Anda di halaman 1dari 19

ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 1

ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR


UNIT 9 NILAI-NILAI MORAL

OBJEKTIF
AM
Memahami elemen-elemen yang mencabar nilai-
nilai moral

Un

9
OBJEKTIF

it
KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

• menerangkan elemen-elemen yang mencabar


nilai-nilai moral
• memberikan idea-idea baru bagi mengatasi
sikap yang mencabar nilai-nilai moral

Unit 9-1
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 2

INPUT

9.0 PENGENALAN
Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat mengajar ahli-ahlinya
standard-standard tingkah laku yang betul. Ia memberi peluang kepada pelajar
menghayati nilai-nilai moral supaya dapat mengenal, menerima, mengamal dan membuat
keputusan yang bertanggung jawab mengenai berbagai situasi dalam kehidupan serta
tidak melanggar elemen-elemen yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti
mementingkan kebendaan, berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak bertanggung jawab,
jurang generasi dan perbezaan kelas dan status.

Ingat ! semua manusia


akan sampai ke sini…

9.1 MEMENTINGKAN KEBENDAAN


Di dalam sesebuah negara yang sedang membangun seperti negara kita, unsur kebendaan
kerap ditekankan. Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan lebih
dititikberatkan berbanding dengan perkembangan rohani. Oleh itu, sikap kebendaan atau
materialistik anggota-anggota masyarakat juga semakin bertambah. Contohnya, seorang
ayah yang bertugas sebagai seorang guru mungkin banyak mengendalikan kelas-kelas
bimbingan untuk menambahkan pendapatannya. Dimanakah masanya untuk bergaul serta
berinteraksi dengan anak-anaknya ? Setelah selesai mengajar kelas-kelas bimbingan, dia
akan merasa letih serta kurang berupaya untuk melayani anak-anaknya dari segi sosio
emosi dan intelek. Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang cara-
cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans nyawa, alat-alat solek, jualan
langsung (direct selling) seperti Amway, CNI, Shaklee, Coasway dan lain-lain, pelbagai
jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya. Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut
tidak dapat memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.
Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-
dua ibu bapa yang amat sibuk itu.

Keluarga yang ibu bapanya sibuk memang tidak dapat memupuk nilai kejiranan. Ini nyata
dilihat di kalangan penghuni di kawasan perumahan di mana sapa menyapa jarang
berlaku, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

Unit 9-2
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 3

Unsur produktiviti ditekankan di firma, kilang dan pejabat. Produktiviti yang tinggi
membawa kepada pendapatan yang tinggi. Jika boleh setiap majikan cuba menggantikan
tenaga buruh dengan jentera tanpa memikirkan soal belas kasihan terhadap pekerja yang
diberhentikan. Pekedai runcit cuba memaksimumkan keuntungannya. Dia cuba
menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan barangan dengan timbangan berat
yang tidak mencukupi, mencampurkan gred beras yang kurang baik dengan yang baik
serta menyorokkan sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik. Nyatalah
pekedai itu tidak mempunyai sikap belas kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.

Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya bersaing untuk memiliki


rumah yang lebih besar, jenis kereta yang lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap
pergi melancong. Oleh itu kita dapati terdapat kes-kes seperti doktor yang mengenakan
beribu-ribu ringgit setiap kali mengendalikan kelahiran bayi, peguam yang menipu dan
menyalahgunakan wang pelanggannya serta pengurus-pengurus yang menyalahgunakan
wang ahli-ahli koperasinya yang terdiri di kalangan orang miskin-miskin, kerani-kerani
bank, akauntan-akauntan bank dan ahli-ahli politik menggelapkan wang dan sebagainya.
Contoh-contoh ini menyatakan bahawa penekanan terhadap kebendaan telah
menyebabkan nilai moral dan keagamaan diketepikan.

Alah.. bukan banyak pun ! baru


dua tangan saja.. biasa dulu-
dulu sekali ngan dua kaki !

9.2 SIKAP KETERLALUAN


Dalam sesebuah masyarakat, biasanya terdapat individu-individu yang berbeza dari segi
fizikal, mental, rohani dan sosioekonomi. Keseimbangan setiap aspek tersebut
mewujudkan individu yang harmonis serta bersopan.

Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menganggu keseimbangan
tersebut lalu menyebabkan tingkah laku seseorang individu melanggar norma-norma
masyarakat. Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa
setengah-setengah kes itu berlaku kerana sifat keterlaluan. Cuba kita ambil contoh
seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan sebelah tangannya kerana bergaduh
dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan ‘temenung’. Jelas bahawa jiran yang
mencederakan wanita itu memang kehilangan akal lalu bertindak secara keterlaluan.
Segala unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu tidak dapat
dikawal.

Begitu juga keadaannya apabila seseorang itu bersikap keterlaluan ketika menghukum
anaknya kerana satu-satu kesalahan. Dalam keadaan yang penuh emosi marah, ibu atau
ayah mungkin akan merotan anaknya sehingga menyebabkan keadaan menjadi parah.
Ada bahagian yang bengkak selama berminggu-minggu dan ada pula bahagian tubuh

Unit 9-3
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 4

badan yang dibakar dengan puntung rokok. Nilai moral seperti belas kasihan dan
bertimbang rasa mungkin telah dilupakan apabila siibu atau siayah berada dalam keadaan
marah.

Sifat keterlaluan boleh juga menyebabkan seseorang pekerja itu mengabaikan


tanggungjawab terhadap rumahtangganya. Misalnya, seseorang yang terus bekerja dan
hanya mementingkan produktiviti firmanya kerap kali balik lewat ke rumahnya. Setiba
sahaja di rumah dia berasa letih lesu. Lantaran itu, dia kurang berupaya menunjukkan
kasihsayangnya serta perhatiannya terhadap anak-anak serta isteri. Dalam masyarakat
yang materialistik seperti Jepun, sikap keterlaluan seperti lebih mementingkan firma
daripada keluarga telah mencabar nilai-nila murni seperti kasih sayang dan bertimbang
rasa. Ini pula akan meningkatkan lagi bilangan keretakan keluarga.

Seseorang ayah atau ibu yang terlalu sayang kepada anaknya akan memberikan anaknya
seberapa banyak wang yang dikehendaki semasa ke sekolah. Kajian telah menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang mempunyai wang saku yang banyak cenderung untuk
menghabiskan masanya di pusat-pusat membeli belah, hiburan dan disko. Pelajar-pelajar
seperti ini lebih terdedah kepada nilai-nilai yang bertentangan dengan norma-norma
masyarakat seperti membazir dan tidak menggunakan masa dengan bijak. Ada pula yang
menyalahgunakan dadah. Dalam kes seperti ini, jelaslah bahawa sikap ayah dan ibu yang
keterlaluan, iaitu terlalu kasih dan sayang kepada anak mereka telah menyebabkan
keruntuhan akhlak anak mereka sendiri.

Daripada contoh-contoh di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa sifat keterlaluan
di dalam satu-satu situasi boleh mencabar nilai-nilai moral seseorang itu.

9.3 TAMAKKAN KUASA


Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu
keputusan yang membawa kesan kepada B, dan B
dihalang daripada mengambil apa-apa tindakan yang
boleh menggugat keputusan A. Dalam bidang politik
kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya melalui
pilihanraya untuk mentadbir. Biasanya kuasa yang ada
pada pemimpin digunakan dengan baik untuk
kepentingan rakyat jelata. Kebanyakan pemimpin
menggunakan kuasa yang diberikan kepada mereka
secara adil untuk membangunkan negara.

Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita tinggi, pendendam,
tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan. Untuk menjamin ia dapat terus kekal
sebagai pemimpin ia akan mengeksploitasi orang lain dengan menggunakan segala kuasa
yang masih ada padanya dengan berbagai cara. Untuk tujuan ini seseorang pemimpin
yang tamakkan kuasa sanggup membelakangkan nilai-nilai moral, agama atau undang-

Unit 9-4
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 5

undang yang ada. Ia akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orang-
orang bawahan supaya terus patuh kepadanya. Walau bagaimanapun daripada
pengalaman sejarah, pemimpin yang tamak kuasa dan memerintah secara kuku besi tidak
kekal lama dan akan disingkirkan.

Sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin-pemimpin negara telah mendatangkan


berbagai penderitaan kepada rakyat. Peperangan Dunia dan peperangan antara negara-
negara berlaku akibat daripada sikap pemimpin negara yang tamakkan kuasa.

