Anda di halaman 1dari 28

NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 1

NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT


UNIT 7 MALAYSIA DAN SEJAGAT

OBJEKTIF
AM

7
Memahami nilai-nilai moral masyarakat Malaysia

Unit dan sejagat

OBJEKTIF
KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

• menerangkan ciri-ciri masyarakat harmoni


• menjelaskan adat istiadat dan kebiasaan
masyarakat Malaysia
• membuat perbezaan di antara budaya barat
dan budaya timur
• menghuraikan tanggungjawab individu
terhadap masyarakat majmuk

Unit 7-1
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 2

INPUT

7.1 CIRI-CIRI MASYARAKAT HARMONI


Masyarakat harmoni adalah sebuah masyarakat yang aman damai, sejahtera dan bahagia.
Keharmonian masyarakat ini dapat dicapai melalui kerjasama semua pihak iaitu di antara
semua jenis kaum tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Melalui ciri-ciri di
bawah inilah sebuah masyarakat harmoni akan terlaksana iaitu :

1. Masyarakat yang bersih lahir dan batin


2. Masyarakat yang sihat badan, akal fikiran dan jiwa
3. Masyarakat yang berkasih sayang
4. Masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara
5. Masyarakat yang bantu membantu
6. Masyarakat yang aman damai
7. Masyarakat yang terpelihara keturunan
8. Masyarakat pendamai
9. Masyarakat yang taat kepada Tuhan dan pemimpin
10. Masyarakat yang rajin berjuang, berkorban, berusaha dan berziarah
11. Masyarakat yang bermuafakat
12. Masyarakat yang belas kasihan
13. Masyarakat yang mengasihi orang tua
14. masyarakat yang menghormati tetamu dan jiran tetangga
15. Masyarakat yang kaya dapat dirasai bersama yang miskin
16. Harta tidak dimonopoli oleh seorang atau golongan tertentu
17. Yang miskin tidak mendatangkan masalah
18. Yang kaya menyelesaikan masalah
19. Masyarakat yang berilmu
20. Masyarakat yang pemurah
21. Masyarakat yang bertolak ansur

Unit 7-2
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 3

22. Masyarakat yang maju dan bertamadun


23. Masyarakat yang berdisiplin
24. Masyarakat yang bersopan santun dan berakhlak mulia
25. masyarakat yang bersederhana dalam segala perkara
26. Masyarakat yang selalu mengutamakan kemaslahatan orang lain

7.2 ADAT ISTIADAT DAN KEBIASAAN


MASYARAKAT MALAYSIA
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak
dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula dari kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kepada kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di
Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu
masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Negara Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum. Ia terdiri daripada kaum
Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum-kaum lain atau dikenali sebagai bumiputera.
Masyarakat-masyarakat di negara kita dapat hidup dengan aman, damai dan harmoni, ini
adalah disebabkan masyarakat kita saling memahami dan juga saling menghormati adat
resam dan kebudayaan antara satu sama lain. Keadaan ini amat dipuji oleh negara-negara
luar serta kagum dengan negara kita kerana kaum-kaum negara kita dapat bersatu padu
walaupun terdiri daripada kaum-kaum yang berlainan.

Adat istiadat dan kebiasaan masyarakat Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga kategori
utama iaitu :
1. Adat masyarakat Melayu
2. Adat masyarakat Cina
3. Adat masyarakat India

Biar mati anak


jangan mati adat

Unit 7-3
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 4

7.2.1 ADAT MASYARAKAT MELAYU

Adat masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi oleh budaya Hindu
yang disesuaikan mengikut unsur-unsur Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga aspek
kehidupan utama iaitu pada kelahiran, perkahwinan dan sehinggalah kepada kematian.

1. Kelahiran

Zuriat adalah anugerah Tuhan yang tidak ada tara nilainya. Bagi masyarakat Melayu yang
kebanyakannya beragama Islam mempercayai setiap anak yang dilahirkan itu sudah
ditetapkan rezekinya oleh tuhan, oleh itu setiap kelahiran perlulah disyukuri. Proses
kelahiran ini meliputi beberapa peringkat sebelum kelahiran seperti waktu mengandung,
bersalin dan selepas bersalin.

Di antara adat-adat yang masih kuat diamalkan oleh masyarakat Melayu pada peringkat
kelahiran ialah :

Adat melenggang perut Dilakukan ketika kandungan anak sulung berusia


lingkungan tujuh atau lapan bulan oleh bidan bertujuan
untuk membuang geruh, kecelakaan dan membetulkan
kedudukan bayi. Namun begitu adat ini sebenarnya
bertentangan dengan agama Islam dan dikira sebagai
khurafat.
Adat berpantang Dilaksanakan selepas bersalin selama 44 hari.
Antara pantangnya dilarang makan sebarang makanan
mengikut kehendaknya seperti udang, kerang, ketam dan
lain-lain kerana menyebabkan gatal atau berbuat kerja
yang memerlukan banyak pergerakan
Adat bertungku Dipercayai dapat membantu perut wanita yang bersalin
kembali normal dan tegang.

