Anda di halaman 1dari 49

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012,

BM 3.06

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Nama Kad Pengenalan Tarikh

: : : : NORDINA BINTI RAZALI 750217-10-5536 12 APRIL 2013

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan Tugasan Projek Kajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Pertama sekali kepada Pensyarah Pembimbing, Encik Ahmad Tarmizi bin Salleh kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna untuk saya menyiapkan kerja

kursus ini sama ada secara langsung mahupun secara dalam talian.

Seterusnya, ribuan terima kasih juga kepada suami saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada anak-anak yang begitu memahami situasi saya dan sentiasa memberikan semangat untuk meneruskan impian saya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada rakan-rakan seunit

yang

sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan Tugasan Projek ini. Semoga kerjasama dan kolaboratif yang erat antara kita ini membuahkan hasil yang baik.

Kepada rakan-rakan sekerja yang tidak jemu-jemu memberikan semangat dan bantuan dari segi idea, maklumat dan sebagainya amat saya hargai dan saya begitu terharu dengan kerjasama yang diberikan. Maafkan saya kerana saya telah mencuri sedikit masa kalian untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan baik.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

ii

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06 ISI KANDUNGAN Muka Surat HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN

i ii iii
1

2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA 2.1 Pendidikan Sebelum Merdeka 2.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka 2.3 Pendidikan di Malaysia 3.0 KONSEP 5P 3.1 Penggabungjalinan 3.2 Penyerapan 3.3 Penerapan Nilai-nilai Murni 3.4 Pemulihan 3.5 Pengayaan

2 2 4 4 7 7 10 11 15 16

4.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL 4.1 Guru PSV Sebagai Pelaksana Dalam Kurikulum 4.2 Guru PSV sebagai pengurus 4.3 Guru PSV sebagai pembimbing 4.4 Guru PSV sebagai pemudah cara 4.5 Guru PSV Sebagai Motivator

18 18 18 19 19 20

iii

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
5.0 PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH 5.1 Aktiviti Individu, kumpulan dan kelas 5.2 Jenis Aktiviti Dalam P&P 6.0 BAGAIMANA BBB DIGUNA SERTA PROSEDUR PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN 21 21 22 23

6.1 Susun atur bilik PSV 6.2 Prosedur Mengguna Dan Menyimpan Alat/Bahan 6.3 Penyimpanan Dan Rekod Stok 6.4 Stok 6.5 Panduan Keselamatan. 6.6 Etika dan Tanggungjawab 6.7 Keperluan Asas Bilik Seni 6.8 Keselamatan Dan Disiplin 6.9 Pemilihan Karya 6.10 Susun Atur Karya
7.0 BAGAIMANA BBB PSV BOLEH DIGUNA PAKAI DALAM MATAPELAJARAN LAIN SELAIN PSV 7.1 Gambar 7.2 Diorama 7.3 Boneka & Topeng 7.4 Binaan 7.5 Arca Mobail 7.6 Corak 7.7 Kraf Tradisional

24 27 27 27 28 28 29 29 29 30

32 33 34 36 37 38 38

8.0 KESIMPULAN 9.0 REFLEKSI RUJUKAN LAMPIRAN

39 40 43 45

iv

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada pembentukan peribadi generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum masa kini diharapkan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaaan

Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses

penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

Pendidikan Seni Visual yang pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sedikit masa dulu telah diberi beberapa perubahan mengikut

peredaran dan keperluan semasa. Oleh yang demikian, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali kerana Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni fotografi.

Melalui

Pendidikan

Seni

Visual

bertujuan

murid

berpeluang

memupuk

minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain..Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat kreatif,ekspresif dan aktif murid melalui persepsi visual,imaginasi dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. 1 2.0 PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

2.1 Pendidikan Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran alquran, tingkah laku,dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anakanak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.

Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guruguru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.

Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
susah. Misalnya kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula dengan latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan di sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun 1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan orang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus

memperlihatkan kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.

Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks yang digunakan ialah Kitab Rajah-rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

3 2.2 Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolahsekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangancadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar. 2.3 Pendidikan di Malaysia

Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain. 4

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif.

Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar. Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

(a) Melukis dan membuat gambar (b) Membuat corak dan rekaan (c) Membentuk dan membuat binaan (d) Mengenal kraf tradisional

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah

perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996) 6

3.0 KONSEP 5P

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

PENGGABUNGJALINAN

PEMULIHAN

PENYERAPAN

KONSEP 5P

PENGETAHUAN

PENGAYAAN

PENYERAPAN NILAI MURNI

Rajah 2 : Kerangka Konsep 5P

3.1 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialan satu proses yang menggabungjalinkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Pengabungjalinan ini bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, lebih menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran, menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid dan memberi ruang serta peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbanga dan menyeluruh. 7

3.1.1 Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

i.