Orang-orang yang berkuasa dalam politik, pertubuhan, persatuan, syarikat atau institusi
juga kadang-kadang tamakkan kuasa. Oleh kerana kuasa memberikannya status,
kekayaan dan kedudukan yang istimewa berbanding rakyat atau ahli biasa, mereka ingin
terus memilikinya. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika terdapat perbuatan fitnah
memfitnah atau memburuk-burukkan antara satu sama lain berlaku. Dalam kes yang
serius perbuatan mencedera atau membunuh kerap dilakukan oleh orang yang berkuasa
demi mempertahankan kuasa yang dimilikinya. Perebutan kuasa kerap berlaku antara
pemimpin politik negara.

Kadang-kadang perbuatan yang melanggar nilai moral dan ajaran agama di atas bukan
sahaja dilakukan oleh pemimpin atau orang yang berkuasa demi mengekalkan
kedudukannya sebagai ketua, mereka yang belum berkuasa dan ingin berkuasa juga
sanggup melakukan jenayah untuk mendapatkan kuasa.

Daripada contoh-contoh di atas, nyata orang yang tamakkan kuasa tidak mengambil kira
kebajikan dan kebaikan orang lain. Kebanyakan mereka membelakangkan nilai-nilai
moral atau ajaran agama semata-mata untuk menjaga temolok diri sendiri. Mereka
sanggup menggunakan apa saja cara dan menghalalkan apa saja cara hatta sampai kepada
mencederakan dan membunuh sekalipun, asalkan matlamat mereka tercapai.

Hai tension betui


laa…apa pasai la
tak nak masuk
kepala nii…

Unit 9-5
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 6

AKTIVITI 9A

1. Majikan yang bertindak menggantikan tenaga buruh dengan jentera tanpa


memikirkan perasaan belas kasihan terhadap pekerja. Majikan ini bersikap …

A. keterlaluan
B. tidak bertanggung jawab
C. perbezaan kelas dan status
D. mementingkan kebendaan

2. Seorang bapa yang menyayangi anaknya dengan memenuhi segala permintaan


anaknya. Bapa tersebut telah menunjukkan sikap …

A. keterlaluan
B. tidak bertanggung jawab
C. perbezaan kelas dan status
D. mementingkan kebendaan

3. Berikut manakah punca menyebabkan timbul sikap tamakkan kuasa dalam


masyarakat kini.

i. Pengaruh wang
ii. Sikap mementingkan diri sendiri
iii. Meninggikan taraf hidup keluarga
iv. Demi mengekalkan hidup sebagai ketua

A. i dan ii
B. i, ii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

Unit 9-6
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 7

MAKLUMBALAS 9A

1. D. mementingkan kebendaan
2. A. keterlaluan
3. B. i, ii dan iv

Unit 9-7
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 8

INPUT

9.4 TIDAK BERTANGGUNG JAWAB


Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapati pelbagai
situasi yang menonjolkan sikap tidak bertanggung
jawab. Telefon awam yang dicabut gagangnya serta
membuang sampah sarap merata-rata tempat jelas
menunjukkan sikap tidak bertanggung jawab.
Amalan-amalan seperti ini juga dikaitkan dengan
kegiatan pelajar-pelajar yang bertingkah laku anti
sosial.

Di samping amalan tersebut, pelajar juga didapati menconteng dan menulis tidak tentu
arah di atas meja dan kerusi mereka. Lakaran-lakaran lucah, mengutuk, mengeji,
menghina dan mengata guru dan pensyarah kadangkala terdapat di dinding-dinding
tandas. Kertas pembalut coklat, gula-gula dan keropok sentiasa terdapat di bahagian
bawah meja mereka Pelbagai gurisan didapati di permukaan meja dan kerusi mereka.

Sesetengah pelajar tidak berusaha untuk memadamkan lampu dan kipas apabila bertukar
kelas atau keluar daripada kelas. Air paip di tandas dan di bilik air kadang kala sengaja
tidak ditutup selepas digunakan. Amalan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab dan
membazirkan api dan air.

Ada pula pelajar yang meludah di merata-rata tempat atau mengesat hingus mereka di
penjuru-penjuru atau dinding-dinding bilik kuliah. Satu amalan yang juga tidak
bertanggung jawab dan kerap berlaku kepada pelajar ialah cara di atas kerusi. Mereka
gemar duduk secara menonggengkan kaki kerusi menyebabkan kaki kerusi mudah rosak.