2. Perkahwinan

Di dalam masyarakat Melayu adat resam perkahwinan mempunyai beberapa peringkat


penting iaitu :

Adat merisik Lazimnya adat merisik ini dijalankan oleh saudara mara terdekat bagi
pihak lelaki seperti ibu atau bapa. Ia bertujuan memastikan gadis
yang dihajati itu belum atau sudah berpunya dan untuk menyelidik
latar belakang gadis tersebut.
Adat meminang Urusan peminangan ini dilakukan oleh kaum keluarga terdekat bagi
pihak lelaki. Ia bertujuan menetapkan tarikh, masa dan hari yang
sesuai untuk bertunang malahan termasuk hantaran dan jumlah
rombongan untuk upacara bertunang.
Adat bertunang Upacara ini dimulakan dengan dengan wakil pihak lelaki
menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan

Unit 7-4
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 5

menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Adat ini bertujuan untuk


berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan
hal-hal lain yang berkaitan.
Akad nikah Upacara ini dilakukan selepas dilaksanakan segala perjanjian seperti
wang belanja, mas kahwin dan barangan hantaran lain. Upacara ini
adalah kemuncak kesahihan pada perkahwinan. Ia biasanya dilakukan
di masjid sehari sebelum majlis kenduri kahwin dijalankan.
Majlis Majlis ini merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan pada hari
perkahwinan itulah pengantin digelar raja sehari. Ia dilakukan di rumah pengantin
perempuan dengan mengadakan kenduri secara meriah mengikut
kemampuan mereka. Majlis ini bertujuan untuk menyatakan
kesyukuran kepada tuhan dan perkhabaran gembira kepada
masyarakat.
Adat menyambut Biasanya dilakukan seminggu selepas majlis perkahwinan. Adat ini
menantu diadakan di rumah pengantin lelaki tetapi sambutannya tidaklah
semeriah majlis di rumah pengantin perempuan. Ia bertujuan untuk
menyatakan kegembiraan dengan kedatangan menantu ke rumah
mereka.

3. Kematian

Dalam masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, kewajipan menguruskan


mayat saudara sesama Islam adalah fardhu kifayah.

Adat menguruskan kematian ini dikategorikan seperti berikut :

Semasa kematian Dilakukan dengan cara meletakkan mayat tersebut di ruang


tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke
kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke qiblat dan
kedua-dua tangannya diqiamkan di atas dada.Di hadapan mayat
itu diletakkan sebuah tempat bara untuk membakar kemenyan.
Orang yang datang berziarah akan menyedekahkan ayat-ayat Al
Quran kepada si mati dan sebarang jamuan tidak dibenarkan.
Memandikan mayat Mayat ini dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib,
cermat dan bersopan. Mayat perempuan dimandikan oleh tukang
mandi perempuan dan begitulah sebaliknya. Sebaik-baiknya
mandian ini dilaksanakan oleh orang yang terdekat dengan si
mati.

Mengkafankan Dilakukan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih.
mayat Jenazah lelaki dibalut dengan 3 lapisan kain manakala jenazah
perempuan dibalut dengan 5 lapisan kain berserta telekung.
Ketika ini ahli keluarga terdekat dan muhramnya boleh membuat
penghormatan terakhir dengan mengucup mayat tetapi
disyaratkan air mata tidak menitis kepada tubuh mayat.

Unit 7-5
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 6

Menyembahyangkan Ia dilakukan di dalam masjid dengan meletakkan jenazah di


mayat hadapan imam dan para jemaah. Kemudian disembahyangkan
dengan cara berjamaah.
Pengkebumian Dilakukan dengan cara membawa masuk jenazah kedalam lubang
kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan
mayat serta membuka ikatan di kepala. Kepala mayat disendal
dengan tanah yang dikepal dan selepas diazankan ditelinganya,
barulah keranda itu ditutup dan tanah ditimbus diatasnya. Dua
batang nisan tertulis nama, tarikh lahir dan tarikh kematian
dicacakkan di atas kubur sebagai tanda. Akhirnya upacara talkin
akan dijalankan oleh Imam dan selepas itu air disiram di atas
kubur dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki dan bunga
rampai ditaburkan.
Selepas kematian Mengadakan kenduri arwah dan doa selamat oleh keluarga si mati
bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di
alam barzakh.

7.2.2 ADAT MASYARAKAT CINA

Masyarakat Cina mempunyai adat resam dan pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan
mereka banyak bergantung kepada nasib.
Di dalam menerangkan adat resam masyarakat Cina ini tidak terlepas daripada melihat
kepada 3 kategori utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

1. Kelahiran

Pelbagai adat resam masyarakat Cina di dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat
sewaktu mengandung, kelahiran dan selepas kelahiran.

Di antara adat resam masyarakat Cina yang masih diamalkan ialah :

Sewaktu mengandung Wanita ini sentiasa diberi kawalan ketat di dalam setiap tindak
tanduk dan kegiatan seharian mereka. Ibu mertua
bertanggungjawab menjaga wanita tersebut dan mereka sangat
mementingkan anak lelaki kerana anak lelaki boleh melanjutkan

Unit 7-6
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 7

keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang.


Ketika ini juga mereka suka melihat bentuk perut kandungan
mereka kerana pada anggapan adat mereka bentuk bulat adalah
perempuan dan bentuk tajam adalah lelaki.
Berpantang Adat ini berlaku selepas melahirkan anak selama 40 hari.
Wanita tersebut tidak dibenarkan mandi air sejuk dan pusat bayi
diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya kerana
dibimbangi masuk angin. Masakan pedas dan panas akan
diberikan kepada wanita ini untuk mengeluarkan angin di badan
dan menguatkan tenaga semula.
Kenduri Dilakukan ketika bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang
berbentuk bulat berwarna merah dan kuning diberikan pada
sanak saudara dan akan dibalas dengan membawa hadiah
berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu.
Pantang larang Tidak dibenarkan memaku kerana khuatir bayi akan jadi cacat
Dilarang memukul binatang kerana kuatir terkena badi
Dilarang menamakan bayi sebelum lahir kerana khuatir akan
kecewa
Dilarang menggosok perut selalu kerana khuatir bayi jadi manja
Dilarang makan makanan tajam kerana khuatir janin akan jadi
besar dan susah hendak bersalin

2. Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa
perubahan besar dalam hidup mereka. Oleh itu sesuatu perkahwinan dirancang dan diatur
dengan sebaik-baiknya.
Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi beberapa peringkat
iaitu ;

Merisik Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang
dihajati. Mereka terlalu mengambil berat tentang nama,
keturunan, peribadi, watak dan tingkahlaku si gadis. Biasanya
masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan di
restoran dengan disertai oleh saudara lain. Skop perbincangan
adalah berkisarkan tentang latar belakang keluarga dan asal
keturunan.
Meminang Dilakukan dengan memilih seorang wakil untuk berkunjung ke
rumah gadis bagi membincangkan perkahwinan. Kemudian ibu
pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil pengantin
lelaki berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam
jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Setelah
sama-sama bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunagn

Unit 7-7
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 8

dijalankan.
Bertunang Dilakukan berdasarkan kalendar cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua-dua pasangan
tersebut berpandukan kepada buku Toong-Su. Ketika ini
pertukaran cincin dilakukan dengan menyarung cincin ke jari
manis kiri pasangan tersebut. Hantaran dan mas kahwin
lazimnya diberikan semasa upacara bertukar cincin. Biasanya
hantaran adalah berbentuk seperti cincin emas, sepersalinan
pakaian, kain dan wang tunai.
Majlis perkahwinan Ia dilangsungkan setelah setahun bertunang atau pada tempoh
yang dipersetujui. Pakaian pengantin biasanya diperbuat
daripada kain sutera dan disulam dengan benang emas dan
sebaik-baiknya pakaian tersebut berwarna putih, merah atau
kuning. Seterusnya pasangan tersebut akan bersanding di atas
pelamin.
Jamuan makan Ia adalah kemuncak upacara perkahwinan yang dilakukan pada
sebelah malam. Jamuan ini dibuat secara besar-besaran. Tetamu
yang datang akan membawa ang pau sebagai hadiah kepada
pasangan pengantin. Akhir sekali pasangan pengantin akan
menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon
Ching Su di hadapan beberapa orang saksi sebagai bukti
perkahwinan.

3. Kematian

Masyarakat Cina sangat berpegang teguh dengan adat resam yang berkaitan dengan
kematian. Setiap adat yang dijalankan mempunyai maksud yang tersendiri.

Adat resam berkaitan kematian ialah :

Semasa kematian Ketika ini, ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai
dikehendaki menangis dan meratapi pemergian si mati.
Tangisan ini perlu dilakukan dengan kuat apabila si mati
diletakkan di ruang tamu sehinggalah diusung ke kawasan jirat.
Tangisan itu juga perlu diselitkan dengan kata-kata pujian
kepada si mati.
Memandikan mayat Mayat akan dibersihkan dan dimandikan. Kemudian si mati
akan disapu dengan minyak wangi dan disolek dengan tujuan
untuk mengharumkan si mati terutama apabila berada di akhirat.
Ia dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan biasanya pakaian
tersebut adalah pakaian yang dipakai ketika hari perkahwinan.
Pengkebumian Si mati akan dimasukkan ke liang lahad yang digali besar
supaya dapat dimuatkan bersama dengan pelbagai jenis harta
milik si mati.Bagi masyarakat ini juga kawasan jirat yang
strategik amat perlu kerana menjadi lambang kebahagiaan

Unit 7-8
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 9

kepada si mati seperti di kawasan tanah tinggi dan berhampiran


jalan raya. Jirat akan dihias dengan cantik sebagai lambang
kemewahan dan ini bermakna si mati layak mendapat
kemewahan selepas mati seperti ketika hidup.
Selepas kematian Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam
dipakai beberapa hari sehinggalah hari berkabung tamat. Namun
bagi isteri atau suami si mati akan memakai pakaian berkabung
lebih lama daripada ahli keluarganya.

7.2.3 ADAT MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India merupakan etnik yang ketiga terbesar di Malaysia selepas dari
masyarakat Melayu dan Cina. Ia merupakan salah satu kaum yang turut serta
menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Masyarakat ini juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam masyarakat India mempunyai banyak
persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.

Di dalam menerangkan adat resam masyarakat India ini tidak terlepas daripada melihat
kepada 3 kategori utama iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.

1. Kelahiran

Pelbagai adat resam masyarakat India di dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat
sewaktu mengandung, kelahiran dan selepas kelahiran.

Di antara adat resam masyarakat India yang masih diamalkan ialah :

Semasa mengandung Adat ‘Valaikaapu’ adalah adat yang dilakukan ketika kandungan
menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil
tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang

Unit 7-9
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 10

diperbuat sama ada dari gelang kaca, panca logam atau emas.
Upacara ini diadakan di rumah suami atau ibu bapa pada hari dan
masa yang baik menurut kalendar India. Setelah kelahiran anak,
gelang tersebut akan dileburkan dan dibuat perhiasan bagi bayi
untuk dipakaikan pada hari pemberian nama.
Semasa kelahiran Ketika ini sami akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis
mentera tuhan Hindu di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.
Kemudian ia akan dicatat bagi menentukan bintang bayi mengikut
almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal
dan rohani bayi sehingga dewasa. Bayi ini juga akan disapu madu
bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak ‘savvennai’
(campuran minyak bijan, lenga dan mambu) juga kadangkala
digunakan untuk memberi kecantikan dan menghindarkan
penyakit.
Selepas kelahiran - Membawa bayi pulang ke rumah pada hari ganjil iaitu ketiga,
kelima, ketujuh dan sebagainya.
- Mandi selepas bersalin iaitu selang sehari selepas bersalin. Ia
menggunakan beberapa herba dan dedaun kemudian
dididihkan bersama air. Rambut ibu dikeringkan dengan asap
kemenyan untuk mengelakkan sakit kepala, selsema dan
untuk menyegarkan tubuh. Bayi pula dimandikan pada
sebelah petang.
- Mendodoi bayi iaitu dimulakan dengan ucapan atau cerita
nasihat dengan tujuan supaya bayi menjadi seorang yang
berguna.
- Memberi nama ketika bayi berusia 16 hari. Ia dilakukan
dengan memasukkan bayi ke dalam buaian. Nama-nama yang
dipilih berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran
bayi.

2. Perkahwinan

Adat resam perkahwinan di dalam masyarakat ini merangkumi beberapa aspek iaitu :

Merisik Adat ini bertujuan untuk melihat beberapa aspek seperti faktor
etnik, sub etnik, kasta dan agama malahan turut dilihat kepada
faktor lain seperti status ekonomi dan sosial yang merangkumi
umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa
paras dan latar belakang keluarga.Biasanya adat ini digunakan
orang tengah untuk menjalankannya,
Melihat bakal isteri Dilakukan selepas merisik. Bakal pengantin lelaki akan pergi ke
rumah bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras
rupa dan perawakan calon isterinya. Ketika itu wakil pihak lelaki
perlu datang dalam jumlah yang ganjil. Buah tangan seperti
kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta
serbuk kumkum akan dibawa sebagai tanda niat yang baik dan

Unit 7-10
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 11

mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Upacara Upacara ini dimulakan dengan memberi hadiah seperti pakaian
perkahwinan dan lain-lain. Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama 3
hari sebelum hari perkahwinan. Seterusnya upacara ini dilakukan
oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia.
Pedanda akan menaburkan sembilan jenis bijirin setelah selesai
acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan
thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit
dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin
perempuan hingga aras dada. Kemudian kedua mempelai
memberi hormat kepada ibubapa atau mertua dengan menukar
dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi
pengantin.
Selepas Upacara -Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perkahwinan lelaki sebagai menghormati suami, kemudian pengantin lelaki
pula pergi ke rumah pengantin perempuan selama 3 hari.
- Pada hari ketiga ayam akan disembelih sebagai tanda tamatnya
upacara perkahwinan
- Jamuan perkahwinan diadakan selepas upacara perkahwinan.
Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil sayur-sayuran akan
dihidangkan kepada para tetamu dan sekiranya diadakan di
dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan kecuali
daging.

3. Kematian

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian
ibarat tidur dan mereka akan bangun semula selepas tidur.

Adat resam yang menyentuh berkaitan kematian ialah :

Semasa kematian Ketika ini mayat akan diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat
dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak dinyalakan.
Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan
berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasapkan
sebagai simbul ketenangan jiwa si mati.
Memandikan mayat Dilakukan oleh kaum lelaki yang ada hubungan kekeluargaan.
Mereka akan membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut
diperolehi dari sungai, perigi atau lain-lain kecuali air paip. Kaum
wanita pula akan menyambut air tersebut dan digunakan untuk
memandikan mayat. Mayat dimandikan oleh orang yang telah
berumur. Minyak dan araippu digunakan untuk menyapu kepala
sebagai mandian terakhir. Setelah itu, mayat dipakaikan dengan
pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi
mayat lelaki.

Unit 7-11
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 12

Upacara Dilakukan dengan cara seorang isteri duduk di sebelah si mati dan
menanggalkan thaali dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan.
Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan bunga
tersebut akan dikalungkan pada si mati pula. Seterusnya seorang
wanita yang sudah berumur dan ada hubungan kekeluargaan
dengan si mati akan memegang tangan si mati sambil
mengalungkan kalungan bunga ke leher balu tersebut sebanyak
tiga kali. Akhirnya balu tersebut akan meletakkan kalungan bunga
ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu. Ini
bertujuan seolah-olah si suami membuang thaali dari leher balu
tersebut.
Pengkebumian Dilakukan dengan cara menggerakkan keranda beberapa kali
sebelum menghampiri liang lahad. Kemudian keranda diletakkan
bersebelahan kubur yang digali atau diletakkan di atas kayu api
untuk dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan
diletakkan di antara kaki mayat dan diambil oleh pengurus kubur
sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. Setelah itu upacara
sembahyang dilakukan. Semua yang hadir ketika pengkebumian
dikehendaki pergi ke rumah si mati untuk upacara
penyempurnaan adat pengkebumian.
Selepas - Membersihkan rumah setelah mayat dibawa ke kubur
pengkebumian - Mengumpul abu mayat keesokan harinya. Sebelum itu susu
disiram pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Abu
bahagian kepala dimasukkan ke dalam sebuah periuk
manakala abu yang lain di masukkan ke dalam periuk yang
berlainan. Abu-abu itu akan disembahyangkan. Kemudian abu
mayat itu ditanam atau di masukkan ke dalam kain kuning dan
dilepaskan ke laut.
- Berkabung dalam tempoh 8 atau 16 hari selepas kematian.

Adat orang
Malaysia ni unit
juga yee..

