dan masih berterusan sehingga sekarang. Dalam konteks kerjasama ini, usaha yang dijalankan adalah agar setiap papan tanda perniagaan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada DBPWS terlebih dahulu. Tanpa pengesahan bahasa daripada DBPWS, permohonan mahupun pembaharuan lesen bagi peniaga dan pengiklan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak MBJB. Usaha MBJB ini mendapat perhatian Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan mulai tahun 2011, MPPG turut melaksanakan kaedah yang sama kepada pihak peniaga dan pengiklan yang ingin memohon atau memperbaharui lesen mereka agar mendapatkan pengesahan bahasa daripada DBPWS. Sesungguhnya usaha MBJB dan MPPG ini merupakan usaha yang amat baik bagi meningkatkan martabat bahasa Melayu. Dalam hal ini, peniaga dan pengiklan akan sedar peri pentingnya penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat, khususnya dalam papan tanda dan papan iklan.
Kesalahan dan kecelaruan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda dan papan iklan masih lagi ditemui di tempat-tempat awam. Situasi ini menggambarkan sikap peniaga atau pengiklan yang tidak prihatin terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat. Sikap mereka yang mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat dan berkesan menyebabkan martabat
bahasa Melayu seolah-olah diperlekehkan. Dalam hal ini, soal betul atau salah penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda mahupun papan iklan bukan menjadi pertimbangan utama peniaga dan pengiklan, sebaliknya mereka hanya mementingkan bahasa yang digunakan pada papan tanda yang mereka anggap dapat difahami oleh pengguna. Justeru, terdapat segelintir peniaga dan pengiklan yang mencampuradukkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau menjadikan bahasa rojak pada papan tanda premis mereka. Antara kesalahan tersebut yang biasa saya temui ialah: i. Konsortium Bas Ekspress yang sepatutnya adalah Bas Ekspress Konsortium. ii. Goreng Pisang Panas sepatutnya Pisang Goreng Panas iii. Perlantikan sepatutnya Pelantikan iv. Kedai Kerinting Rambut sepatutnya Kedai Keriting Rambut Begitu juga, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar seperti kata-kata Pendeta Zaba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun
Pada 22 Mac 2009, pelajar-pelajar kuliah HMT 329 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lebuh Gurney dan Plaza Gurney bersama dua orang pengiring iaitu pengajar HMT 329, Dr. Radiah dan seorang pengajar bahasa Korea dari Pusat Pengajian Bahasa Literasi dan Terjemahan iaitu Cik Helena. Kami telah menaiki bas pada jam 9.30 pagi dari Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan lawatan kami adalah untuk melihat analisis kontrastif dari segi penjenamaan semula, bentuk hormat, kesalahan bahasa dan penggunaan kata panggilan. Sepanjang perjalanan dan lawatan kami telah menemui beberapa aspek yang menjadi tumpuan kajian kami. Aspek pertama yang ditemui adalah dari segi bentuk hormat. Bentuk hormat ini telah ditunjukkan oleh dua orang pelajar kursus HMT 329 iaitu Nasibah dan Chan Yan Yi sewaktu berada di dalam bas. Mereka berdua telah bangun dari tempat duduk dan memberi ruang kepada golongan yang lebih tua yang menaiki bas tersebut apabila bas tersebut berhenti mengambil penumpang. Mereka juga bercakap secara sopan kepada orang tua tersebut, seperti Tak pe mak cik duduklah.
Kami tiba di Lebuh Gurney sekitar jam 10.15 pagi dan melawat kawasan sekitarnya. Dalam perjalanan kami ke Lebuh Gurney kami telah menemui aspek penjenamaan semula. Penjenamaan semula atau rebranding atau re-packagin, menurut Kamus Dewan Edisi ketiga membawa maksud Pemberian Jenama (nama tertentu) kepada sesuatu barang yang dihasilkan.. Lantas penjenamaan semula itu mengikut fahaman biasa adalah memberi nama baru kepada produk yang sama atau nama baru kepada produk yang telah mengalami penambahbaikan. Antara contoh penjenamaan semula yang ditemui ialah Fly Fm yang ditemui pada bahagian Bas Rapid Penang, penjenamaan MAXIS, HONDA, FOLLOW ME, TM dan SHARP di tempat menunggu bas dan penjenamaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang terdapat di Bas Rapid Penang yang tidak mengenakan tambang. Namun, kami agak sedih apabila melihat keadaan telefon awam yang disediakan oleh syarikat TM. Telefon awam disediakan untuk kegunaan orang awam tetapi telah disalahgunakan sehingga telefon itu tidak dapat berfungsi lagi.
Telefon awam yang dikatakan. Telefon ini tidak berfungsi apabila ganggang diangkat.
Bagi aspek kesalahan bahasa, masih banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa Melayu.