Kerja-kerja kursus yang disuruh oleh pensyarah adakalanya tidak dibuat atau disiapkan
dengan sempurna. Sesetengah pelajar gemar menghabiskan masa di kompleks-kompleks
membeli belah seperti Jaya Jusco, Parkson Grand dan Ipoh Parade daripada menghadiri
kelas dan kuliah, dan masalah ini jugalah yang menyebabkan mereka tidak dapat
membuat dan menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan dengan sempurna.

Unit 9-8
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 9

9.5 PERBEZAAN KELAS DAN STATUS


Dalam sesebuah negara yang sedang
membangun, tidak dapat dinafikan bahawa ada
golongan individu yang memperoleh pendapatan
yang lebih berbanding dengan golongan yang
lain. Pendapatan yang diperoleh sebenarnya
bergantung pada jenis aktiviti ekonomi yang
dikendalikan. Lazimnya, para peniaga dan
pengarah pengurusan tergolong dalam kumpulan
berpendapatan tinggi. Ahli-ahli profesional
seperti doktor, peguam, arkitek dan akauntan
yang mengendalikan firma-firma sendiri juga
tergolong dalam kumpulan ini.

Sebaliknya, pekerja-pekerja biasa di pejabat dan operator di kilang ataupun penjaja kecil
digolongkan sebagai kumpulan individu yang berpendapatan rendah. Dengan ini jelaslah
terdapat perbezaan kelas yang wujud antara kumpulan yang berpendapatan tinggi dan
kumpulan yang berpendapatan rendah. Lazimnya, individu yang berpendapatan tinggi
berupaya memakai kereta mewah, duduk di kawasan perumahan yang eksklusif dan
memakai pakaian yang berjenama dan mahal. Kesemua ciri ini dikaitkan dengan status
yang tinggi. Dengan itu teranglah bahawa individu yang berpendapatan tinggi juga
berstatus tinggi.

Dalam kehidupan seharian, perbezaan kelas atau status sentiasa ditonjolkan sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Keadaan seperti ini kurang sihat dan ia boleh
menjejaskan perpaduan satu-satu komuniti atau masyarakat.

Kerajaan telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah perbezaan kelas. Langkah-
langkah membasmi kemiskinan dibahagikan kepada dua kategori berikut :
a. Kemiskinan di luar bandar
b. Kemiskinan di bandar

Langkah kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan


petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk kampung baru
dan buruh kasar. Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah badan berkanun
seperti RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA.Selain badan-badan berkanun
tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.

Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-tanah


baru, bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit,

Unit 9-9
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 10

pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru. Objektif utama ialah untuk
menambahkan pendapatan rakyat.

Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada perkembangan


guna tenaga yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar yang lebih meluas
berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan serta memperbaiki peluang untuk
memperolehi kemudahan awam yang asas untuk mempertingkatkan taraf hidup.

Melalui langkah-langkah tersebut, perbezaan kelas dan status sememangnya akan dapat
dikurangkan. Apabila keadaan tersebut dicapai, perpaduan rakyat di negara kita akan
terus terjamin.

Orang tua-tua cakap jangan


dok nyanyi.. paham !!

9.6 JURANG GENERASI


(GENERATION GAP)

Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh
pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya. Oleh kerana
pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara anak-anak
dengan ibu bapa. Tahukah anda apakah jurang generasi ?

Biasanya jurang generasi merujuk kepada perbezaan pandangan dan idea yang wujud di
antara generasi muda dengan generasi tua. Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai
seluar yang berfesyen ‘baggy’ atau ‘bokat’. Menurut ayahnya, pakaian seperti itu tidak
sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya. Dengan itu perselisihan faham akan timbul
di antara ayah dengan anaknya.

Dalam satu contoh yang lain, seorang anak mungkin ingin mengikut fesyen rambut
rakan-rakannya ataupun rambut kumpulan popular yang digemarinya seperti berambut
panjang ala penyanyi rock. Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut
agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang perlahan atau jenis
insrumental dan lagu lama seperti dendangan Saloma dan S.M Salim tetapi si anak lebih
meminati lagu berunsur ‘pop’ dan ‘rock’ seperti Siti Nurhaliza dan Awie. Begitu juga
dengan program tv. Si ayah mungkin lebih meminati program seperti Berita Dunia Jam
10 tetapi si anak mungkin lebih gemar menonton filem-filem Inggeris.

