Anda di halaman 1dari 10

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 1

TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN


UNIT 8 MASYARAKAT

OBJEKTIF
AM

8
Unit Memahami tanggung jawab individu dan masyarakat
terhadap hak individu, kepentingan masyarakat,
kemudahan awam dan kedaulatan negara, bangsa
dan agama.

OBJEKTIF
KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :

• menerangkan hak-hak individu di dalam


masyarakat
• menjelaskan kepentingan masyarakat terhadap
negara
• menyatakan kemudahan awam yang
disediakan oleh kerajaan
• menghuraikan kedaulatan negara, bangsa dan
agama.

Unit 8-1
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 2

INPUT

8.1 HAK INDIVIDU

Setiap individu mempunyai hak-haknya di dalam masyarakat. Di antara hak-hak


individu ialah :
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagi pencipta alam dan mematuhi segala
suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip rukun negara.

Kebersihan fizikal dan mental


Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap
perlakuan

Harga diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan

Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Unit 8-2
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 3

Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas

Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri
dan orang lain

Kejujuran
Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan
memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

Terima kasih bebanyak Alaa.. sikit aje Pak Ngah oi..


le.. kamu lah kawan aku tu baru bancuh air kopi,
dunia akhirat ! kalau bancuh air teh
macamana pulak
gamaknya..

Unit 8-3
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 4

8.2 KEMUDAHAN AWAM


Kemudahan awam membawa maksud kemudahan-
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat
seperti jalanraya, klinik, hospital, balairaya, telefon,
tandas awam, kenderaan awam, kemudahan eletrik,
sekolah dan pusat pengajian tinggi, masjid, surau dan lain-
lain.

Tujuan kerajaan menyediakan kemudahan awam adalah untuk:

1. Memberi keselesaan dalam kehidupan mereka seperti penyediaan tandas awam, jalan
raya, balai raya dan sebagainya.

2. Memberikan pilihan kepada rakyat untuk menggunakan mana-mana pilihan terbaik


untuknya.

3. Mempertingkatkan mutu kesihatan rakyat dengan membina klinik dan hospital di


samping melatih juru rawat, doktor, pegawai kesihatan dan kakitangan perubatan.

4. Mempertingkatkan atau menaiktarafkan jalan raya untuk memudahkan rakyat


membawa hasil–hasil pengeluaran samada untuk dihantar ke pasaran atau ke
pelabuhan.

5. Memberi ilmu pengetahuan, pendidikan, latihan dan pekerjaan dengan membina


sekolah-sekolah, pusat-pusat latihan dan pusat pengajian tinggi.

6. Menyediakan tempat-tempat ibadat supaya rakyat dapat menjalankan urusan agama


dengan baik.

7. Membekalkan tenaga eletrik bagi mempertingkatkan penggunaan peralatan-peralatan


modern dalam kehidupan seharian seperti televisyen, komputar dan semua peralatan –
peralatan yang menggunakan tenaga eletrik.

Tanggungjawab individu dan masyarakat terhadap kemudahan –kemudahan awam yang


disediakan oleh kerajaan ialah :

1. menjaga semua kemudahan awam dengan baik.

2. menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan bersama.

3. melaporkan kepada pihak tertentu sekiranya kemudahan itu rosak.

4. menggunakan kemudahan untuk mepertingkatkan ilmu dan kemahiran diri.

Unit 8-4
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 5

5. menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mempertingkatkan hasil


pengeluaran.

6. menggunakan kemudahan sebagai landasan kepada penggunaan teknologi moden.

7. menggunakan kemudahan yang disediakan untuk membawa hasil pertanian dan


lainnya ke pasaran samada dalam mahupun luar negara.

8. menggunakan kemudahan yang ada untuk mendapatkan maklumat –maklumat tertentu


bagi mempertingkatkan mutu pengeluaran dan daya saing yang sihat.

9. memastikan semua kemudahan awam tidak disalahgunakan bagi kepentingan pihak-


pihak tertentu.

10. memasti dan melaporkan kepada pihak-pihak bertanggungjawap apabila ada individu
atau pihak-pihak tertentu yang melakukan kerosakan,kecurian dan mensabotajkan
kemudahan awam.

