahan yang penting seperti temubual, senarai responden, jika perlu. Contoh
Hasil analisis item mungkin tidak berkait dengan tujuan kajian tetapi adalah perlu dilampirkan untuk memberi bukti bahawa instrumen adalah SAH dan boleh dipercayai.

DESKRIPSI DAN ANALISIS


Keseimbangan perlu dicapai antara deskripsi dan interpretasi. Erikson(1986) misalnya membezakan antara deskripsi khusus, deskripsi umum dan komentar interpretif. Merupakan unit dalam proses analisis data. data mentah : deskriptif khusus yang mengandungi petikan kata-kata orang yang ditemubual, petikan dari nota lapangan serta cebisan peristiwa tentang kehidupan seharian. Pola-pola yang diperolehi daripada data yang dilaporkan sebagai deskripsi umum yang diperlukan untuk memberitahu pembaca sama ada vignettes dan petikan kata-kata adalah merupakan data tipikal pada keseluruhannya. Abstraksi peringkat tinggi : komentari interpretif yang menyediakan kerangka bagi memahami deskripsi khusus dan umum

LAPORAN BERASASKAN PENDEKATAN

Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya

Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji


Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena yang dipilih Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina berasaskan data kajian)

LAPORAN KAJIAN KES


Kajiian kes adalah deskripsi yang kaya, terperinci dan mendalam. Ia dilakukan dalam proses membawa pembaca ke tempat kajian melalui penulisan naratif deskriptif yang mendalam dan terperinci tentang sesuatu latar atau situasi. deskripsi yang terperinci perlu untuk pembaca menilai bukti yang menjadi asas analisis. Donmoyer, 1990 mengemukakan 3 rasional tentang perlunya deskripsi kajian kes bagi membolehkan pembaca seolah-olah mengalami sendiri suatu peristiwa yang dijelaskan. Kebolehsampaian ke tempat kajian tanpa perlu berada di tempat kajian Pembaca boleh melihat sesuatu yang biasa dalam cara yang baru dan menarik. Melalui kaca mata penyelidik. Pembaca akan lebih rela belajar daripada kajian kes daripada pengalaman sendiri.

PENGGUNAAN PETIKAN UNTUK MENYOKONG IDEA


Peraturan asas dalam menulis laporan temubuak kualitatif : dengan mengunakan petikan dari transkrip temubual yang boleh menjelas dan menyokong idea yang ditulis. Garis panduan dalam melaporkan temubual (kvale, 1996)
Petikan patut dikaitkan dengan teks yg berkaitan Konteks petikan perlu jelas Petikan perlu diberi interpretasi Keseimbangan yang sesuai antara petikan dan teks Petikan perlu pendek Petikan yang jelas dan ilustratif sahaja dikemukakan Kemukakan petikan sebagaimana yang ditulis dalam transkrip

Terima kasih.