Anda di halaman 1dari 6

Konsep kesihatan diri

Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan.

Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bererti individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang posoitif. Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak dan kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif secara menyeluruh.Kesihatan diri secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai kecegasan emosi, mental, agama/rohani dan fizikal. Proses perkembangan dan pertumbuhan yang sedang menuju kematangan memerlukan proses pemupukan amalan kesihatan yang betul sama ada dari segi kebersihan diri serta pencegahan dan perawatan penyakit berjangkit. Asas kesihatan juga menekankan keperluan makanan dan pemakanan yang seimbang, berzat dan bermutu bagi membantu proes perkembangan tersebut berjalan secara harmoni dan seimbang. Oleh itu kesihatan boleh dilihat sebagai satu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial. Kesihatan adalah satu keadaan fizikal, mental, sosial dan rohani yang optimum untuk kesejahteraan hidup.

Kesihatan merupakan satu proses dinamik dan sentiasa berubah dan tidak dapat diperolehi dengan cara serta merta tetapi melalui pemupukan ilmu pengetahuan, sikap dan amalan yang kesinambungan dan berterusan.
Kesihatan fizikal yang baik akan menyumbang ke arah pembentukan gaya hidup yang baik kepada sesebuah masyarakat tanpa timbulnya ketegangan dalam bermasyarakat. Contohnya bersukan dan sebagainya. Kesihatan sosial yang baik dapat dilihat dari segi hubungan baik dalam bergaul dan berinteraksi sama ada dengan ahli keluarga, rakan dan masyarakat. Kesihatan emosi / mental yang baik dapat dilihat apabila seseorang itu dapat menghadapi situasi bosan dan risau yang melanda diri. Sekiranya mengalami tekanan, kelesuan dan keletihan, individu yang mempunyai kesihatan mental emosi yang sihat akan dapat menghadapi dan mengurusnya dengn berkesan Kesihatan rohani yang baik dapat dilihat dari segi hubungan individu dengan agama. Sekiranya individu itu mempunyai kepercayaan agama dan mengamalkannya dalam kehidupan dengan penuh tanggungjawab, maka individu itu sihat dari segi rohaninya.

Di antara perkara-perkara yang wajar dikuti untuk menjaga kesihatan diri yang baik supaya memberikan manfaat kepada kanak-kanak termasuklah:
Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan Mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang baik di samping membunuh kuman. Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Istirahat yang mencukupi. Ini termasuk tidur dengan psotur tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. Melalui rehat yang mencukupi bagi kanak-kanak dapat mengurang atau mengelak ketegangan terutamanya urat saraf. Otot juga dapat direhatkan dari ketegangan selepas bekerja atau bersenam di sebelah pagi. Sementara itu tidur di tempat rata dengan pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan anggota badan dari kepenatan.. Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman dan sebagainya. Penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap. Elakkan menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor.

Dengan penjagaan kebersihan diri kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan :
Menjaga kebersihan muka dan rambut dengan mencuci dengan secukupnya.. Kanak-kanak harus dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman. Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran. Pastikan mereka tidak membela kuku panjang bagi menggelakkan kekotoran terperap di dalam kuku. Pastikan pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah. Galakkan mereka menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur. Kanak-kanak hendaklah diberikan rehat yang mencukupi. Jika melibatkan sesi pagi hingga petang, sediakan masa dan ruang bagi mereka untuk tidur, sebelum disambung di sebelah petang.

Gunakan kelambu dan tidak ubat nyamuk semasa tidur. Kanak-kanak mudah tertarik kepada ubat nyamuk dan kadangkala dimakannya.