Contoh-contoh di atas memang menunjukkan situasi-situasi di mana perselisihan faham


mudah timbul di antara ibu bapa dengan anak-anaknya. Ia timbul kerana jurang generasi

Unit 9-10
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 11

yang wujud itu. Sekiranya langkah tidak diambil untuk mengatasi masalah ini,maka
timbullah situasi di mana anak tidak ingin balik ke rumah lagi. Mereka lebih gemar
berfoya-foya di pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan.

Dengan itu ibu bapa haruslah berusaha untuk mengatasi jurang generasi jika ia wujud. Ia
dapat dilakukan dengan cara-cara berikut:
a. Menerangkan kepada anak apa yang dikatakan tidak sesuai sama ada pakaian,fesyen
rambut atau jenis lagu yang dipilih itu.
b. Cuba timbulkan kesedaran tentang nilai-nilai dan norma-norma masyarakat kita.
c. Tingkatkan lagi pengetahuan agama dan pegangan moralnya.
d. Ambil tahu jenis rakan yang didampinginya.
e. Izinkan keperluan dan permintaannya yang berpatutan seperti keinginan untuk
menghadiri majlis keraian.
f. Libatkan diri dalam permainan yang digemari anak-anak seperti permainan catur,
monopoli, badminton, bola sepak dan sebagainya. Ini akan merapatkan hubungan di
antara ayah dengan anak-anak.

Sekiranya usaha-usaha yang sesuai diambil oleh orang dewasa yang lain, maka jurang
generasi akan dapat dirapatkan. Perhubungan ibu bapa – anak yang mesra akan
mewujudkan suasana keluarga yang lebih harmonis. Lantaran itu masalah-masalah anti
sosial akan dapat dikurangkan.

Dengor cakap orang


atek gak, jangan wat
pandai-pandai. Hak
molek tu, molek jugak !

Unit 9-11
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 12

AKTIVITI 9B

1. Pilih di bawah ini langkah-langkah yang mesti dilakukan oleh ibu bapa untuk
mengatasi jurang generasi.

i. Libatkan diri bersama mereka


ii. Tunaikan permintaan mereka
iii. Tentukan peraturan hidup mereka
iv. Kenal pasti rakan yang didampingi mereka

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

2. Abu dengan sengaja meludah di merata-rata tempat dan mengesat hingusnya


di meja pensyarah dan dia merasa seronok apabila melakukan perkara
tersebut. Kadang-kadang dia menganggu rakan-rakannya dengan mengesat
hingusnya pada baju mereka.

Berdasarkan kenyataan di atas, Abu adalah seorang …

A. keterlaluan
B. tamakkan kuasa
C. tidak bertanggung jawab
D. mementingkan kebendaan

Unit 9-12
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 13

3. Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah perbezaan kelas
di negara kita. Di antara inisiatif tersebut ialah mengurangkan kadar kemiskinan yang
dibahagikan kepada dua aspek iaitu kemiskinan di luar bandar dan kemiskinan di
bandar.
Cuba anda huraikan inisiatif kerajaan kita terhadap dua aspek tersebut di dalam
mengatasi masalah perbezaan kelas.

Soalan tu payah gok


eih..sudah doh lah aku
kali ni, tak leh 4

Unit 9-13
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 14

MAKLUMBALAS 9B

1. B. i, ii dan iv

2. C. tidak bertanggung jawab

3. Inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar menitikberatkan


petani, pekebun kecil getah dan kelapa, nelayan, buruh ladang, penduduk
kampung baru dan buruh kasar. Usaha-usaha ini dilaksanakan oleh beberapa buah
badan berkanun seperti RISDA, FELDA, MADA FELCRA dan KADA.Selain
badan-badan berkanun tersebut, Gerakan Koperasi juga menyediakan bantuan.

Langkah-langkah bantuan ialah pembukaan, penerokaan dan pembangunan tanah-


tanah baru, bantuan alat pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja,
kemudahan kredit, pemasaran dan pembukaan pusat-pusat kemajuan yang baru.
Objektif utama ialah untuk menambahkan pendapatan rakyat.

