Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN AKTIVITI GOTONG - ROYONG ( PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV ) Aktivit gotong royong ini diadakan pada

a 14 September 2013 bersamaan dengan hari Sabtu di sekitar Kampung Sungai Berlian. Aktiviti ini dilakukan oleh kesemua guru pelatih yang menyertai Program BIG ini dengan bimbingan beberapa orang penduduk kampong tersebut. Semua guru pelatih telah dibahagikan kepada tiga kumpulan utama untuk membersihkan kawasan persekitaran kampong berkenaan. Akviti gotong royong telah dilakukan dibawah tanggungjawab guru guru pelatih PISMP Matematik 2. Tepat pada pukul 10.00 pagi, guru pelatih bersama penduduk kampong telah pun memulakan aktiviti gotong- royong ini. Kesemua pihak telah menunjukkan kerjasama dengan penuh semangat membersihkan sepanjang jalan di sekitar Kampung Sungai Berlian ini. Ketika gotong- royong tersebut , guru pelatih diberi tugas untuk menebas semak samun dan membersihkan kawasan sekitarnya. Walaupun aktiviti ini memenatkan sedikit, kami tetap melakukannya sampai habis dengan penuh tenaga dan semangat. Kebanyakan guru pelatih lelaki telah menebas semak samun dengan menggunakan parang yang besar dan juga panjang. Manakala, guru pelatih perempuan pula lebih banyak menolong membersihkan kawasan yang penuh dengan sampah sarap dengan mengutipnya serta mengalihkan daun- daun dawit yang berselerak ditebas ke tepi dengan berhati-hati. Kami melakukan aktiviti ini sehinggan ke kawsan persekitaran kilang dan menamatnya aktiviti pembersihan kami sehingga di situ sahaja. Kira kira, pada pukul 12.00 tengahari, kami telah pun selesai melakukan aktiviti gotong royong ini. Kami berasa seronok sekali melakukan aktiviti gotong royong ini walaupun dalam keletihan yang tidak dapat digambarkan sepanjang perjalanan tersebut. Walaupun begitu, ketika melakukan aktiviti tersebut bersama-sama, hubungan silaturahim diantara kami dapat dijalin dengan jayanya.

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV ( PROGRAM ANAK ANGKAT )


13 SEPTEMBER 2013 ( JUMAAT ) Pada kali ini Program Bina Insan Guru siri ke-4 (BIG) yang dilaksanakan adalah Program Anak Angkat yang dilaksanakan 3 hari 2 malam di Kampung Sungai Berlian, Yong Peng, Johor. Pada pukul 8.00 pagi kami telah berkumpul di depan astaka IPG Kampus Tun Hussein Onn untuk memulakan pergerakan ke destinasi seramai 67 orang dengan menaiki bas. Lebih kurang pada pukul 11.45 pagi kami telah berhenti seketika di sesuatu tempat berhampiran Yong Peng untuk menikmati sarapan pagi terlebih dahulu. Satu jam selepas itu kami menyambung perjalanan dan telah tiba di Kampung Sungai Berlian kira - kira pada pukul 3.00 petang. Kami telah di sambut Ketua

Kampung Guar dan beberapa orang penduduk kampung. Program Anak Angkat ini di pusatkan di sebuah kawasan lapangan di kampung tersebut. Selepas itu kami membawa pelbagai barang-barang keperluan untuk di tempatkan sementara di kawasan tersebut. Selepas itu kami telah mula membersihkan tempat tersebut sedikit untuk kegunaan kami selama 3 hari tersebut. Kami juga diberi sedikit masa untuk berehat sebelum majlis penyerahan Anak Angkat bermula. Pada pukul 2.30 petang kehadiran ibu bapa angkat mula memenuhi ruang khemah di kawasan lapang tersebut dan majlis tersebut telah dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan Program Anak Angkat. Selepas itu kami juga diberi taklimat tentang penyediakan tapak dan mendirikan khemah. Selepas itu majlis penyerahan keluarga angkat dimulakan. Terdapat dua ketiga orang daripada kami akan ditempatkan bagi setiap satu keluarga. Saya bersama dua orang rakan yang lain telah dapat keluarga angkat daripada keluarga En. Zahlan bin Haji Hassan bersama isterinya. Kemudian, kami bertolak kerumah keluarga angkat masing-masing. Pada pukul 9.00 malam kami telah bertolak semula ke kawasan lapangan tersebut untuk mengikuti program kerohanian dan tazkirah. Terdapat nilai-nilai
2

