OBJEKTIF
AM
Memahami tentang peranan individu di dalam
masyarakat dan negara
Un
5
OBJEKTIF
it
KHUSUS
Unit 5-1
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 2
INPUT
5.0 PENGENALAN
Iindividu mempunyai peranan yang sangat besar terhadap masyarakat dan negara.
Peranan individu ini dapat dikategorikan kepada :
a. diri sendiri
b. keluarga
c. warga tua
d. budaya ikram
e. kejiranan
f. masyarakat dan negara
a. Kasih sayang
Kasih sayang adalah nilai cinta dan sayang yang sejati dan tidak berbelah bahagi terhadap
seseorang atau sesuatu. Nilai ini terbit daripada hati yang ikhlas dan rela serta tidak dapat
dipengaruhi oleh sesiapa atau ap-apa saja.
Seseorang yang mempunyai nilai kasih sayang akan mengambil berat dalam menghargai
sesuatu yang disayangi, misalnya dia dia menjaga ibu bapa, anak-anak atau kaum
keluarga dengan baik.
Sentiasa memikirkan atau mengutamakankepentingan orang lain, menawasi setiap
perkara dengan teliti dan mengelakkan berlakunya cacat cela yang akan menjejaskannya.
b. Hormat menghormati
Hormat menghormati adalah nilai saling menghargai serta memberikan layanan yang
bersopan atau memberikan pandangan yang tinggi di antara satu sama lain. Secara
khususnya, nilai hormat menghormati patut diamalkan bukan sahaja di antara individu
bahkan antara institusi yang lain.
Unit 5-2
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 3
Seseorang yang mempunyai sifat hormat menghormati akan bersikap sopan bila bertutur
dengan orang lain, memberikan layanan yang baik kepada tetamu, sentiasa menghargai
orang lain biarpun berlainan bangsa, mementingkan perpaduan dan bersikap faham
memahami dalam pelbagai aspek supaya dapat hidup dalam rukun aman dan damai.
c. Amanah
Amanah ialah sikap bertanggung jawab yang dapat menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain terhadap diri kita. Sikap ini penting diamalkan kerana dapat
mengelakkan timbulnya perasaan pra sangka di antara anggota masyarakat.
Orang yang amanah tidak akan menyalahgunakan kuasa yang dipertanggungjawabkan
kepdanya, berpegang teguh kepada janji, mengendalikan hal-hal kewangan yang
diamanahkan dengan baik dan segala tugas yang diberikan akan dilaksanakan dengan
sempurna dan disiapkan tepat pada waktu yang dijangkakan.
d. Adil
e. Kesyukuran
Melalui amalan ini juga seseorang individu akan merasa bertanggungjawab dan kasihan
belas terhadap individu yang lain.Lantaran itu,dia bersedia membantu orang lain yang
berada dalam kesusahan.
Kebersihan dapat didefinisikan sebagai keadaan yang bersih atau tidak kotor.Kebersihan
fizikal pula bermaksud kebersihan yang membabitkan anggota badan atau jasmani dan
alam semulajadi. Kebersihan fizikal dapat dibahagikan kepada 2 komponen iaitu
kebersihan diri dan persekitaran.
Unit 5-3
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 4
Kebersihan mental pula ialah kebersihan yang berkaitan dengan pemikiran atau
rohani.Kebersihan mental juga terdiri daripada 2 komponen iaitu pertuturan dan
kelakuan yang sopan,pemikiran yang sihat dan membina.
Seseorang individu itu mesti cuba mendapatkan ilmu supaya mencapai kemajuan diri
sendiri. Apabila seseorang itu mendapat ilmu dia akan menyumbangkan bakti kepada
masyarakat. Seseorang individu yang mempunyai pendidikan akan berdisiplin tidak kira
di rumah atau di tempat kerja. Ini akan menjalinkan hubungan baik dan bertimbang rasa
di dalam masyarakat.
a. Bertanggungjawab.
