Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM STRESS SIFAR SMA AL-QURAN WADDIN, JOHOR BAHRU TAHUN 2013 1.

PENDAHULUAN Program Stress Sifar ini telah dirancang oleh Pihak Pentadbiran Asrama semata-mata untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengurus masa dan emosi khasnya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Seminar Stress Sifar ini yang dirancang diharap mampu memenuhi keperluan pelajar dalam mengukuhkan sahsiah dan mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam mengurus masa dan emosi serta pengurusan diri. Seterusnya program ini dirancang untuk membantu para pelajar dalam mengurus masa secara terancang dan sistematik. Diharapkan melalui program ini pelajar dapat memperbaiki pengurusan masa mereka dengan baik sekali gus dapat melahirkan pelajar yang berjaya dari semua aspek sama ada dari segi kurikulum dan kurikulum di sekolah. 2. OBJEKTIF 2.1 Melahirkan individu yang menghargai masa 2.2 Melahirkan pelajar yang cekap dalam pengurusan masa 2.3 Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang bermotivasi dan berwawasan 2.4 Membantu pelajar yang sedia cemerlang mencemerlangkan lagi diri mereka.

3. KUMPULAN SASARAN Semua pelajar asrama SMA Al-Quran Waddin pelajar lelaki pelajar perempuan 4. PELAKSANAAN AKTIVITI Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu) Masa : 9.00 11.00 pagi Tempat : Dewan Terbuka SMA Al-Quran Waddin 5. URUSETIA / JAWATANKUASA PENGELOLA Sila rujuk lampiran1 6. TENTATIF PROGRAM Sila rujuk lampiran 2 7. ANGGARAN PERBELANJAAN Bayaran cenderhati penceramah : RM 250 JUMLAH = RM 250

8. SUMBER KEWANGAN Peruntukan asrama SMA Al-Quran Waddin, Johor Bahru 9. PENUTUP Mudah-mudahan program yang dirancang dan disediakan ini mampu memberi gambaran jelas tentang pengurusan stress dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang akhlak dan cemerlang akademik. Namun segala usaha ini diharapkan mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada seluruh warga sekolah agar matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,