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabubungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.

ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks, dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan dan menulis.

iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada umum atau istilah) dan peribahasa serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

3.1.2 Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungkan Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik Berdasarkan kebolehan dan pencapaian murid 3.1.3 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

3.1.3.1 Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. K1: Kemahiran mendengar K2: Kemahiran bertutur K3: K4: kemahiran mendengar 8 Kemahiran membaca Kemahiran menulis

kemahiran menulis

kemahiran bertutur

kemahiran membaca

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Rajah 1 : Penggabungjalinan Kemahiran

3.1.3.2 Penggabungjalinan Aktiviti Anda boleh menggabungkan sekurang-kurang dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan. Bacaan dan kefahaman dan tulisan. 3.1.3.3 Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Peracangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dngan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid.

3.2 Penyerapan Pengetahuan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
Penyerapan pengetahuan melibatkan proses penyebatian dan penyepaduan

pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Hal ini adalah kerana setiap perkara yang dipelajari dalam suatu mata pelajaran adalah saling berkaitan dan amat berguna bagi mata pelajaran lain. Sebagai contohnya isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Matematik diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

Konsep ini sedikit berbeza dengan konsep penggabungjalinan kerana proses penyerapan pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran. Dalam proses ini murid akan dapat melihat perkaitan antara suatu mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Hasil daripada penyerapan ini maka wujudlah beberapa kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran antaranya seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.

Oleh itu secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih produktif serta efektif. Penguasaan ilmu yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan disamping murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang telah dipelajarinya melalui penyerapan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung isi pengajaran telah dihubungkaitkan dengan pengetahuan dari mata pelajaran lain. Guru haruslah bijak memilih isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaran lain untuk meransang minat murid terhadap pengajaran dan menjadi lebih ceria, aktif serta progresif.

10

3.3 Penyerapan Nilai Murni

Penyerapan nilai murni merupakan proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai murni ini melibatkan semangat

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, penyerapan nilai murni ini telah dilakukan secara sedar dan terancang tetapi murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara semulajadi dan sendirinya.

Walaubagaimanapun, secara terperincinya penyerapan nilai-nilai murni ini telah berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan juga pendekatan eksplisit. Pendekatan implisit digunakan apabila guru-guru secara tidak langsung telah menerapkan sesuatu nilai dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti apabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan adil. Pendekatan ini boleh berlangsung secara merentas kurikulum serta oleh semua guru kerana nasihat, bimbingan, teguran, contoh dan teladan boleh berlangsung pada bila-bila masa dan di mana-mana yang difikirkan sesuai.

Pendekatan eksplisit pula boleh diaplikasikan dengan mengadakan ssesuatu peraturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan sepert arahan untuk tidak membuang sampah di merata-rata serta menjaga kebersihan persekitaran. Terdapat juga sesetengah pihak sekolah yang mengadakan program atau aktiviti yang khusus untuk menerapkan sesuatu nilai murni dalam kalangan murid seperti program motivasi, khemah ibadat, sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Guru, kempen kebersihan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti lain yang bersesuaian.

Penyerapan nilai murni melalui pendekatan eksplisit adalah lebih terancang bersesuaian dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan serta penilaian yang jelas. Terdapat 17 nilai murni yang perlu diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

11

3.3.1 Baik hati 1. Belas kasihan 2. Bertimbang rasa 3. Murah hati

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
4. Saling memahami 5. Sedia memaafkan

3.3.2 Berdikari 1. Bertanggungjawab 2. Tidak berharap atau bergantung kepada bantuan orang lain 3. Jaya diri 4. Yakin kepada diri sendiri

3.3.3 Berhemah tinggi 1. Kesopanan 2. Mengaku kesalahan sendiri 3. Ramah mesra

3.3.4 Hormat-menghormati 1. Hormat kepada ibu bapa 2. Hormat kepada orang yang lebih tua 3. Taat kepada raja dan Negara 4. Hormat kepadda hak asasi 5. Hormat kepada undang-undang 6. Menghargai maruah diri

3.3.5 Kasih sayang 1. Sayang kepada nyawa 2. Sayang kepada alam sekeliling 3. Cinta kepada Negara 4. Cinta kepada keamanan dan keharmonian

12

3.3.6 Keadilan 1. Bertindak adil 2. Sentiasa saksama

3.3.7 Kebebasan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
1. Kebebasan di sisi undang-undang 2. Kebebasan dalam sistem demokrasi

3.3.8 Keberanian 1. Berani dengan tidak membuta tuli 2. Berani kerana benar 3. Berani mempertahankan kebenaran 4. Berani bertanggungjawab

3.3.9 Kebersihan fizikal dan mental 1. Kebersihan diri 2. Kebersihan persekitaran 3. Pertuturan dan kelakuan yang sopan

3.3.10 Kejujuran 1. Bersifat amanah 2. Bercakap benar 3. Sentiasa ikhlas

3.3.11 Kerajinan 1. Cekal 2. Daya usaha 3. Dedikasi 4. Gigih 5. Tekun

13

3.3.12 Kerjasama 1. Persaudaraan 2. Tanggungjawab bersama 3. Gotong-royong 4. Toleransi 5. Kebaikan bersama

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
6. Perpaduan

3.3.13 Kesederhanaan 1. Sederhana dalam meningkatkan kepentingan diri dan orang lain 2. Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku

3.3.14 Kesyukuran 1. Berterima kasih 2. Mengenang budi 3. Menghargai

3.3.15 Rasional 1. Boleh membuat pertimbangan 2. Boleh membuat penaakulan 3. Berfikiran logik dan terbuka

3.3.16 Semangat bermasyarakat 1. Bermuafakat 2. Kejiranan 3. Peka kepada isu-isu sosial dan masyarakat

3.3.17 Semangat kewarganegaraan 1. Berbangga menjadi rakyat Malaysia 2. Bersemangat patriotik 3. Berusaha dan produktif

14

3.4 Pemulihan Konsep seterusnya ialah konsep pemulihan. Konsep ini telah dibentuk dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi membantu murid yang mengalami masalah dalam kemahiran asas 3M. Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai

pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh Boh Boon, 1982).

Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahirankemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan murid.

Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabilawujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka. 15

Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.

3.5 Pengayaan Cabang konsep yang terakhir ialah aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana atau murid-murid pintar cerdas. Konsep ini mengambil kira bahawa murid-murid yang pintar cerdas adalah cepat dalam menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar bilik darjah. Pada kebiasaannya aktiviti pengayaan dijalankan ke atas kumpulan murid yang telah mencapai tahap yang memuaskan atau telah menguasai kemahiran asas.

Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh murid. Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada murid untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga masyarakat. 16 Objektif bagi aktiviti pengayaan adalah untuk membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereja disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Selain itu aktiviti ini juga dapat membuatkan murid berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta meelahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Secara keseluruhannya pelaksanaan konsep 5P ini dalam KBSR adalah penting dan wajar demi meningkatkan kredibiliti anak bangsa. Konsep integrasi dalam kurikulum dan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
pengajaran yang diterapkan adalah ke arah pembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni secara bersepadu dan menyeluruh.

17

4.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.1 Guru PSV Sebagai Pelaksana Dalam Kurikulum Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,peranan guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa melaksanakan kurikulum yang telah diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P merupakan aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
kebosanan dalam kalangan murid.Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran,penyerapan pengetahuan,penerapan nilai,pemulihan dan pengayaan;

4.2 Guru PSV sebagai pengurus

Selain dari mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran,guru PSV juga perlulah memainkan peranan dalam pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar.Ini kerana kekuatan PSV di sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi iaitu Bilik/Studio PSV.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat disentuh,dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan dan pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan.Sebagai seorang pengurus,guru PSV juga perlu merancang dan mengurus proses pengajaran dan pembelajaran termasuk menggariskan matlamat pembelajaran,merancang strategi yang sesuai serta mengurus tingkah laku pelajar,mentaksir serta menilai hasil pembelajaran.Guru PSV juga perlu menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran,bertanggungjawab ke atas bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.

