Anda di halaman 1dari 26

Teknologi Pengajaran PPG KOHORT 1 2013 EDU3105:REKA BENTUK PENGAJARAN

Hasil Pembelajaran

Difinisi Peranan dan kepentingan Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE Reka bentuk mesej

DIFINISI
Dick dan Reiser(1988), RP ialah satu proses sistematik dan terancang untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran. Richey(1986), RP sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. RP mencakupi seluruh proses pengajaran, iaitu mereka bentuk, membina, meliputi dan mengurus pembelajaran.

Gustafson(1991), mengatakan RP adalah suatu cara sistematik mereka bentuk, membina, menilai, dan menggunakan seluruh proses pengajaran.
Reka bentuk Bina Nilai Guna

Proses reka bentuk pengajaran

Konsep Reka Bentuk Pengajaran


A. RP Sebagai Satu Proses RP merupakan pembinaan perancangan pengajaran secara sistematis dengan mengaplikasikan teori P&P yang dikemukakan oleh Briggs,1977, iaitu: 1. Menganalisis keperluan pembelajaran dan matlamat pembelajaran 2. Membina sistem penyampaian untuk mencapai matlamat pembelajaran

3. Menyediakan bahan dan aktiviti P&P 4. Melaksanakan perancangan P&P 5. Membuat penilaian pengajaran dan aktiviti pembelajaran

B. RP Sebagai Satu Disiplin RP sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berkait dengan penyelidikan dan teori tentang strategi pengajaran, dan pelaksanaan nya di dalam kelas. C. RP Sebagai Satu Sains RP merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggara situasi yang dapat menggalakkan pembelajaran di semua peringkat.

Peranan Reka Bentuk Pengajaran


Terdapat lebih 40 model rekabentuk pengajaran yang diguna pakai dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran. Keseluruhan model-model ini mengandungi enam perkara asas yang merangkumi seluruh proses pengajaran, iaitu: menentukan keperluan pelajar menentukan matlamat dan objektif membina prosedur penilaian merekabentuk dan memilih strategi penyampaian mencuba sistem pengajaran, dan menilai keseluruhan sistem

RP berperanan melahirkan pendidik yang kompeten dalam menghasilkan pengajaran yang berkesan. RP yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan. RP yang terancang membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar.

RP dapat meningkatkan pencapaian pelajar RP menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur RP memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran mudah dicapai RP menjadikan penyampaian P&P standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai

Kepentingan Reka Bentuk Pengajaran


RP membantu proses pembelajaran murid secara individu, kumpulan kecil dan kumpulan besar. Perancangan rapi yang dihasilkan oleh guru sebelum proses pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan pengajaran berkesan dan pembelajaran yang optimum. RP membantu guru menarik minat pelajar, membina sahsiah positif dalam kalangan pelajar dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Pandangan dari sudut psychologi behaviorist, cognitivist dan constructivist Active participation and interaction Practice Individualized instruction Reinforcement or feedback Realistic context Cooperative groups

Model2 Reka Bentuk Pengajaran


Andrew dan Goodson(1980) telah mengenalpasti 40 model RP dan kebanyakannya mempunyai elemen yang sama. Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan. Tumpuan model kepada: Model berorientasikan bilik darjah, Model berorientasikan produk, Model berorientasikan sistem

Kebanyakan model RP secara umum mengandungi enam perkara iaitu: Menentukan keperluan murid Menentukan matlamat dan objektif Membina prosedur penilaian Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian Mencuba sistem pengajaran Menilai keseluruhan sistem

Model berorientasikan bilik darjah Model ASSURE(1996), Model Kemp(1985), Model Gerlach dan Ely(1980) dan Model Dick dan Reiser(1989) Model berorientasikan produk Melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang seperti Model Van Patten(1989), Model Leishin(1990), M Model berorientasikan sistem Model Disk and Carey(1979),Model IDI(1973), Model Diamond(1989)

Model ASSURE
Model ASSURE digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) dan ia bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi satu skop reka bentuk pengajaran yang luas. Oleh itu, ia ditujukan kepada setiap pengajar.

Menekankan :
aspek pengajaran kepada pelajar dengan menggunakan cara pengajaran yang berbeza. pembelajaran konstruktivisme di mana pelajar perlu berinteraksi dengan alam sekeliling.

Model ADDIE
Satu proses generik yang perlu diubah suai sebelum digunakan. Setiap langkah mengandungi satu set soalan yang jawapannya menjadi asas kepada langkah berikutnya. Model RP bersifat dinamik kerana boleh diaplikasi untuk menyediakan modul atau program latihan yang efektif.

Model Pengajaran ADDIE meliputi 5 fasa, iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih efektif dan efisien.

Model Gagne, Briggs & Wager(1992)


Mengandungi 8 peringkat : Peringkat 1: tentukan matlamat Peringkat 2: laksanakan analisis pengajaran Peringkat 3: kenal pasti tingkah laku/ciri pelajar/pengetahuan sedia ada Peringkat 4: bina objek pengajaran Peringkat 5: pilih kaedah penyampaian

Peringkat 6: Sediakan bahan pengajaran Peringkat 7: rancang dan laksana penilaian formatif Peringkat 8: rancang dan laksanakan penilaian sumatif

Reka Bentuk Mesej


Satu proses merancang cara dan format penyampaian mesej. Dalam menentukan RP Mesej, proses kognitif seperti proses motivasi, pengamatan dan penanggapan ingatan dan lupaan perlu diambilkira. Hal ini mempengaruhi tingkahlaku kognitif, afektif dan psikomotor pelajar sebagai penerima mesej.

Heinich et.al(2002) melihat media sebagai alat yang membantu proses komunikasi. Reiser dan Gagne(1983), menganggap media sebagai saluran yang memungkinkan mesej disampaikan. Media pengajaran seperti modul, perisian, bahan audio dan video boleh bertindak sebagai mesej Peranan guru menyampaikan mesej atau isi pelajaran kepada pelajar.

Guru/ jurulatih

Medium

Mesej

Pelajar

Kaedah

Guru menyampaikan mesej melalui satu medium kepada pelajar

Media

Mesej
Kaedah

Pelajar

Media menyampaikan mesej kepada pelajar

Anda mungkin juga menyukai