Strategi untuk mengurangkan kemiskinan di bandar ditumpukan pada


perkembangan guna tenaga yang produktif. Kerajaan melaksanakan dasar-dasar
yang lebih meluas berhubung dengan peluang-peluang pekerjaan serta
memperbaiki peluang untuk memperolehi kemudahan awam yang asas untuk
mempertingkatkan taraf hidup.

Unit 9-14
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 15

PENILAIAN KENDIRI

UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB


SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
PENSYARAH ANDA.

1.
Ahmad mengambil sesuatu keputusan yang membawa kesan kepada Ali. Ali dihalang
daripada mengambil apa-apa tindakan yang boleh menggugat keputusan Ahmad.

Berpandukan kepada kenyataan di atas, Ahmad dikatakan mempunyai sikap ...

A. keterlaluan
B. tamakkan kuasa
C. tidak bertanggung jawab
D. mementingkan kebendaan

2. Berikut adalah punca-punca yang menyebabkan berlakunya sikap tamakkan kuasa di


dalam masyarakat, kecuali ...

A. pengaruh wang
B. menghalalkan cara
C. mementingkan diri sendiri
D. bekerjasama dengan masyarakat

Unit 9-15
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 16

3. Pilih kenyataan yang tepat berkenaan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya


jurang generasi.

i. Taraf pendidikan
ii. Pengalaman hidup
iii. Penggantungan hidup
iv. Pemikiran dan idea yang berbeza

A. i dan ii
B. i dan iv
C. i, ii dan iv
D. i, iii dan iv

4. Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden, anak-anak muda mudah dipengaruhi
oleh pelbagai fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan dan sebagainya.
Oleh kerana pengaruh-pengaruh seperti ini, maka timbullah jurang generasi di antara
anak-anak dengan ibu bapa.
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan jurang generasi serta berikan contoh.

5. Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana aspek sama ada fizikal, mental, rohani
dan sosioekonomi akan menganggu keseimbangan tersebut lalu menyebabkan tingkah
laku seseorang individu melanggar norma-norma masyarakat. Kalau dikaji kes-kes
jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata bahawa setengah-setengah kes itu berlaku
kerana sifat keterlaluan.

Berdasarkan kenyataan ini, berikan satu contoh berkaitan keterlaluan dari segi mental.

Unit 9-16
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 17

6. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya jurang


generasi dalam masyarakat.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

7. Anda adalah seorang pengkaji masyarakat, jelaskan 4 faktor mengapa berlakunya


perbezaan kelas dan status di dalam masyarakat ?

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
___

Unit 9-17
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 18

MAKLUMBALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

1. B. tamakkan kuasa

2. D. bekerjasama dengan masyarakat

3. B. i dan iv

4. Jurang generasi merujuk kepada perbezaan pandangan dan idea yang wujud di antara
generasi muda dengan generasi tua. Sebagai contoh, seorang anak gemar memakai
seluar yang berfesyen ‘baggy’ atau ‘bokat’. Menurut ayahnya, pakaian seperti itu
tidak sesuai kerana seluar itu terlalu besar kakinya. Dengan itu perselisihan faham
akan timbul di antara ayah dengan anaknya.

5. Contohnya seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan sebelah tangannya kerana
bergaduh dengan jirannya berpunca daripada seekor ikan ‘temenung’. Jelas bahawa
jiran yang mencederakan wanita itu memang kehilangan akal lalu bertindak secara
keterlaluan. Segala unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu
tidak dapat dikawal.

6. Empat faktor mengapa berlakunya jurang generasi dalam masyarakat ialah:


a. Ego golongan tua
b. Ego golongan muda
c. Golongan tua tidak memberi penjelasan yang jelas kepada generasi muda
mengenai satu-satu isu.
d. Golongan tua masih berpegang kepada pemikiran-pemikiran dan fahaman lama.

Unit 9-18
ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR NILAI MORAL A 1002 / Unit9/ halaman 19

7. Faktor berlakunya perbezaan kelas dan status


a. adanya kedudukan status quo
b. adanya golongan kaya dan miskin
c adanya golongan berkuasa dan golongan yang lemah
d. adanya golongan mustakbirin

Unit 9-19