Di antara faktor-faktor penting di dalam penjagaan kesihatan diri ialah faktor budaya, agama dan baka.
Terdapat perbezaan dalam cara makan seperti penggunaan tangan, garfu, sepit dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut hendaklah dipastikan bersih. Jika kebersihan tidak dijaga bukan sahaja memudahkan jangkitan kuman, tetapi boleh menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit. Penyakit hepatis A, tifoid, keracunan makanan, disentri dan sebagainya boleh merebak melalui alat di atas yang tidak dibasuh dengan sebersih-bersihnya. Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen. Baka menentukan persamaanpersamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi traittrait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Kesanya dari segi kesihatan biasanya baka yang berbadan besa biasanya diturunkan kepada anak-anak.Malahan didapati bahawa kanak-kanak dari ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat dan ini bermakna setengah-setengah penyakit seperti kecing manis, darah tidak boleh beku dan kekerdilan disebabkan oleh faktor baka.Rencatan mental juga didorong oleh perwarisan gen yang resesif daripada ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Perangai ekstrovert atau introvert juga dipengaruhi oleh oleh faktor baka , misalnya ibu bapa yang pemarah, panas baran , sukakan sukan dan sebagainya .

Budaya memainkan peranan penting bagi menentukan kesihatan diri individu . Budaya penjagaan kesihatan dibentuk selepas menjadi amalan rutin sesuatu masyarakat. Di antara faktor-faktor budaya yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dari segi budaya termasuklah;
Adat Istiadat seperti kenduri kahwin, majlis hari jadi dan kematian. Surat Khabar seperti iklan, corak pemberitaan atau penekanan Media elektronik seperti iklan, corak rancangan atau penekanan . Rakan sebaya dalam sesebuah komuniti Organisasi dalam komuniti seperti persatuan,pertubuhan dan parti politik Pemakanan seperti daging (lembu, ayam, babi dan sebagainya) Komunikasi masa seperti penekanan dalam iklan, perbualan atau perbincangan Kepercayaan orang-orang tua

Agama merupakan faktor penting di dalam mempastikan pemupukan kesihatan diri yang positif terutama dari segi rohani.Amalan-amalan agama akan dapat membentuk jiwa yang yakin, ikhlas dan suci dari sebarang kemungkaran. Di antara kepentingan agama di dalam penjagaan kesihatan diri termasuklah;
Dapat membezakan di antara yang bersih dan kotor (mumaiz) Dapat membezakan makanan yang merosakkan diri atau membina diri Dapat menghindarkan perbuatan yang tidak sihat seperti mencuri, makan dari hasil haram, atau menfitnah orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Dapat mengelakkan perlakuan pembaziran misalnya dari segi makanan, pengurusan sesuatu majlis dan sebagainya . Dapat membina ketahanan diri walaupun tidak ada orang kedua atau ketiga. Menimbulkan rasa syukur di atas pemberian Tuhan Tidak bersifat tamak, sebaliknya bersedia berkongsi dengan orang lain. Dapat menggelakkan diri daripada rasa bimbang, takut atau gelisah kerana adanya unsur Tuhan sebagai tempat pergantungan total. Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti mabuk, berzina, membunuh, bunuh diri atau mencederakan orang lain.

Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan. Penjagaan kesihatan diri kanak-kanak Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan Mendapat udara bersih Bersukan dan bersenam mengikut peraturan Rehat yang cukup untuk mengelakkan ketegangan otot Elakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman Penjagaan kulit hendaklah diberi keutamaan

Elakkan menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor Penjagaan kebersihan diri kanak-kanak supaya lebih kemas dan menarik

Menjaga kebersihan muka dan rambut Biasakan mencuci badan apabila kotor bagi membetuk kelaziman Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain melibatkan kekotoran Elakkan menyimpan kuku yang panjang Pakaian sentiasa bersih daripada kekotoran Gosok gigi selepas makan Rehat secukupnya Elakkan guna ubat nyamuk ketika tidur FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENJAGAAN KESIHATAN DIRI ( Pembentangan kumpulan ) Baka Budaya Agama Kesihatan Diri 1.Kesihatan diri merujuk kepada keadaan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial individu yang sempurna dari sebarang penyakit, gangguan atau halangan. Individu yang sihat akan dapat menjalankan kerja dan tugas rutin dengan cekap dan berkesan secara berterusan tanpa sebarang keletihan.