AKTIVITI 7A
Unit 7-12
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 13

1. Masyarakat harmoni adalah sebuah masyarakat yang sentiasa hidup dalam


keadaan bersatu padu dan aman sentosa.
Berikan 5 ciri-ciri yang boleh menjadikan sebuah masyarakat itu dalam
keadaan harmoni.

2. Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan kaya dengan pelbagai
adat resam.
Cuba anda terangkan adat resam ketika kelahiran yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu.

3. Masyarakat Cina dan India mempunyai adat resam yang masing-masing


mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Bezakan tiga sahaja dari adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Cina dan
India pada aspek perkahwinan.

MAKLUMBALAS 7A
Unit 7-13
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 14

1. Ciri-ciri masyarakat harmoni :


i. Masyarakat yang bersih lahir dan batin
ii. Masyarakat yang sihat badan, akal fikiran dan jiwa
iii. Masyarakat yang berkasih sayang
iv. Masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara
v. Masyarakat yang bantu membantu
2. Diantara adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada peringkat kelahiran
ialah :

Adat melenggang perut Dilakukan ketika kandungan anak sulung berusia


lingkungan tujuh atau lapan bulan oleh bidan bertujuan
untuk membuang geruh, kecelakaan dan membetulkan
kedudukan bayi
Adat berpantang Dilaksanakan selepas bersalin selama 44 hari.
Antara pantangnya dilarang makan sebarang makanan
mengikut kehendaknya seperti udang,kerang, ketam dan
lain-lain kerana menyebabkan gatal atau berbuat kerja
yang memerlukan banyak pergerakan
Adat bertungku Dipercayai dapat membantu perut wanita yang bersalin
kembali normal dan tegang.

3.

ADAT MASYARAKAT CINA ADAT MASYARAKAT INDIA

Unit 7-14
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 15

Merisik Adat ini dijalankan Merisik Adat ini bertujuan untuk


untuk mengetahui latar melihat beberapa aspek
belakang gadis yang seperti faktor etnik, sub
dihajati. Mereka terlalu etnik, kasta dan agama
mengambil berat malahan turut dilihat
tentang nama, kepada faktor lain
keturunan, peribadi, seperti status ekonomi
watak dan tingkahlaku dan sosial yang
si gadis. Biasanya merangkumi umur, tahap
masyarakat Cina lebih pendidikan, jenis
gemar mengadakan pekerjaan, etika dan
perbincangan di restoran moral, rupa paras dan
dengan disertai oleh latar belakang
saudara lain. Skop keluarga.Biasanya adat
perbincangan adalah ini digunakan orang
berkisarkan tentang latar tengah untuk
belakang keluarga dan menjalankannya,
asal keturunan.
Meminang Dilakukan dengan Melihat bakal Dilakukan selepas
memilih seorang wakil isteri merisik. Bakal pengantin
untuk berkunjung ke lelaki akan pergi ke
rumah gadis bagi rumah bakal pengantin
membincangkan perempuan untuk
perkahwinan. Kemudian melihat sendiri paras
ibu pengantin rupa dan perawakan
perempuan akan calon isterinya. Ketika
berbincang dengan itu wakil pihak lelaki
wakil pengantin lelaki perlu datang dalam
berkenaan jumlah mas jumlah yang ganjil.
kahwin, peruntukan Buah tangan seperti
meja dalam jamuan kelapa, sirih, pinang,
makan dan memilih hari cendana, buah-buahan,
yang paling sesuai. bunyi-bunyian serta
Setelah sama-sama serbuk kumkum akan
bersetuju untuk dibawa sebagai tanda
berkahwin, barulah adat niat yang baik dan
bertunagn dijalankan. mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Majlis Ia dilangsungkan setelah Upacara Upacara ini dimulakan
perkahwinan setahun bertunang atau perkahwinan dengan memberi hadiah
pada tempoh yang seperti pakaian dan lain-
dipersetujui. Pakaian lain. Pengantin lelaki
pengantin biasanya tidak dibenarkan keluar
diperbuat daripada kain selama 3 hari sebelum
sutera dan disulam hari perkahwinan.
dengan benang emas Seterusnya upacara ini
dan sebaik-baiknya dilakukan oleh Pedanda

Unit 7-15
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 16

INPUT

7.3 PERBEZAAN BUDAYA BARAT DAN TIMUR


7.3.1. POLITIK

a. Kuasa penjajah

Barat sentiasa menganggap diri mereka sebagai kuasa penjajah, walaupun sebahagian
besar negara di dunia ini sudah pun merdeka. Ini disebabkan oleh mereka mempunyai
pengalaman masa lalu sebagai kuasa penjajah, penakluk negara-negara lain seperti
negeri China, Indochina, Filipina, Indonesia, India, Benua Afrika, Negeri negeri di Asia
barat yang menjajah sebahagian besar negara negara didunia ini. Di antara kuasa-kuasa
besar dunia barat yang di anggap sebagai penjajah adalah seperti berikut :

i. Portugis
ii. Belanda
iii. Perancis
iv. Britain
v. Amerika Syarikat

b. Kuasa besar

Orang barat cenderung menubuhkan pakatan tentera bagi menjaga survivor mereka dari
diganggu oleh kuasa lain maka lahirlah pakatan tentera mereka yang dinamakan pakatan
NATO. Disamping itu hanya di kalangan mereka sahaja yang boleh memajukan senjata
merbahaya seperti kuasa nuklear, kimia dan sebagainya. Di dalam masa yang sama mana-
mana negara timur seperti India, Pakistan, Iraq dan Korea Utara tidak dibenarkan untuk
memajukan reaktor nuklear masing-masing, kalau dibenarkan hanyalah dalam
lengkungan tertentu dan tidak boleh melebihi apa yang ada pada mereka. Oleh sebab
itulah mereka telah mengambil keputusan menyerang Iraq dengan alasan Iraq mempunyai
senjata merbahaya, bagitu juga dengan Korea Utara yang sedang berkonfrantasi dengan
kuasa-kuasa barat.