Contohnya kesalahan penggunaan kata di sebagai kata sendi nama dan penggunaan kata di sebagai imbuhan kata kerja. Antara kesalahan penggunaa n kata di sebagai imbuhan kata kerja adalah seperti dalam ayat di bawah:a) Kerja pembersihan sedang di jalankan b) Di larang masuk c) Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat d) Di-larang meletakkan baisikel2 di-hadapan gudang ini. Contoh ini telah ditemui di tandas awam yang terdapat di Padang Kota Lama. Penggunaan kata di dalam ayat di atas merupakan imbuhan kata kerja yang mana ejaannya perlu dirapatkan. Namun pengguna melakukan kesalahan apabila mengeja perkataan ini secara terpisah. Selain itu kesalahan penggunaan di sebagai imbuhan kata kerja ini juga telah ditemui di beberapa papan tanda yang terdapat di sekitar Lebuh Gurney. Sebagai contoh, dalam gambar papan tanda di bawah. Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Kata di dalam penggunaan di papan tanda adalah merujuk kepada imbuhan kata kerja namun telah dieja secara terpisah oleh pengguna. Bagi kesalahan penggunaan di sebagai kata sendi nama pula boleh juga dilihat pada papan tanda yang digunakan oleh penjual di kedai-kedai makan. Antara contoh yang dapat ditemui sewaktu berada dalam perjalanan ke Lebuh Gurney ialah dalam ayat berikut: a) Kari kepala ikan ada dijual disini. Dalam ayat di atas penggunaan kata di ialah sebagai kata sendi nama iaitu untuk menunjukkan
tempat dan sepatutnya dieja secara terpisah, namun dalam ayat yang ditemui, kata di dieja secara rapat dengan perkataan sini yang menunjukkan tempat. Hal yang sama juga dapat ditemui pada papan tanda yang terdapat di Kota Cornwallis iaitu seperti di dalam ayat dan gambar di bawah : a) Dilarang memanjat. Tembok diatas bervoltan tinggi. b) Perhentian bas ini telah ditempatkan semula ke tapak disebelah Gudang 8. c) Menjadi yang pertama di kalangan
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Penggunaan kata di dalam ayat di atas adalah sebagai kata sendi nama yang sepatutnya dieja terpisah tetapi pengguna mengejanya secara rapat. Selain itu, kami turut menemui kesalahan ejaan bagi ejaan kata majmuk. Sebagai contoh kata majmuk hak milik. Pengguna mengeja perkataan hak milik ini secara rapat iaitu hakmilik sedangkan perkataan hak milik ini merupakan kata majmuk yang belum mantap dan sepatutnya dieja secara terpisah. Buktinya dapat dilihat dalam gambar di bawah :
Gambar 8
Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang tidak sesuai yang dapat dilihat pada papan iklan dan papan tanda seperti dalam ayat dan gambar di bawah: a) Happy hair is beautiful hair
Ayat ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai rambut yang sihat ialah rambut yang cantik. Penggunaan kata happy dilihat tidak bersesuaian dengan terjemahannya. Gambar 9
Selain itu, terdapat juga perkataan bahasa Inggeris yang tidak setara dengan terjemahan bahasa Melayu yang disertakan. Antaranya ialah perkataan masuk dan way in. Way in jika diterjemahkan dalam bahasa Melayu ialah jalan masuk. Selain itu, dalam ayat kawalan sprinkler injap dan pam, diterjemahkan sebagai sprinkler control valves and pumps menunjukkan ba hawa perkataan bahasa Inggeris sprinkler dikekalkan dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu yang sepatutnya digunakan ialah perenjis. Contoh-contoh kesalahan lain yang boleh dilihat ialah: a) Ayat sumber, TEMPAT LARANGAN. DI LARANG MASUK JUKA TIADA KEBENARAN Ayat sasaran, PROTECTED PLACE. NO ADMITTANCE TO UNAUTHORISED PERSON b) Ayat sumber Di beri nama bersempena nama Gabenor Negeri-negeri Selat 1880-1887, Sir Federick Weld. Jalan baru dibina di persisiran laut, selari dengan lebuh Pantai selepas tebus guna tanah pada tahun 1880an. Ayat sasaran Named after Sir Frederick Weld, Gavernor of Straits Settlements 1880-1887. Beach Street used to have sea frontage until land reclamation in 1880s move. Gambar 10
Gambar 11
Gambar12
Gambar 13
Di samping itu, terdapat juga kesalahan penggunaan kata yang dieja secara terbalik pada satu papan tanda iklan seperti ejaan yang terdapat pada Ambulans. Kesalahan ini dapat dilihat pada perkataan SALE di sebuah kedai di Plaza Gurney. Malahan, terdapat juga kedai yang menggunakan satu huruf untuk mewakili dua perkataan yang berbeza. Contohnya dapat dilihat dalam perkataan dan gambar di bawah : Gambar14
Gambar 15
Seterusnya ialah analisis terhadap dapatan di Plaza Gurney. Secara keseluruhannya, kebanyakan premis dan kedai yang terdapat di Plaza Gurney merupakan kedai yang eksklusif dan para pekerjanya dilihat berbangsa Cina. Dari segi penggunaan bahasa pula, mereka lebih banyak bertutur dalam bahasa Cina dan ada juga yang bertutur di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Kami mendapati, pekerja yang sama bangsa seperti pekerja berbangsa Cina, mereka bertutur dengan rakan sekerja menggunakan bahasa Cina. Apabila kami memasuki kedai, mereka menggunakan bahasa Cina untuk bercakap dengan Suan dan mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan pelajar berbangsa Melayu.
Terdapat juga pekerja Cina yang fasih berbahasa Melayu yang ditemui seperti kedai Laser yang menjual CD dan VCD yang kami kunjungi. Pekerjanya menuturkan bahasa Melayu walaupun Suan ada bersama kami. Selain itu, terdapat juga pekerja yang bertutur menggunakan percampuran kod dan menggunakan bentuk panggilan I dan you. Situasi ini dapat dilihat apabila pekerja Melayu bercakap dengan pekerja berbangsa Cina. Mereka juga dilihat menggunakan percampuran kod iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Gambar 16
Kedai CD dan VCD yang menuturkan bahasa Melayu dengan fasih. Semasa kami memasuki kedai yang menjual cheongsam, kami disambut oleh pekerja berbangsa Cina separuh umur. Beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Apabila diteliti, terdapat juga baju cheongsam yang dijual menggunakan elemen batik. Oleh itu kami dapat mengagak, mungkin beliau adalah berketurunan Baba dan Nyonya. Selain itu terdapat pekerja berbangsa Cina yang terus bercakap menggunakan bahasa Cina apabila melihat Suan datang ke kedai mereka walaupun kami ada bersama Suan. Pekerja berbangsa Cina ini terus menggunakan bahasa Melayu apabila Suan menyatakan bahawa beliau tidak memahami apa yang dikatakannya. Namun, pekerja tersebut memandang pelik kepada Suan dan pekerja tersebut ada berkata dalam bahasa Cina kepada rakannya bahawa Suan nampak seperti Cina tetapi kenapa tidak faham apabila beliau bercakap bahasa Cina. Situasi ini te lah berlaku di kedai menjual alat mekap iaitu Sasa. Gambar 17
