Anda di halaman 1dari 38

BAB 2: KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI Pengenalan Pendekatan Islam Hadhari bertepatan dengan ajaran Islam.

Demikianlah konsep Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan oleh kepimpinan Malaysia masa kini. Atas keyakinan bahawa Islam amat mengutamakan ilmu pengetahuan, amat menggalakkan sains dan teknologi, kemajuan ekonomi, cintakan keamanan dan perpaduan, mengutamakan keselamatan dan pertahanan, mahukan rakyatnya berdisiplin serta berakhlak mulia, kuat bekerja dan rajin berusaha, maka adalah amat tepat gagasan dan anjuran seperti ini dibincang, dibahas, dicanai, dirumus, dan akhirnya disepakati. Pembugaran semula budaya hidup lama masyarakat Islam terutama di Malaysia amat sesuai dan tepat pada masanya sebagai satu persiapan diri, mental dan fizikal untuk mencapai wawasan negara pada tahun 2020. Untuk memahami konsep Islam Hadhari ini dalam konteks Malaysia, YAB Perdana Menteri Malaysia menyatakan: Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.(7) Kenapa Islam Hadhari Diperkenalkan? Perlu difahami bahawa penisbahan Islam kepada hadhari dalam konteks konsep Islam Hadhari bukanlah bermaksud membawa ajaran baru seperti yang dinyatakan sebelum ini. Jika diperhatikan kepada ajaran dan tabiat agama Islam pastinya Islam itu tidak memerlukan kepada apa-apa nisbah lagi. Islam adalah satu dan tidak perlu kepada apa-apa sifat tambahan untuk menyempurnakannya. Jika diperhatikan kepada pengertian Islam seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, Islam itu merujuk kepada dua maksud. Pertama, merujuk kepada ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w. Ia merupakan agama samawi untuk seluruh umat manusia. Kedua, Islam merujuk kepada syariat yang khusus bagi Muhammad dan umatnya yang merupakan ajaran yang sempurna dan menggabungkan segala ajaran umat terdahulu(8). Ajaran Islam ini telahpun sempurna disampaikan keseluruhan syariatnya oleh Muhammad s.a.w. tanpa perlu ditokok tambah dan diperbaharui lagi. Firman Allah s.w.t: Bermaksud: Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. (9) Ini bermakna bahawa risalah Islam yang berkaitan dengan segala permasalahan di dunia dan juga akhirat telahpun sempurna disampaikan oleh Allah kepada Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s selama 23 tahun sepanjang penurunan ayat-ayat al-Quran di Mekah dan di Madinah. Namun, selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w, kaum Muslimin mempunyai pelbagai kecenderungan dari sudut pendekatan dan penekanan dalam memahami nas-nas agama. Kemudian daripada itu lahirlah berbagai aliran dan pendekatan dalam Islam seperti Khawarij, Syiah, Jumhur Muslimin dan Murjiah. Pendekatan ini kemudiannya dikenali dengan nama Islam Siyasi (Islam Politik).(10) Untuk mengukuhkan pengaruh politik di kalangan para pengikut dan mempengaruhi masyarakat awam, maka pihakpihak bertelagah menggunakan nas-nas agama sama ada dari al-Quran, al-Hadis dan sebagainya sebagai suatu sandaran doktrin pemikiran mereka untuk dipegang oleh pengikut masing-masing. Dalam pendekatan Islam Siyasi, umat Islam bertelagah sesama sendiri sehingga dalam beberapa keadaan mereka berperang dan saling membunuh antara satu kelompok dengan kelompok yang lain, sedangkan hal sedemikian adalah suatu tindakan yang terlarang dalam Islam. Kesannya ialah umat Islam tidak lagi dapat bersatu kerana setiap kelompok akan merasakan bahawa merekalah yang benar dan dalam masa yang sama pihak lawan adalah musuh yang harus dihapuskan. (11)

Pertembungan antara kelompok yang berbeza aliran politik ini akhirnya menggunakan pendekatan pertembungan antara al-haq (kebenaran) dan al-batil (kebatilan). Corak ini telah mewarnai perjuangan umat Islam dalam dimensi Islam Siyasi yang akhirnya umat Islam tidak lagi dapat disatukan malah mereka saling menuduh dan membunuh sesama mereka. Segala kekuatan inteltual, tenaga, emosi, kekayaan dicurahkan untuk menghancurkan umat Islam sendiri.(12) Apabila agama Islam telah tersebar luas ke seluruh pelosok dunia dan ramai di kalangan bangsa-bangsa bukan Arab telah memeluk Islam, maka umat Islam menghadapi cabaran baru dalam perkembangan masyarakat Islam. Kemasukan bangsa ajam (bukan Arab) ke dalam Islam telah membawa suatu masalah baru yang perlu ditangani dengan berhemat, iaitu dengan memahami akidah ajaran Islam secara tulen seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tanpa dicampuradukkan dengan resapan agama dan falsafah lain seperti Hindu, Greek, Yunani dan sebagainya. Bagi menangani persoalan ini, umat Islam sekali lagi berpecah kepada beberapa aliran yang mendukung pendekatan yang berbeza dalam menangani persoalan tersebut seperti Jabariyyah, Mutazilah dan Sifatiyyah. Setelah itu, dari golongan tersebut lahir pula golongan yang cuba menggabungkan antara pendekatan yang melampau itu seperti golongan al-Asyairah, al-Maturidiyyah dan akhirnya al-Salafiyyah. Selain daripada sifat Islam Siyasi, terdapat juga beberapa sifat lain yang cuba disandarkan kepada Islam seperti Islam Khawarij, Islam Syiah, Islam Sunni, Islam Falsafi, Islam Sufi dan berbagai-bagai sifat lain. Malah dari segi bangsa, disebut juga Islam Arab, Islam Melayu atau Islam Pakistan. Dalam membincangkan aliran Pemikiran Islam Semasa, beberapa nama juga muncul seperti Islam Tradisional, Islam Modenis dan Islam Reformis. Sebenarnya, sifatnya yang disandarkan kepada Islam adalah merujuk kepada kecenderungan ( al-nazah) umat Islam dalam pendekatan dan penekanan, bukan nas agama atau ajaran wahyu Islam itu sendiri. Prof Madya Mohd Kamil menyimpulkan bahawa Islam yang pada asalnya sebagai ajaran dan wahyu Ilahi, bebas daripada sebarang sandaran dan penisbahan tetapi telah disandarkan kepada berbagai-bagai sifat lain apabila ia ditafsir dan difahami oleh individu atau kelompok tertentu dengan sesuatu tujuan. Penisbahan ini juga diamalkan oleh umat bagi memenuhi keperluan memahami sesuatu kecenderungan untuk mudah mengenali perbezaannya dengan kecenderungan pihak lain, maka timbul berbagai-bagai nama julukan kepada kelompok umat Islam berdasarkan kecenderungan tertentu tanpa menyentuh nama Islam yang mutlak. Berbeza dengan suatu pendekatan dan juga konsep Islam Hadhari yang kita perbincangkan di dalam kajian ini. Ianya bukanlah sebagai suatu lambang kepada kelompok dan juga fahaman seperti Islam Siyasi yang dinyatakan di atas. Ianya berasaskan kepada satu pendekatan untuk memperbetulkan semula pemikiran umat Islam masa kini dengan lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Islam Hadhari dicetuskan ilhamnya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdulah Ahmad Badawi adalah berasaskan kepada senario berikut: Pertama: Umumnya berpendapat bahawa sistem pemerintahan Islam yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Kota Madinah adalah satu-satunya contoh terbaik dari segi kepimpinan dan pengurusan sebuah negara Islam. Malangnya, kini ia hanya mampu dijadikan sebagai model dan retorik yang tinggal dalam lipatan sejarah ataupun sekadar kebanggaan sebuah keagungan tamadun Islam. Sedang umat Islam masa kini masih lagi ketinggalan dari segenap lapangan hidup dan peradaban berbanding dengan negara-negara maju di dunia ini, sama ada di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi, kemasyarakatan, sistem pertahanan serta sains dan teknologi. Kedua: Setelah sedemikian lama negara-negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan dari kalangan alim ulama serta para cendekiawan di negara-negara Islam hanya melihat ketamadunan Islam itu dari sudut akidah dan ibadah khusus semata-mata. Mereka lebih suka membahaskan perkara-perkara furu dan khilafiah yang akhirnya umat Islam berpecah sesama sendiri sehingga kini tiada sebuah negara umat Islam pun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa umat Islam itu sebagai khaira ummah. Ini ditambah lagi dengan imej umat Islam di negaranegara Arab yang telah dilabelkan oleh dunia sebagai pngganas, militan, mundur, miskin dan suka kepada peperangan sesama sendiri. Ketiga: Islam itu adalah agama yang menganjurkan ketamadunan. Islam adalah cara hidup lengkap bagi masyarakat bertamadun. Tamadun dalam Islam adalah tamadun yang berpaksikan kepada ketauhidan, yang mengesakan Allah

s.w.t. Bukan sahaja untuk memudahkan urusan peribadatan malah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem yang menjamin keadilan sejagat, kesejahteraan rakyat, keamanan, keharmonian, keselesaan dan keselamatan. Justeru, mengapa Tamadun Islam hari ini menjadi kaku dan lesu setelah dahulunya mencapai kegemilangan yang menakjubkan? Di antara sebabnya adalah seperti berikut: a. Ketaksuban dan terbelenggunya gerakan pemikiran dan ijtihad di kalangan alim ulama sehingga umat Islam menjadi kaku dan jumud di dalam memahami pentafsiran ayat-ayat al-Quran di dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. b. Berleluasanya pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi mudah menjadi rendah diri dan menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan berleluasanya fahaman tasawwuf, Qadariyah dan Jabariyah yang kebanyakannya cuba untuk mengasingkan diri dari kemajuan dunia dan hanya melihat Islam itu dari sudut ritual semata-mata. c. Kegagalan menghayati dan mentadabbur terhadap metod al-Quran berkaitan membina tamadun dan tidak mendapat petunjuk tentang rahsia hakiki kegemilangan tamadun Islam masa lalu. d. Kecetekan dan kedangkalan umat Islam tentang merasai kesan basirah al-Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan. Justeru itu mereka gagal untuk memakmurkan dunia ini. Di atas perihal tersebut, maka Malaysia telah mengambil langkah yang komprehensif dan progresif dengan memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari iaitu satu istilah dan falsafah yang baru diperkenalkan di abad ini. Walaupun istilah dan pendekatan ini baru tetapi ruh dan konsep penghayatannya telahpun diasaskan terlebih awal oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu mengemudi sebuah negara nubuwwah di kota Madinah dan juga oleh para nabi dan rasul sebelumnya. Firman Allah s.w.t: Bermaksud: Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.(13) Memakmurkan bumi Allah ini dengan segala perancangan pembangunan untuk menjamin kehidupan berkualiti untuk manusia di dunia ini sama ada dari aspek kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, keselamatan, kesihatan serta pembangunan infrastruktur adalah merupakan satu tugas menunaikan amanah Allah dalam ruang lingkup membina hadharah ataupun tamadun. Ianya menjadi matlamat Malaysia ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang tahun 2020 melalui pendekatan Islam Hadhari. Bagi umat Islam, tamadun begini bukanlah baru dan asing. Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah berjaya mengubah kegelapan dunia yang bersifat barbarian kepada dunia yang beradab, berakhlak, bersistem dengan hasil dari ilham cipta, teknologi ilmuwannya yang berpandukan kepada ajaran al-Quran. Ini bukanlah satu propaganda dan juga retorik. Kesungguhan untuk melaksanakan Islam Hadhari di dalam pengurusan negara di Malaysia pada hari ini telah dicetuskan sendiri oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima sewaktu melancarkan Manifesto parti pimpinannya iaitu Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-11 pada bulan Mac tahun 2004. Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada parti-parti campuran dari pelbagai kaum dan agama di negara ini yang dipimpin oleh pemimpin Islam dari parti UMNO, telah berjanji di dalam manifestonya kepada seluruh rakyat Malaysia sama ada kepada umat Islam maupun bukan Islam untuk melaksanakan Pengurusan Negara berasaskan kepada Islam Hadhari.