Bertanggungjawab adalah nilai yang ada pada orang yang sanggup memikul sesuatu
kewajipan atau tugas dan melaksanakannya dengan sempurna.Segala kewajipan yang
diamanahkan akan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan gigih sehingga sesuatu
tugas itu dapat dilaksanakan dengan sempurna.
b. Semangat Bermasyarakat.
Semangat bermasyarakat adalah nilai kemahuan dan kesediaan untuk bercampur dan
melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama dan sekumpulan orang yang hidup bersama
disesuatu tempat.
c.Toleransi
Toleransi ialah nilai tolakansur,yakni bersikap mahu saling memberi dan menerima.Nilai
ini diamalkan dengan sikap sabar serta menghormati pendapat,fikiran,hak dan
kepercayaan orang lain.
Sesungguhnya nilai ini penting sekali diamalkan khususnya dalam Negara yang berbilang
kaum,agama dan budaya,ianya diamalkan dengan sebaik baiknya kerana ia dapat
mengelakkan pergeseran atau rasa tidak puas hati diantara satu sama lain.
Unit 5-4
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 5
5.2 KELUARGA
5.2.1 Membentuk keluarga bahagia
Bahagia atau derita kehidupan sesebuah keluarga bermula dari rumah. Perkataan
“BAHAGIA“ melambangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kebahagiaan
boleh dihubungjalinkan bukan sahaja dengan tingkat pencapaian kebendaan tetapi lebih
menekankan kepada rasa keseimbangan yang mendalam terbit dari jiwa yang tenang.
Berusaha meluangkan masa bersama keluarga supaya dapat memahami masalah dan
kemahuan keluarga dan cuba mengatasinya.
Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun
perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
Unit 5-5
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 6
b. Saling membantu.
Ahli keluarga mesti saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan
makanan,cuci pinggan mangkuk dan lain-lain.Dalam hubungan ini akan menimbulkan
keadaan kemesraan keluarga.
Semasa perayaan seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga
menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga dan membentuk suasana yang
ceria.
Tunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau
kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah,ini akan menambahkan lagi keyakinan
anak-anak.Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan
mencapai kejayaan.
Mestilah ada model yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak.Model
yang terbaik ialah ibubapa sendiri.
Berbicara dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa merendahkan diri suara dan
pandangan mata sewaktu berbicara.Meminta izin sebelum melakukan sesuatu seperti
sewaktu hendak keluar rumah.
Unit 5-6
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 7
Di dalam sesebuah masyarakat yang sedang membangun, usur kebendaan amat dititik
beratkan. Lantaran itu, sesiapa yang dapat memberi sumbangan dalam bentuk tenaga dan
masa mendapat ganjaran. Sebaliknya warga tua yang biasanya telah berpencen adakala
dihampakan. Ada yang menarik diri setelah berhenti dari memegang jawatan mereka.Ada
pula ahli-ahli keluarga yang mula menganggap warga tua sebagai satu beban dari segi
ekonomi. Lantaran itu, warga tua dari keluarganaya akan dihantar ke rumah Warga Tua
atau ke mana-mana sahaja rumah kebajikan.
Kanak-kanak haruslah dididik dari awal tentang kasih sayang dan penghormatan yang
semestinya diberikan kepada ibu bapa yang tua. Kaum pemuda pemudi hendaklah juga
menyedari tentang tanggung jawab mereka kepada orang tua.Dengan adanya kesedaran
ini, golongan muda tidak akan cuba lari dari tanggung jawab tersebut dan Rumah Warga
Tua tidak akan mengalami kesesakan.
Selain daripada kasih sayang dan perhatian yang ditunjukkan oleh ahli-ahli keluarga,
penghormatan terhadap warga tua hendaklah ditunjukkan juga oleh majikan dan agensi-
agensi berkenaan.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang, pihak majikan
dan agensi-agensi berkenaan telah diseru agar mengatur program untuk memenuhi
objektif tersebut.
Unit 5-7
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 8
Banyak pihak kebajikan telah mengaturkan langkah untuk mengenang budi warga tua.
