Anda di halaman 1dari 33

Disediakan oleh : Michelle Yong MOHD NOOR ARIFF Ong Pei Si

Konsep Penyayang
Lebih dari membuat baik kepada orang lain Memahami segala aspek dan perspektif orang yang disayangi mengambil berat tentangnya Melibatkan seseorang menafikan kepentingan dirinyasendiri dan memasuki (emphatize) atau menghayati sepenuhnya dunia orang yang disayangi Mengambil kira pandangan mengikut kaca mata orang yang disayangi, mengambil kira keperluannya dan apa yangdiharap dari kita Bertindak demi untuk kebaikan dan kebahagian orang yang disayangi

Amalan Budaya Penyayang


Budaya penyayang terbentuk apabila ahliahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahli-ahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu sama lain dan jujur semasa berhubungan.
Larrivee (2005) Dalam komuniti yang mengamalkan budaya penyayang, ahli-ahlinya saling menghormati, mengambil berat, ingat-meningati dan boleh berkongsi emosi/perasaan secara jujur

Menurut Larrivee (2005), terdapat 4 ciri utama yang boleh membantu guru membentuk dan menerapkan amalan budaya penyayang di dalam bilik darjah

Autentik

Keprihatinan

Hormat

Amalan Budaya Penyayang

Integriti emosi

HORMAT
Penerimaan : guru boleh menunjukkan rasa hormat kepada muridnya dengan menerima murid itu sebagai dirinya. Hormat berkaitan dengan interaksi dengan murid dan bukan interaksi kepada murid Guru harus memberikan perhatian dan mengambil berat tentang diri mereka. Perasaan hormat akan membawa kepada peningkatan harga diri dan penerimaan kendiri. Guru yang menghormati murid akan mendapat kepercayaan daripada murid, sekiranya mendapat kepercayaan daripada murid, guru dapat membantu murid memahami dari mereka

AUTENTIK
Guru yang autentik : Tidak cuba untuk menjadi orang lain atau mempamerkan sikap yang berpura-pura. Bercakap benar dengan penuh rasa tanggungjawab dan prihatin Tidak takut untuk mengaku salah Bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri Menyedari emosi sendiri dan orang lain serta mengawalnya Hasilnya, murid-murid juga berani menjadi diri sendiri, rasa selamat untuk mengaku kesilapan, memperbaiki kelemahan dan menerima kesilapan orang lain dengan lebih terbuka.

KEPRIHATINAN
Guru yang prihatin bertimbang rasa dan mengambil berat tentang murid-muridnya akan mewujudkan satu persekitaran yang kondusif dan penyayang. Guru dan murid boleh berkongsi masalah tanpa rasa takut akan didenda atau dimarahi. Guru akan mengutamakan kebajikan muridmuridnya. Dapat saling bekerjasama dan boleh bergantung antara satu sama lain untuk memahami kehendak dan keperluan mereka. Bersikap empati kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah dan membantu rakan-rakan dengan ikhlas supaya sama-sama dapat meningkatkan kemajuan diri

INTEGRITI EMOSI
Berasaskan kejujuran dalam berkomunikasi dan saling mempercayai Guru mempunyai kebolehan untuk menggalakkan murid untuk berkongsi fikiran dan perasaan yang dialami oleh mereka. Guru juga perlu berdepan dengan masalah tingkah laku murid dan dapat membimbing murid supaya mempunyai akauntabiliti atas segala perlakuan mereka.

Integriti emosi
Berbincang secara langsung persepsi murid pada setiap masa

Cikgu rasa awak macam tidak setuju dengan perkara yang kita akan lakukan sekejap lagi. Sebelum kita mula, baik awak bincangkan dahulu apa yang awak tidak puas hati. Tegur kelakuan murid yang kurang menyenangkan
Nanti dulu, cikgu rasa kurang senang dengan cara awak bercakap tadi. Cikgu tak akan melakan aktiviti sekiranya awak terus berkelakuan begitu.

INTEGRITI EMOSI
Mendapatkan akauntabiliti murid

apabila awak melawan cikgu, cikgu rasa sedih dan akan mendenda awak. Cikgu tak nak buat begitu. Cuba awak beritahu cikgu kenapa awak melawan cikgu tadi? Proaktif semasa berdepan dengan masalah tingkah laku murid
Cikgu agak kecewa dengan kelas kita. Kita telah sama-sama bersetuju dengan peraturan kelas. Semasa cikgu tiada beberapa orang telah sengaja melanggar peraturan kelas. Cikgu ingat kita semua telah sepakat untuk sama-sama menjaga nama baik kelas kita.

1. Menerapkan elemen mengambil berat dan menjadikan bilik darjah sebagai satu tempat yang selamat untuk berkongsi perasaan dan masalah. Memberikan maklum balas dan menerima Sentiasa mengadakan perbincangan dengan murid Mengetahui latar belakang murid dan ambil berat tentang peribadi murid Menerapkan elemen setiakawan dan bekerjasama dalam membentuk persekitaran kelas

2.