Sekiranya individu tersebut mudah merasa letih dan ketegangan bererti individu tersebut tidak memiliki kesihatan diri yang psoitif. Bagi kanak-kanak yang banyak bergerak dan kadang-kadang lasak memerlukan kesihatan diri yang positif secara menyeluruh.Kesihatan diri secara menyeluruh merujuk kepada kesempurnaan kanak-kanak dalam mencapai kecegasan emosi, mental, agama/rohani dan fizikal. Di antara perkara-perkara yang wajar dikuti untuk menjaga kesihatan diri yang baik supaya memberikan manfaat kepada kanak-kanak termasuklah: Makanan yang mengandungi zat yang diperlukan oleh tubuh badan Mendapatkan udara bersih misalnya dari segi sinaran matahari, pengudaraan bilik darjah yang baik di samping membunuh kuman. Kanak-kanak hendaklah digalakkan bersukan atau bersenam mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Istirahat yang mencukupi. Ini termasuk tidur dengan psotur tidur yang betul sebagaimana ditentukan oleh pakar-pakar kesihatan. Melalui rehat yang mencukupi bagi kanak-kanak dapat mengurang atau mengelak ketegangan terutamanya urat saraf. Otot juga dapat direhatkan dari ketegangan selepas bekerja atau bersenam di sebelah pagi. Sementara itu tidur di tempat rata dengan pengudaraan yang selesa akan memudahkan proses pemulihan anggota badan dari kepenatan..

1.1 1.2

1.3

1.4 1.5 1.6

Penjagaan kesihatan diri yang berkesan dengan mengelakkan dari sebarang kekotoran yang memungkinkan jangkitan kuman dan sebagainya. Penjagaan kulit hendaklah diberikan keutamaan supaya mengelakkan penyakit kulit seperti panau, kudis, kurap dan kayap. Elakkan knjunktiva dengan tidak menggosok mata dengan menggunakan tangan atau bahan yang kotor. 2.Dengan penjagaan kebersihan diri kanak-kanak akan melatih mereka kelihatan kemas dan menarik. Kekemasan diri dapat membentuk imej dan perwatakan yang menarik dan tidak suka kepada kekotoran. Selalunya mereka yang tidak bersih dan pengotor, memberikan gambaran sebenar personaliti individu tersebut. Bagi kanak-kanak kebersihan diri boleh dilakukan dengan :

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Menjaga kebersihan muka dan rambut dengan mencuci dengan secukupnya.. Kanak-kanak harus dibiasakan mencuci badan mereka apabila kotor bagi membentuk kelaziman. Tangan hendaklah dicuci sebelum dan selepas makan, bermain pasir atau aktiviti lain yang terlibat dengan kekotoran. Pastikan mereka tidak membela kuku panjang bagi menggelakkan kekotoran terperap di dalam kuku. Pastikan pakaian yang dipakai oleh mereka sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran seperti hingus, darah atau nanah. Galakkan mereka menggosok gigi selepas makan, sebelum dan selepas tidur. Kanak-kanak hendaklah diberikan rehat yang mencukupi. Jika melibatkan sesi pagi hingga petang, sediakan masa dan ruang bagi mereka untuk tidur, sebelum disambung di sebelah petang.

2.7

Gunakan kelambu dan tidak ubat nyamok semasa tidur. Kanak-kanak mudah tertarik kepada ubat nyamok dan kadangkala dimakannya. 3.Di antara faktor-faktor penting di dalam penjagaan kesihatan diri ialah faktor budaya, agama dan baka.

3.1

Terdapat perbezaan dalam cara makan seperti penggunaan tangan, garfu, sepit dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut hendaklah dipastikan bersih. Jika kebersihan tidak dijaga bukan sahaja memudahkan jangkitan kuman, tetapi boleh menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit. Penyakit hepatis A, tifoid, keracunan makanan, disentri dan sebagainya boleh merebak melalui alat di atas yang tidak dibasuh dengan sebersih-bersihnya. Baka ialah ciri-ciri yang diperturunkan ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen. Baka menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Kesanya dari segi kesihatan biasanya baka yang berbadan besa biasanya diturunkan kepada anak-anak.Malahan didapati bahawa kanak-kanak dari ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat dan ini bermakna setengah-setengah penyakit seperti kecing manis, darah tidak boleh beku dan kekerdilan disebabkan oleh faktor baka. Rencatan mental juga didorong oleh perwarisan gen yang resesif daripada ibu bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Perangai ekstrovert atau introvert juga dipengaruhi oleh oleh faktor baka , misalnya ibu bapa yang pemarah, panas baran , sukakan sukan dan sebagainya . 4.Budaya memainkan peranan penting bagi menentukan kesihatan diri individu . Budaya penjagaan kesihatan dibentuk selepas menjadi amalan rutin sesuatu masyarakat. Di antara faktor-faktor budaya yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dari segi budaya termasuklah;