seorang insan yang telah diterapkan kepada kami. Program ini telah dilakukan selama dua jam dengan penuh pengisian yang berguna dan dalam pukul 11.00 malam program telah ditamatkan seketika untuk hari pertama.

14 SEPTEMBER 2013 ( SABTU ) Pada 8.30 pagi kami telah mula membuat persiapan diri melakukan aktiviti gotong - royong bersama beberapa penduduk kampung dan bersarapan bersama

sebelum melakukan aktiviti tersebut . Pada pukul 10.30 pagi kami telah melakukan aktiviti Kembara sosial bersama keluarga angkat. Aktiviti ini berkenaan dengan melihat keindahan ciptaan tuhan di kawasan kampung Sungai Berlian. Kami juga telah di bimbing oleh Pak Su Atan di sepanjang perjalanan. Pelbagai maklumat telah kami perolehi antaranya pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan seperti buah-buahan serta herba. Di kampung Sungai Berlian ini juga terdapat sawah padi lebih kurang 100 ekar tanah yang di usahakan penduduk kampung. Selain itu juga kami juga telah ke tempat Loji Penapisan Air, Kampung Sungai Berlian. Kami telah di beri penerangan berkenaan penjagaan dan saliran air tersebut. Pengetahuan ini sangat berguna kepada kami kerana selama ini air yang keluar daripada paip telah dijaga dengan rapi dengan pelbagai kaedah rawatan yang dilakukan. Hal ini juga menunjukkan betapa bersyukurnya masyarakat terhadap keprihatinan kerajaan. Kembara sosial kami tamat kira-kira satu jam perjalanan pada pukul 12.00 tengahari. Selepas itu kami telah pulang kerumah keluarga angkat masing-masing untuk berehat . Apabila tiba sahaja dirumah saya bersama rakan yang lain telah dijamukan dengan pelbagai juadah. Seperti dalam jadual yang di rancang kami perlu berkumpul semula di kawasan lapangan tersebut bersama-sama penduduk kampung untuk mengambil bahagian dalam pertandingan memancing bersama keluarga angkat dan juga mengadakan sukaneka bagi kanak- kanak.
3

Tepat pada pukul 3.00 petang kami dan beberapa penduduk kampung sudah mula untuk memancing ikan di tempat yang disediakan. Pelbagai gelagat dan aksi menarik dapat ditonton sepanjang pertandingan tersebut. Keadaan menjadi meriah apabila sorakan dan sokongan datang daripada setiap ahli keluarga yang hadir. Setelah tamatnya pertandingan memancing ini, aktiviti pada hari tersebut diteruskan dengan acara sukaneka di antara kanak-kanak yang tinggal di kampung tersebut. Acara ini bermula pada pukul 5.00 petang dan antara sukaneka yang dipertandingkan ialah kepit bola di ketiak, cari gula dalam tepung, lontar belon air, tiup dan pecah. Pelbagai kategori dan peringkat turut serta dalam sukaneka tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya merapatkan hubungan kami dengan lebih mesra. Lebih kurang pukul 6.30 petang kami terpaksa memberhentikan sukaneka untuk persediaan Majlis Malam Kebudayaan. Kemudian terdapat satu keluarga angkat telah mempelawa kami semua untuk menjamu cempedak di rumahnya. Tanpa berlengah kami bergerak secara berkumpulan untuk menjamu cempedak yang dikatakan. Belum sempat kami masuk ke rumah bau durian sudah menusuk ke rongga hidung. Walau bagaimanapun masa kami situ agak singkat dan terpaksa pulang awal untuk persiapan hari malam. Saya telah pulang kerumah keluarga angkat dan membuat pengurusan diri untuk ke kawasan lapangan semula. Pada pukul 9.00 malam, berlangsungnya Majlis Malam Kebudayaan yang memerlukan para pelatih dan penduduk kampung untuk membuat persembahan. Persiapan rapi telah pun dibuat terlebih dahulu oleh para pelatih dan juga masyarakat kampung. Kami telah mempersembahkan tiga persembahan yang diwakili oleh guru pelatih dari Matematik 2, PA 2 dan juga TESL 4. Kemeriahan sangat terasa apabila adanya pertunjukkan dan gelak ketawa daripada masyarakat kampung. Majlis Malam Kebudayaan tersebut selesai kira-kira pukul 11.00 malam. Alhamdulliah majlis tersebut berlangsung dengan baik. Sejurus selesai kami telah membuat perjumpaan bersama Encik Talib untuk melihat jadual dan program pada esok harinya. Memandangkan keluarga angkat menunggu, kami telahpun diberi pulang dan rehat awal di rumah keluarga angkat masing-masing. Setibanya saya di rumah, saya melihat ibu angkat sedang sibuk menyediakan bungkusan nasi lemak untuk
4