18

4.3 Guru PSV sebagai pembimbing

Selain pengurus,guru PSV juga perlu menjadi seorang pembimbing demi menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran PSV .Para pelajar hendaklah dibimbing dengan sepenuh perhatian.Sekiranya pelajar menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran,maka guru hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu pelajar tersebut menguasai kemahiran.Bagi pelajar yang telah menguasai kemahiran,guru berperanan melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

4.4 Guru PSV sebagai pemudah cara Guru PSV juga berperanan sebagai pemudah cara.Guru hendaklah melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan mengelolakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.Sebagai pemudahcara,guru perlu memudahkan pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar dengan mengaitkannya dengan situasi sebenar dalam kehidupan pelajar.Guru juga perlu menerapkan pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

4.5 Guru PSV Sebagai Motivator Di samping itu,guru PSV juga berperanan sebagai motivator yang menjalankan aktiviti bina semangat dan membentuk keyakinan diri pelajar.Guru PSV juga bertanggungjawab dalam pemupukan minat pelajar dalam bidang artistic sepaya pelajar berkeinginan untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan konsep seni visual.Guru juga seharusnya berusaha untuk merangsang dan menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan diri,membawa perubahan kepada diri pelajar,memberi dorongan dan bimbingan dan membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah sosio dan emosi pelajar.Guru-guru juga perlulah membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual.

19 4.6 Guru PSV Sebagai Inisiator

Akhir sekali,guru PSV juga boleh memainkan peranan sebagai inisiator dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.Guru boleh merangsang pemikiran murid yang bercapah,mengemukakan soalan yang mampu menjana pemikiran kreatif dan kritis,menyokong aktiviti penyelesaian masalah,menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan.Guru PSV juga perlu menggalakkan pelajar-pelajar melaksanakan pemerhatian aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta aspresiasi seni. Sesungguhnya,peranan guru PSV amat penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV di sekolah.Ketrampilan,

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
kewibawaan dan komitmen guru merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah kecemerlangan.

20 5.0 PENGURUSAN AKTIVITI DALAM DAN LUAR BILIK DARJAH

Pengurusan

bermaksud

satu

proses

mendapatkan

penyertaan,

kerjasama,

dan

campurtangan ahli untuk mencapai objektif melalui gerakerja yang dirancang. Bilik darjah pula ialah tempat berlakunya proses P&P secara formal. Saiz bilik darjah akan memberi kesan kepada kelancaran dan keselesaan proses P&P manakala aktiviti luar bilik darjah ialah proses P&P dilakukan di lokasi tertentu di kawasan sekolah seperti di dewan, kantin, taman, padang dan lain-lain. 5.1 Aktiviti Individu, Kumpulan dan Kelas

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
5.1.1 Aktiviti Individu 1. Aktiviti mengikut tahap kebolehan murid 2.Murid bertanggungjawab terhadap pembelajarannya 3.Murid dibimbing untuk menguasai kemahiran 4.Guru mengawasi dan mengenal pasti perkembangan setiap murid 5.Aktiviti P&P berorientasikan murid 6.Murid digalakkan membuat penilaian kendiri ke atas pencapaian mereka sendiri. 5.1.2 Aktiviti Kumpulan Dan Kelas 1. Murid boleh dikelompokkan di dalam kumpulan berpencapaian yang sama ataupun berbeza 2. Bertujuan menggalakkan penglibatan individu dalam kumpulan 3. Pemulihan (murid membantu ahli kumpulan yang lemah) 4. Memudahkan guru memberi tumpuan bagi kumpulan yang sama kebolehan 5. Jenis Dan Bentuk Kumpulan (a) Kumpulan mengikut kebolehan (b) Kumpulan pelbagai kebolehan (c) Kumpulan mengikut minat

21 5.2Aktiviti Bilik Darjah

5.2.1 Aktiviti dalam bilik darjah: 1.Mudah mengawal pergerakan murid 2.Penggunaan alat/bahan yang optimum 3.Banyak sumber rujukan 4.Penggunaan teknologi ICT (TMK). 5.Tiada kekangan faktor cuaca dan masa. 6.Masa P&P yang panjang. 5.2.2 Aktiviti luar bilik darjah: 1.Murid lebih teruja berkarya

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
2.Karya lebih berkualiti 3.Lebih merangsang percambahan idea 4.Dapat melihat dan menyentuh objek maujud. 5.Jarak antara murid lebih selesa 6.Lokasi lebih mudah dikemaskan selepas P&P. 7.Meningkatkan kreativiti guru dalam perancangan. (Sebelum, semasa dan selepas P&P)

22

6.0 PENGURUSAN SUMBER DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Pengurusan sumber meliputi reka bentuk dan proses menyediakan bahan bantu sumber pengajaran dan pembelajaran, prosedur mengguna dan menyimpan alat dan bahan, penyimpanan dan rekod stok, panduan keselamatan serta etika dan tanggungjawab. Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar pula adalah untuk membantu guru,

mengenalpasti dan mengaplikasikan bahan sumber bantu pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Guru perlu membuat pertimbangan asas dalam pemilihan, pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar agar P&P lebih berkesan. 6.1 Susun atur bilik PSV Pengurusan bilik Pendidikan Seni Visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan tempat

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik Pendidikan Seni Visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran, ia merupakan persekitaran murid, guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dalam suasana selamat, kondusif dan lancar.