3.2

4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8

Adat Istiadat seperti khenduri kahwin, majlis hari jadi dan kematian. Surat Khabar seperti iklan, corak pemberitaan atau penekanan Media elektronik seperti iklan, corak rancangan atau penekanan . Rakan sebaya dalam sesebuah komuniti Organisasi dalam komuniti seperti persatuan,pertubuhan dan parti politik Pemakanan seperti daging (lembu, ayam, babi dan sebagainya) Komunikasi masa seperti penekanan dalam iklan, perbualan atau perbincangan Kepercayaan orang-orang tua 5.Agama merupakan faktor penting di dalam mempastikan pemupukan kesihatan diri yang positif terutama dari segi rohani.Amalan-amalan agama akan dapat membentuk jiwa yang yakin, ikhlas dan suci dari sebarang kemungkaran. Di antara kepentingan agama di dalam penjagaan kesihatan diri termasuklah;

Dapat membezakan di antara yang bersih dan kotor (mumaiz) Dapat membezakan makanan yang merosakkan diri atau membina diri Dapat menghindarkan perbuatan yang tidak sihat seperti mencuri, makan dari hasil haram, atau menfitnah orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Dapat mengelakkan perlakuan pembaziran misalnya dari segi makanan, pengurusan sesuatu majlis dan sebagainya . Dapat membina ketahanan diri walaupun tidak ada orang kedua atau ketiga. Menimbulkan rasa syukur di atas pemberian Tuhan Tidak bersifat tamak, sebaliknya bersedia berkongsi dengan orang lain. Dapat menggelakkan diri daripada rasa bimbang, takut atau gelisah kerana adanya unsur Tuhan sebagai tempat pergantungan total. Dapat menghindarkan perbuatan yang boleh merosakkan diri seperti mabuk, berzina, membunuh, bunuh diri atau mencederakan orang lain. Dapat membentuk rasa hormat kepada rakan dengan berlemah lembut , bersopan santun dan bertimbang rasa sesama insan. Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah mengelak kemalangan. Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

JENIS-JENIS PENYAKIT KANAK-KANAK 1. Sakit Perut Berpunca dari sembelit Kanak-kanak sembelit berpunca daripada diet yang kurang fiber. Fiber datangnya dari sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin. Cara mengatasi Galakkan kanak-kanak makan buah-buahan, bijirin, sup, air nasi, jus buah-buahan segar, air teh, air kelapa muda, air daripada sumber yang bersih, sayur-sayuran. Tidak digalakkan menggunakan ubat julap kerana memberi kesan negatif pada jangka masa panjang. Sekiranya berlaku terberak dalam seluar sila laporkan kepada ibubapa untuk rawatan lanjut Berpunca dari cirit birit Berpunca dari makanan dan minuman tercemar Kehilangan banyak air men Cara mengatasi Banyak minum air Berikan makanan lembut seperti bubur dan 24 kemudian boleh diberi makanan biasa Tidak digalakkan guna ubat penahan cirit birit kerana memberi kesan jangka panjang kecuali mendapat nasihat doctor Elakkan makanan dihinggapi lalat makanan hendaklah ditutup Basuh tangan sebelum dan selepas makan 2. Sakit tekak Berpunca dari jangkitan virus Tonsil disebabkan oleh bacteria Cara rawatan Tonsil yang serius boleh dibuat pembedahan Alahan kepada makanan Punca Berlaku tindak balas kimia / makanan Tanda Timbul ruam, mata bengkak, demam, kembung, muntah, lelah, cirit birit, kelihatan letih. Cara mengatasi Elakkan makanan yang menyebabkan alahan Kurangkan makanan yang bergula, garam berlebihan, pewarna, perasa Berhati-hati jika mengamalkan diet Penyakit mata Punca Luka pada bola atau kelopak mata Cairan kimia memasuki mata Benda asing termasuk ke mata Selaput mata Ketumbil Rabun Cara mengatasi Persekitaran yang bersih Tidur dan rehat yang cukup Senaman ringan yang dapat menggerakkan otot Vitamin A untuk elak rabun Pengurusan mata yang betul dari segi pencahayaan, jarak dan pemakaian cermin Elakkan mata daripada sebarang kecederaan Elakkan penyakit mata Batuk dan selsema Punca Disebabkan oleh virus Cara mengatasi Gunakan panadol Ubat jenis antihistamin untuk mengeringkan rembasan yang menyebabkan hidung tersumbat. Ubat jenis ekspektoran untuk mengeluarkan kahak yang sukar Minum air yang banyak Pastikan badan tidak terlalu panas Pengudaraan yang bersih untuk memudahkan pernafasan Bersihkan hidung dari hingus Kutu kepala Punca Kutu kepala mudah berjangkit Kepala rasa gatal akibat gigitan dan najis kutu 6. 5. 4. 3.