Unit 7-16
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 17

c. Campur tangan dalam negara-negara kecil.

Kuasa-kuasa besar barat cenderung untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran
negara-negara kecil. Pemimpin-pemimpin negara kecil dipaksa mengikut rentak dan
tunduk kepada kemahuan mereka berkaitan soal-soal dasar negara, ekonomi mahupun
sosial.
Mana-mana pemimpin yang tidak mahu tunduk, mereka akan menggunakan secara halus
atau kasar menekan mana-mana negara supaya tunduk kepada mereka, mereka akan
gunakan Pertubuhan bangsa –bangsa bersatu (PBB) samada mengenakan sekatan
ekonomi sebagaimana yang telah dikenakan keatas negara Iraq dan seterusnya serangan
ketenteraan walaupun tidak mendapat restu daripada PBB.

7.3.2. EKONOMI

i. Kebanyakan negeri-negeri kuasa besar mempunyai kuasa ekonomi yang kukuh.


Mereka juga mempunyai pakar dalam pelbagai bidang ekonomi. Mereka
memonopoli dan menguasai industri-industri dan mengeksploitasi bahan-bahan
mentah di dunia. Mereka membeli bahan-bahan mentah dengan harga yang
rendah dan menjual pula hasil pengeluaran industri mereka dengan harga yang
sangat mahal.
ii. Dari segi sejarahnya mereka mengaut hasil-hasil peribumi dan membawanya
kenegara mereka dan mereka menjadi kaya seterusnya menjadi kuasa ekonomi
dunia.
iii. Negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengenakan dan menekan negara
Jepun supaya menggunakan lebih banyak komponen kereta Amerika dalam
pengeluaran kereta Jepun jika Jepun mahu mengeksport keretanya ke Amerika
Syarikat. Kalau tidak Amerika akan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap
ekspot kereta ke Amerika bagi mengimbangi perdagangan Amerika dengan Jepun
yang sangat menguntungkan Jepun.

7.3.3. SOSIAL

a. Bahasa

Orang barat kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar


mereka disamping bahasa-bahasa lain seperti Perancis, Belanda, Portugal, German dan
lain-lain. Di timur bahasa yang digunakan berbeza dengan bahasa yang digunakan di
barat seperti Bahasa China, Jepun, Korea, Indonesia, Melayu, India dan sebagainya.

b. Gaya pertuturan.

Gaya pertuturan mereka lebih kasar jika dibandingkan dengan orang-orang timur yang
menggunakan bahasa yang lembut dan lebih beradab.

Unit 7-17
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 18

c. Pakaian

Kebanyakan orang-orang barat memakai pakaian yang kebanyakannya mendedahkan


aurat dan menjolok mata. Contohnya seperti skirt, gaun pendek, pakaian yang
mendedahkan bahagian dada, belakang dan sebagainya. Sedangkan pakaian orang–orang
di timur lebih sopan dan beradab seperti baju kurung, kebaya labuh bagi orang Melayu,
dhoti dan sari bagi orang-orang India, cheong-sam bagi orang Cina, kimono bagi orang
Jepun.

d. Makanan

Orang barat dan orang timur mereka memakan makanan yang berbeza. Bagi orang barat
mereka makan makanan yang berasaskan gandum dan daging sedangkan orang-orang
timur makan makanan yang berasaskan beras, bijirin jagung , sagu dan sebagainya.

e. Cara hidup

i. Pengunaan Teknologi.

Kebanyakan orang barat mengamalkan cara hidup yang lebih moden, mereka
menggunakan alat-alat yang dianggap lebih maju dari gaya hidup di timur seperti
penggunaan kereta mewah, kereta berenjin sebagai pengangkutan mereka, begitu juga
dalam bidang pertanian mereka menggunakan alat-alat pertanian yang lebih moden, oleh
itu mereka dapat menanam tanaman mereka di ladang-ladang yang lebih luas seterusnya
dapat mengeluarkan hasil-hasil mereka yang lebih banyak bukan sahaja untuk
penggunaan dalam negeri tapi sebaliknya untuk di eksport keluar negara.

ii. Cara berfikir

Setelah negara barat maju hasil dari pendidikan yang telah mereka dapati dari
perkembangan Tamaddun Islam yang telah berkembang baik di universiti di Kordova,
Sepanyol dan seterusnya berkembang ke seluruh Eropah .Hasilnya orang-orang barat
lebih berfikiran terbuka dan tidak terikat dengan peraturan-peraturan gereja yang
mengikat mereka dari memikirkan perkara-perkara baru.Oleh itu setelah berlakunya
Revolusi Industri kebanyakan orang barat lebih mengamalkan pemikiran bebas dan
seterusnya lahir pula aliran pemikiran Sekular iaitu aliran yang memisahkan kehidupan
seharian dengan urusan agama yang mereka anuti iaitu agama Kristian.

iii. Ajaran agama

Unit 7-18
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 19

Orang-orang di timur masih kuat mengamal dan terikat dengan ajaran dan peraturan
agama seperti orang-orang beragama Islam di merata tempat di negara-negara timur,
orang-orang India yang menganut agama Hindu, orang Cina yang mengamalkan ajaran
agama Buddha, orang Jepun yang berpegang kepada agama shinto dan sebagainya.