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan

bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

23 6.1.1 Susunan perabot Pengurusan bilik seni visual ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik seni visual merupakan tempat di mana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik seni visual merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Guru perlulah mengurus rutin harian bilik seni visual, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik seni visual, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, mengurus bahanbahan pengajaran untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat bejalan dengan lancar.

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Susunatur perabut yang teratur dan tersusun memberi kesan yang positif kepada pembelajaran murid-murid sekolah rendah

Lemlech (1979) mendefinisikan pengurusan bilik sebagai koordinasi dalam bilik yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid. Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik,mewujudkan suasana bilik yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. 24

C o n t o h Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya.

Pameran Hasil Kerja Murid 25

6.1.2 Tempat Pameran Hasil kerja Pengurusan bilik seni visual merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual. Suasana dalam bilik pendidikan seni visual ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan dalam bilik seni. Bahan-bahan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya contohnya seperti hasil seni 2 dimensi dan 3 dimensi. Karya 2 dimensi sesuai ditampal, dilekatkan dan digantung manalaka karya 3 dimensi hendaklah disusun di para atau rak bertingkat bagi menjimatkan ruang.

Suasana bilik pendidikan seni visual berupaya memotivasikan murid-murid

26

6.2 Prosedur Mengguna Dan Menyimpan Alat/Bahan 8 9 Memastikan kesesuaian dengan tajuk dan hasil pembelajaran Jumlah yang diperlukan mengikut keutamaan

10 Membuat lakaran visual bahan sumber yang hendak dihasilkan 11 Menentukan bahan dan teknik 12 Menentukan maklumat dan ilustrasi/gambar yang hendak dipaparkan. 13 Menghasilkan bahan bantu. 14 Kemasan

Beri penerangan yang mudah difahami murid agar bahan/alat tidak rosak dan tahan lebih lama. (Contoh: Berus mesti dibersihkan betul-betul sebelum disimpan)

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
Tunjukkan cara penggunaan yang betul. (Cara mewarna, memotong, menggunting, memegang, memanaskan dsb)

6.3 Penyimpanan Dan Rekod Stok 1. Senaraikan bahan yang diperlukan 2. Buat perolehan alat/bahan daripada pembekal/sekolah (Nota minta). 3. Semak dan sahkan penerimaannya. 4. Buat inventori dalam buku stok 5. Dicadangkan dua buah buku stok : i. Rekod alat/bahan yang ada ii. Rekod barang habis guna 6. Rekodkan pergerakan alat/bahan (KEW.PA-6) 6.4 Stok 1. Dijalankan pada akhir setiap tahun 2. Sebarang kerosakan, kehilangan atau kecurian alat dan bahan hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah. 3.Setiap satu item alat / bahan kekal atau tidak kekal hendaklah dicatatkan dalam satu borang bagi satu item. Jika ada penambahan stok, boleh diisi

di dalam borang berkenaan sahaja.

27

Contoh bahan: Cecair tinner Fabric Dye Kertas warna Carta PSV Berus Lukisan

6.5 Panduan Keselamatan. 1.Sediakan panduan keselamatan dan terangkan kepada murid. 2.Alat/bahan berbahaya disimpan di tempat tinggi atau berkunci (sukar dicapai murid). 3.Kenal pasti murid yang bermasalah kesihatan. 4.Contoh: Guru memberi taklimat dan demonstrasi cara-cara menghasilkan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
batik lukis. 5.Baca label bahan dengan teliti. 6.Gunakan pengalaman guru untuk menggunakan bahan / alat secara paling baik.

6.6 Etika dan Tanggungjawab 1.Menentukan kecukupan semua bekalan alat/bahan. 2.Berbincang dengan pihak sekolah mengenai penambahan item baru (jika perlu). 3. Sentiasa dedahkan kepada murid tentang sejarah/teknik pelukis tersohor menggunakan kecanggihan TMK. 4.Menentukan alat/bahan mencukupi 5.Berbincang dan menyediakan senarai alat/bahan untuk dibeli oleh pihak sekolah. 6.Bahan audio dan video boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman murid-murid.

28 6.7 Keperluan Asas Bilik Seni (a) Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warna-warna terang supaya nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar. (b) Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat (c) Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar. (d) Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. (e) Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai antara pelajar. (f) Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
6.8 Keselamatan Dan Disiplin (a) Membaca Label Bahan - mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid. (b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur - mengenalpasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid. (c) Mewujudkan Panduan Keselamatan Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan. (d) Menggunakan Bahan Alternatif - mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan yang tidak selamat. Cth Cat minyak Cat air/Pewarna berasaskan , Varnish - Cat tempera Thinner- Acrylic

6.9 Pemilihan Karya Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada dua perkara iaitu dari sudut pedagogi (keberkesanan dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan karya ) dan juga nilai estetik (pencapaian objektif penghasilan karya untuk cantik atau sebaliknya ).

29

6.10 Susun Atur Karya

6.10.1 Karya 2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi dan sebuah panel pameran 4 x 8 diperlukan. Setiap karya yang ingin dipamerkan perlu dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik.

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Karya 2 dimensi digantung dan ditampalkan di tempat yang sesuai

30 6.10.2 Karya 3 Dimensi Meja yang dilapik dengan kain berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk meletakkan objek dan hasil karya.Disusun mengikut jenis dan ketinggian. Bagi hasil karya seramik, sejenis kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan.

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Rak sesuai untuk karya 3 dimensi kerana ia menjimatkan ruang

31

7.0 BAGAIMANA BBB PSV BOLEH DIGUNA PAKAI DALAM MATA PELAJARAN LAIN SELAIN PSV.

14.1

Gambar

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Gambar

Salah satu bidang yang terdapat dalam mata pelajaran PSV ialah menggambar. Definisi menggambar ialah membuat atau menghasilkan gambar menggunakan pelbagai media dan bahan. Antara gambar yang boleh dihasilkan ialah gambar pemandangan, buah-buahan, model dan sebagainya. Bahan yang telah dihasilkan ini boleh juga digunakan dalam proses PdP mata pelajaran yang lain seperti mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Murid boleh membina ayat atau

menghasilkan karangan berpandukan gambar tersebut. Murid juga dapat menaakul gambar, bercerita serta berbual berdasarkan gambar yang dilihat.

32

14.2

Diorama

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Diorama Haiwan dan Kedudukan Planet yang sesuai bagi Mata Pelajaran Sains dan bahasa

Diorama adalah gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan. Diorama amat sesuai dijadikan bahan sumber untuk mata pelajaran Kajian Tempatan seperti topik bentuk muka bumi, penempatan dan sebagainya. Dalam mata pelajaran bahasa pula, murid boeh menghasilkan ayat atau karangan berdasarkan diorama tersebut seperti karangan tentang kehidupan laut dan sebagainya. Murid juga boleh berbual tentang topik yang bersesuaian dengan diorama tersebut. Dalam mata pelajaran sains pula, diorama boleh digunakan dalam topik haiwan, ekologi, angkasa dan sebagainya.

33 14.3 Boneka & Topeng

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Contoh Topeng dan Boneka

Aktiviti lakonan dan nyanyian mengunakan topeng

Persembahan Boneka 34

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
Seni persembahan objek yang tidak bernyawa dalam bentuk watak hidup dipanggil sebagai seni permainan boneka. Boneka ada dalam banyak bentuk bergantung dengan tujuan ia dipersembahkan. Boneka yang biasa adalah seperti boneka glove/tangan, boneka benang, boneka rod, dan boneka bayangan.

Boneka telah digunakan dalam berbagai tujuan sejak berabad berabad. Salah satu kegunaan pertunjukan boneka ialah sebagai bahan bantu mengajar. Teknik ini didapati sangat berkesan dalam pengajaran untuk peringkat kanak-kanak. Dari itu boneka telah digunakan untuk PdP.

Lazimnya topeng ataupun boneka digunakan untuk mengajarkan murid tajuk bercerita dan lakonan sama ada dalam mata pelajaran bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Murid dapat berlakon atau bercerita mengikut watak-watak yang tertentu seperti watak haiwan, buah-buahan, manusia dan sebagainya. Pasti sesi PdP akan menjadi lebih menarik. Topeng dan boneka juga boleh digunakan dalam mata pelajaran Muzik. Murid akan menyanyi sambil memakai topeng atau mengayakan boneka yang bersesuaian dengan lagu seperti topeng atau boneka burung untuk lagu Burung Tiung atau Burung Kakak Tua. Topeng juga boleh digunakan

dalam mata pelajaran sains untuk tajuk haiwan dan tumbuhan malahan juga untuk semua mata pelajaran asalkan guru berkenaan kreatif dan mampu menyesuaikan bahan tersebut dengan PdP yang ingin disampaikan kepada murid. .

35

14.4

Binaan

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Model kenderaan

Model rumah

BBB Pendidikan Seni Visual binaan model kenderaan seperti kereta ,bekas pensel,serta binaan kotak hadiah boleh digunakan oleh guru-guru Matematik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk tiga

dimensi(3D).Penggunaan model yang menarik serta berwarna-warni ini boleh menarik minat murid serta membantu murid lebih memahami bentuk-bentuk 3D yang dipelajari seperti silinder,kubus,kuboid,sfera,kon dan sebagainya. Selain itu model juga boleh digunakan dalam mata pelajaran bahasa dan pendidikan muzik sebagai bahan untuk memperkenalkan murid dengan sesuatu benda seperti rumah, kereta dan sebagainya. BBB ini juga boleh digunakan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bahan ini boleh dijadikan contoh untuk PdP Kemahiran Hidup.

36

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
14.5 Arca Mobail

Arca Mobail Kendraan dan Ikan

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawangawang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. BBB PSV mobail ini boleh digunakan dalam pelbagai mata pelajaran. Mobail haiwan seperti ikan dan burung boleh digunakan oleh guru Sains dalam tajuk haiwan. Murid boleh mengenal bahagian-bahagian haiwan tersebut. Berpandukan BBB itu juga murid boleh melabelkan bahagian haiwan pada mobail tersebut.

37 14.6 Corak

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Corak Hasilan corak boeh digunakan oleh guru mata pelajaran matematik dalam topic bentuk 2 demensi. Murid boleh menamakan dan melabelkan bentuk-bentuk tersebut. Selain itu guru boleh mengajarkan warna yang terdapat pada corak tersebut sama ada dalam mata pelajaran bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Murid akan berasa lebih seronok seterusnya objektif PdP akan tercapai. 14.7 Kraf Tradisional

Kraf Tradisional

Kraf tradisional amat sesuai dijadikan bahan untuk mata pelajaran Kajian tempatan. Murid dapat mengenal kraf tersebut dan mengkaji asalusul kraf tersebut . Sebagai contoh Wau dan Wayang kulit berasal dari negeri Kelantan manakala kuda kepang berasal dari negeri johor. Selain itu, kraf tradisional ini juga boleh digunakan dalam mata pelajaran bahasa melayu. Sebagai contoh, murid-murid boleh berlakon dan bercerita menggunakan patung wayang kulit yang telah dihasilkan. 38

8.0 KESIMPULAN

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud seni tampak yang bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik.

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam

mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir.

Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini

39

REFLEKSI

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyempurnakan kerja kursus berasaskan ilmu Pendidikan Seni Visual ini dengan penuh jayanya. Tugasan ini dibimbing oleh Encik Ahmad Tarmizi Mohd Salleh dan beliau merupakan orang yang paling banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyiapkan Tugasan Projek Pendidikan Seni Visual ini.

Langkah pertama dimulakan apabila arahan tugasan diberikan iaitu mengumpulkan maklumat. Tugasan ini tidak terlalu rumit kerana hanya memerlukan gambar-gambar serta penerangan yang berkaitan tugasan sebagai pengumpulan maklumat. Kemudian daripada pengumpulan maklumat tersebut, saya memulakan tugasan yang diberian secara berperingkat-peringkat. Ini kerana penghasilan tugasan ini memerlukan ketelitian dan fakta yang betul dan tepat.

Sepanjang saya melakukan tugasan Kajian Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual PSV 3104, banyak perkara yang telah saya pelajari. Mengikut tajuk kursus yang lebih menekankan kepada pemahaman dan pengetahuan terhadap kurikulum Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual , saya dapat mendalami definisi dan konsep kurikulum dan juga perkembangan kurikulum Sukatan Pelajaran, KBSR dan juga perubahan sesuatu kurikulum. Tugasan ini juga memerlukan pelajar mengkaji kegunaan BBBmata pelajaran PSVdalam mata pelajaran lain.