Membina semangat kekitaan dan kepunyaan di dalam bilik darjah mengadakan dialog dengan murid Berjumpa secara perseorangan dengan murid yang memerlukan perhatian peribadi Mengadakan peraturan dan rutin seperti sambutan hari Lahir untuk semua ahli kelas, jamuan selepas peperiksaan dan sebagainya.

3.

Mengamalkan ciri-ciri penyayang dan menjadi model kepada murid Hormat-menghormati antara guru dengan murid dan murid dengan murid Menyedari emosi kendiri dan persekitaran Bertimbang rasa dan jujur dalam tingkah laku dan emosi

4. Komited dengan usaha untuk mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan murid Sentiasa jujur dalam tindakan dan perkataan serta sentiasa mengambil berat dan prihatin Memberikan perhatian yang sama ke atas semua murid tanpa ada rasa prejudis, diskriminasi atau pilih kasih Peka kepada perasaan yang diluahkan dan mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh murid Cuba mengenali diri sendiri dan berlaku jujur atas tindakan yang dibuat

Fasilitator berasas daripada bahasa Latin, Facilis bermaksud mudah dan facilitating education sebagai making academic and social learning as easy as possible for children. (Krogh,s, 1990) Tertumpu kepada usaha berfikir secara fleksibel dan sentiasa memilih kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai. Setiap pelajar akan diberikan ruang belajar dengan pelbagai cara bergantung kepada keperluan, minat dan stail pembelajaran masing- masing. Mengamalkan pembelajaran secara aktif, berfikir, membuat keputusan secara asli .(ingenuity)

Peka memberi soalan secara konsisten kepada kanak- kanak pada masa yang sesuai bagi menambah dan meningkatkan kematangan kognitif meraka.
Tidak melihat kekurangan kanak- kanak dalam membuat persepsi, aspek pengetahuan dan pertimbangan sebagai kekurangan.

Menggunakan kaedah pengajaran pelajaran (curricular subject matter)

mata

Sesi pengajaran yang memerlukan guru berinteraksi secara langsung kepada kanak- kanak perlu dilaksanakan mengikut keperluan kurikulum. Menyediakan bahan konkrit Hadkan penggunaan perkataan semasa menerang. Hadkan pencapaian objektif. Gunakan bahan sedia ada seperti dinding papan notis semasa menerang dan menarik perhatian kanakkanak.

Rangsang perhatian kanak- kanak dengan menyediakan aktiviti- aktiviti menarik sebelum menegahkan tema baru. Memberi peluang kanak- kanak menyiapkan suatu tugasan/ projek yang menarik minat mereka. Mengingatkan kanak- kanak tentang peraturan bilik darjah. Hadkan masa memberi penerangan. Mengumpul kanak- kanak di suatu tempat sebelum memberi penerangan.

Bermain merupakan sebahagian daripada fitrah kanakkanak. Kanak- kanak tidak sepatutnya bergantung pada permainan asas konkrit, lain- lain bentuk permainan seperti asas air dan seni dapat membantu perkembangan fizikal, emosi dan kognitif kanak- kanak. Mengikut Jean Piaget, menstruktur, mengklasifikasi, memikir dan mengorganisasi merupakan proses aktiviti mental yang berfungsi semasa aktiviti bermain.

This is accomplished by playing out the event again and again until it no longer holds any elements which upset or inhibit the child. Weininger, 1979, page 28
Weininger (1979), dalam The Intergrated Early Childhood Curriculum oleh Suzanne Krogh, kanak- kanak perlu mempunyai masa yang cukup untuk aktiviti main asas imaginasi dan dramatik bagi membantu mereka mengatasi masalah ketakutan (fears) dan keinginan (wants)

Pengurus
Di sekolah guru menggunakan pelbagai cara mengurus keperluan dan bilik darjah bagi menarik perhatian kanak- kanak. Gaya pengurusan guru perlulah seiring dengan keperluan situasi dan keperluan kanak- kanak. Kriteria utama yang perlu ditekankan ialah fleksibiliti.

Melatih kanak- kanak membuat keputusan sendiri secara beransur- ansur. - menggunakan kaedah ini seawal permulaan persekolahan mesyuarat kelas boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kanak- kanak berbincang dan memenuhi keperluan mereka. Guru mesti sentiasa peka kepada keperluan dan minat kanak- kanak. - guru boleh menselang- selikan aktiviti yang difikirkan menarik dan kurang menarik supaya dapat mengurangkan bosan atau kurang tumpuan pelajar terhadap PDP.

Aktiviti main, memerlukan guru dari membuat pelbagai persediaan dari aspek pengurusan. Guru perlulah mengambilkira aspek kumpulan, jantina, minat dan kecerdasan kanak- kanak. Tahap perkembangan aktiviti main: Main solitari On looker play egosentrik, memenuhi keperluan sendiri. memerhati rakan- rakan lain tapi tidak terlibat secara langsung. bermain bersama tetapi tidak berkongsi bahan mainan. berkongsi atau bertukar alat mainan tapi mempunyai kebebasan masing- masing. - kanak- kanak pilih rakan, aktiviti bersama mengikut mood mereka.

Main parallel
Associatif Main koperatif

Sentiasa bersedia untuk merancang semula aktiviti yang mempunyai kekurangan di masa akan datang. Merancang dan mengurus kelas sebelum kanakkanak sampai ke sekolah setiap hari. Mengurangkan kebisingan kelas dengan bergerak sepanjang masa dan bercakap secara perlahan kepada ahli kumpulan aktiviti. Sekira berlakunya tidak terkawal, guru perlulah menghentikan semua aktiviti seketika dan memberi arahan atau adakan perbincangan kelas semula. Elakkan menggunakan kata- kata atau riak emosi yang negatif.

Guru dalam pelbagai keadaan boleh mengawal suasana kelam kabut dengan bernyanyi, mainkan muzik atau permainan nombor. Guru perlulah ingat setiap tindaktanduknya mempunyai kesan sama ada positif atau negatif terhadap perkembangan kanakkanak.

Proses Pemerhatian mempunyai pelbagai matlamat dan cara pelaksanaan.


Pemerhatian untuk perkembangan kognitif Memberi input kepada guru cara pembelajaran yang paling berkesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak A sukar membaca sendiri atau kanakkanak B sukar belajar bersama rakan-rakan. Pemerhatian untuk perkembangan afektif . Interaksi kanakkanak dalam kelas membantu guru melihat cara kanak-kanak bergaul dalam kumpulan, membentuk kumpulan rakan sebaya, dominasi, kesukaran personaliti (personality difficulties), kerja kumpulan dll. Guru juga dapat melihat hirarki sosial yang wujud dalam kelas dan bersedia memainkan peranan pada bila-bila masa.

Teknik Pemerhatian
Sambut kanak-kanak di waktu pagi secara bersemuka untuk melihat riak wajah dan perasaan mereka. Aktiviti yang pertama setiap hari perlulah ringkas untuk memudahkan guru membuat pemerhatian. Aktiviti yang disediakan tidak perlu lama, di antara 2 3 minit. Sentiasa berdiri menghadap kanak-kanak dan elakkan membelakangi mereka. Memantau semasa aktiviti sedang berjalan, dengan membawa bersama board untuk mencatat pesanan yang perlu diberi perhatian. Sentiasa peka terhadap perbualan kanak-kanak semasa aktiviti berjalan. Guna bantuan perakam tape semasa guru mengendali aktiviti. Analisis aspek yang perlu diperbaiki setelah mendengar semula rakaman tersebut. Buat refleksi setiap hari lebih kurang 10 minit selepas sesi tamat.

Pemerhatian merupakan satu cara guru menilai pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Tujuan penilaian terhadap hasil kerja kanak-kanak adalah untuk mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran telah tercapai. Langkah-langkah yang perlu diambil perhatian ; a) Sebelum memulakan aktiviti, senaraikan matlamat 6 objektif yang hendak dicapai contohnya perkembangan atau hasil pembelajaran mengikut tahap kanak-kanak. b) Penilaian boleh dibuat semasa pemerhatian.

Pemerhatian Sebagai Cara Menilai.


Dijalankan sejurus aktiviti bermula sama ada secara senyap atau berdialog dengan kanak-kanak. Memudahkan guru mendapat maklum balas secara terus perlu diubah, diganti, dipercepatkan atau diperlahankan.

Aktiviti Susulan
Salah satu cara yang berkesan untuk menilai sesuatu aktiviti ialah dengan membuat tindakan susulan. Contoh aktiviit susulan. Aktiviit utama(principal activity):Mengunjungi supermarket untuk mempelajari tentang harga barangan dan pembelian. Aktiviti Susulan:Wujudkan satu sudut di kelas berkaitan pengalaman melibatkan kanak-kanak membuat belian dan mengurus wang. Aktiviti utama:Kanak-kanak belajar lagu dan nyanyian. Tindakan susulan :mengadakan program persembahan informal dengan menjemput ibu bapa dan warga sekolah. Teknik menilai boleh dirumuskan dengan pelbagai bentuk seperti ujian, formal, pemerhatian tak formal, dan aktiviti pembelajaran

Bilik darjah yang berpusatkan pelajar dan menggunakan kurikulum bersepadu dan menggunakan kurikulum bersepadu perlu dirancang dengan teliti sebelum ia dilaksanakan. Semasa merancang P & P untuk setengah tahun akademik, tema perlulah disusun mengikut kepentingannya. Merancang P & p untuk aktiviti harian merupakan tugas yang rumit.

Reflektif merupakan satu tindakan yang sangat penting dalam proses Pengajaran dan pembelajaran. Menurut Deweys guru reflektif perlu memiliki sikap mengkaji diri, berfikiran terbuka dan sanggup untuk menerima tanggungjawab atas setiap tindakan dan keputusan yang telah dibuat. Terdapat beberapa strategi yang boleh diaplikasi bagi membantu guru baru di sekolah.
Sentiasa berhubung dengan pensyarah pembimbing semasa mendapat latihan di kolej. Memerhati cara guur-guru berpengalaman / pakar mengendalikan sesi Pengajaran dan pembelajaran..