iv. Keutamaan diberikan kepada wanita

Dalam situasi kehidupan seharian orang barat memberikan keutamaan kepada wanita,ini
dapat kita lihat dalam ucapan-ucapan dalam majlis rasmi seperti “Ladies and Gentlemen’
sedangkan di timur keutamaan sedemikian diberikan kepada kaum lelaki yang dianggap
sebagai ketua dalam keluarga.

v. Perbezaan Iklim

Perbezaan iklim cuaca di barat yang mempunyai 4 musim iaitu musim panas,musim
sejuk, musim luruh dan musim bunga sedangkan di timur mempunyai 2 musim sahaja
iaitu musim panas dan musim hujan. Keadaan cuaca dan iklim membawa pengaruh yang
sangat besar dalam kehidupan di barat di mana kita dapati orang-orang barat lebih besar
dari orang-orang timur.

vi. Penyelewengan Fakta

Orang barat mempunyai sikap untuk memalsukan fakta-fakta tertentu supaya menepati
kepentingan –kepentingan mereka samada dari segi phisikologi,maklumat-maklumat
sejarah ,teknologi terkini dan seumpamanya.Ini dapat kita lihat orang barat melukis peta
dunia, kita orang timur merasakan negara mereka lebih besar dari negara –negara di
timur.Maklumat maklumat sejarah mereka cenderung merubah nama –nama orang timur
seakan –akan nama orang barat dengan harapan akhirnya orang-orang yang datang
kemudian menganggap maklumat itu sebagai benar datangnya dari orang-orang
barat.Contoh nya pakar dalam bidang matematik Al Razi disebutnya Razes,Ibnu Sina
seorang pakar dalam bidang perubatan disebutnya Avencena,Ibnu Rushd seorang pakar
dalam bidang astronomi disebutnya Averushd .

Pening.. pening !
banyak juga beza ngan
orang barat ni haa

Unit 7-19
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 20

Bahagia, bahagia..
pasal apa aku tak
bahagia haa..

7.4 CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA


Setiap insan inginkan keluarga yang bahagia. Keluarga bahagia ialah keluarga yang dapat
menghidupkan keharmonian dan kesejahteraan di dalam rumah tangga. Untuk itu
keluarga bahagia perlulah mencapai ciri-ciri berikut :

1. Mempunyai didikan agama


2. Pergaulan yang penuh adab sopan
3. Merahsiakan masalah rumah tangga
4. keperluan hidup yang sempurna
5. Sabar dan betolak ansur
6. Mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga
7. Mengambil berat masalah keluarga
8. Bersederhana
9. Bertaqwa
10. Kemantapan ilmu dan akal
11. Keluarga yang berakhlak mulia
12. Sentiasa bersyukur
13. Bersifat qana’ah (merasa cukup dengan apa yang dimiliki)

Unit 7-20
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 21

7.5 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB INDIVIDU


DALAM MASYARAKAT MAJMUK
1. Mewujud dan membangunkan individu yang demokratik dan matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokrasi Malaysia berasaskan
masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.
2. Mewujudkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika, warga negaranya
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling
tinggi.
3. Mewujudkan individu liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu
negara.
4. Mewujudkan individu saintifik dan progresif, individu yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan
5. Mewujudkan individu yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem
sosial yang melihat kepada kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
6. Memastikan individu yang adil dalam segala bidang. Ini adalah individu yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud
peerkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
7. Mewujudkan individu yang sentiasa memiliki sifat semangat bertanding,
semangat berlumba-lumba untuk mencapai kemenangan, kejayaan dan
kecemerlangan. Mereka sentiasa berpegang dan mengamalkan prinsip
penambahbaikan yang berterusan untuk mengekalkan dan meningkatkan
kemakmuran masyarakat
8. Mewujudkan individu yang memiliki sifat ketekalan, konsisten, cekal dan tabah
dalam sebarang tindakan. Budaya ini perlu sebagai persediaan diri dan negara
dalam menghadapi sebarang cabaran
9. Mewujudkan individu yang memiliki pengetahuan, kemahiran, berupaya dalam
memilih, menapis dan membezakan unsur-unsur yang boleh membawa kejayaan
kepada masyarakat dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan tanggungjawab.
10. Setiap individu perlu sentiasa mengamalkan dan memantapkan sifat-sifat dan
sikap penyayang terhadap diri sendiri, orang lain, persekitaran dan masyarakat
sejagat.
11. Setiap individu perlu bertanggungjawab mempertahan dan meningkatkan nama
negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja dan juga tidak membuat sesuatu
yang memalukan masyarakat

Unit 7-21
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 22

12. Setiap individu perlu menjauhi diri dari perbuatan mungkar seperti menganggu
ketenteraman awam, menimbulkan huru hara dan mengancam keselamatan
masyarakat dan negara.
13. Setiap individu perlu sentiasa menyedari dan menghayati kepentingan perpaduan,
semangat perkongsian, kefahaman dan kepekaan terhadap budaya pelbagai kaum.
14. Setiap individu perlu sentiasa akur dan patuh serta menghormati peraturan dan
undang-undang berlandaskan agama, prinsip hidup, norma masyarakat, etika
profesion, peraturan yang telah ditetapkan supaya dapat mengawal diri, pemikiran
dan perlakuan.
15. Setiap individu perlu sentiasa mengamalkan budaya hidup sihat dari segi
kebersihan diri, kebersihan persekitaran, sihat fizikal dan mental, kecergasan
fizikal dan kecerdasan mental serta menghindari diri daripada gejala negatif.