Sebagai contoh, pesara biasanya diraikan dengan suatu majlis yang menonjolkan
sumbangan mereka dan diucapkan terima kasih. Selain itu, cenderamata khas
disampaikan. Tambahan lagi, ada pula pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang
untuk memperingati jasa dan khidmat baiknya.
Sesetengah badan swasta juga menawarkan tambang istimewa untuk warga tua, seperti
syarikat Sistem Penerbangan Malaysia hanya mengenakan tambang separuh harga untuk
warga tua. Ada juga syarikat bas dan keretapi yang berbuat demikian. Keistimewaan-
keistimewaan seperti ini akan menunjukkan kepada warga tua bahawa mereka itu penting
dan seharusnya dilayan dengan istimewa.
Unit 5-8
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 9
AKTIVITI 5A
1. Hormat menghormati adalah nilai saling menghargai serta memberikan layanan yang
bersopan atau memberikan pandangan yang tinggi di antara satu sama lain. Secara
khususnya, nilai hormat menghormati patut diamalkan bukan sahaja di antara
individu bahkan antara institusi yang lain.
Berdasarkan kenyataan di atas berikan contoh-contoh yang sesuai.
Unit 5-9
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 10
MAKLUMBALAS 5A
1. Contohnya ialah bersikap sopan bila bertutur dengan orang lain, memberikan layanan
yang baik kepada tetamu, sentiasa menghargai orang lain biarpun berlainan bangsa,
mementingkan perpaduan dan bersikap faham memahami dalam pelbagai aspek
supaya dapat hidup dalam rukun aman dan damai.
3. Pelbagai program dapat dilaksanakan, antaranya seperti mengadakan Hari warga Tua,
pertunjukan pentas dan program lawatan berterusan ke Rumah Warga Tua oleh ahli-
ahli sukarelawan dari politeknik, maktab dan universiti dan institusi lain.
Banyak pihak kebajikan telah mengaturkan langkah untuk mengenang budi warga
tua. Sebagai contoh, pesara biasanya diraikan dengan suatu majlis yang menonjolkan
sumbangan mereka dan diucapkan terima kasih. Selain itu, cenderamata khas
disampaikan. Tambahan lagi, ada pula pesara yang diberi sijil dan pingat cemerlang
untuk memperingati jasa dan khidmat baiknya.
Sesetengah badan swasta juga menawarkan tambang istimewa untuk warga tua,
seperti syarikat Sistem Penerbangan Malaysia hanya mengenakan tambang separuh
harga untuk warga tua. Ada juga syarikat bas dan keretapi yang berbuat demikian.
Unit 5-10
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 11
INPUT
na
g a t ! kita ke
In
kan
budaya ikram ni..
budaya Ya encik..
sayang Encik !
Di sekolah, budaya ikram akan dibentuk melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan
Agama Islam. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum akan terus
ditekankan agar insan yang dihasilkan itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik
tetapi akan juga merupakan insan yang sedia membantu rakan dalam kesusahan, jiran
yang memerlukan bantuan atau orang lain yang memerlukan pertolongan. Melalui
kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang mengandungi nilai-nilai murni seperti baik
hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kesyukuran, rasional
dan semangat bermasyarakat, maka adalah nyata bahawa budaya ikram dapat dipupuk di
kalangan pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.
5.5 KEJIRANAN
Kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat di kalangan masyarakat yang hidup
berbaik-berbaik, bertolak ansur, tolong menolong dan bekerjasam dengan jiran tetangga.
Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang
mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama
mereka dan juga paling penting kepada negara dalam usaha membangun dan memajukan
negara baik ketika senang mahupun susah.
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara ke atas
diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Kerana itu, jiran adalah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan pada saat
kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan
kematian. Pertolongan seperti ini yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara.
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah
dengans emangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial
seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan
banyak lagi dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif
melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara-perkara ganjil
dan meragukan
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain
sudah tentu dapat menjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat
setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti menubuhkan Jawankuasa
Pembangunan Insan Remaja. Maka pelbagai aktiviti dapat disusun bagi memenuhi
keperluan dan kebajikan golongan remaja seperti kem motivasi dan program jati diri.