Manifesto Islam Hadhari yang terkandung di dalam blue print kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lalu telah dipersetujui oleh semua parti-parti komponen BN yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama. Mereka mempersetujuinya atas dasar menghormati Kontrak Sosial yang termaktub di dalam Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang menzahirkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai. Akhirnya, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama telahpun memberi mandat yang besar kepada kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melaksanakan Islam Hadhari dalam pengurusan negara di Malaysia dengan memberi mandat lebih daripada 90 peratus kerusi parlimen di Dewan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-11 (Mac 2004) kepada calon-calon Barisan Nasional, iaitu parti pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Justeru itu, pengumuman oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan pengurusan dan pembangunan negara berasaskan kepada pendekatan Islam Hadhari pada ketika ini adalah amat bertepatan sekali di dalam usaha beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sebagaimana yang terkandung di dalam Wawasan 2020. Malaysia sebagai contoh kepada negara-negara Islam masa kini tidak harus dibangunkan dari segi ekonomi dan fizikal sahaja sepertimana negara-negara maju di Barat. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kerohanian (spiritual), psikologi dan kebudayaan. Sebagai sebuah negara majmuk yang mengandungi pelbagai agama dan bangsa, ianya mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial yang lebih menyeluruh dan keharmonian hidup yang aman dan sejahtera sepanjang zaman tanpa berlakunya rusuhan kaum dan agama. Wawasan 2020 yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 1990 telah menegaskan bahawa tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka (14), iaitu: Cabaran Pertama. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Cabaran Kedua. Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Cabaran Ketiga. Sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Cabaran Keempat. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi. Cabaran Kelima. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbgai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan dalam masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Cabaran Keenam. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran Ketujuh. Untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Cabaran Kelapan. Cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. Cabaran Kesembilan . Cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Inilah antara cabaran-cabaran dan juga keperluan yang paling utama kenapa kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa kini (Menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003) memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari. Tegasnya, Pendekatan Islam Hadhari ini adalah satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai mainstream negara selama ini (yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir. Mohamad pada tahun 1990) haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari. Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari. Bagi meneguh serta memperkukuhkan benteng umat Islam serta masyarakat bukan Islam di negara ini untuk menghadapi sembilan cabaran Wawasan 2020 yang telah diketengahkan oleh bekas Perdana Menteri terdahulu, maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam mengutarakan gagasan Islam Hadhariya telah meletakkan 10 Prinsip Utama yang menjadi teras kepada pengisian negara bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut: 1. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi. 3. Rakyat berjiwa merdeka. 5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif. 7.Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. 9. Pemeliharaan alam semulajadi. Asas Pemikiran dan Falsafah Islam Hadhari Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kni dalam semua bidang kehidupan. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-55 telah menegaskan bahawa Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. (15) Inilah asas pemikiran dan falsafah kepada pendekatan Islam Hadhari yang dijadikan dasar serta agenda utama negara di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja diberi mandat besar oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum Ke-11 pada bulan Mac 2004. Apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad 2. Kerajaan yang adil dan beramanah. 4. Penguasaan ilmu pengetahuan. 6. Kehidupan berkualiti. 8. Keutuhan budaya dan moral. 10. Kekuatan pertahanan.

Badawi tentang konsep Islam Hadhari yang mesti dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi adalah bertepatan dan memenuhi kehendak Allah s.w.t Bermaksud: Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.(16) Berdasarkan kepada ayat al-Quran di atas, terdapat empat elemen penting yang wajib dilaksanakan oleh manusia di dunia ini selaku khalifah Allah untuk mendapatkan hasanah fi ad-dunia dan hasanah fil akhirah. Keempat-empat elemen penting ini adalah merupakan tunjang kepda konsep dan falsafah Islam Hadhari, iaitu: Pertama. Membelanjakan harta yang dianugerahkan Allah di dunia ini untuk beribadah dan amal Soleh untuk bekalan hari akhirat (Siasah ad-Din). Kedua. Membelanjakan harta, tenaga dan pemikiran untuk menjamin kehidupan yang selesa di dunia (Siasah adDunia). Ketiga. Menjalinkan hubungan dan interaksi yang baik sesama manusia sama ada dalam keluarga, jiran dan masyarakat. Keempat. Tidak melakukan kerosakan di dunia ini, iaitu dari segi menjaga Maqasid as-Syariah (Menjaga agama, akal, nyawa, harta dan keturunan).

Pemikiran dan Falsafah Islam Hadhari ini amat bertepatan sekali dengan apa yang diperkatakan oleh Sheikh Al-Azhar, Dr. Mohammad Sayed Tantawi bahawa Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya. Islam juga tidak suka kepada penceroboh dan orang-orang yang memerangi orang lain. Islam menyuruh pengikutnya tahu akan haknya, sama ada hak itu bersangkutan dengan agama atau keduniaan. Pada waktu yang sama, mereka tidak boleh menceroboh. Allah tidak suka kepada orang yang memerangi dan menceroboh hak orang lain. (17) Maksud Islam Hadhari Secara Kontekstual Islam Hadhari adalah usaha untuk membangunkan semula tamadun Islam dalam konteks semasa masa kini, iaitu dengan menggunakan kaedah Islam bertamadun. Islam berasaskan tamadun merujuk kepada konsep Islam yang kita amalkan di sini sebagai cara hidup (Nizamul Hayah) berpaksikan tauhid dan sekali gus tidak putus-putus membina tamadun demi kesejahteraan umat bagi diredai Allah s.w.t. Menurut Ibnu Khaldun, konsep tamadun adalah merujuk kepada satu masyarakat yang mendiami satu negara, ibu kota, bandar dan kampung yang sentiasa berusaha membangun, membina, memajukan serta memakmurkan diri dan masyarakat mereka. Justeru, masyarakat hadhari akan menggunakan segala kekayaan sumber alam dengan baik yang dipacu oleh ilmu, sains dan teknologi, serta akal budi untuk kesejahteraan umat. Masyarakat Hadhari bijak lagi cemerlang menguruskan negara, aset, rakyat, sumber, pentadbiran, pendidikan, ekonomi, pertahanan dan kemasyarakatan. Bagi saya, tamadun ini adalah merupakan kayu ukur bagi menentukan tahap pencapaian dan kemajuan sesuatu bangsa. Ciri-ciri tamadun inilah yang dapat membezakan sebuah masyarakat itu maju ataupun mundur. Ketika diwawancara oleh para wartawan tentang konsep dan maksud Islam Hadhari, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa:

Islam HadhariIslam itu Islamlah tapi bila guna perkataan hadhari bersama, ia menekankan bahawasanya Islam yang bertamadun. Yang boleh menyumbang kepada tamadun manusia kerana Islam itu adalah satu agama yang sesuai sepanjang zaman. Satu agama yang mengajar kita supaya kita menguasai ilmu pengetahuan, supaya dapat kita memperkasa diri kita menjadi orang yang baik. Dengan penguasaan ilmu pengetahuan kita berharap dapat menjadi orang yang maju, yang berjaya, yang dihormati dan yang mampu membuat sesuatu untuk pembangunan ummah dan negara yang dapat menaikkan lagi syiar Islam.(18) Islam, kalau umatnya tidak maju dan tidak berjaya, orang akan menganggap Islam ini tidak memberi apa-apa kebaikan. Nama Islam pun menjadi tidak baik, seperti hari ini berlaku keganasan yang kita dengar cerita sampai ada golongan orang Barat yang mengatakan Islam itu menggalakkan keganasan. Itu adalah satu persepsi yang tidak baik. Lazimnya, apabila dilihat banyak orang Islam yang bergaduh sesama sendiri, kurang persefahaman dan di kalangan negara miskin di dunia banyak pula bilangan negara Islam dalam kumpulan itu maka imej Islam tidak jadi baik. Jadi dalam hal ini, dengan ada Islam Hadhari yang menjadi satu pendekatan bukan mazhab baru, bukan agama baru, bukan ideologi baru, hanya satu pendekatan yang kita wujudkan oleh kepimpinan negara ini untuk membawa umat Islam ke arah kemajuan yang diredai Allah s.w.t. Ketika menjawab pertanyaan tentang apakah yang dimaksudkan pula dengan hadhari, Dato Seri Abdullah menjelaskan bahawa hadhari itu menekankan kepada bertamadun. Dalam bahasa Inggeris civilizational Islam. Jadi, dengan itu maksudnya kita mahu menunjukkan bahawasanya kita orang Islam dengan ajaran agama kita. Kalau kita faham betul-betul, ia mampu bukan hanya meningkatkan lagi syiar agama kita tetapi umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang, umat yang gemilang dan umat yang terbilang. Pendekatan ini diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah adalah dengan tujuan untuk membawa satu perubahan daripada segi pemikiran dan juga sikap masyarakat Islam dan juga rakyat malaysia amnya. Iaitu untuk membuat anjakan dari segi sikap dengan berhijrah dari keadaan yang kurang maju kepada yang lebih maju atau kalau keadaannya sudah maju, kepada keadaan yang cemerlang. Malaysia mahu buat anjakan ini daripada segi sikap, daripada segi pandangan, cara kerja, daripada segi kemudahan sains dan teknologi. Semua ini memerlukan perubahan ke arah kemajuan dan juga pembangunan. Matlamat Islam Hadhari ini akan mengambil masa yang cukup panjang sebab ia ada hubungkait dengan bukan hanya pembangunan fizikal. Ia bermula dengan pembangunan modal insan ( the human capital) yang mesti dibekalkan dengan ilmu pengetahuan. Dengan sikap yang boleh memperkasakan secara baik akal fikiran , ilmu pengetahuan dan juga semangat jiwa yang kental dan merdeka. Ini penting kerana manusia seperti inilah yang akan menghidupkan sesebuah negara. Manusia seperti inilah yang akan membuat sesuatu yang akan berjaya. Manusia seperti inilah yang dapat mencipta sesuatu teknologi. Inilah yang di perlukan oleh negara di dalam menghadapi sembilan cabaran Wawasan 2020 yang diperkatakan sebelum ini. Kalau rakyat di negara ini sudah maju dan berjaya dan mengguna pula pendekatan-pendekatan yang termasuk dalam prinsip-prinsip Islam Hadhari ini, negara akan jadi maju (dan) apabila maju akan jadi makmur. Bangsa Malaysia akan jadi maju dan berjaya. Tertolaklah segala tohmahan dan pandangan serong masyarakat dunia selama ini yang mengatakan bahawa umat Islam itu mundur, miskin dan terorist. Usaha ini merupakan satu jihad yang besar bagi Malaysia selaku sebuah negara Islam contoh di dunia masa kini. Islam Hadhari - Pendekatan Pembangunan dan Kesederhanaan Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah Hadhari telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya AlMuqaddimah dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Sebab itulah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menjelaskan dengan jujur dan telus tentang konsep dan falsafah Islam Hadhari ini dengan mengutarakan bahawa:

Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas- jika difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas aqidah.(19) Islam Hadhari sebenarnya satu pendekatan baru yang berkonsepkan kepada kemajuan dan pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan rohani (dunia dan akhirat) dalam usaha untuk membina semula keagungan tamadun umat Islam dalam era globalisasi masa kini. Ianya berasaskan kepada prinsip Siasah Syariyyah dalam ruang lingkup menjaga dan memartabatkan kelima-lima Maqasid As-Syariah: Memelihara kesucian agama, memelihara kemuliaan akal, menjaga kesejahteraan nyawa, menjaga hak pemilikan harta dan menjaga kemurnian keturunan. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kini ialah dengan menjadikan pendekatan Islam Hadhari sebagai keutamaan ( aulawiyat) di dalam pengurusan dan pembangunan negara. Justeru, dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan Islam Hadhari maka pembangunan negara harus dicanai ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat. Inilah apa yang hendak diaplikasikan oleh Perdana Menteri yang terkandung di dalam ucapan dasarnya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO ke-55, iaitu: Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik . Pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.(20) Sesungguhnya dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan kita adalah amat konsisten dalam hal membina tamadun ini. Sejak kita mula merdeka hinggalah ke hari ini, berbagai-bagai dasar telah digubal dan dilaksanakan dengan mengambil kira strategi memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Antara dasar-dasar utama seperti Dasar Pendidikan, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian, Dasar Penswastaan, Dasar Sains dan Teknologi, Dasar Kependudukan, Dasar Belia dan banyak lagi semuanya mempunyai matlamat yang sama untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Demikian juga dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan, seperti Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan Nilai-Nilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan dan TQM, telah menjelaskan betapa kerajaan amat prihatin terhadap hal pentadbiran yang berkesan. Ini semua telah menjadi asas dan ramuan yang amat penting ke arah merealisasikan hasrat kita mencapai matlamat bernegara berasaskan konsep Islam Hadhari.(21) Dalam hubungan ini, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO menjelaskan bahawa: Sebagai parti yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidahnya serta dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa mengikut tempat. Ini adalah sebahagian daripada konsep dan falsafah Islam Hadhari dalam usaha kepimpinan negara untuk memajukan umat Islam di Malaysia ini agar berkeupayaan berhadapan dengan cabaran dan realiti semasa dalam pembangunan negara menjelang tahun 2020. Kejayaan UMNO yang menjadi tunjang kepada kerajaan Malaysia adalah kejayaan perjuangan yang mengamalkan kesederhanaan perjuangan yang mengutamakan kemajuan. Perjuangan yang insaf dan sedar bahawa umat Islam perlu menjadi umat yang maju. Untuk maju, umat Islam perlu mencipta kejayaan di dunia ini di samping membekalkan diri untuk menghadapi alam akhirat. UMNO memilih pendekatan yang tidak mengamalkan kekerasan. Di sebaliknya, kekuatan UMNO terbukti dilandaskan kepada pendekatan perjuangan penuh berhikmah ( bil-hikmah). Perjuangan yang berasaskan tamadun bangsa yang mementingkan kebijaksanaan akal dan pemikiran rasional. Perjuangan berpandukan budi pekerti tinggi dan jiwa yang tenang.(22) Ianya selaras dengan firman Allah s.w.t:

Bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.(23)

Nota hujung: (7) Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Ucapan Presiden UMNO, Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO ke-55 di PWTC, Kuala Lumpur pada 23 September 2004. (8) Al-Amri, Umar Baha al-Din ( 1968), al-Islam fi al-Mutarak al-Hadhari, Beirut: Dar al-Syuruq, hlm. 9. (9) Al-Quran, Surah al-Maidah: 5: Ayat 3. (10) Muhammad Kamil b. Hj. Abdul Majid (2004), Islam Hadhari dari Perspektif Pemikiran Islam, ( Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Islam Hadhari anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malays pada 24-25 November 2004, hlm. 7. (11) Faisal @ Ahmad Faizal b. Abdul Hamid dan Wan Adli b. Wan Ramli (2006), Islam Hadhari dari Perspektif Intelektual Muslim, API, Universiti Malaya, hlm. 6. (12) Mahmood Zuhdi b. Hj Ab. Majid (2004), Memahami Islam Hadhari, Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Islam Hadhari anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 24-25 November 2004, hlm. 6. (13) Al-Quran, Surah Hud; 11: Ayat 61. (14) Mahathir Mohamad, terjemahan teks ucapan pada Persidangan pertama majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur (teks asal bertajuk Malaysia: The Way Forward), 28 Februari 1991. (15) Abdullah Haji Ahmad Badawi, Ucapan Presiden UMNO, Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO ke-55 di PWTC, Kuala Lumpur pada 23 September 2004. (16) Al-Quran , Surah al-Qashas: 28 : Ayat 77. (17) Mohammad Sayed Tantawi, Ucapan Khas di Multaqa Ulama Sedunia, Putrajaya, Malaysia, JPM pada 12 Julai 2003. (18) Utusan Malaysia (wawancara dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi), 11 Februari 2005. (19) Abdullah Haji Ahmad Badawi, Ucapan Presiden UMNO, Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO ke-55 di PWTC, Kuala Lumpur pada 23 September 2004. (20) Ibid. (21) Mohd Najib b. Tun Razak, Majlis Perasmian Seminar Islam Hadhari Peringkat W.Persekutuan Kuala Lumpur (Ucapan Perasmian), JPM, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 6 Ogos 2004.

(22) Abdullah Ahmad Badawi, Perhimpunan Agung UMNO Ke-55, 2004. (23) Al-Quran, Surah An-Nahl: 16: Ayat 125.

(Bersambung ) Categories: Kajian Tags: BAB 2: KONSEP DAN FALSAFAH ISLAM HADHARI

Dan carilah apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Al-Qasas: 77) Pengenalan

Pendekatan Islam Hadhari bertepatan dengan ajaran Islam. Demikianlah konsep Islam Hadhari yang cuba diperkenalkan oleh kepimpinan Malaysia masa kini. Atas keyakinan bahawa Islam amat mengutamakan ilmu pengetahuan, amat menggalakkan sains dan teknologi, kemajuan ekonomi, cintakan keamanan dan perpaduan, mengutamakan keselamatan dan pertahanan, mahukan rakyatnya berdisiplin serta berakhlak mulia, kuat bekerja dan rajin berusaha, maka adalah amat tepat gagasan dan anjuran seperti ini dibincang, dibahas, dicanai, dirumus, dan akhirnya disepakati.

Pembugaran semula budaya hidup lama masyarakat Islam terutama di Malaysia amat sesuai dan tepat pada masanya sebagai satu persiapan diri, mental dan fizikal untuk mencapai wawasan negara pada tahun 2020. Untuk memahami konsep Islam Hadhari ini dalam konteks Malaysia, YAB Perdana Menteri Malaysia menyatakan:

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam Pendekatan menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.(7)

Kenapa Islam Hadhari Diperkenalkan?

Perlu difahami bahawa penisbahan Islam kepada hadhari dalam konteks konsep Islam Hadhari bukanlah bermaksud membawa ajaran baru seperti yang dinyatakan sebelum ini. Jika diperhatikan kepada ajaran dan tabiat agama Islam pastinya Islam itu tidak memerlukan kepada apa-apa nisbah lagi. Islam adalah satu dan tidak perlu kepada apa-apa sifat tambahan untuk menyempurnakannya. Jika diperhatikan kepada pengertian Islam seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, Islam itu merujuk kepada dua maksud. Pertama, merujuk kepada ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w. Ia merupakan agama samawi untuk seluruh umat manusia. Kedua, Islam merujuk kepada syariat yang khusus bagi Muhammad dan umatnya yang merupakan ajaran yang sempurna dan menggabungkan segala ajaran umat terdahulu(8). Ajaran Islam ini telahpun sempurna disampaikan keseluruhan syariatnya oleh Muhammad s.a.w. tanpa perlu ditokok tambah dan diperbaharui lagi. Firman Allah s.w.t:

Bermaksud: Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama bagimu. (9)

Ini bermakna bahawa risalah Islam yang berkaitan dengan segala permasalahan di dunia dan juga akhirat telahpun sempurna disampaikan oleh Allah kepada Muhammad s.a.w melalui Jibril a.s selama 23 tahun sepanjang penurunan ayat-ayat al-Quran di Mekah dan di Madinah.

Namun, selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w, kaum Muslimin mempunyai pelbagai kecenderungan dari sudut pendekatan dan penekanan dalam memahami nas-nas agama. Kemudian daripada itu lahirlah berbagai aliran dan pendekatan dalam Islam seperti Khawarij, Syiah, Jumhur Muslimin dan Murjiah. Pendekatan ini kemudiannya dikenali dengan nama Islam Siyasi (Islam Politik). (10)

Untuk mengukuhkan pengaruh politik di kalangan para pengikut dan mempengaruhi masyarakat awam, maka pihak-pihak bertelagah menggunakan nas-nas agama sama ada dari al-Quran, al-Hadis dan sebagainya sebagai suatu sandaran doktrin pemikiran mereka untuk dipegang oleh pengikut masingmasing. Dalam pendekatan Islam Siyasi, umat Islam bertelagah sesama sendiri sehingga dalam beberapa keadaan mereka berperang dan saling membunuh antara satu kelompok dengan kelompok yang lain, sedangkan hal sedemikian adalah suatu tindakan yang terlarang dalam Islam. Kesannya ialah umat Islam tidak lagi dapat bersatu kerana setiap kelompok akan merasakan bahawa merekalah yang benar dan dalam masa yang sama pihak lawan adalah musuh yang harus dihapuskan. (11)

Pertembungan antara kelompok yang berbeza aliran politik ini akhirnya menggunakan pendekatan pertembungan antara al-haq (kebenaran) dan al-batil (kebatilan). Corak ini telah mewarnai perjuangan umat Islam dalam dimensi Islam Siyasi yang akhirnya umat Islam tidak lagi dapat disatukan malah mereka saling menuduh dan membunuh sesama mereka. Segala kekuatan inteltual, tenaga, emosi, kekayaan dicurahkan untuk menghancurkan umat Islam sendiri. (12)

Apabila agama Islam telah tersebar luas ke seluruh pelosok dunia dan ramai di kalangan bangsa-bangsa bukan Arab telah memeluk Islam, maka umat Islam menghadapi cabaran baru dalam perkembangan masyarakat Islam. Kemasukan bangsa ajam (bukan Arab) ke dalam Islam telah membawa suatu masalah baru yang perlu ditangani dengan berhemat, iaitu dengan memahami akidah ajaran Islam secara tulen seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tanpa dicampuradukkan dengan resapan agama dan falsafah lain seperti Hindu, Greek, Yunani dan sebagainya. Bagi menangani persoalan ini, umat Islam sekali lagi berpecah kepada beberapa aliran yang mendukung pendekatan yang berbeza dalam menangani persoalan tersebut seperti Jabariyyah, Mutazilah dan Sifatiyyah. Setelah itu, dari golongan tersebut lahir pula golongan yang cuba menggabungkan antara pendekatan yang melampau itu seperti golongan al-Asyairah, al-Maturidiyyah dan akhirnya al-Salafiyyah.

Selain daripada sifat Islam Siyasi, terdapat juga beberapa sifat lain yang cuba disandarkan kepada Islam seperti Islam Khawarij, Islam Syiah, Islam Sunni, Islam Falsafi, Islam Sufi dan berbagai-bagai sifat lain. Malah dari segi bangsa, disebut juga Islam Arab, Islam Melayu atau Islam Pakistan. Dalam membincangkan aliran Pemikiran Islam Semasa, beberapa nama juga muncul seperti Islam Tradisional, Islam Modenis dan Islam Reformis.

Sebenarnya, sifatnya yang disandarkan kepada Islam adalah merujuk kepada kecenderungan ( al-nazah) umat Islam dalam pendekatan dan penekanan, bukan nas agama atau ajaran wahyu Islam itu sendiri. Prof Madya Mohd Kamil menyimpulkan bahawa Islam yang pada asalnya sebagai ajaran dan wahyu Ilahi, bebas daripada sebarang sandaran dan penisbahan tetapi telah disandarkan kepada berbagai-bagai sifat lain apabila ia ditafsir dan difahami oleh individu atau kelompok tertentu dengan sesuatu tujuan. Penisbahan ini juga diamalkan oleh umat bagi memenuhi keperluan memahami sesuatu kecenderungan untuk mudah mengenali perbezaannya dengan kecenderungan pihak lain, maka timbul berbagai-bagai nama julukan kepada kelompok umat Islam berdasarkan kecenderungan tertentu tanpa menyentuh nama Islam yang mutlak.

Berbeza dengan suatu pendekatan dan juga konsep Islam Hadhari yang kita perbincangkan di dalam kajian ini. Ianya bukanlah sebagai suatu lambang kepada kelompok dan juga fahaman seperti Islam Siyasi yang dinyatakan di atas. Ianya berasaskan kepada satu pendekatan untuk memperbetulkan semula pemikiran umat Islam masa kini dengan lebih menyeluruh dalam segenap aspek kehidupan. Islam Hadhari dicetuskan ilhamnya oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdulah Ahmad Badawi adalah berasaskan kepada senario berikut:

Pertama: Umumnya berpendapat bahawa sistem pemerintahan Islam yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Kota Madinah adalah satu-satunya contoh terbaik dari segi kepimpinan dan pengurusan sebuah negara Islam. Malangnya, kini ia hanya mampu dijadikan sebagai model dan retorik yang tinggal dalam lipatan sejarah ataupun sekadar kebanggaan sebuah keagungan tamadun Islam. Sedang umat Islam masa kini masih lagi ketinggalan dari segenap lapangan hidup dan peradaban berbanding dengan negara-negara maju di dunia ini, sama ada di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi, kemasyarakatan, sistem pertahanan serta sains dan teknologi.

Kedua: Setelah sedemikian lama negara-negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan dari kalangan alim ulama serta para cendekiawan di negara-negara Islam hanya melihat ketamadunan Islam itu dari sudut akidah dan ibadah khusus semata-mata. Mereka lebih suka membahaskan perkara-perkara furu dan khilafiah yang akhirnya umat Islam berpecah sesama sendiri sehingga kini tiada sebuah negara umat Islam pun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa umat Islam itu sebagai khaira ummah. Ini ditambah lagi dengan imej umat Islam di negara-negara Arab yang telah dilabelkan oleh dunia sebagai pengganas, militan, mundur, miskin dan suka kepada peperangan sesama sendiri.

Ketiga: Islam itu adalah agama yang menganjurkan ketamadunan. Islam adalah cara hidup lengkap bagi masyarakat bertamadun. Tamadun dalam Islam adalah tamadun yang berpaksikan kepada ketauhidan, yang mengesakan Allah s.w.t. Bukan sahaja untuk memudahkan urusan peribadatan malah bertujuan untuk mewujudkan satu sistem yang menjamin keadilan sejagat, kesejahteraan rakyat, keamanan, keharmonian, keselesaan dan keselamatan.

Justeru, mengapa Tamadun Islam hari ini menjadi kaku dan lesu setelah dahulunya mencapai kegemilangan yang menakjubkan? Di antara sebabnya adalah seperti berikut:

a. Ketaksuban dan terbelenggunya gerakan pemikiran dan ijtihad di kalangan alim ulama sehingga umat Islam menjadi kaku dan jumud di dalam memahami pentafsiran ayat-ayat al-Quran di dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. b. Berleluasanya pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi mudah menjadi rendah diri dan menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan berleluasanya fahaman tasawwuf, Qadariyah dan Jabariyah yang kebanyakannya cuba untuk mengasingkan diri dari kemajuan dunia dan hanya melihat Islam itu dari sudut ritual semata-mata. c. Kegagalan menghayati dan mentadabbur terhadap metod al-Quran berkaitan membina tamadun dan tidak mendapat petunjuk tentang rahsia hakiki kegemilangan tamadun Islam masa lalu.

d. Kecetekan dan kedangkalan umat Islam tentang merasai kesan basirah al-Quran untuk memahami hakikat alam, manusia dan kehidupan. Justeru itu mereka gagal untuk memakmurkan dunia ini.

Di atas perihal tersebut, maka Malaysia telah mengambil langkah yang komprehensif dan progresif dengan memperkenalkan pendekatan Islam Hadhari iaitu satu istilah dan falsafah yang baru diperkenalkan di abad ini. Walaupun istilah dan pendekatan ini baru tetapi ruh dan konsep penghayatannya telahpun diasaskan terlebih awal oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu mengemudi sebuah negara nubuwwah di kota Madinah dan juga oleh para nabi dan rasul sebelumnya. Firman Allah s.w.t:

Bermaksud: Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya.(13)

Memakmurkan bumi Allah ini dengan segala perancangan pembangunan untuk menjamin kehidupan berkualiti untuk manusia di dunia ini sama ada dari aspek kemasyarakatan, pendidikan, ekonomi, keselamatan, kesihatan serta pembangunan infrastruktur adalah merupakan satu tugas menunaikan amanah Allah dalam ruang lingkup membina hadharah ataupun tamadun. Ianya menjadi matlamat Malaysia ke arah menjadikan negara ini sebuah negara maju menjelang tahun 2020 melalui pendekatan Islam Hadhari.

Bagi umat Islam, tamadun begini bukanlah baru dan asing. Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah berjaya mengubah kegelapan dunia yang bersifat barbarian kepada dunia yang beradab, berakhlak, bersistem dengan hasil dari ilham cipta, teknologi ilmuwannya yang berpandukan kepada ajaran al-Quran.

Ini bukanlah satu propaganda dan juga retorik. Kesungguhan untuk melaksanakan Islam Hadhari di dalam pengurusan negara di Malaysia pada hari ini telah dicetuskan sendiri oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima sewaktu melancarkan Manifesto parti pimpinannya iaitu Barisan Nasional di dalam Pilihanraya Umum Malaysia ke-11 pada bulan Mac tahun 2004. Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada parti-parti campuran dari pelbagai kaum dan agama di negara ini yang dipimpin oleh pemimpin Islam dari parti UMNO, telah berjanji di dalam manifestonya kepada seluruh rakyat Malaysia

sama ada kepada umat Islam maupun bukan Islam untuk melaksanakan Pengurusan Negara berasaskan kepada Islam Hadhari.

Manifesto Islam Hadhari yang terkandung di dalam blue print kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang lalu telah dipersetujui oleh semua parti-parti komponen BN yang terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama. Mereka mempersetujuinya atas dasar menghormati Kontrak Sosial yang termaktub di dalam Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan yang menzahirkan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai. Akhirnya, rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama telahpun memberi mandat yang besar kepada kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melaksanakan Islam Hadhari dalam pengurusan negara di Malaysia dengan memberi mandat lebih daripada 90 peratus kerusi parlimen di Dewan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-11 (Mac 2004) kepada calon-calon Barisan Nasional, iaitu parti pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Justeru itu, pengumuman oleh Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia untuk melaksanakan pengurusan dan pembangunan negara berasaskan kepada pendekatan Islam Hadhari pada ketika ini adalah amat bertepatan sekali di dalam usaha beliau untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, sebagaimana yang terkandung di dalam Wawasan 2020.

Malaysia sebagai contoh kepada negara-negara Islam masa kini tidak harus dibangunkan dari segi ekonomi dan fizikal sahaja sepertimana negara-negara maju di Barat. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kerohanian (spiritual), psikologi dan kebudayaan. Sebagai sebuah negara majmuk yang mengandungi pelbagai agama dan bangsa, ianya mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial yang lebih menyeluruh dan keharmonian hidup yang aman dan sejahtera sepanjang zaman tanpa berlakunya rusuhan kaum dan agama.

Wawasan 2020 yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 1990 telah menegaskan bahawa tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka (14), iaitu:

Cabaran Pertama. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

Cabaran Kedua. Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

Cabaran Ketiga. Sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.

Cabaran Keempat. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.

Cabaran Kelima. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan dalam masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Cabaran Keenam. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan jauh, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran Ketujuh. Untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Cabaran Kelapan. Cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.

Cabaran Kesembilan. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Inilah antara cabaran-cabaran dan juga keperluan yang paling utama kenapa kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada masa kini (Menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003) memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari. Tegasnya, Pendekatan Islam Hadhari ini adalah satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai mainstream negara selama ini (yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir. Mohamad pada tahun 1990) haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari. Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.

Bagi meneguh serta memperkukuhkan benteng umat Islam serta masyarakat bukan Islam di negara ini untuk menghadapi sembilan cabaran Wawasan 2020 yang telah diketengahkan oleh bekas Perdana Menteri terdahulu, maka Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam mengutarakan gagasan Islam Hadhariya telah meletakkan 10 Prinsip Utama yang menjadi teras kepada pengisian negara bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi. 2. Kerajaan yang adil dan beramanah. 3. Rakyat berjiwa merdeka. 4. Penguasaan ilmu pengetahuan. 5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif. 6. Kehidupan berkualiti. 7.Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita. 8. Keutuhan budaya dan moral. 9. Pemeliharaan alam semulajadi. 10. Kekuatan pertahanan.

Asas Pemikiran dan Falsafah Islam Hadhari

Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.

Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-55 telah menegaskan bahawa Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi.(15)

Inilah asas pemikiran dan falsafah kepada pendekatan Islam Hadhari yang dijadikan dasar serta agenda utama negara di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja diberi mandat besar oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum Ke-11 pada bulan Mac 2004. Apa yang diperkatakan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tentang konsep Islam Hadhari yang mesti dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi adalah bertepatan dan memenuhi kehendak Allah s.w.t, seperti firman-Nya:

Bermaksud: Dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari (kenikmatan) duniawi, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.(16)

Berdasarkan kepada ayat al-Quran di atas, terdapat empat elemen penting yang wajib dilaksanakan oleh manusia di dunia ini selaku khalifah Allah untuk mendapatkan hasanah fi ad-dunia dan hasanah fil akhirah. Keempat-empat elemen penting ini adalah merupakan tunjang kepada konsep dan falsafah Islam Hadhari, iaitu:

Pertama. Membelanjakan harta yang dianugerahkan Allah di dunia ini untuk beribadah dan amal Soleh untuk bekalan hari akhirat (Siasah ad-Din).

Kedua. Membelanjakan harta, tenaga dan pemikiran untuk menjamin kehidupan yang selesa di dunia (Siasah ad-Dunia). Ketiga. Menjalinkan hubungan dan interaksi yang baik sesama manusia sama ada dalam keluarga, jiran dan masyarakat. Keempat. Tidak melakukan kerosakan di dunia ini, iaitu dari segi menjaga Maqasid as-Syariah (Menjaga agama, akal, nyawa, harta dan keturunan).

Pemikiran dan Falsafah Islam Hadhari ini amat bertepatan sekali dengan apa yang diperkatakan oleh Sheikh Al-Azhar, Dr. Mohammad Sayed Tantawi bahawa Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya. Islam juga tidak suka kepada penceroboh dan orang-orang yang memerangi orang lain. Islam menyuruh pengikutnya tahu akan haknya, sama ada hak itu bersangkutan dengan agama atau keduniaan. Pada waktu yang sama, mereka tidak boleh menceroboh. Allah tidak suka kepada orang yang memerangi dan menceroboh hak orang lain. (17)

Maksud Islam Hadhari Secara Kontekstual

Islam Hadhari adalah usaha untuk membangunkan semula tamadun Islam dalam konteks semasa masa kini, iaitu dengan menggunakan kaedah Islam bertamadun. Islam berasaskan tamadun merujuk kepada konsep Islam yang kita amalkan di sini sebagai cara hidup (Nizamul Hayah) berpaksikan tauhid dan sekali gus tidak putus-putus membina tamadun demi kesejahteraan umat bagi diredai Allah s.w.t.

Menurut Ibnu Khaldun, konsep tamadun adalah merujuk kepada satu masyarakat yang mendiami satu negara, ibu kota, bandar dan kampung yang sentiasa berusaha membangun, membina, memajukan serta memakmurkan diri dan masyarakat mereka. Justeru, masyarakat hadhari akan menggunakan segala kekayaan sumber alam dengan baik yang dipacu oleh ilmu, sains dan teknologi, serta akal budi untuk kesejahteraan umat. Masyarakat Hadhari bijak lagi cemerlang menguruskan negara, aset, rakyat, sumber, pentadbiran, pendidikan, ekonomi, pertahanan dan kemasyarakatan. Bagi saya, tamadun ini adalah merupakan kayu ukur bagi menentukan tahap pencapaian dan kemajuan sesuatu bangsa. Ciri-ciri tamadun inilah yang dapat membezakan sebuah masyarakat itu maju ataupun mundur.

Ketika diwawancara oleh para wartawan tentang konsep dan maksud Islam Hadhari, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa:

Islam HadhariIslam itu Islamlah tapi bila guna perkataan hadhari bersama, ia menekankan bahawasanya Islam yang bertamadun. Yang boleh menyumbang kepada tamadun manusia kerana Islam itu adalah satu agama yang sesuai sepanjang zaman. Satu agama yang mengajar kita supaya kita menguasai ilmu pengetahuan, supaya dapat kita memperkasa diri kita menjadi orang yang baik. Dengan penguasaan ilmu pengetahuan kita berharap dapat menjadi orang yang maju, yang berjaya, yang dihormati dan yang mampu membuat sesuatu untuk pembangunan ummah dan negara yang dapat menaikkan lagi syiar Islam.(18)

Islam, kalau umatnya tidak maju dan tidak berjaya, orang akan menganggap Islam ini tidak memberi apaapa kebaikan. Nama Islam pun menjadi tidak baik, seperti hari ini berlaku keganasan yang kita dengar cerita sampai ada golongan orang Barat yang mengatakan Islam itu menggalakkan keganasan. Itu adalah satu persepsi yang tidak baik.

Lazimnya, apabila dilihat banyak orang Islam yang bergaduh sesama sendiri, kurang persefahaman dan di kalangan negara miskin di dunia banyak pula bilangan negara Islam dalam kumpulan itu maka imej Islam tidak jadi baik. Jadi dalam hal ini, dengan ada Islam Hadhari yang menjadi satu pendekatan bukan mazhab baru, bukan agama baru, bukan ideologi baru, hanya satu pendekatan yang kita wujudkan oleh kepimpinan negara ini untuk membawa umat Islam ke arah kemajuan yang diredai Allah s.w.t. Ketika menjawab pertanyaan tentang apakah yang dimaksudkan pula dengan hadhari, Dato Seri Abdullah menjelaskan bahawa hadhari itu menekankan kepada bertamadun. Dalam bahasa Inggeris civilizational Islam. Jadi, dengan itu maksudnya kita mahu menunjukkan bahawasanya kita orang Islam dengan ajaran agama kita. Kalau kita faham betul-betul, ia mampu bukan hanya meningkatkan lagi syiar agama kita tetapi umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang, umat yang gemilang dan umat yang terbilang.

Pendekatan ini diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah adalah dengan tujuan untuk membawa satu perubahan daripada segi pemikiran dan juga sikap masyarakat Islam dan juga rakyat malaysia amnya. Iaitu untuk membuat anjakan dari segi sikap dengan berhijrah dari keadaan yang kurang maju kepada yang lebih maju atau kalau keadaannya sudah maju, kepada keadaan yang cemerlang. Malaysia mahu buat anjakan ini daripada segi sikap, daripada segi pandangan, cara kerja, daripada segi kemudahan sains dan teknologi. Semua ini memerlukan perubahan ke arah kemajuan dan juga pembangunan.

Matlamat Islam Hadhari ini akan mengambil masa yang cukup panjang sebab ia ada hubungkait dengan bukan hanya pembangunan fizikal. Ia bermula dengan pembangunan modal insan ( the human capital) yang mesti dibekalkan dengan ilmu pengetahuan. Dengan sikap yang boleh memperkasakan secara baik akal fikiran , ilmu pengetahuan dan juga semangat jiwa yang kental dan merdeka. Ini penting kerana manusia seperti inilah yang akan menghidupkan sesebuah negara. Manusia seperti inilah yang akan membuat sesuatu yang akan berjaya. Manusia seperti inilah yang dapat mencipta sesuatu teknologi. Inilah yang di perlukan oleh negara di dalam menghadapi sembilan cabaran Wawasan 2020 yang diperkatakan sebelum ini. Kalau rakyat di negara ini sudah maju dan berjaya dan mengguna pula pendekatan-

pendekatan yang termasuk dalam prinsip-prinsip Islam Hadhari ini, negara akan jadi maju (dan) apabila maju akan jadi makmur. Bangsa Malaysia akan jadi maju dan berjaya. Tertolaklah segala tohmahan dan pandangan serong masyarakat dunia selama ini yang mengatakan bahawa umat Islam itu mundur, miskin dan terorist. Usaha ini merupakan satu jihad yang besar bagi Malaysia selaku sebuah negara Islam contoh di dunia masa kini.

Islam Hadhari - Pendekatan Pembangunan dan Kesederhanaan

Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan alQuran dan as-Sunnah. Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah Hadhari telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya Al-Muqaddimah dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual.

Sebab itulah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menjelaskan dengan jujur dan telus tentang konsep dan falsafah Islam Hadhari ini dengan mengutarakan bahawa:

Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas- jika difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas aqidah.(19)

Islam Hadhari sebenarnya satu pendekatan baru yang berkonsepkan kepada kemajuan dan pembangunan yang seimbang antara keperluan fizikal dan rohani (dunia dan akhirat) dalam usaha untuk membina semula keagungan tamadun umat Islam dalam era globalisasi masa kini. Ianya berasaskan kepada prinsip Siasah Syariyyah dalam ruang lingkup menjaga dan memartabatkan kelima-lima Maqasid As-Syariah: Memelihara kesucian agama, memelihara kemuliaan akal, menjaga kesejahteraan nyawa, menjaga hak pemilikan harta dan menjaga kemurnian keturunan. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi kini ialah dengan menjadikan pendekatan Islam Hadhari sebagai keutamaan (aulawiyat) di dalam pengurusan dan pembangunan negara.

Justeru, dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan Islam Hadhari maka pembangunan negara harus dicanai ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat. Inilah apa yang hendak diaplikasikan oleh Perdana

Menteri yang terkandung di dalam ucapan dasarnya ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO ke-55, iaitu:

Islam Hadhari memberi penekanan kepada pembangunan pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik. Pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.(20)

Sesungguhnya dasar dan program yang dilaksanakan kerajaan kita adalah amat konsisten dalam hal membina tamadun ini. Sejak kita mula merdeka hinggalah ke hari ini, berbagai-bagai dasar telah digubal dan dilaksanakan dengan mengambil kira strategi memberi kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat. Antara dasar-dasar utama seperti Dasar Pendidikan, Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pertanian, Dasar Penswastaan, Dasar Sains dan Teknologi, Dasar Kependudukan, Dasar Belia dan banyak lagi semuanya mempunyai matlamat yang sama untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat. Demikian juga dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan, seperti Dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Penerapan NilaiNilai Islam, Kepimpinan Melalui Teladan dan TQM, telah menjelaskan betapa kerajaan amat prihatin terhadap hal pentadbiran yang berkesan. Ini semua telah menjadi asas dan ramuan yang amat penting ke arah merealisasikan hasrat kita mencapai matlamat bernegara berasaskan konsep Islam Hadhari. (21)

Dalam hubungan ini, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden UMNO menjelaskan bahawa: Sebagai parti yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidahnya serta dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa mengikut tempat. Ini adalah sebahagian daripada konsep dan falsafah Islam Hadhari dalam usaha kepimpinan negara untuk memajukan umat Islam di Malaysia ini agar berkeupayaan berhadapan dengan cabaran dan realiti semasa dalam pembangunan negara menjelang tahun 2020.

Kejayaan UMNO yang menjadi tunjang kepada kerajaan Malaysia adalah kejayaan perjuangan yang mengamalkan kesederhanaan perjuangan yang mengutamakan kemajuan. Perjuangan yang insaf dan sedar bahawa umat Islam perlu menjadi umat yang maju. Untuk maju, umat Islam perlu mencipta kejayaan di dunia ini di samping membekalkan diri untuk menghadapi alam akhirat.

UMNO memilih pendekatan yang tidak mengamalkan kekerasan. Di sebaliknya, kekuatan UMNO terbukti dilandaskan kepada pendekatan perjuangan penuh berhikmah ( bil-hikmah). Perjuangan yang berasaskan

tamadun bangsa yang mementingkan kebijaksanaan akal dan pemikiran rasional. Perjuangan berpandukan budi pekerti tinggi dan jiwa yang tenang. (22) Ianya selaras dengan firman Allah s.w.t:

Bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.(23)

Nota hujung: (7) Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Ucapan Presiden UMNO, Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO ke-55 di PWTC, Kuala Lumpur pada 23 September 2004. (8) Al-Amri, Umar Baha al-Din ( 1968), al-Islam fi al-Mutarak al-Hadhari, Beirut: Dar al-Syuruq, hlm. 9. (9) Al-Quran, Surah al-Maidah: 5: Ayat 3. (10) Muhammad Kamil b. Hj. Abdul Majid (2004), Islam Hadhari dari Perspektif Pemikiran Islam, ( Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Islam Hadhari anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malays pada 24-25 November 2004, hlm. 7. (11) Faisal @ Ahmad Faizal b. Abdul Hamid dan Wan Adli b. Wan Ramli (2006), Islam Hadhari dari Perspektif Intelektual Muslim, API, Universiti Malaya, hlm. 6. (12) Mahmood Zuhdi b. Hj Ab. Majid (2004), Memahami Islam Hadhari, Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Islam Hadhari anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 24-25 November 2004, hlm. 6. (13) Al-Quran, Surah Hud; 11: Ayat 61. (14) Mahathir Mohamad, terjemahan teks ucapan pada Persidangan pertama majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur (teks asal bertajuk Malaysia: The Way Forward), 28 Februari 1991. (15) Abdullah Haji Ahmad Badawi, Ucapan Presiden UMNO, Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO ke-55 di PWTC, Kuala Lumpur pada 23 September 2004. (16) Al-Quran , Surah al-Qashas: 28 : Ayat 77.

(17) Mohammad Sayed Tantawi, Ucapan Khas di Multaqa Ulama Sedunia, Putrajaya, Malaysia, JPM pada 12 Julai 2003. (18) Utusan Malaysia (wawancara dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi), 11 Februari 2005. (19) Abdullah Haji Ahmad Badawi, Ucapan Presiden UMNO, Majlis Perasmian Persidangan Agung UMNO ke-55 di PWTC, Kuala Lumpur pada 23 September 2004. (20) Ibid. (21) Mohd Najib b. Tun Razak, Majlis Perasmian Seminar Islam Hadhari Peringkat W.Persekutuan Kuala Lumpur (Ucapan Perasmian), JPM, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur, pada 6 Ogos 2004. (22) Abdullah Ahmad Badawi, Perhimpunan Agung UMNO Ke-55, 2004. (23) Al-Quran, Surah An-Nahl: 16: Ayat 125.

(Bersambung ) Categories: Kajian Tags:

BAB 3: ISLAM HADHARI DALAM KONTEKS MALAYSIA NEGARA ISLAM Pengenalan Sejarah telah merakamkan bahawa kedatangan agama Islam ke rantau ini, Tanah Melayu yang kini dinamakan Malaysia adalah melalui ahli perniagaan Arab yang menyebarkannya melalui lisan dengan sifat sopan santun mereka berkomunikasi dengan penduduk tempat. Dakwah Islam yang masuk ke rantau ini bukannnya melalui kekerasan dan peperangan. Penduduk tempatan telah menerima Islam secara aman serta sukarela tanpa ugutan dan hasutan. Mereka terpengaruh dan terpikat dengan cara ahli-ahli perniagaan Arab itu menyebarkan agama Islam secara hikmah dan bijaksana. Pengaruh dakwah asal yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab itu sangat mendalam kesannya sehingga Sultan Melayu yang memerintah Melaka pada masa itu telah dengan rela hati memeluk Islam dan diikuti seterusnya oleh rakyat jelata. Peristiwa Sultan Melaka memeluk agama Islam sangat penting dirakamkan di sini kerana ia telah memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam kerana sejak dari itu Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan sebuah kerajan Islam di Nusantara ini yang mengamalkan undang-undang Islam di dalam pemerintahannya.

Sejak dari itu, negeri-negeri di Tanah Melayu tidak pernah menukar identitinya sebagai sebuah negeri yang mengamalkan sistem perundangan dan pemerintahan Islam sekalipun ianya pernah dijajah selama hampir 500 tahun bermula dengan Portugis (1511), Belanda (1641), Inggeris (1824), Jepun (1941-1945) dan dijajah oleh Inggeris semula pada 1945 hinggalah negara ini merdeka dari British pada 31 Ogos 1957. Penjajah hanya berjaya menjajah negara ini secara fizikal dan juga ekonomi sahaja, sedangkan aqidah dan juga syariat Islam di negara ini tidak pernah diganggu-gugat dan berjaya dipertahankan oleh umat Islam. Kemerdekaan Malaya pada ketika itu bukanlah melalui peperangan dengan pihak British tetapi melalui perbincangan dan rundingan dengan pihak penjajah dan dalam masa yang sama umat Islam Melayu pada ketika itu telah mengadakan kerjasama serta permuafakatan dengan bangsa-bangsa lain, iaitu Cina dan India untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi mentadbir negara ini secara perkongsian kuasa. Ini dilakukan melalui Kontrak Sosial, sepertimana juga Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu hendak mendirikan sebuah negara Islam di Madinah telah mengadakan perjanjian dan juga persetiaan murni dengan masyarakat bukan Islam di sana dengan Piagam Madinah. Perkongsian Kuasa di Malaysia Prof Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim dalam kertas kerjanya bertajuk Prinsp-Prinsip Perlembagaan Islam dan Perundangan yang dibentang di IKIM, Kuala Lumpur pada tahun 1999 berpendapat bahawa: Al-Quran dan Sunnah tidak meletakkan Perlembagaan yang terperinci untuk diikuti oleh orang-orang Islam pada masa ini. Akan tetapi terdapat beberapa prinsip yang disebutkan yang boleh memberi panduan kepada orang-orang Islam untuk memilih sistem yang terbaik bagi aturan politik bagi masyarakat dan zaman mereka.(24) Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu sekiranya British tidak masuk campur dan menahannya.(25) Setelah mencapai kemerdekaan negara dari British pada 31 Ogos 1957, orang Melayu yang menjadi pribumi kepada negara ini telah berkongsi kuasa dengan lain-lain kaum yang sebelumnya menjadi pendatang (imigran) dari China dan India. Melalui perkongsian kuasa ini, maka lahirlah sebuah kerajaan Perikatan yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan agama iaitu UMNO, MCA dan MIC untuk mengambil alih pemerintahan negara ini secara rasmi dari pihak British. Kuasa pemerintahan ini telah diperolehi daripada mandat yang diberikan oleh rakyat dalam Pilihanraya Umum pertama negara pada tahun 1955. Inilah keunikan negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam di rantau ini. Rakyatnya terdiri dari berbagai kaum, keturunan dan berbagai agama. Rakyatnya menganuti beberapa fahaman agama dan mengamalkan tradisi dan kebudayaan yang berbeza. Meskipun demikian, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia; tetapi agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di dalam menjelaskan konsep pengkongsian kuasa ini menjelaskan bahawa: Malaysia menolak konsep asimilasi kaum kerana percaya ia tidak mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama dalam sesebuah negara, sebaliknya

kerajaan berpegang teguh kepada prinsip integrasi yang terbukti berjaya membawa keharmonian dan kemakmuran kepada masyarakat Islam dan penganut agama lain. Kerajaan tidak pernah memaksa kaum tertentu supaya menukar identiti, nama, agama dan budaya mereka untuk diasimilasikan mengikut kaum majoriti. Paksaan juga tidak dilakukan terhadap sesuatu kaum dalam aspek pakaian dan pendidikan terutama menghadkan kepada satu aliran sekolah sahaja. Kita tidak pernah paksa mereka (rakyat pelbagai kaum) buat apa yang tidak sesuai dan selari dengan mereka. Inilah rahsia kejayaan Malaysia yang rakyatnya semakin kukuh perpaduan mereka. Malaysia yang didiami hampir 25 juta penduduk pelbagai kaum dan etnik dengan majoriti Melayu, Cina dan India sering disifatkan oleh negara luar sebagai contoh negara yang berjaya mengekalkan perpaduan dan kestabilan. Menerusi dasar perkongsian kuasa sejak negara mengecapi kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat Malaysia hidup secara aman dan harmoni. (26) Ini menzahirkan kepada kita bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi bagi Malaysia, di samping agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya digubal hasil dari persetujuan yang telah dicapai antara penduduk berlainan agama dan kaum di Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari kalangan bangsa Melayu, Cina dan India di atas asas Kontrak Sosial sewaktu menuntut kemerdekaan negara pada tahun 1957. Menerusi Kontrak Sosial berkenaan maka ketiga-tiga kaum yang terbesar di negara ini yang terdiri daripada pertubuhan UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India) telah membentuk sebuah pakatan politik , iaitu Parti Perikatan pada tahun 1955 bagi menyertai Pilihanraya Umum ke arah perkongsian kuasa bagi membentuk sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka dari kuasa British. Perkongsian Kuasa antara parti politik Melayu Islam yang terdiri dari UMNO dengan parti-parti politik yang bukan Islam seperti MCA dan MIC sejak tahun 1955 hingga kini adalah tidak bercanggah dengan nas alQuran, seperti firman Allah s.w.t: Bermaksud: Allah tidak melarang kamu melakukan keadilan dan kebaikan terhadap orang yang bukan Islam yang tidak memusuhi kamu dan tidak menghalau kamu dari kampung halaman kamu,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.(27)

Kerjasama dan pakatan umat Islam di Malaysia dengan kaum Cina dan India ini juga adalah selari dan mencontohi sirah Nabi Muhammad s.a.w yang telah membentuk kerjasama dengan Auz dan Khazraj serta kaum Yahudi dan Nasara di Madinah menerusi Piagam Madinah bagi membentuk sebuah negara Islam Madinah. Di atas prinsip pakatan dan perkongsian kuasa inilah maka umat Islam di Malaysia yang parti siasah UMNO menjadi tunggaknya, telah mentadbir dan memerintah negara ini bersama-sama dengan pemimpinpemimpin dari kalangan parti-parti bukan Islam seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bagi mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati dan huru hara di dalam negara. Prinsip ini jelas sekali tidak bertentangan dengan nas syarak seperti firman Allah s.w.t:

Bermaksud: Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin/teman) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah Kecuali kerana (siasah) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri-Nya (seksaan-Nya). Dan Hanya kepada Allah kembalimu. (28)

Perkongsian Kuasa antara umat Islam dan juga lain-lain kaum yang bukan beragama Islam di Malaysia adalah berasaskan kepada siasah syariyah dan maslahah ammah bagi mengelakkan daripada berlakunya peperangan dan rusuhan kaum yang boleh membantutkan usaha ke arah mewujudkan sebuah negara merdeka dan berdaulat. Takrif Negara Islam Negara di dunia ini terbahagi kepada tiga: negara Islam ( dar al-Islam), negara kafir (dar al-harb) dan negara kafir yang tidak memerangi negara Islam ( dar al-ahd). Dari segi pembahagian negara mengikut Fiqh Islam ini jelas bahawa dua jenis negara yang terakhir adalah negara orang kafir. Dar al-Islam ialah nama bagi tempat yang berada di bawah penguasaan orang Islam. Tandanya ialah orang Islam berada dalam keadaan aman di dalamnya. (29) Selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniah, maka negara-negara Islam telah berpecah kepada beberapa wilayah dan terbentuknya beberapa buah negara bangsa ( nation state). Maka timbullah beberapa pendapat dan konsep tentang sebuah negara Islam di kalangan ulama Islam di dalam menentukan ciri-ciri ataupun pentakrifan tentang negara Islam. Bagaimanapun, tidak ada satu definisi yang mutlak mengenai konsep negara Islam dan sehingga kini tiada sesiapapun dapat memberikan maksud atau kaedah yang tepat. Justeru tiadanya definisi yang tepat ini menyebabkan kontroversi mengenainya timbul. Justeru itu, bagi menentukan sama ada Malaysia ini adalah sebuah negara Islam atau tidak, kita boleh merujuk terlebih dahulu kepada pendapat-pendapat para ulama mengenai takrif negara Islam. Sheikh Muhammad Abu Zuhrah berpendapat bahawa Negara Islam (Darul Islam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam, dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Negara seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap Muslim. (30) Muhammad bin Hasan As-Syaibani, seorang ulama terkemuka dari kalangan Mazhab Hanafi pula mentakrifkan negara Islam itu ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya. (31) Imam-Imam dari Mazhab AS-Shafie pula berpendapat bahawa mana-mana negara yang pernah menjadi negara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum Fiqh Islam (sekalipun umat Islam telah dikalahkan di negara berkenaan). (32) Menerusi pentakrifan dan beberapa pendapat berkenaan, maka Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti telah menggariskan negara Islam itu seperti berikut:

Negara Islam adalah seperti yang disepakati oleh imam-imam mazhab yang empa ; negeri atau bumi yang berada di bawah kekuasaan umat Islam dan mempunyai kedaulatan, dengannya umat Islam dapat mengamal Islam dengan terbuka dan mampu mempertahankan diri daripada serangan musuh.(33) Sementara itu, Prof. Dr Mohammad Hashim Kamali, dari Kuliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berpendapat bahawa ketika Islam dalam zaman pertengahan (kirakira 1100 hingga 1500 tahun masihi), atau semasa mazhab dibangunkan semula dengan mazhab Hanafi, Shafie, Maliki dan Hanbali, dan ketika itu juga ada pembahagian di antara konsep Darul Islam dan Darul Kufr. Oleh itu, kita boleh katakan perkataan Darul Islam itu sama dengan negara sistem pemerintahan atau kerajaan. Kalau sebuah kerajaan itu komited kepada undang-undang syariah, maka ini dianggap wilayah Islam, ataupun Darul Islam.(34) Berdasarkan kepada definisi-definisi yang dirumuskan oleh para ulamak mazhab empat dan cendekiawan Islam di atas, nyatalah bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam tanpa sebarang keraguan dan tanpa perlu dipertikaikan lagi. Tambahan pula di mata dunia, Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara Islam. Apatah lagi di Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) pada Oktober 2003 yang lalu, Malaysia telah terpilih sebagai Pengerusi yang baru bagi OIC. Status Malaysia Sebagai Negara Islam Status Malaysia sebagai sebuah negara Islam ini tidak akan terjejas, sekalipun Malaysia dipandang sebagai sebuah negara sekular di sisi ahli-ahli perundangan Barat dan beberapa orang tokoh ulama dari kalangan parti pembangkang di negara ini. Hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sebenarnya turut diperakui oleh sebahagian pakar perundangan moden yang membuat kajian dan penilaian secara ikhlas dan jujur. Yang Arif Datuk Hashim Yeop A.Sani dalam kajiannya mengenai Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Malaysia secara sah bolehlah mengisytiharkan negara ini sebagai sebuah negara Islam walaupun pada hakikatnya ia adalah sebuah negara sekular dan tidak semua undang-undangnya diasaskan kepada hukum-hukum Islam. Mempertikaikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam bermakna meletakkan kedudukannya dalam salah satu daripada dua jenis negara kafir yang dinyatakan di atas. Jika ini berlaku, maka kesannya amat besar sekali kepada masa depan umat Islam kerana ianya membawa erti bahawa umat Islam tidak wajib mempertahankan negara ini daripada pencerobohan musuh negara jika berlaku sebarang ancaman dan serangan musuh Islam dari dalam dan luar negara. Sebagai memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, maka bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad di dalam ucapan perasmiannya pada Mesyuarat Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di Kuala Lumpur pada 29 September 2001 telah mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam. (35) Ada dua perkara penting yang tersirat di sebalik pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, di mana dalam suasana dunia baru sahaja digemparkan dengan Tragedi 11 September 2001 (9/11). Dalam keadaan di mana dunia telah mengecam umat Islam sebagai pengganas (terrorist) dan puak ekstrem serta membawa imej militan kerana serangan berani mati dari rangkaian Al-Qaeda meletupkan Washington Trade Centre (WTC) dalam sekelip mata. Imej umat Islam telah tercemar dengan tragedi ini. Dua perkara penting yang tersirat di sebalik pengisytiharan tersebut adalah seperti berikut:

Pertama. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ingin menzahirkan serta memperlihatkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang progresif dan mengamalkan prinsip toleransi antara kaum serta agama dan tidak pernah menyokong sebarang tindakan keganasan dan ekstremis agama. Ini dapat dibuktikan dengan sistem perkongsian kuasa antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini sejak merdeka tahun 1957 hingga kini, di mana kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh orang Islam tidak pernah melakukan penganiayaan serta kezaliman kepada penganut agama-agama lain dan begitulah sebaliknya. Kedua. Pendekatan Islam yang dibawa serta diamalkan di Malaysia adalah pendekatan yang sederhana dan tidak melampau. Semua kaum dan penganut dari berbagai-bagai agama di negara ini tidak pernah menyatakan kebimbangannya kepada apa sahaja dasar-dasar Islam ataupun sebarang program yang bermatlamat untuk memperkasakan pembangunan umat Islam secara terancang dan terbuka. Ini jelas terbukti apabila pengisytiharan Perdana Menteri pada ketika itu yang mengesahkan Malaysia adalah sebuah negara Islam telah dilakukan di hadapan pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam perhimpunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia iaitu sebuah parti politik kaum Cina yang bukan beragama Islam. Tiada bantahan dan juga tentangan daripada parti-parti kaum lain yang bukan beragama Islam di atas pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ini disebabkan kerana mereka yang bukan beragama Islam selama ini amat selesa dan hidup dalam aman dan harmoni di bawah pemerintahan kerajaan Islam yang dipimpin oleh UMNO, iaitu parti politik Melayu yang memperjuangkan Islam secara sederhana dan pragmatik. Sheikh Al-Azhar, Dr Mohammad Sayed Tantawi, ketika datang ke Malaysia untuk menghadiri Multaqa Ulama Sedunia di Putrajaya pada 10 Julai 2003, iaitu sewaktu ditemubual oleh wartawan selepas mengadakan kunjung hormat dengan Perdana Menteri Malaysia, memperakui bahawa: Malaysia merupakan contoh bagi negara Islam lain kerana Malaysia mengamalkan ajaran sebenar Islam. Sudah tentu Malaysia merupakan negara Islam contoh. Lihat sahaja pembangunannya yang amat pesat dan rakyatnya juga berpegang kepada ajaran sebenar Islam dengan aman dan damai tanpa rusuhan dan huru hara. Ini adalah ciri-ciri negara Islam kerana Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya.(36) Dr Mohammad Sayed Tantawi menjelaskan lagi bahawa negara Islam lain harus mencontohi Malaysia dalam usaha memajukan umat Islam di negara masing-masing. Islam juga tidak suka kepada penceroboh dan orang-orang yang memerangi orang lain. Islam menyuruh pengikutnya tahu akan haknya, sama ada hak itu bersangkutan dengan agama atau keduniaan. Pada waktu yang sama, mereka tidak boleh menceroboh. Allah tidak suka kepada orang yang memerangi dan menceroboh hak orang lain. Hasil daripada penjelasan Dr Mohammad Sayed Tantawi di atas yang dengan secara tegas menyatakan bahawa Islam adalah agama yang memajukan, bukannya memundurkan umatnya , maka dari sinilah lahirnya satu konsep dan pendekatan baru di Malaysia iaitu Islam Hadhari. Satu pendekatan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju, progresif serta berperadaban ataupun bertamadun. Konsep Islam Hadhari inilah kemudiannya di perbahas serta diperbincangkan secara terbuka di kalangan pemimpin-pemimpin politik dari kalangan Islam dan bukan Islam, kakitangan kerajaan serta para cendekiawan Islam yang akhirnya Islam Hadhari telah dijadikan sebagai manifesto Pilihan Raya Umum Malaysia ke-11, pada bulan Mac 2004. Inilah hasrat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang baru (selepas Tun DR Mahathir Mohamad) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam contoh terutama kepada negara-negara Islam yang lain dengan ciri-ciri rakyat yang kuat bekerja, gigih, berfikir dan sentiasa

berusaha menjadikan negara ini maju, berjaya, cemerlang, aman makmur serta diampuni Allah s.w.t sebagaimana yang telah digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran, seperti firman-Nya: . Bermaksud: Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebuh di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (Kepada mereka dikatakan): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negeri kamu ini adalah negeri yang baik, aman dan makmur dan Tuhan kamu adalah Maha Pengampun.(37)

Kedaulatan Islam Dalam Perlembagaan Malaysia Pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 September 2001 bukanlah sebagai satu ucapan kosong yang tidak mempunyai asas. Bukanlah mudah untuk seseorang pemimpin Islam di dunia ini untuk mengisytiharkan bahawa negaranya adalah sebuah negara Islam, apatah lagi seperti Malaysia ini yang jumlah nisbah penduduk Islam dengan bukan Islamnya dalam lingkungan nisbah 60:40 (Islam 60 % berbanding dengan bukan Islam 40 %). Apakah kekuatan yang ada pada umat Islam di Malaysia sehingga pemimpinnya berani mengisytiharkan negara ini sebagai sebuah negara Islam dan tidak sebagai sebuah negara sekular seperti yang diperakui oleh sesetengah pihak? Kekuatan yang dimaksudkan itu adalah bersandarkan kepada beberapa peruntukan undang-undang di dalam Perlembagaan Malaysia yang menzahirkannya secara telus dan terbuka bahawa Malaysia memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah negara Islam. Lihat semula perbincangan mengenai ciri-ciri ataupun takrif sebuah negara Islam, sebagaimana pendapat Sheikh Muhammad Abu Zuhrah, Muhammad bin Hasan As-Syaibani serta Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Buti di dalam perbincangan kita sebelum ini. Antara kekuatan-kekuatan peruntukan di sisi Perlembagaan Malaysia yang mengukuhkan kedudukan Malaysia secara rasmi sebagai sebuah negara Islam adalah seperti berikut: 1. Ketua Negara Malaysia di bawah Perlembagaan Perkara 32 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Ketua Negara adalah seorang yang beragama Islam. Maka hendaklah ada seorang kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang DiPertuan Agong.(38) Yang DiPertuan Agong ialah seorang Raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk tempoh lima tahun menerusi Sistem Raja Berperlembagaan. Kedudukan Yang Dipertuan Agong seakan-akan Baginda Queen di England. Kedudukannya boleh dikatakan di antara kedudukan seorang raja dengan seorang presiden. Ini bermakna bahawa Ketua Negara bagi Malaysia ialah seorang yang beragama Islam iaitu dari kalangan sembilan orang Sultan dan Raja-Raja Melayu. 2. Tanggungjawab dan Peranan Utama Ketua Negara

Tanggungjawab dan peranan utama Ketua Negara Malaysia, iaitu Yang DiPertuan Agong yang diberi kuasa pemerintahan di bawah Perlembagaan adalah memelihara kesucian agama Islam. Perkara ini terkandung di dalam Ikrar Sumpah Jawatannya sebagaimana yang telah dikehendaki di dalam Perkara 37, Jadual Keempat, seperti berikut: Kami .ibni Yang DiPertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi; Wabillahi; Watallahi; Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa ugama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri.(39) Oleh kerana semua orang Melayu di negara ini beragama Islam, maka semua Raja yang memerintah menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing, termasuk Yang DiPertuan Agong yang menjadi Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja dan bersultan. Lantaran itulah maka seseorang yang dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong akan berikrar untuk mempertahankan serta menjaga kesucian agama Islam sebagaimana di peruntukkan dalam Perkara 37, Jadual Keempat di atas. Kerana itu UMNO sebuah parti umat Islam (Melayu) di negara ini memastikan bahawa Islam dan umat Islam senantiasa dilindungi. Atas kesedaran tersebut, UMNO ketika terlibat secara langsung menggubal Perlembagaan Persekutuan, memasukkan artikel-artikel tertentu mengenai Islam dan meletakkan Islam di bawah naungan bidang kuasa Ketua Negara dan Ketua Negeri. (40) 3. Kuasa Pemerintahan Negara Kuasa ini diperuntukkan kepada Yang Dipertuan Agong, yang semestinya orang Melayu Islam di kalangan sembilan orang Raja-Raja Melayu, dan tidak kepada mana-mana pemimpin yang bukan Islam. Kuasa pemerintahan ini diperuntukkan dalam Perkara 39 Perlembagaan Malaysia: Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang DiPertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau mana-mana menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, TETAPI Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain.(41) Bagaimanapun, Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Negara akan melantik seorang Perdana Menteri untuk melaksanakan tugas pemerintahan negara ini berasaskan kepada Sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat diberi kuasa untuk memilih sesebuah kerajaan menerusi mandat Pilihanraya Umum yang diadakan setiap lima tahun sekali. Mana-mana parti yang menang majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat), maka pengerusi parti berkenaan akan dilantik oleh Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri bagi menjalankan tugas pemerintahan bagi pihak Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Negara. 4. Kuasa Ketenteraan Untuk mengukuhkan kedudukan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara yang memiliki kuasa pemerintahan serta kedaulatan, dan bagi mempastikan ugama Islam tetap terpelihara sebagai ugama rasmi negara, maka Perkara 41 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera:

Yang DiPertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.(42) Dengan kuasa yang telah diperuntukkan kepada Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Negara Malaysia seperti yang dinyatakan di atas, ianya memang bertepatan sekali dengan takrif negara Islam yang telah dikemukakan oleh Sheikh Muhammad Abu Zuhrah: Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan Islam dalam mana kekuatan dan pertahanannya berada di tangan umat Islam. Jelas kepada kita bahawa kuasa pemerintahan dan juga kuasa ketenteraan dari segi menjaga keselamatan dan pertahanan negara seperti yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong. Sebagai seorang yang memegang amanah untuk menjaga kesucian agama Islam, maka sudah tentulah Yang Dipertuan Agong dari semasa ke semasa akan melantik Ketua Polis Negara serta Ketua Panglima Angkatan Tentera bagi menjaga keselamatan dan keamanan negara di kalangan pemimpin-pemimpin beragama Islam berbanding dengan kaum-kaum lain yang bukan beragama Islam. Ini bermakna bahawa kuasa pertahanan dan keselamatan negara akan terus berada di tangan umat Islam. Inilah hakikat sebenarnya mengapa Malaysia diiktiraf oleh Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) sebagai sebuah negara Islam. Islam Sebagai Agama Persekutuan Pada permulaan bab ini telah dijelaskan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Ianya sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, iaitu: Ugama (agama) Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.(43) Meletakkan Islam sebagai ugama rasmi negara dan dalam masa yang sama membenarkan kaum-kaum lain mengamalkan agama masing-masing adalah selari dengan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu menegakkan negara Islam Madinah. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad di persidangan Pemerintahan Dalam Masyarakat Majmuk di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur pada 17 Ogos 1995, menyatakan bahawa: Malaysia adalah negara majmuk dengan penduduk dan rakyat yang menganuti berbagai-bagai agama. Kerajaan Malaysia diterajui oleh orang Islam, bahkan Malaysia mengiktiraf Agama Islam sebagai Agama Rasmi.(44) Masyarakat majmuk ialah satu masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum, budaya, agama dan bahasa yang menjadi penduduk bagi sesebuah negara. Mereka bercampur ataupun berintegrasi antara satu dengan lain dengan harmoni. Ianya menggambarkan komposisi penduduknya yang terdiri dari pelbagai kaum, budaya, agama, bahasa dengan setiap kaum mengekalkan warisan dan identiti masingmasing tanpa diasimilasikan kepada sesuatu kelompok kaum ataupun agama yang dominan. Pengiktirafan Islam sebagai Agama Rasmi negara dalam realiti (waqie) masyarakat majmuk di Malaysia, bukanlah hanya sekadar untuk upacara-upacara keagamaan, perayaan dan keraian semata-mata, tetapi ianya berkait dengan soal-soal akidah dan syariat. Walaupun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai tetapi Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia telah dengan jelasnya menyatakan tentang

pengawalan dan sekatan ke atas penganut-penganut dari ajaran agama lain daripada menyebarkan fahaman agama mereka di kalangan umat Islam, iaitu: Undang-undang negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undangundang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.(45) Untuk memperkukuhkan lagi kedudukan ugama Islam tetap terpelihara sebagai ugama rasmi negara dan juga menjadi tunggak kepada pemerintahan negara, maka Perkara 38 Perlembagaan Malaysia telah mengiktiraf penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu dari kalangan sembilan orang Raja ataupun Sultan, dengan tugas dan fungsinya adalah untuk mengawal apa-apa iktikad dan juga perkembangan dakwah Islam di negara ini. Perkara 38 (2) telah secara jelas memperuntukkan bahawa: Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan tugas-tugasnya bagi (b) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.(46) Ini bermakna bahawa Perlembagaan Malaysia di bawah peruntukan berkenaan telah memberi kuasa mutlak kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama Islam untuk menyekat sebarang upacara keagamaan dari agama-agama lain yang boleh menjejaskan keharmonian umat Islam dan juga kemurnian Islam sebagai ugama rasmi di negara ini. Disebabkan Islam telah diiktiraf sebagai agama rasmi negara di dalam Perlembagaan, maka ianya menzahirkan kepada kita bahawa majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Memandangkan bangsa Melayu merupakan penduduk asal yang sejak turun temurun lagi berketurunan Islam (sejak Parameswara memeluk Islam di Melaka pada tahun 1414 Masihi), dan bagi menjamin dominasi penganut agama Islam dari kalangan kaum Melayu di negara ini terus kekal akidahnya sebagai seorang yang beragama Islam, maka Perkara 160 Perlembagaan Malaysia telah menetapkan seseorang yang berbangsa Melayu mestilah beragama Islam, iaitu: Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.(47) Berdasarkan kepada tafsiran ini, membuktikan kepada kita bahawa Perlembagaan Malaysia telah dengan secara undang-undang menetapkan bahawa setiap orang Melayu itu mesti menganut agama Islam. Sekiranya ada di kalangan orang Melayu yang berhasrat untuk menganut agama selain daripada Islam, maka ianya tidak boleh diterima di sisi undang-undang dan kalau berlaku proses pertukaran agama oleh seseorang yang berbangsa Melayu kepada agama selain dari Islam, maka dari segi undang-undangnya orang Melayu berkenaan tidak boleh diiktiraf sebagai seorang yang berketurunan Melayu. Ini sebagai satu kawalan undang-undang bagi mencegah bangsa Melayu Islam daripada menukar akidahnya ke agama lain. Tidak ada satu negara Islampun di dunia ini yang berjaya seperti Malaysia memperuntukkan di dalam Perlembagaan Negaranya bahawa bangsanya itu mesti beragama Islam, kecuali Malaysia. Bagi mempastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara, dan kehidupan dunia mereka mendapat keredhaan Allah, maka sudah tentulah ianya memerlukan kepada satu institusi agama dan sistem pendidikan Islam yang berperanan secara berkesan dan berterusan . Ini adalah kerana risalah dan dakwah Islam itu tidak akan mampu dihayati dengan sebaik mungkin oleh umat Islam tanpa adanya kemudahankemudahan pendidikan serta suatu sistem yang teratur di bawah pengawalan dan pengurusan negara

secara rasmi. Justeru itu, Perkara 12 (2) telah memperuntukkan hak dan juga keistimewaan kepada umat Islam di Malaysia bagi memenuhi tuntutan akhirat dan keperluan rohani, iaitu: adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan.(48) Sesuai dengan ugama Islam sebagai agama rasmi negara, maka sudah tentulah negara ini memerlukan rakyatnya dari kalangan umat Islam yang benar-benar berilmu dan menghayati Islam secara total agar mereka menjadi bangsa dan umat yang berkualiti. Peruntukan Perkara 12 (2) ini telah memberi ruang yang seluas-luasnya bagi kerajaan Malaysia yang diterajui oleh pemimpin yang beragama Islam untuk mengisi keperluan mental dan rohani umat Islam dengan menubuhkan institusi-institusi Islam seperti berikut: a. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM) b. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) c. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) d. Lembaga Tabung Haji e. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) f. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) g. Bank Islam Malaysia Berhad h. Syarikat Takaful Insuran Malaysia i. Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) j. Beberapa buah Fakulti Pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Awam dan banyak lagi institusi pengajian Islam peringkat sekolah Menengah, Kolej dan Universiti. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan institusi-institusi Islam dan juga program-program dakwah Islam yang digerakkan secara rasmi dan sah secara besar-besaran dan terbuka oleh kerajaan Malaysia, yang mana semuanya dibiayai dengan menggunakan wang Perbendaharaan Negara. Keistimewaan ini tidak dapat dinikmati dan dirasai oleh penganut dari kalangan agama-agama lain, kerana inilah hakikat sebenarnya Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum yang berlainan agama sewaktu Malaysia mencapai kemerdekaan dahulu mereka semuanya mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara. Inilah bukti bahawa prinsip-prinsip Islam serta kedaulatan Islam itu sendiri memang diktiraf oleh semua bangsa dan agama di negara ini. Prof Dr Tariq Ramadhan dari Islamic Study Universiti of Fribourg, Geneva, ketika membentangkan kertas kerjanya di Multaqa Ulama Sedunia di Putrajaya, Malaysia pada 10 12 Julai 2003, berpendapat bahawa: Saya lihat Malaysia dalam proses membentuk sebuah model negara Islam dengan caranya tersendiri. Bagi saya sebahagian besar daripada asasnya adalah tepat. Sesetengah daripada peraturan Islam

telahpun dilaksanakan dan digunapakai. Apa yang perlu dilakukan kini ialah usaha untuk memperbaharui aspek-aspek tertentu berdasarkan kepada keutamaan (aulawiyat).(49) Sumber Hukum dan Sistem Perundangan Umumnya berpendapat bahawa Perlembagaan Malaysia tidak berasaskan kepada al-Quran dan Hadis. Ini kerana ianya telah digubal oleh Suruhanjaya Reid (British) yang diketua oleh Lord Reid, seorang yang bukan beragama Islam. Tidak kedapatan satu peruntukanpun yang meletakkan al-Quran dan Hadis sebagai sumber asas dalam pelaksanaan hukum dan perundangan di Malaysia. Tambahan pula Perkara 4 (1) Perlembagaan Malaysia telah secara jelas menafikan hukum Allah sebagai undang-undang tertinggi, iaitu: Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.(50) Jika dilihat dan difahami secara negatif , memanglah fasal ini telah menafikan ketinggian hukum Allah. Sebaliknya, menurut Prof Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim, jika kita berfikir secara positif dalam keadaan negara kita sudah mencapai kemerdekaan maka hukum dan undang-undang Islam yang bersumberkan alQuran dan Hadis boleh diamalkan di negara kita ini kerana undang-undang Islam bukannya dicipta selepas merdeka, tetapi Hukum dan undang-undang Islam telahpun wujud sejak zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak timbul masalah pertentangan antara undang-undang Islam dengan peruntukan Perkara 4 (1).(51) Berpandukan kepada pendapat ini, jika kita menganalisis dan berfikir secara positif dan mengambil faedah daripada kemerdekaan negara kita sehingga terbentuknya Perlembagaan Malaysia, sudah tentu kita akan merasa kagum, hormat dan berterima kasih kepada Perdana Menteri pertama pada ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj serta beberapa orang negarawan dan cerdik pandai UMNO termasuk Allahyarham Tun Abd Razak Hussein (Perdana Menteri Malaysia Kedua), yang telah sama-sama dengan Suruhanjaya Reid (British) menggubal dan mempersetujui rupa bentuk perlembagaan negara digunapakai hingga kini. Ini adalah kerana kebanyakan daripada fasal-fasal yang termaktub di dalam Perlembagaan tersebut boleh dimanfaatkan serta digunapakai untuk melaksanakan Sistem Perundangan Islam di negara ini secara beransur-ansur dan juga secara bil-hikmah dalam suasana masyarakat majmuk dan juga pada ketika itu tidak ada sebuah negara Islampun di dunia ini (yang komposisi kaum dan penganut agama di dalam negara sama seperti Malaysia masyarakat majmuk) yang boleh dijadikan sebagai model oleh Malaysia untuk menggubal Perlembagaan Negara dan Sistem Perundangan.

Sebenarnya Perlembagaan Malaysia bukanlah dicipta dan digubal oleh Lord Reid secara bersendirian. UMNO selaku pertubuhan siasah yang menjaga kepentingan agama Islam serta bangsa Melayu telahpun terlebih dahulu membuat memorandum dan juga syarat-syarat perlu untuk dimasukkan beberapa peruntukan mengenai hukum dan perundangan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Beberapa orang tokoh hakim Islam dari Pakistan juga telah diminta pandangan dan juga pengalamannya oleh UMNO ketika ianya digubal dahulu agar kedudukan Islam tidak dipinggirkan dan diketepikan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Ruang yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam di negara ini bagi melaksanakan hukum-hukum dan sistem perundangan Islam secara beransur-ansur adalah melalui peruntukan khusus di bawah Perkara 74 (2) Jadual Kesembilan, Perlembagaan Malaysia. Peruntukan ini telah dengan jelasnya memberi kuasa kepada negeri-negeri untuk melaksanakan hukum Islam dalam ruang lingkup yang sangat luas dan umum, bergantung kepada kemampuan dan juga keadaan semasa. Petikan asal peruntukan berkenaan adalah seperti yang berikut: Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undangundang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; wakaf Islam dan taarif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, ke semuanya sekali dalam negeri; adat istiadat Melayu, zakat fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini; tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan Adat Istiadat Melayu.(52) Menerusi Senarai Kedua, Jadual Kesembilan ini jelaslah kepada kita bahawa Perlembagaan Malaysia telah memberi ruang yang seluas-luasnya kepada umat Islam di Malaysia untuk melaksanakan hukumhukum Islam yang mencakupi akidah, akhlak, adat, ibadah, muamalah, munakahat (ahwal syakhsiah), dan juga hukum-hukum yang berkaitan dengan jinayah takzir. Cuma hukum jinayah yang melibatkan hukuman had (Hudud) sahaja yang masih belum mampu dilaksanakan, kerana ianya perlukan kepada cara dan kaedah yang bijaksana serta berkemampuan, iaitu umat Islam mesti mempunyai kuasa pemerintahan yang mutlak. Ini tidak bermakna bahawa ketiadaan peruntukan undang-undang dan hukuman had di dalam Perlembagaan Negara dan kegagalan kerajaan untuk melaksanakannya akan menafikan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam. Prof Dr Mohammad Hashim Kamali berpendapat bahawa sebenarnya hudud adalah sebahagian atau salah satu aspek hukum syariah. Islam diasaskan oleh lima perkara, iaitu akidah dengan mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat, zakat, puasa dan haji. Lima ini adalah tiang agama Islam. Sebenarnya hudud itu tiada yang lain hanyalah soal hukuman. Malah, Nabi Muhammad sendiri dalam hadithnya meminta supaya dielakkan atau menghentikan hukuman yang berbentuk keras dan berat, terutama jika wujud elemen yang meragukan. (53) Berdasarkan kepada kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan juga dari segi kekuatan politik pemerintahannya dengan sistem Pengkongsian Kuasa serta kedudukan Islam yang begitu kukuh di dalam Perlembagaan Negara serta sistem perundangannya yang berasaskan kepada Kontrak Sosial, maka kesungguhan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memperkenalkan Konsep Islam Hadhari di dalam sistem pemerintahan dan pengurusan negara masa kini adalah amat bertepatan sekali. Di atas kekuatan dan juga kemantapan Malaysia sebagai sebuah

negara Islam contoh masa kini, maka Islam Hadhari dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan kaum, agama, dan etnik di negara ini tanpa berlakunya salah faham dan kecurigaan terhadap umat Islam. Konsep dan Falsafah Islam Hadhari yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana yang telah diperbincangkan secara terperinci dalam bab sebelum ini dan juga Prinsip-Prinsip Utama Islam Hadhari yang akan diperbahaskan selepas bab ini adalah tidak tergelincir dan lari daripada landasan undang-undang serta Perlembagaan Malaysia yang kita perbahaskan di dalam bab ini. Perlembagaan Malaysia telah dengan jelasnya meletakkan Islam sebagai asas kepada pemerintahan Negara ini. Nota hujung: (24) Ahmad Mohamed Ibrahim, dalam kertas kerjanya bertajuk Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dan Perundangan yang dibentangkan di IKIM, Kuala Lumpur pada tahun 1999. (25) Ahmad Mohamed Ibrahim dan Ahilemah Joned, Sistem Undang-Undang Islam di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur, 1985, hlm. 48. (26) Mohd Najib Tun Abd Razak, (Ucapan Perasmian) Karnival Sukaneka Perpaduan Balik Pulau, Pulau Pinang, 25 Disember 2004. (27) Al-Quran, Surah al-Mumtahanah: 60: Ayat 8. (28) Al-Quran, Surah Ali Imran; 3: Ayat 28. (29) Mohd Nakhaei Ahmad, Malaysia Melangkah Ke Arah Negara Islam Maju, Jabatan Hal Ehwal Khas ( JHEK ), Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur ,2001, hlm. 24. (30) Wan Zahidi Wan Teh, Malaysia adalah Sebuah Negara Islam, JHEK, Kementerian Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, 2001, hlm. 1. (31) Ibid. hlm. 2. (32) Ibid. hlm. 3. (33) Ibid. (34) Utusan Malaysia (wawancara), 20 Februari 2002. (35) Utusan Malaysia, 30 September 2001. (36) Utusan Malaysia, 11 Julai 2003. (37) Al-Quran, Surah Saba; 34: Ayat 15. (38) Perlembagaan Malaysia, Perkara 32 (1). (39) Perlembagan Malaysia, Perkara 37.

(40) Abdullah Ahmad Badawi, Persidangan Agung UMNO Ke-55 (ucapan perasmian) pada 23 September 2004. (41) Perlembagan Malaysia, Perkara 39. (42) Perlembagaan Malaysia, Perkara 42. (43) Perlembagaan Malaysia. Perkara 3 (1). (44) Mahathir Mohamad, Ucapan Dasar di Persidangan Pemerintahan Dalam Masyarakat majmuk , di Institut Kefahaman Islam (IKIM), Kuala Lumpur, 17 Ogos 1995. (45) Perlembagaan Malaysia, Perkara 11 (4). (46) Perlembagaan Malaysia, Perkara 38. (47) Perlembagaan Malaysia, Perkara 160. (48) Perlembagaan Malaysia, Perkara 12 (2). (49) Utusan Malaysia , 20 Julai 2003. (50) Perlembagaan Malaysia, Perkara 4 (1). (51) Lihat kertas kerja Prof Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim bertajuk Prinsip-Prinsip Perlembagaan Islam dan Perundangan yang dibentangkan di IKIM, Kuala Lumpur pada tahun 1999. (52) Perlembagaan Malaysia, Perkara 74 (2): Jadual Kesembilan. (53) Utusan Malaysia , temubual dengan Prof Dr. Hashim Kamali , 20 Februari 2002.

Anda mungkin juga menyukai