Cara mengatasi Gunakan syampo berubat Gunakan sikat yang sesuai Gunakan cuka masak yang suam jika tiada syampo ( rendam kepala ) Elakkan kanak-kanak berkutu berkongsi sikaT Kurap dan panau Punca Berpunca dari fungus binatang Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan langsung Cara mengatasi Sapukan ubat salap yang mengandungi clotrimazole Campurkan larutan kalium permanganate untuk mandi Campurkan belerang dan cuka makan kemudian sapu Asingkan kanak-kanak berkurap semasa beraktiviti Pakaian pesakit hendaklah direndam dan dibasuh dengan air panas Elakkan dari berkongsi tuala atau bantal Asma Punca Saluran udara di paru-paru mengecil akibat pembengkakan dinding dan penghasilan lendir yang berlebihan Serangan asma berlaku akibat reaksi alahan paru-paru terhadap bulu binatang, kesihatan mental yang negative,makanan, asap rokok dan pencemaran udara Disebabkan oleh baka atau keturunan Cara mengatasi Psikologi beri keyakinan kepada kanak-kanak bahawa ia akan sembuh Duduk secara bersandar Sedut bronkodilator ( sejenis dadah ) bagi memudahkan pernafasan 8. 7.

Sakit gigi Punca Demam gigi gigi baru tumbuh Plak gigi Gigi berlubang Kududukan gigi tidak terusun rapi ( maloklusi ) Radang gusi Cara mengatasi Rawatan di klinik pergigian Makan makanan berzat Elakkan makanan ringan dan bergula Hapuskan plak gigi Menggunakan bahan yang mengandungi fluoride Berjumpa doktor gigi untuk rawatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali. 10. Cacing Cara mengatasi Penggunaan tandas yang sempurna Memakai alas kaki semasa ke tandas Membasuh bahan permainan yang jatuh ke tanah Berikan ubat cacing yang sesuai Potong kuku tangan dan kaki Berjumpa doktor sekiranya serius Amalan pemakanan yang sihat dan bersi

9.

LAPORAN KESIHATAN KANAK-KANAK PRASEKOLAh

I. II. III. IV. V. VI.

Daripada pemerhatian yang dilakukan sepanjang berada di prasekolah ini, saya merumuskan beberapa perkara iaitu : Pihak sekolah amat menitikberatkan penjagaan kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dimestikan berambut pendek dan pkanak-kanak perempuan yang berambut panjang dimestikan mengikat rambut dan berpakaian kemas. Pakaian seragam kanak-kanak dimestikan bertukar pada setiap hari. Pembantu prasekolah yang amat prihatin dengan kanak-kanak akan memotong kuku kanak-kanak yang panjang. Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas makan juga diamalkan. Pihak hospital juga mengadakan lawatan mengikut jangkamasa yang ditetapkan. Sebagai contoh, pada hari Khamis, 3 April 2008, jururawat hospital dating membuat pemeriksaan dan membekalkan kanak-kanak dengan ubat cacing setiap seorang.

Anda mungkin juga menyukai