AKTIVITI 7B

Oi.. soalan bawah


ni susah le Tak ada lah, semua
tu dalam kepala lutut
aku saja !

1. Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang sentiasa mengamalkan ciri-ciri yang
baik untuk kebahagiaan keluarganya.
Sebutkan 5 ciri-ciri keluarga bahagia.

2. Peranan individu di dalam memajukan sesebuah masyarakat adalah sangat penting.

Unit 7-22
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 23

Terangkan 5 tugas dan tanggungjawab individu di dalam masyarakat majmuk.

3. Budaya barat dan budaya timur adalah merupakan dua jenis budaya yang banyak
perbezaannya, namun demikian masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Bezakan antara budaya barat dan timur dari perspektif ekonomi.

MAKLUMBALAS 7B

1. Ciri-ciri keluarga bahagia :


i. Mempunyai didikan agama
ii. Pergaulan yang penuh adab sopan
iii. Merahsiakan masalah rumah tangga
iv. keperluan hidup yang sempurna
v. Sabar dan betolak ansur

2. Tugas individu dalam masyarakat majmuk :


i. Mewujudkan individu yang sepenuhnya bermoral dan beretika, warga negaranya
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling
tinggi.
ii. Mewujudkan individu liberal dan bertolak ansur, yang mana rakyat Malaysia
pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
mereka dan pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu
negara.
iii. Mewujudkan individu saintifik dan progresif, individu yang mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke depan, bukan sahaja menjadi pengguna

Unit 7-23
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 24

teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa
depan
iv. Mewujudkan individu yang penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem
sosial yang melihat kepada kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri
sendiri, kebajikan insan tidak akan berkisar kepada negara atau orang
perseorangan tetapi disekeliling sistem keluarga yang kukuh.
v. Memastikan individu yang adil dalam segala bidang. Ini adalah individu yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang wujud
peerkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

3. Perbezaan dari perspektif ekonomi :


i. Kebanyakan negeri-negeri kuasa besar mempunyai kuasa ekonomi yang kukuh.
Mereka juga mempunyai pakar dalam pelbagai bidang ekonomi. Mereka
memonopoli dan menguasai industri-industri dan mengeksploitasi bahan-bahan
mentah didunia. Mereka membeli bahan-bahan mentah dengan harga yang rendah
dan menjual pula hasil pengeluaran industri mereka dengan harga yang sangat
mahal.
ii. Dari segi sejarahnya mereka mengaut hasil-hasil peribumi dan membawanya ke
negara mereka dan mereka menjadi kaya seterusnya menjadi kuasa ekonomi
dunia.
iii. Negara maju seperti Amerika Syarikat telah mengenakan dan menekan negara
Jepun supaya menggunakan lebih banyak komponen kereta Amerika dalam
pengeluaran kereta Jepun jika Jepun mahu mengeksport keretanya ke Amerika
Syarikat. Kalau tidak Amerika akan mengenakan tarif yang lebih tinggi terhadap
ekspot kereta ke Amerika bagi mengimbangi perdagangan Amerika dengan Jepun
yang sangat menguntungkan Jepun.

Unit 7-24
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 25

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

Unit 7-25
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 26

Adat ini dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
1.
Mereka terlalu mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak
dan tingkahlaku si gadis. Biasanya masyarakat ini lebih gemar mengadakan
perbincangan di restoran dengan disertai oleh saudara lain. Skop
perbincangan adalah berkisarkan tentang latar belakang keluarga dan asal

Berpandukan kenyataan di atas, adat merisik ini adalah daripada masyarakat ...

A. Cina
B. India
C. Melayu
D. Bumiputera

2. Dilakukan dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Jenazah
lelaki dibalut dengan 3 lapisan kain manakala jenazah perempuan dibalut
dengan 5 lapisan kain berserta telekung. Ketika ini ahli keluarga terdekat
dan muhramnya boleh membuat penghormatan terakhir dengan mengucup
mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis kepada tubuh mayat.

Kenyataan di atas adalah berkaitan dengan adat resam masyarakat ...


A. Cina
B. India
C. Melayu
D. Bumiputera

3. Masyarakat barat dan timur senantiasa mempunyai perbezaan di dalam pelbagai aspek
termasuklah aspek politik.
Cuba anda bezakan tentang kedua-dua masyarakat ini dari sudut campur tangan di dalam
negara-negara kecil.

Unit 7-26
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 27

Selesai sudah anda dengan


soalan di atas. Tapi jawapan
tak tahu lagi. mari, mari ..
nengok jawapan lak !

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. A. Cina

2. C. Melayu

3. Campur tangan dalam negara-negara kecil :

Unit 7-27
NILAI-NILAI MORAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEJAGAT A 1002 / Unit7/ halaman 28

Kuasa-kuasa besar barat cenderung untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran
negara-negara kecil. Pemimpin-pemimpin negara kecil dipaksa mengikut rentak dan
tunduk kepada kemahuan mereka berkaitan soal-soal dasar negara, ekonomi mahupun
sosial.
Mana-mana pemimpin yang tidak mahu tunduk, mereka akan menggunakan secara halus
atau kasar menekan mana-mana negara supaya tunduk kepada mereka, mereka akan
gunakan Pertubuhan bangsa –bangsa bersatu (PBB) samada mengenakan sekatan
ekonomi sebagaimana yang telah dikenakan keatas negara Iraq dan seterusnya serangan
ketenteraan walaupun tidak mendapat restu daripada PBB.

Unit 7-28

Anda mungkin juga menyukai