perniagaannya esok di pasar pagi. Saya ingin membantu tetapi ibu tidak memberi saya peluang dan menyuruh saya berehat. Melihat waktu yang masih awal saya telah duduk di hadapan televisyen bersama ayah angkat. Ayah angkat saya sangat peramah, dia seorang yang mempunyai banyak pengalaman tentang kehidupan. Kini dia seorang yang mempunyai banyak jawatan seperti bendahari masjid, pengerusi pesawah dan sebagainya. Hal ini kerana dia sangat rajin dan komitmen terhadap kerja yang bersungguh. Satu persatu fail dibuka di hadapan saya untuk membuktikan bahawa kerjanya begitu kemas dan tersusun. Seronok berbual-bual, tanpa disedari jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi. Lalu saya meminta izin mengundur diri untuk ke kamar tidur merehatkan mata.

15 SEPTEMBER 2013 ( AHAD) Saya bersama 2 orang lagi rakan telah memulakan pergerakan di kawasan lapangan tersebut pada pukul 10.00. Program kami pada pagi tersebut telah dimulakan dengan kembara sosial yang di bimbing oleh ketua kampung. Kembara sosial ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kerohanian. Antara aktiviti yang kemuncak pada pagi tersebut adalah aktiviti sumbangan ikhlas kepada keluarga yang kurang kemampuan dan juga kepada golongan orang kurang upaya. Dengan adanya aktiviti kembara sosial ini dapat mewujudkan rasa keinsafan dalam diri para pelatih kerana masih ada

golongan yang lebih memerlukan dan kurang bernasib baik Hari ahad tersebut merupakan hari terakhir kami di Kampung Sungai Berlian, Yong Peng, Johor. Masa berlalu dengan cepat kerana belum puas rasanya untuk kami berbual-bual mesra bersama. Barang-barang yang sudah di kemas terus dibawa ke kawasan lapangan tersebut untuk tidak melengahkan perjalanan majlis. Majlis penutupan telah berlangsung dan dihadiri oleh keluarga angkat masing-masing. Selain itu juga tetamu yang hadir ialah Encik Daud, wakil rasmi IPGKTHO. Beliau yang merasmikan Majlis Penutupan Program Anak Angkat tersebut.

Setelah berakhirnya majlis tersebut dengan makan tengahari, para pelatih diberi sedikit masa untuk meluangkan masa dan bergambar bersama keluarga angkat masing masing untuk kali terakhir sevagai kenang-kenangan dan bersiap sedia untuk kembali pulang ke IPG Kampus Tun Hussein Onn. Pengalaman berada di kampung tersebut adalah merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila pun. Hal ini menunjukkan bahawa program BIG ini merupakan satu program yang bermanfaat dan banyak memberi pengalaman yang cukup berharga kepada semua guru pelatih yang menyertainya. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha memupuk kebolehan dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dari segi semua aspek kehidupan seharian. Sekian, terima kasih.

GAMBAR GAMBAR

GAMBAR GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai