Anda di halaman 1dari 4

KEKUATAN DAN KESTABILAN STRUKTUR

DIFINISI KEKUATAN STRUKTUR :


Keupayaan struktur untuk Manahan daya yang bertindak ke atasnya. Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak

mudah retak, pecah, patah atau runtuh.

Kekuatan bergantung kepada

i.

Jenis bahan yang digunakan Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya,

binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.

Rumah banglo ( bahan binaan : konkrit)

Rumah kayu ( bahan binaan : kayu )

ii.Saiz struktur

Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya

iii.Bentuk struktur

Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata

Jambatan

Terowong

Gambar : Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih kuat

KESTABILAN STRUKTUR

DIFINISI

KESTABILAN

STRUKTUR

Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada i. Luas tapak ii. Ketinggian

Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar

Basikal beroda tiga

Basikal beroda dua

Gambar : Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua

Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah

Bas dua tingkat

Bas setingkat

Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek

yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama