Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI HARTAMAS TAMAN SRI HARTAMAS 50480 KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI

DAN KESIHATAN KALI PERTAMA 2013. Tarikh Masa Tempat Pengerusi Nama Yang Hadir

: 16 Januari 2013
: 1.45 petang

: Kelas 1 Setia
: Encik Mohammad Khadry bin Mustafa :1. 2. 3. 4. 5. 6. En Muhammad Khadry b Mustafa En Iqbal Hanafi b Masduki Puan Husnita bt Zainon Puan Razana bt Makhtar Puan Rafidah bt Akhya Puan Adawiah bt Loman

Nama Yang Tidak Hadir Turut Hadir (Jika ada) Urus Setia

: Tiada : En Halim b Khamis . : Puan Husnita bt Zainon

PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi Mesyuarat Panitia kali pertama 2013. Tindakan: makluman

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1. Pengesahan minit mesyuarat Cadangan : En Iqbal Hanafi b Masduki Disokong : Puan Razana bt Makhtar Tindakan: makluman

PERKARA BERBANGKIT: 3.1.Pengerusi mengingatkan semua guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan supaya menggunakan buku rekod keluar masuk peralatan sukan apabila menggunakan peralatan sukan. Tindakan: Semu guru PJK 3.2. Pengerusi juga memohon kerjasama guru-guru PJK agar memastikan keselamatan murid-murid ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran di padang. Tindakan: Semua guru PJK
No. Keluaran 01 Tarikh Keluaran No. Pindaan 09 JANUARI, 2012 01 Hak Cipta Terpelihara@PPWBP2012 Tarikh Pindaan 30 JUN2012

HAL-HAL PROFESIONAL 4.1. HSP/Standard Dokumen 4.1.1 Pengerusi menjelaskan HSP/Standard Dokumen adalah perkara yang paling utama dan sangat penting bagi semua guru kerana HSP/Dokumen Standard menjadi panduan guru dalam melaksanakan proses P&P.

Tindakan:Semua guru PJK

4.2. Rancangan Tahunan 4.2.1.Pengerusi meminta semua guru dapat menghasilkan Rancangan Tahunan berdasarkan HSP/Dokumen Standard untuk memudahkan proses P&P dijalankan. Pengagihan tugas untuk membuat Rancangan Tahunanadalah seperti berikut: i. Tahun 1 En Iqbal Hanafi b Masduki ii. Tahun 2 En Iqbal Hanafi b Masduki iii . Tahun 3 En Iqbal Hanafi b Masduki iv. Tahun 4 Pn Husnita bt Zainon v. Tahun 5 Pn Husnita bt Zainon vi. Tahun 6 En Muhammad Khadry b Musftafa Tindakan:Semua guru PJK 4.3.Format RPH 4.3.1 Format RPH perlu diselaraskan dan item-item yang perlu ada dalam RPH adalah seperti berikut: i. Tajuk ii. Objektif ( psikomotor, afektif, kognitif) iii. Strategi / Aktiviti 4.3.2 RPH untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (KSSR) i. Tunjang ii. Tajuk iii Standard Kandungan iv. Standard Pembelajaran v. Strategi/ Aktiviti Tindakan:Semua guru PJK 4.4 MMI 4.4.1 Pengerusi mencadangkan agar semua guru bekerjasama dalam menyediakan modul untuk MMI agar proses P& P dapat dilaksanakan walaupun semasa ketiadaan guru-guru PJK di sekolah. Tindakan:Semua guru PJK 5 HAL-HAL LAIN 5.1. Pengerusi mengingatkan bahawa penggunaan buku kerja PJK tidak wajib bagi Tahap 1 manakala bagi Tahap 2 boleh digunakan sekiranya murid-murid telah membelinya.

Tindakan:Semua guru PJK


No. Keluaran 01 Tarikh Keluaran No. Pindaan 09 JANUARI, 2012 01 Hak Cipta Terpelihara@PPWBP2012 Tarikh Pindaan 30 JUN2012

5.2 En Iqbal mencadangkan agar program senamrobik diteruskan pada tahun ini. Program tersebut akan dijalankan seperti tahun lepas iaitu setiap pagi Rabu bagi minggu kedua dan keempat. Tindakan: En Iqbal dan En Khadry 6 PENUTUP Pengerusi berharap agar apa yang dirancang dapat diambil tindakan dengan sebaik mungkin. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..........................................

................................

(PN HUSNITA BT ZAINON) Setiausaha Panitia PJK Sek.Keb.Seri Hartamas

(EN MUHAMMAD KHADRY B MUSTAFA) Ketua Panitia PJK Sek. Keb. Seri Hartamas

Tarikh : 19.1.2013

No. Keluaran 01

Tarikh Keluaran No. Pindaan 09 JANUARI, 2012 01 Hak Cipta Terpelihara@PPWBP2012

Tarikh Pindaan 30 JUN2012