Program ini dapat dijayakan jika melahirkan sikap persefahaman dan persepakatan yang
mantap sesama jiran.
Unit 5-12
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 13
4. Integrasi nasional
Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Bagi
memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal ianya perlu dimulai dengan hubungan
baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat
toletansi, percaya mempercayai dan perkonsian pendapat antara mereka.
5. Bertegur sapa
Amalan bertegur sapa sesama jiran adalah titik permulaan terjalinnya hubungan yang erat
dan mesra. Membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran
dapat menghubungkan kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi
pengalaman sesama jiran. Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap orang dan
menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab sesama jiran.
6. Kunjung mengunjung
7. Menghulurkan bantuan
8. Bergotong royong
Unit 5-13
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 14
Unit 5-14
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 15
5.6.4 Kerjasama
a. Persaudaraan
i. Menjaga hak dan kepentingan sendiri serta tidak menganggu orang alin
ii. Sentiasa menghargai, menyokong dan melibatkan diri dalam sesuatu hal
dengan harapan dapat memberikan manfaat untuk kepentingan bersama.
c. Gotong royong
d. Toleransi
Unit 5-15
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 16
e. Perpaduan
f. Semangat bermasyarakat
i. Bermuafakat
- Bertolak ansur dan mempunyai fikiran terbuka dalam sebarang aktiviti, mesyuarat
dan kegiatan yang membabitkan kumpulan
- Berkerjasama dan mendapatkan persetujuan bersama mengenai sesuatu perkara
- Mempunyai rasa tanggung jawab dalam masyarakat dan Negara
ii. Kejiranan
Sama-samalah kita
memasyarakatkan
masyarakat kita.
Unit 5-16
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 17
AKTIVITI 5B
Unit 5-17
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 18
MAKLUMBALAS 5B
2. Budaya ikram merujuk kepada satu-satu budaya yang mementingkan kebajikan orang
lain selain daripada ahli-ahli keluarga sendiri. Sesebuah masyarakat yang berbudaya
ikram merupakan sebuah masyarakat yang dipenuhi dengan nilai-nilai penghormatan,
kasih sayang, belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami
dan saling bermaafan.
3. Budaya ikram dapat dibentuk di sekolah melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan
Agama Islam. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni merentasi kurikulum akan terus
ditekankan agar insan yang dihasilkan itu bukan sahaja cemerlang dari segi akademik
tetapi akan juga merupakan insan yang sedia membantu rakan dalam kesusahan, jiran
yang memerlukan bantuan atau orang lain yang memerlukan pertolongan. Melalui
kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang mengandungi nilai-nilai murni seperti baik
hati, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kesyukuran,
rasional dan semangat bermasyarakat, maka adalah nyata bahawa budaya ikram dapat
dipupuk dikalangan pelajar sekolah mahupun pusat pengajian tinggi.
Unit 5-18
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 19
PENILAIAN KENDIRI
3. Warga tua merupakan salah satu komposisi penduduk yang perlu dikasihi dan
dihormati oleh keluarga dan masyarakat termasuklah kanak-kanak.
Unit 5-19
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 20
Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mendidik kanak-kanak ini supaya
mereka dapat mengasihi dan menghormati warga tua.
4.
• Mewujudkan perhubungan yang erat sesama anggota masyarakat
• Tidak mengamalkan sikap perkauman dan diskriminasi antara kaum
• Menganggap anggota masyarakat sebagai saudara
A. kerjasama
B. kasih sayang
C. hormat menghormati
D. semangat bermasyarakat
Unit 5-20
PERANAN INDIVIDU DALAM MASYARAKAT & NEGARA A 1002 / Unit5/ halaman 21
MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI
3. Cara-cara untuk mendidik kanak-kanak ini supaya mereka dapat mengasihi dan
menghormati warga tua ialah :
4. A. kerjasama
Unit 5-21