8.3 KEDAULATAN NEGARA, BANGSA DAN


AGAMA
Mendaulatkan negara, bangsa dan agama menjadi tanggung jawab utama kepada setiap
insan. Oleh itu beberapa ciri perlu ada kepada diri setiap insan iaitu :

1. Percaya kepada Tuhan.

2. Hormat dan setia kepada pemimpin, raja dan negara.


Hormat dan kepatuhan yang berkekalan kepada pemimpin dan raja serta taat setia
kepada negara

3. Patuh kepada peraturan dan undang-undang.


Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan
sebagai amalan hidup

4. Cinta kepada negara.


Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan sendiri

5. Keamanan dan keharmonian.


Kedamaian dan perpaduan yang berkekalan dan berterusan di kalangan rakyat
Malaysia serta masyarakat global

Unit 8-5
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 6

AKTIVITI 8A

1. Setiap manusia mempunyai hak-hak tertentu di dalam masyarakat. Sebutkan 5 hak-


hak individu di dalam masyarakat di Malaysia.

2. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat jelata. Senaraikan


4 faktor kerajaan menyediakan kemudahan awam kepada rakyat.

3. Di antara tanggungjawab rakyat terhadap negara ialah ialah mendaulatkan negara,


bangsa dan agama. Dengan itu setiap rakyat perlu tahu rukun negara untuk
menunjukkan taat setianya kepada negara.
Sebutkan 5 rukun negara.

Amacam brader.. senangkan..


alaah, kalau dah baca, ingat,
pasti leh jawab nye...

Unit 8-6
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 7

MAKLUMBALAS 8A

1. Hak-hak individu di dalam masyarakat :


a) Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagi pencipta alam dan mematuhi segala
suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip
rukun negara.

b) Kebersihan fizikal dan mental


Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam setiap
perlakuan

c) Harga diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan

d) Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

e) Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

2. Faktor penyediaan kemudahan awam kepada rakyat :

a) Memberi keselesaan dalam kehidupan mereka seperti penyediaan tandas awam,


jalanraya, balairaya dan sebagainya.
b) Memberikan pilihan kepada rakyat untuk menggunakan mana-mana pilihan
terbaik untuknya.
c) Mempertingkatkan mutu kesihatan rakyat denganmembina klinik dan hospital
disamping melatih juru rawat, doktor,pegawai kesihatan dan kakitangan
perubatan.
d) Mempertingkatkan atau menaiktarafkan jalan raya untuk memudahkan rakyat
membawa hasil –hasil pengeluaran samada untuk dihantar ke pasaran atau ke
pelabuhan.
e) Memberi ilmu pengetahuan ,pendidikan ,latihan dan pekerjaan dengan membina
sekolah sekolah,pusat-pusat latihan dan pusat pengajian tinggi.

Unit 8-7
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 8

3. Rukun negara

a. Kepercaya kepada tuhan


b. Kesetiaan kepada raja dan negara
c. Keluhuran perlembagaan
d. Kedaulatan undang-undang
e. Kesopanan dan kesusilaan

Dah kata tadi.. kan senang tu.


Orang yang kuat membaca
pasti leh jawabkann!

Unit 8-8
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 9

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1. Kemudahan awam ialah peralatan-peralatan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk
memberi kemudahan dan keselesaan rakyat menggunakannya seperti telefon, tandas
awam, elektirk dan sebagainya. Dengan itu, menjadi satu tanggung jawab kepada
rakyat untuk menjaga segala kemudahan yang telah disediakan ini.
Berikan pendapat anda bagaimanakah cara untuk memelihara segala kemudahan itu.

2. Cinta kepada negara merupakan satu keperluan yang sangat dituntut bukan sahaja
oleh manusia malahan juga daripada agama sendiri.
Cuba anda terangkan apakah cara untuk menunjukkan cinta kepada negara.

3. Di antara hak-hak individu di dalam masyarakat ialah bersederhana.


Jelaskan apakah itu bersederhana

Unit 8-9
TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN MASYARAKAT A 1002 / Unit8/ halaman 10

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. Cara untuk memelihara kemudahan awam :


a) 1.Menjaga semua kemudahan awam dengan baik.
b) 2.Menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan bersama.
c) 3.Melaporkan kepada pihak tertentu sekiranya kemudahan itu rosak.
d) 4.Menggunakan kemudahan untuk mepertingkatkan ilmu dan kemahiran diri.
e) 5.Menggunakan kemudahan yang disediakan untuk mempertingkatkan hasil
pengeluaran.
f) 6.Menggunakan kemudahan sebagai landasan kepada penggunaan teknologi
moden.
g) 7.Menggunakan kemudahan yang disediakan untuk membawa hasil pertanian dan
lainnya ke pasaran samada dalam mahupun luar negara.

2. Cinta kepada negara ialah dengan menunjukkan perasaan sayang dan bangga kepada
negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan sendiri.

3. Bersederhana ialah bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan


tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain

Anda betul-betul hebat..TAHNIAH


Jom, jom kita pergi ke unit baru
lak !

Unit 8-10

Anda mungkin juga menyukai