Pekerjanya menuturkan bahasa Cina dengan Suan dan agak pelik apabila Suan tidak memahami bahasa Cina. Terdapat juga penjual berbangsa Cina yang sukar menterjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Hal ini telah berlaku di sebuah kedai pakaian ekslusif yang telah dimasuki oleh Huda dan Suan. Pekerjanya pada mulanya bercakap menggunakan bahasa Inggeris tetapi apabila Huda menyatakan bahawa beliau tidak faham, beliau cuba bercakap menggunakan bahasa Melayu. Namun, beliau dilihat agak sukar untuk menterjemahkan apa yang dituturkannya dalam bahasa Inggeris sebelum ini kepada
Huda apabila Huda bertanya kepadanya Apa yang awak cakap? Saya tak fahamla. Intonasi yang digunakan agak lambat berbanding semasa bertutur menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini mungkin terjadi kerana kedai yang kami masuki itu menjual pakaiaan-pakaian ekslusif yang sesuai ke pejabat. Oleh itu, beliau mungkin mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap kami. Gambar 18
Kedai pakaian ekslusif yang dimaksudkan. Dalam hal lain, terdapat premis terbuka yang penjualnya hanya menuturkan bahasa Cina walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu yang melihat beliau mempromosi barangan jualannya, namun penjual tersebut langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Hal ini dapat dilihat sewaktu kami melihat seorang penjual Cina mempromosi barangan elektrik iaitu sebuah seterika elektrik yang canggih berjenama Multisteamer. Walaupun terdapat pelanggan berbangsa Melayu di situ, beliau tidak mengendahkannya dan terus bercakap dan mempromosi barangnya menggunakan bahasa Cina. Hal ini mungkin kerana pengunjung berbangsa Cina lebih ramai berbanding pengunjung berbangsa Melayu. Bagi aspek penggunaan bentuk panggilan pula, terdapat juga pekerja yang menggunakan bentuk panggilan apabila kami memasuki kedai mereka seperti penggunaan bentuk panggilan Miss, Cik yang digunakan oleh penjual di kedai Elements, Laser, Sasa dan Thefaceshop yang dimasuki oleh Huda dan Suan. Namun begitu, tedapat juga penjual yang menggunakan bentuk panggilan dan kata sapaan yang kurang sesuai seperti yang digunakan oleh pekerja perempuan berbangsa Melayu di Habib Jewels yang menyapa kami dengan panggilan adik dan agen Celcom berbangsa Cina yang menyapa kami dengan panggilan kak. Walaupun begitu, terdapat juga kedai -kedai yang pekerjanya mengabaikan aspek panggilan dan bentuk sapaan ini. Mereka bertanya tanpa menggunakan panggilan. Contohnya, Mahu
kasut macam mana? dan want to try it. Sepanjang pemerhatian kami, kami juga tertarik kepada sekumpulan pelancong Arab yang mengunjungi sebuah kedai di Gurney Plaza. Kami menghampiri mereka untuk mengetahui bahasa yang akan mereka gunakan. Seperti biasa, kami menjangkakan mereka akan menggunakan bahasa Inggeris. Namun sangkaan kami agak meleset, mereka hanya menggunakan ungkapan how much dan thank you sahaja dalam bahasa Inggeris. Mereka tetap bertutur dalam bahasa ibunda dan menggunakan isyarat kepada penjual untuk mewakili ungkapan yang ingin diujarkan. Penjual menggunakan kalkulator untuk menunjukkan harga selepas diskaun kepada mereka. Penjual itu juga dilihat tidak berkomunikasi secara lisan dengan mereka.
s1600-h/DSC00647.JPG"> Sekumpulan pengunjung Arab yang dimaksudkan. Namun kami hanya sempat mengambil gambar di bahagian belakang. Kesimpulannya, banyak aspek dapat dikaji dan diperolehi sepanjang lawatan ini. Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna dalam menuturkan bahasa Melayu adalah dari aspek penggunaan bentuk panggilan, dan kesalahan ejaan. Penggunaan bentuk panggilan yang betul oleh pekerja kedai adalah penting untuk menunjukkan tanda hormat kepada pengunjung. Begitu juga dengan kesalahan ejaan, ia tidak sepatutnya berlaku di tempat-tempat awam yang sentiasa dikunjungi oleh orang awam. Kesalahan bahasa ini perlu diperbaiki dan ditangani bagi memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia kerana banyak pelancong asing yang mengunjungi Pulau Pinang. Kerajaan juga boleh mengambil
tindakan yang sewajarnya seperti mengenakan denda dan kempen bagi mengatasi kesalahan penggunaan bahasa ini.
KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN Sejumlah 135 nama pusat perniagaan - dari yang kecil seperti warung makanan hinggalah yang besar seperti pasar raya - dikumpulkan di kedua-dua kawasan itu. Daripada data yang dikumpulkan itu, pelajar-pelajar berkenaan mendapati bahawa wujud tiga keadaan tentang penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pemilik pusat perniagaan. Keadaan yang pertama ialah bahasa kebangsaan digunakan, tetapi terdapat penggunaan yang betul dan yang salah. Yang kedua ialah hal sebaliknya, iaitu bahasa kebangsaan tidak digunakan langsung, diambil alih oleh bahasa Inggeris. Keadaan ketiga ialah penggunaan bahasa bercampur, iaitu bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris. Dengan hal yang demikian, data tersebut diasingkan mengikut empat aspek utama, iaitu penggunaan bahasa yang betul, penggunaan bahasa yang salah, penggunaan campuran kod, dan penggunaan bahasa Ingggeris sepenuhnya.
Penggunaan bahasa yang tepat ialah yang menepati ciri pengejaan dan binaan frasa. Penggunaan ejaan yang betul ialah yang mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Bahasa Malaysia yang berkuat kuasa mulai tahun 1972. Binaan frasa yang betul pula bermaksud binaan yang mengikut Hukum D-M, iaitu perkataan pertama ialah inti atau unsur yang diterangkan, dan perkataan yang berikutnya merupakan penerang atau unsur yang menerangkan, melainkan yang melibatkan kecualian peraturan D-M.[2] Penggunaan bahasa yang salah ialah penggunaan yang menyimpang daripada peraturan ejaan dan binaan frasa bahasa kebangsaan. Ejaan yang digunakan tidak mematuhi Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia, khususnya bagi yang melibatkan sistem keselarasan huruf vokal. Frasa yang salah ialah yang tidak mengikut Hukum D-M melainkan yang melibatkan kecualian bagi hukum tersebut. Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya ialah yang mengambil seluruhnya perkataan daripada bahasa Inggeris yang belum diterima dan disahkan penggunaannya oleh Jawatankuasa Istilah, sama ada dari segi ejaan asal daripada bahasa sumber itu atau ejaan yang diubahsuai, serta penggunaan frasa mengikut peraturan bahasa sumber tersebut. Penggunaan bahasa bercampur atau campuran kod pula bermaksud terjadinya campuran perkataan asli bahasa Melayu atau perkataan daripada bahasa lain yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu mengikut ketetapan yang dibuat oleh Jawatankuasa Istilah yang diwujudkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan perkataan daripada bahasa lain, khususnya bahasa Eropah, yang belum diterima atau disahkan oleh Jawatankuasa Istilah tersebut.
Penggunaan Bahasa yang Tepat Daripada 135 dapatan, didapati 37 buah pusat perniagaan menggunakan bahasa yang tepat. Namanama kedai tersebut ialah:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19.