Selain dari itu, saya dapat mempelajari bagaimana untuk merancang pengurusan sumber, alat dan bahan yang sesuai dan berkesan mengikut aktiviti pendidikan seni visual. Disamping itu, saya juga dapat pengetahuan dalam merancang dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Saya juga mempelajari membuat inventori dan rekod stok untuk pengurusan stor seni di sekolah.

41 Saya juga perlu menghasilkan satu pelan bilik dan stor seni yang ideal untuk sekolah dan membuat analisis tentang kesesuaian susun atur alat dan bahan dalam stor yang

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06
ideal dari segi keberkesanan dan fungsi serta ciri-ciri yang kondusif, keselesaan, kemas dan teratur. Antara kekuatan dalam tugasan kali ini ialah, saya dapat menghasilkan suatu tugasan yang lengkap dan mudah difahami kerana dalam setiap keterangan yang diberikan, saya telah sertakan dengan gambar agar lebih mudah difahami. Selain itu, tugasan yang lengkap ini juga dapat saya jadikan rujukan untuk menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Antara masalah yang saya hadapi ialah cabaran dari segi kekangan masa. Kebetulan pada bulanMac dan April ini sekolah saya sering menerima lawatan pemantauan dari pihak Jemaah Nazir, PPD dan juga Jabatan Pelajaran Selangor. Banyak persediaan yang perlu dibuat supaya hasil pemantauan tidak mengecewakan warga sekolah. Oleh yang demikian, masa yang diperuntukkan untuk menghasilkan tugasan ini agak singkat. Saya terpaksa tidor pada awal pagi untuk mengumpul bahan dan memulakan tugasan ini. Namun begitu, sokongan dan dorongan pelbagai pihak terutama daripada rakan-rakan dan keluarga, saya dapat juga mengharungi segala cabaran demi kejayaan saya dalam mengejar cita-cita, impian dan manah yang diberikan.

Antara kelemahan yang dapat dikesan dalam melaksanakan tugasan ini ialah, kekangan masa yang saya hadapi.Sekiranya saya ada lebih masa lagi, mungkin saya dapat menghasilkan tugasan yang labih baik lagi.

42

RUJUKAN

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP. Freeland,K.& Hammons,K . (1998). Curriculum for integrated learning A lesson-based approach. USA : Delmar Thomson Learning.

Jemaah Nazir Sekolah. (2003). Standard kualiti pendidikan Malaysia. sekolah: Instrumen pemastian standard. KL:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard kualiti pendidikan Malaysia. Sekolah: Pernyataan standard. KL:Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

Pusat Perkembangan Kurikulum.(2005). Buku panduan pembelajaran luar bilik darjah. Edaran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, KBSR. K.L.: DBP

43

RUJUKAN INTERNET

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

http://www.deviantart.com/ http://en.wikipedia.org/wiki/Drawing http://www.drawspace.com/ http://www.allaboutdrawings.com/ http://latifm.com/lukis/YaBB.pl?board=hantarlukisan http://lakaranlukisancatan.blogspot.com/ http://kraftanganpendidikankhas.blogspot.com/ http://www.pelitahati.com.my/ http://houseofmatahati.blogspot.com/ http://senigrafikstpm.blogspot.com/ http://aznan-omar.blogspot.com/ http://www.facebook.com/group.php?gid=115170288515610&ref=mf

44

LAMPIRAN

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

BORANG REKOD KOLABORATIF


Nama Ahli Kumpulan KULIAH SEMESTER MATA PELAJARAN : Nordina binti Razali : PPGBM 3.06 :3 : KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR : ENCIK AHMAD TARMIZI BIN SALLEH

PENSYARAH PEMBIMBING

NO.

TARIKH

PERKARA
Mendapat tugasan JPT Projek dan

NAMA
Encik Tarmizi

1.

16.03.2013

mendengar taklimat daripada pensyarah.

2.

18.03.2013

Perbincangan tentang tugasan

Bersama rakanrakan seunit di atas talian (Facebook dan Whatsup)


Rakan-rakan sekerja

3.

19.03.2013

Perbincangan tentang tugasan

6.

21.03.2013

Mengumpul bahan rujukan

Sendiri

9.

22.04.2013

Mengumpul bahan grafik

Sendiri

10.

23.04.2013

Memulakan tugasan

Sendiri

13

04.04.2013

Membuat penambahbaikan

Sendiri

14

11.04.2013

Semakan semula 45

Sendiri

NORDINA BINTI RAZALI PSV 3104 KAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV KBSR PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, BM 3.06

15

11.04.2013

Membuat Rifleksi

Sendiri

16

12.04.2013

Menghantar tugasan

Sendiri

46