Galeri Tudung Kedai Alat Solek & Alat Jahitan Yen Yun Kedai Barangan Elektrik Kedai Cermin Tan Kedai Emas Ariffin Kedai Emas CYS (Cawangan) Kedai Emas Kwang Yao Kedai Emas Ming Kedai Emas Wah Heng Kedai Emas Waja Kedai Gambar Hollywood Kedai Gunting Rambut Kedai Jam Kwam Ming Kedai Kain Wan Kedai Kasut Bee Bee Kedai Kek dan Roti Sweden Klinik Sura Gate Megah Berkat Sdn. Bhd. Nirwana Maju Sdn. Bhd.
20. Optik Wangsa 21. Perniagaan Daya Bumi 22. Perniagaan Joon 23. Perniagaan Komunikasi CKC 24. Perniagaan Win Fatt 25. Pusat Jahitan Anda 26. Pusat Jualan Leno 27. Pusat Kecantikan Nini 28. Pusat Latihan Komputer Belta 29. Pusat Tutorial Reesha 30. Pustaka Seri Intan 31. Restoran KFC 32. Restoran Lian Fong Yuen 33. Sendayu Tinggi 34. Seriwali Sdn. Bhd. 35. Syarikat Eng Hin 36. Syarikat Stereo 37. Syarikat Wong Fok Ming
Penggunaan Bahasa yang Salah Daripada 135 dapatan, terdapat 14 penggunaan yang tidak menepati peraturan bahasa dari aspek ejaan dan binaan frasa. Penggunaan yang salah mengikut jenis kesalahan adalah seperti yang berikut:
Kesalahan Ejaan 1. Kedai Perabut SPS 2. Pasaraya Aneka 3. Pasaraya Ku 4. Pasaraya You Hoe 5. Syarikat Perabut Shanghai 6. Warong Aisyah
Kesalahan Frasa 1. Choo Yik Sin Kedai Buku dan Surat Khabar 2. Cik Aisyah Kedai Rempah 3. Dungun Kopitiam 4. Ennie Tukang Jahit 5. Juliana Butik & Aksesori 6. Nara Tomyam Dungun 7. Takaful Ikhlas Fitrah Agensi
1. Emaskraf Harum
Ejaan perabut salah kerana perkataan itu dipinjam daripada bahasa Indonesia yang tidak tertakluk kepada pola keselarasan vokal bahasa Melayu, maka sepatutnya diejakan perabot seperti ejaan asalnya. Sebagai kata majmuk yang dieja secara terpisah, perkataan pasaraya sepatutnya diejakan pasar raya. Perkataan warong seharusnya diejakan warung kerana bentuk ini terikat dengan ejaan pola keselarasan huruf vokal bahasa Melayu. Tujuh kesalahan frasa terjadi kerana pengguna bahasa meletakkan unsur menerangkan (M) di hadapan, sedangkan mengikut peraturan binaan frasa dalam bahasa kebangsaan, unsur yang diterangkan (D) hendaklah didahulukan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Hukum D-M. Oleh itu, bahagian yang bergaris sepatutnya diletakkan di hadapan sekali. Perkataan Emaskraf mengalami dua kesalahan serentak. Pertama, kesalahan ejaan, kerana sepatutnya perkataan itu diejakan secara terpisah, iaitu Emas Kraf. Kedua, dari segi frasa, bentuk Emas Kraf itu masih salah kerana perkataan Kraf merupakan hal yang diterangkan, maka perlu diletakkan di hadapan, iaitu Kraf Emas.
Penggunaan Bahasa Bercampur Selain itu, 23 keping papan tanda menggunakan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris. Percampuran ini melibatkan penggunaan ejaan dan binaan frasa mengikut sistem bahasa Inggeris, suatu ciri yang tidak digunakan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Contoh penggunaan bahasa kebangsaan yang bercampur dengan bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut:
1. Agensi Pelancongan Miracle Journey 11. Network Sdn. Bhd. 12. 2. Dona Trading Sdn. Bhd. 13. 3. Gah Ria Enterprise Peralatan Memancing 14. 4. Howah Mobile Service 15. 5. Jose Penjual & Servis 16. 6. Kasturi Sports Centre Sdn Bhd 17. 7. Kedai Alat Telekomunikasi Zamain Dunter 18. Enterprise 19. 8. Kedai Cat 20. Jotun MulticolourPengkalan Hardware Trading 21. 9. Kedai Peralatan Telekomunikasi Technic 22. Point Communication 23.
Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd Perabot Ching Furniture Perniagaan Rock Fashion Pok Eng Tin Enterprise Sdn. Bhd. Pure Technology SolutionSdn Bhd Pusat Cenderamata SmartCC Sdn Bhd Pusat Jualan dan ServisKomputer Pusat Jubin Prestige Pusat Komputer MSH Tech Enterprise Pusat Persolekan Prime Beauty Therapy Centre Syarikat Dungun AluminiumTrading Tukang Jahit Unisex Modern Wakil Insurans Syarikat Seng Huat
Motor Trading
Penggunaan Bahasa Inggeris Sepenuhnya Sejumlah 67 penjenamaan didapati menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, termasuk dari segi ejaan dan binaan frasa, seperti yang berikut.
1. AA Indah Maju Enterprise 2. Aida Zack Enterprise 3. An Refrigeration & Electrical Service 4. Azax Design 5. Aziela Fashion 6. Azmiera Boutique Collection 7. BPD Enterprise 8. Chin Hin Trading 9. CK Motorsport Accessories And Services 10. Click Surf Cafe 11. Convert Apperal Shop 12. DMA Boutique Collection 13. Dona Trading Sdn. Bhd. 14. Dungun Insurance Agency 15. Dungun Optometry Centre 16. Era Nona Ent. 17. Etiqa Cipta Tuah Agency 18. EU Gemilang Enterprise 19. Fei Yi Trading 20. Grace Computer & Communications 21. Haziq Enterprise 22. Hew Foong Hardware 23. House Of Healin 24. Howah Mobile Service 25. I-Management 26. Insa Jaya Agency 27. Insujaya Agency 28. J.J. Enterprise 29. Jose Jaya Enterprise 30. Lan Cushion Studio 31. M. Idris Enterprise 32. Ma Thai Enterprise Trading 33. Mainstech Computer 34. Mesra Indah Collection
35. Mitra Valuers & Property Consultant Sdn Bhd 36. My Boutique 37. New Star Enterprise 38. Pesona Trading 39. Pizzahut 40. Pujangga Saba Learning Centre 41. Pure Technology Solution Sdn Bhd 42. Ros De Cleopatra 43. Sara Fesyen N Collection 44. Shell Gas 45. Sinaran Refrigeration Service 46. Sky Net Ent. 47. Sri Dungun Enterprise 48. Sri Gate Photo 49. Sri Jaya Hardware Trading 50. Sri Nang Trading 51. Star Sports & Jeans 52. Sura Gate Baby Centre 53. Syahdilla Enterprise 54. Tee Off Communication 55. Tee Off Communication 56. Trinergy Enterprise 57. Tropicana Mobile Centre 58. Tuah Sport Centre 59. UPC Computer Centre 60. W.I. Bistari Enterprise 61. Wadi Agency 62. Wan Sha Collection 63. Wei Hin Hardware 64. Wong Fok Ming Hardware 65. Xcom Centre 66. Yonex C.T. Sport 67. Z.I. Damai Maju Enterprise
RUMUSAN DARIPADA dapatan kajian ini, dapatlah dirumuskan secara umum bahawa status penggunaan bahasa kebangsaan berada dalam keadaan yang berikut: Tahap Penggunaan Bahasa Kebangsaan adalah Agak Baik Dari sudut penggunaan bahasa kebangsaan, jumlah kesalahan yang sangat kecil berbanding dengan jumlah penggunaan yang betul menunjukkan bahawa masyarakat telah dapat menguasai aspek penggunaan bahasa dengan baik. Kesalahan yang terjadi melibatkan ejaan didapati disebabkan oleh pengguna tidak menguasai sistem ejaan Rumi baharu. Kesalahan penggunaan frasa wujud daripada ketidakfahaman tentang cara binaan frasa nama yang betul mengikut sistem bahasa Melayu yang berdasarkan Hukum D-M. Oleh itu, frasa yang digunakan dipengaruhi oleh bentuk bahasa Inggeris.
Kecenderungan untuk Tidak Menggunakan Bahasa Kebangsaan Jumlah penggunaan bentuk bercampur atau percampuran kod dan bentuk bahasa Inggeris sepenuhnya yang sangat tinggi menunjukkan bahawa masyarakat masih lagi terpengaruh dengan bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian. Kecenderungan ini merupakan sikap yang tidak baik untuk perkembangan bahasa kebangsaan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan aliran pendidikan yang diterima adalah dalam bahasa kedua, di samping kerana bahasa kebangsaan tidak menjadi bahasa komunikasi dalam keluarga dan tugasan harian.
CADANGAN UNTUK meningkatkan penggunaan dan mutu bahasa kebangsaan, beberapa tindakan perlu dilakukan. Hal ini melibatkan penelitian dan kecaknaan yang tinggi pihak berkuasa tempatan yang meluluskan penamaan sesuatu premis perniagaan dan membenarkan nama itu dipamerkan kepada masyarakat. Pertama, pihak berkuasa tempatan perlu menasihati pemilik agar menamakan premis masing-masing menggunakan bahasa kebangsaan. Sangat perlu pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan peraturan bahawa sekiranya nama premis tidak menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya, pendaftaran premis tersebut tidak diluluskan. Kedua, pihak berkuasa tempatan juga harus meneliti penggunaan bahasa kebangsaan supaya mematuhi peraturan ejaan yang berkuat kuasa semasa penilaian itu dilakukan, dan memastikan penggunaan frasa mengikut sistem bahasa Melayu yang menjadi teras bahasa kebangsaan. Sekiranya pegawai yang terlibat dalam hal itu tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan betul, pegawai tersebut wajar dihantar untuk mengikuti kursus pendek dengan pihak berkuasa bahasa kebangsaan. Pegawai itu juga seharusnya merujuk kepada Unit Khidmat Bahasa yang terdapat di Dewan Bahasa
dan Pustaka untuk mendapat nasihat yang sewajarnya. Perkhidmatan itu boleh dibuat secara langsung dengan pegawai yang bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, atau membuat rujukan melalui laman sesawang badan itu, www.dbp.gov.my.
PENUTUP PENGGUNAAN bahasa kebangsaan sebenarnya tidaklah menyusahkan. Sistem yang sedia wujud dalam bahasa kebangsaan negara kita lebih mudah jika dibandingkan dengan sistem dalam bahasa Inggeris. Hal ini dapat dibuktikan dengan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia yang dapat bertutur dengan baik dalam masa yang tidak panjang. Semua pihak pengguna bahasa atau masyarakat, pihak berkuasa tempatan, dan pihak berkuasa bahasa kebangsaan harus bekerjasama. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara yang perlu diberi keutamaaan penggunaannya sekiranya melibatkan orang awam. Papan tanda nama pada premis perniagaan dapat dianggap sebagai hal yang rasmi kerana pameran itu dilakukan untuk panduan dan pengetahuan awam.
4.1 Faktor-faktor Penyebab Kerancuan Banyak faktor yang menyebabkan kerancuan terjadi. Menurut Awang Sariyan ( 1994)
Salah satu punca utama terjadinya kerancuan bahasa kita ialah wujudnya manusia yang bukan ahli tempat yang menentukan nasib bahasa Melayu itu sendiri. Wajarkah kita menyalahkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa jika bahasa yang diajarkan memang bahasa yang kacau dan dijalankan pula oleh manusia yang belum benar-benar mahir dalam selok-belok bahasa? 4.1.1 Faktor yang pertama ialah gangguan daripada bahasa ibunda, dialek atau bahasa daerah, serta bahasa lisan atau bahasa pasar. Tidak dinafikan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sedikit sebanyak mengganggu usaha pembakuan bahasa Melayu kerana dengan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di dalam kehidupan seharian, pengguna bahasa Melayu sukar untuk membandingkan bahasa baku yang betul dan tidak. 4.1.2 Pengaruh bahasa asing juga merupakan penyebab penutur bahasa Melayu melakukan kesalahan. Kesalahan ini berlaku kerana penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan. Perkataan bajet, misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris, budget, dengan alasan lebih tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan
belanjawan membawa makna yang negatif, iaitu orang yang suka berbelanja.Pengaruh media massa juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan kerancuan terjadi. Bahasa yang digunakan oleh radio, televisyen, atau akhbar sering menjadi ikutan pengguna bahasa. Contoh terbaru yang dapat kita lihat ialah penggunaan istilah infotainmen yang telah diperkenalkan oleh RTM. Penggunaan istilah tersebut masih diteruskan penggunaannya walaupun menerima kritikan tokoh bahasa. Pencipta istilah ini tidak mengetahui bagaimana istilah baru dibentuk seperti yang ditetapkan oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia ( DBP, 1975) yang sudah menggariskan tujuh langkah pembentukan istilah. 4.1.3 Faktor ketiga ialah buku yang berbeza huraian atau pegangan. Di negara kita ini,
ada pelbagai buku, baik buku tatabahasa mahupun buku teks Bahasa Melayu, yang digunakan di sekolah. Bagi pengguna bahasa yang mendalami bidang bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi, mereka pernah didedahkan kepada buku tatabahasa yang ditulis Zaba, Asmah Omar dan lain-lain. Pelajar sekolah pula didedahkan kepada aspek tatabahasa berdasarkan buku tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan. Kekeliruan berlaku berpunca daripada ketidakseragaman huraian dari segi ejaan, golongan kata dan tatabahasa. 4.1.4 Faktor seterusnya ialah pengguna bahasa Melayu tidak mengetahui sistem bahasa. Setiap bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya tersendiri. Oleh sebab pengguna bahasa tidak mengetahui sistem ini, maka mereka melakukan kesalahan. Sebenarnya, bahasa Melayu mempunyai sistem, baik dari segi ejaan, morfologi mahupun sintaksis. Lihat sistem bahasa Melayu tentang pembentukan apitan pean, seperti yang berikut:
Laksana melaksanakan- pelaksanaan( bukan *perlaksanaan) Lantik melantik pelantikan ( bukan *perlantikan) 4.1.5 Faktor yang kelima ialah kejahilan dalam kalangan pengguna bahasa. Ada sesetengah pihak yang mengaku tahu, tetapi sebenarnya tidak tahu, malah aspek bahasa yang salah dikatakan yang salah dikatakan betul, manakala aspek bahasa yang betul dikatakan salah. Banyak kosa kata yang yang muncul sejak akhir-akhir ini yang memaparkan gejala tersebut. Dalam kajian bahasa, gejala ini dikenali sebagai kejahilan bahasa. Mereka yang terlibat dalam gejala ini tidak mahu mengambil kira pandangan ahli bahasa atau badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah bahasa. 4.2 Kesan Terhadap Proses Pembakuan Bahasa Berdasarkan contoh-contoh kerancuan yang telah dibincangkan, sudah pasti ia memberi kesan terhadap proses pembakuan bahasa Melayu. Antara kesan-kesan tersebut ialah :
i) ii) iii)
Mutu bahasa Melayu baku lisan dan tulisan akan merosot. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan akan tergugat. Bahasa Melayu yang indah akan dipinggirkan oleh
asing dan berasa malu untuk bertutur dalam bahasa Melayu. 5.0 PENUTUP 5.1 Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah penguasaan bahasa oleh generasi muda kita, dari murid sekolah rendah kepada mahasiswa yang akan menjadi pemimpin negara adalah jauh dari memuaskan. Kelemahan bahasa dapat dilihat dari beberapa aspek dari kesalahan ejaan kepada kesalahan tatabahasa dan kepada cara mengarang yang tidak berkesan dan tidak berjaya menyampaikan maksud. Usaha untuk menjernihkan kekeliruan dan kekabutan perlu segera dilakukan untuk menghalang berlakunya kitaran krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa Melayu. 5.2 Cadangan Penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib adalah perlu untuk memastikan bahawa bahasa Melayu baku sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pada papan iklan, papan perniagaan, nama tempat, jalan, bangunan dan sebagainya. Demikian juga bahasa Melayu hendaklah ditegaskan penggunaannya dalam surat rasmi, mesyuarat, ucapan, taklimat dan sebagainya. Majlis rasmi di peringkat kebangsaan perlu dilangsungkan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Di samping itu, media elektronik perlu menyekat penggunaan bahasa yang tidak mengikut sebutan baku bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pendengar, penutur dan pengguna bahasa Melayu. Pengamal-pengamal media perlu turut bekerjasama memartabatkan bahasa Melayu yang bermutu tinggi.
DBP juga perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur dan mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang melakukan kesalahan bahasa. Bagi syarikat-syarikat penerbitan majalah pula hendaklah mewujudkan satu biro khas berkaitan dengan bahasa baku agar makalah yang diterbitkan diedit dan mengikut bahasa baku yang betul. Semoga dengan langkah-langkah ini, kerancuan bahasa Melayu dapat ditangani dan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu akan lebih mantap.
Share this:
Faktor-faktor yang mengundang kesilapan dalam penggunaan bahasa antaranya: i. Faktor dialek ii. Faktor pengaruh media iii. Faktor pengaruh bahasa lain iv. Faktor pencemuhan v. Faktor bahasa slanga vi. Faktor keanekaan latar belakang vii. Faktor kurang pemahaman tatabahasa viii. Faktor pengaruh bahasa iklan Faktor pertama pengaruh dialek. Dialek menurut Hartmab dan Stork (1972), ialah sejenis kelainan bahasa yang berbeza daripada segi sebutan, tatabahasa dan kosa kata daripada bahasa standard. Pengaruh bahasa dialek begitu menebal mempengaruhi sistem bunyi. Bahasa dialek itu mempengaruhi penulisan terutamanya murid-murid di pantai timur. Bahasa dialek sebenarnya ialah tradisi lisan tempatan. Apabila murid-murid bertutur menggunakan bahasa dialek, maka bukan ayat lengkap yang dipertuturkan tetapi frasa dan klausa atau struktur ayat yang hanya difahami oleh penutur asal dari daerah dialek yang sama. Berikut ialah beberapa contoh ayat yang biasa digunakan oleh penutur di Terengganu. Contoh 7. Ali menangkap ikang. Contoh 8. Adik melukis bulang. Contoh ayat 7 dan 8 adalah ayat lengkap tetapi penggunaan perkataan ikan dan bulan dieja mengikut sebutan dialek yang menyebabkan kesalahan ejaan. Contoh 9. Ambo suka makan di kedai bersih. Demo lagu mano? Ayat betul: Saya suka makan di kedai bersih? Awak macam mana? Contoh 10. Cakna pendidikan Kelantan tersohor. Di dalam Kamus Dewan perkataan cakna bermaksud ambil berat atau ambil tahu tetapi jarang digunakan dan menjadikan ayat tersebut janggal bagi masyarakat negeri lain. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi Ibu bapa harus cakna pelajaran anak supaya Kelantan tersohor dalam bidang pendidikan. Contoh 11. Maghi pakat gi jale. Maksud ayat: Jom kita pergi melancong. Contoh 12. Sudoh slaluh. Ayat tersebut bermaksud siap dengan segera. Contoh ayat 9 hingga 12 adalah salah jika dinilai daripada sudut penggunaan perkataan yang dientrikan dalam kamus. Papan tanda dan kain rentang yang dipamerkan membuktikan bahawa bahasa dialek ini diterima pakai di negeri atau daerah tertentu. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah kita perlu mengorbankan kedaulatan bahasa Melayu demi menaikkan taraf bahasa daerah? Umum mengetahui terdapat banyak bahasa dialek tetapi hanya bahasa Melayu Baku ditetapkan untuk dijadikan bentuk bahasa rasmi. Bahasa dialek memberi maksud berbeza yang sukar ditafsirkan. Contoh 13. Sudah banyak kali saya bilang sama dia. Contoh 14. Mama saya belum pulang lagi. Contoh 15. Saya akan pulang jam tiga.
Perkataan bilang dalam ayat 13 bermaksud memberitahu. Mama dalam ayat 14 merujuk kepada ibu atau emak di sabah tetapi tidak diterima dalam bahasa Melayu kerana kata mama sebenarnya mengikut Kamus Dewan ialah bahasa percakapan bagi kata ibu. Kata jam di dalam ayat 15, merujuk Kamus Dewan edisi keempat adalah sejenis alat untuk menunjukkan waktu. Kata jam biasanya diganti dengan pukul yang lebih jelas merujuk kepada waktu. Dalam bahasa Melayu, kata jamban membawa makna tempat membuang air atau tandas tetapi dalam dialek Pahang membawa maksud tempat mandi atau basuh kain. Di Kelantan dan Terengganu dialeknya lebih sukar difahami. Contohnya kata bidas bererti memantul menurut Kamus Dewan tetapi membawa maksud lastik mengikut fahaman dialek masyarakat di negeri tersebut. Kata bahang yang bermaksud hawa panas akan berubah maksud menjadi bahagian, hal dan kepunyaan mengikut maksud dialek Perak. Rumusan daripada contoh di atas dapat disimpulkan bahawa pengguna kata dialek mendukung maksudnya sendiri yang tidak difahami oleh masyarakat luar lingkungannya dan membawa maksud berbeza daripada maksud yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Ini menimbulkan banyak kekeliruan dan kesalahan penggunaan kata bahasa Melayu. Faktor kedua, pengaruh media. Memang tidak dapat dinafikan bahawa media elektronik seperti radio dan televisyen, memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa terutamanya kanak-kanak. Melalui radio dan televisyen, mereka mempelajari aspek bahasa seperti sebutan, perbendaharaan kata, intonasi dan sebagainya. Bunyi vokal dan konsonan dalam perkataan perlu dibunyikan dengan betul kerana jika tidak, akan timbul masalah. Di dalam bahasa Melayu banyak perkataan yang akan bertukar maksud jika salah sebutannya. Misalnya tempoh dengan tempuh, dadah dengan dada, marah dengan mara, belot dengan belut, masakan dengan masakkan, mengubah dengan menggubah atau tumbuk dengan tembok. Salah sebutan akan merubah maksud yang ingin disampaikan. Hal ini terjadi terutamanya bagi penutur bukan Melayu. Selain itu, terdapat juga kesalahan pengulangan kata jamak seperti mereka menjadi merekamereka atau para penulis menjadi para penulis-penulis. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh media turut menjadi ikutan khususnya bagi mereka yang tidak mendalami tatabahasa. Kadangkala pengguna bahasa Melayu, termasuk pelajar masih meyakini tatabahasa dan ejaan yang digunakan oleh media meskipun salah. Contohnya: Contoh 16. Van yang mereka naiki telah terbabas. Contoh 17. Alya melaporkan dari Johor. Contoh 18. Lain-lain perkara akan dibincangkan kemudian. Contoh 19.Usaha memperluaskan jalan sedang dijalankan. Contoh 20. Bagaimanapun ada perkara yang tidak jelas yang mana ramai orang tidak mengetahuinya. Bagi ayat 16 dianggap tidak menepati struktur ayat pasif kata ganti nama diri ketiga. Kesalahan di dalam ayat 17, Kata kerja transitif hendaklah diikuti oleh objek. Bagi ayat 18 berlaku kesalahan hukum D-M. Bagi ayat 19, berlaku kesalahan kerana penggunaan apitan memper.. kan pada kata adjektif. Ayat 20 yang tertulis pada akhbar Harian Metro 23 Januari , yang mana adalah terjemahan terus which dalam bahasa Inggeris. Pihak media massa sepatutnya lebih prihatin mengelak daripada melakukan kesalahan bahasa. Media perlu memainkan peranan mengetengahkan sesuatu kosa kata baharu dan menggunakan ayat yang betul untuk dimanfaatkan oleh pengguna. Faktor ketiga, pengaruh bahasa lain. Kesalahan bahasa turut berpunca daripada pengaruh bahasa Inggeris. Hal ini berlaku kerana sesetengah anggota masyarakat yang menguasai bahasa Inggeris kadangkala cenderung untuk menggunakan bahasa Melayu menurut peraturan bahasa Inggeris. Sebagai contoh penggunaan di mana (where) dan yang mana (which) sebagai kata hubung dalam ayat begitu meluas seolah-olah diterima dalam bahasa Melayu. Malah golongan intelektual dan individu yang dianggap berpengetahuan dalam bahasa Melayu turut mengamalkan kesalahan tersebut. Demikian juga penggunaan frasa yang tidak mematuhi hukum DM, misalnya lain-lain hal dan mini maraton. Pengaruh bahasa Inggeris juga sering dicampur aduk dalam bahasa Melayu sedangkan istilah tersebut telah sedia ada dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, ori (asli atau tulen), live (langsung atau terus), breakfast (sarapan), lunch (makan tengah hari) dan dinner (makan malam). Kita bangga jika bangsa Malaysia boleh berbahasa Inggeris tetapi janganlah menggunakan bahasa rojak sesuka hati yang merosakkan imej bahasa kebangsaan. Sesetengah orang pula sukar menyebut sesuatu perkataan berdasarkan sebutan yang diseragamkan, terutamanya bagi perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, masih banyak orang menyebut perkataan tertentu seperti sebutan Inggeris walaupun dieja dalam bahasa Melayu. Misalnya, struktur (structure), aktif (active),dan psikologi (psychology). Amalan demikian akan menjadi ikutan generasi baharu. Kesalahan ejaan pasti berlaku jika salah sebutan. Misalnya, agenda dieja ajenda, unit dieja yunit dan teknologi dieja teknoloji. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu dalam era globalisasi. Namun mengagung-agungkan bahasa Inggeris akan menyukarkan usaha untuk mengatasi masalah kesalahan
bahasa yang kerap berlaku. Penggunaan bahasa campuran atau rojak dalam pelbagai situasi termasuklah situasi rasmi menyebabkan kekeliruan. Selain pengaruh bahasa Inggeris, kesalahan bahasa juga sering berlaku akibat pengaruh bahasa Cina dan India. Antara ayat yang sering kita dengar seperti: Contoh 21. Jangan takut menderma dara (darah). Contoh 22. Ramai pelajar sekarang yang ditangkap menghisap dada (dadah). Contoh 23. Jangan mara-mara (marah-marah), nanti cepat tua. Contoh 24. Saya mahu membeli telo (telur). Penggunaan kata lain seperti senarai disebut senarai, cendekiawan disebut can-dia-kawan dan pengarah disebut pen-ga-rah. Pada kain rentang dan papan tanda gambar 2,4 dan 5 terdapat kesilapan ejaan seperti salapan (sarapan), negera (nagara) dan memjual (menjual). Kesalahan ejaan sebegini kerap berlaku kerana dieja mengikut bahasa Cina. Campur aduk penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu juga dapat dilihat. Contohnya bagi perkataan tingkat 2 dan floor 2, plumber paip air & tandas dan lori sewa 24 hour dalam gambar 1, 3 dan 6. Faktor keempat, pencemuhan. Pencemuhan menggunakan bahasa kasar dan lucah semakin mendapat tempat terutama dalam kalangan muda-mudi tanpa mengira kaum. Penggunaan bahasa ini sering kedengaran melalui lagu terutama muzik rap. Lagu adalah cabang seni. Penggunaan perkataan lucah bukan sahaja mencemarkan bahasa dan bangsa Melayu tetapi membunuh nilai seni budaya. Apabila berlaku perkara yang tidak diingini, luahan nama Allah sering kedengaran. Bahasa kesat biasanya digunakan untuk meluahkan emosi berang atau ingin bergurau. Kehalusan budaya bangsa akan lenyap jika budaya seperti ini yang dijunjung. Kesedaran terhadap hala tuju bahasa amat penting dan kehadiran unsur tertentu perlu dihindari demi memartabatkan bahasa dan mempertahankan tamadun budaya bangsa Malaysia. Faktor kelima, bahasa slanga. Bahasa slanga adalah kelainan bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan cepat berubah. Misalnya bahasa pelajar di universiti dan golongan muda mempunyai slanga tersendiri semasa bertutur dan ada kalanya kita sebagai golongan dewasa tidak memahami apa-apa yang diperkatakan oleh mereka. Penggunaan bahasa slanga atau frasa seperti very fantastic di saluran Astro, jika dibiarkan tanpa teguran akan menjadi sebati dengan bahasa Melayu. Ini akan mengancam bahasa kerana bermula dengan perkataan slanga lama kelamaan diterima oleh semua masyarakat. Contoh lain perkataan gay, sekitar 1960-an digunakan tanpa sebarang masalah. Namun begitu sekarang perkataan itu akan membawa erti yang agak negatif iaitu orang yang homoseksual. Sistem pesanan ringkas (SMS) yang banyak meringkaskan perkataan hakikatnya merosakkan bahasa jika tidak dipantau penggunaannya dan dipraktikkan dalam situasi formal. Perkataan yang digunakan juga sama seperti bahasa slanga yang sering berubah mengikut peredaran zaman. Dahulu kita menggunakan perkataan kekasih, kini pelbagai perkataan baharu digunakan seperti makwe, cewek dan awek. Namun maksudnya masih sama. Ko pula digunakan untuk awak dan gua untuk saya.. Faktor keenam keanekaan latar belakang. Keanekaan latar belakang ialah warisan kita yang terdiri daripada berbilang kaum, agama dan kebudayaan. Ini merupakan keunikan bangsa Malaysia tetapi jika dilihat dari satu sudut yang lain, hal tersebut merupakan masalah dan cabaran untuk memastikan semua bangsa dapat menguasai dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan betul. Di peringkat awal iaitu melalui pembelajaran di sekolah dapat dikesan kesalahan berlaku dalam semua bidang kemahiran bahasa dan aspek bahasa. Gangguan bahasa ibunda berlaku kerana penggunaan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Jawa, bahasa Inggeris dan lain-lain sejak kecil. Gangguan sistem bunyi bahasa ibunda mereka boleh menyebabkan kesukaran dalam aspek sebutan dan intonasi bahasa Melayu yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Masalah ini pernah dibicarakan oleh Jack C Richards (1980) sebagai masalah antara bahasa atau interlanguage problems. Bagi kaum Cina, masalah sebutan dan intonasi berlaku apabila bertutur dalam bahasa Melayu. Masalah ini boleh didengar di kelas, kedai, di pasar atau 288 melalui media elektronik seperti radio atau televisyen. Yang berikut adalah sebahagian contoh kesalahan sebutan yang kerap dilakukan oleh penutur Cina. Semua pihak tidak menyangkal kepentingan tatabahasa dan sistem ejaan sesuatu bahasa, tetapi penguasaan bahasa Melayu di negara ini masih kurang memuaskan. Jika dilihat dengan teliti aspek
tatabahasa bahasa Melayu memang sukar dikuasai dan perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat. Faktor kelapan, laras iklan. Iklan berfungsi untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada pengguna. Penguasaan bahasa merupakan komponen penting dalam sesebuah iklan kerana tanpa bahasa sesebuah iklan tidak mungkin terhasil. Penggunaan bahasa dalam iklan memberi pengaruh yang besar kepada pengguna dan sebagai pengguna kita sepatutnya berupaya memahami tugas penulis iklan di ruangan sempit. Contohnya slogan sehingga menjilat jari. Umum mengetahui slogan tersebut digunakan oleh Kentucky Fried Chicken sebagai usaha melariskan jualan. Penghargaan seharusnya diberi kepada penulis yang kreatif dan berusaha menggunakan bahasa Melayu. Gaya penulisan iklan menitikberatkan bahasa yang betul dan gramatis. Namun ramai penulis yang gagal memastikan ayat yang ditulis betul tatabahasanya. Salah guna bahasa iklan berlaku kononnya untuk menyesuaikan bahasa yang digunakan masyarakat semasa bertutur iaitu mengikut kesesuaian taburan demografinya. Contohnya menyerapkan bahasa slanga golongan remaja dalam iklan. Bahasa Melayu standard dan formal dianggap kaku dan ini berbeza dengan kehendak DBP. Iklan bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan ayat yang tergantung dalam iklan hanyalah taktik untuk menarik perhatian masyarakat. DBP sepatutnya dapat bekerjasama dengan pihak pengiklanan untuk memastikan bukan sahaja keuntungan yang terhasil tetapi juga dapat memartabatkan bahasa Melayu dalam bidang pengiklanan.