Anda di halaman 1dari 30

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Kerangka Umum

Oleh: Tengku Zawawi bin Tengku Zainal Unit Matematik MPKTBR

Pengenalan
Pengajaran dan pembelajaran dalam matematik berbeza dengan mata pelajaran lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, ianya juga memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan tepat dan menyeluruh (NCTM, 1980; Cockroft, 1986; Nik Azis, 1992; Tg. Zawawi, 1997a). Setiap pendidik matematik mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan (competence) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira keperluan dan tahap pencapaian para pelajar (NCTM, 1980). Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated themselves to the improvement of student learning as their primary professional objective (NCTM, 1980: 25) Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran, antaranya:

Perancangan mengajar Pelaksanaan pengajaran Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai Pengayaan dan pemulihan Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran Pengurusan bilik darjah

Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik

Perancangan pengajaran dalam matematik


Setiap pendidik matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya. Amat jarang kedapatan di kalangan guru-guru yang dapat mengajar secara berkesan, jelas, tanpa sebarang gangguan dengan hanya berbekalkan kebolehan semula jadi (D' Augustine, 1973 ). Pengajaran matematik yang berkesan perlu memenuhi beberapa langkah penting seperti berikut :

Penelitian terhadap konsep-konsep asas yang terlibat dalam sesuatu topik Mengenalpasti serta menyenaraikan objektif pengajaran dan pembelajaran secara eksplisit Mengenalpasti kemahiran prasyarat yang diperlukan bagi sesuatu topik dan skim matematik yang sedia ada dalam minda pelajar. Memilih kaedah dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mengembangkan sesuatu konsep Mempertimbang dan menyediakan aktiviti latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran khususnya dalam penyelesaian masalah. Mempertimbangkan kaedah serta instrumen untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Melatih dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Menerapkan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti luar kelas.

Selepas kita mengetahui topik serta konsep-konsep yang berkaitan untuk di ajar, kita perlu menyenaraikan objektif tingkah laku yang bakal dipamirkan oleh setiap murid apabila mereka benar-benar memahami atau menguasai isi pelajaran yang telah disampaikan. Tingkah laku yang dipamirkan ini juga akan menunjukkan tahap kefahaman pelajar. Sebagai contoh, katakan kita ingin mengetahui sama ada pelajar memahami konsep segitiga. Kita boleh melibatkan beberapa objektif tingkahlaku yang boleh menjadi bukti bahawa pelajar telah memahami konsep segitiga, antaranya :

Melukis segitiga : Pelajar sepatutnya dapat melukis sebuah segitiga di atas se keping kertas dengan menggunakan pensel dan pembaris. Memilih bentuk : Pelajar sepatutnya dapat memilih bentuk segitiga daripada set pelbagai bentuk yang dipamirkan kepada mereka. Menyatakan definisi : Pelajar dapat menyatakan definisi segitiga dengan tepat sama ada secara lisan atau bertulis.

Sesuatu objektif biasanya ditentukan bagi sesuatu tempoh pengajaran, sama ada untuk satu masa atau dua masa, bergantung kepada isi pelajaran dan peruntukan masa mengajar. Pemilihan objektif tidak hanya menentukan tahap kefahaman seseorang pelajar, malah ia juga akan menentukan kaedah dan alatan yang sesuai digunakan. Sebagai contoh, katakan objektif yang dipilih berbunyi : " murid dapat menambah dua nombor satu digit dengan satu digit ". Jika tajuk berkenaan baru mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti untuk membimbing murid memahami konsep ' pengumpulan ' atau ' penyatuan ' antara dua set benda. Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana para pelajar akan terlibat secara aktif, memanupulasi bahanbahan maujud dan berakhir dengan proses pengabstrakan. Setelah murid memahami konsep penambahan, mereka seterusnya akan dibimbing untuk menguasai fakta asas tambah. Aktiviti untuk penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud berbanding dengan aktiviti semasa penguasaan konsep. Setelah mengenalpasti objektif pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Pengajaran sebaiknya bermula dengan mengingat semula pengetahuan sedia ada membuat pengukuhan jika perlu. Kemahiran dalam matematik bersifat heirarki dan berkesinambungan (Ngean, 1984). Kegagalan menguasai konsep dan kemahiran awal, akan menyebabkan kesukaran dalam pembelajaran kemahiran berikutnya. Perancangan seterusnya ialah menentukan teknik atau kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Semua teknik atau kaedah adalah baik dan sesuai selagi mana ianya dapat membantu pelajar mencapai objektif yang digariskan ( Shaharir, 1984).

Pelaksanaan pengajaran dalam matematik


Pendidik matematik yang berjaya mestilah mampu untuk :

mengurus bilik darjah dengan berkesan tanpa gangguan yang boleh mencacatkan proses pengajaran dan pembelajaran menggalakkan penglibatan aktif di kalangan pelajar sama ada semasa pengembangan konsep atau dalam aktiviti penyelesaian masalah. mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar ( masalah pembelajaran, emosi, fizikal, disiplin dan sebagainya ) menggunakan konsep matematik dengan tepat, sesuai dengan tahap pencapaian pelajar mengubahsuai gaya serta teknik pengajaran kepada kumpulan pelajar yang berbeza dari segi tahap pencapaian dan minat terhadap matematik menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran agar pelajar merasa bebas, tidak tertekan serta berani menjawab dan mengemukakan sebarang pandangan dan kemusykilan

memberi motivasi kepada pelajar agar mereka mempunyai minat dan semangat untuk mempelajari matematik mengembang sikap positif pelajar terhadap matematik serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mengenalpasti teknik pengajaran terbaik yang mampu mencapai objektif yang digariskan. menjadikan pembelajaran matematik lebih mudah dan menyeronokkan.

Setiap guru mempunyai gaya , teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung kepada personaliti, pengalaman, dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984). Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran, namun begitu, kaedah umum yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, masih sama. Beberapa kaedah umum yang perlu difahami dan dikuasai oleh pendidik matematik ialah : 1. Penglibatan aktif ( active involvement ) Satu teknik pengajaran yang melibatkan para pelajar secara aktif dalam aktiviti seperti menulis, perbincangan secara lisan serta pergerakan yang melibatkan anggota badan (D' Augustine, 1973 ). Setiap pelajar terlibat di dalam mengembangkan sesuatu konsep yang diajar. Melalui penglibatan secara aktif, penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pemikiran konstruktif oleh semua pelajar, dengan aktiviti biasanya tertumpu kepada pembinaan konsep baru atau penguasaan kemahiran baru (Nik Azis, 1992). Penglibatan pelajar secara aktif adalah merupakan asas penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. Pemindahan dan penerimaan maklumat hanya akan berlaku melalui penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar perlu membina sendiri maklumat dalam minda mereka, dan ianya tidak akan berlaku secara pasif (Ibrahim, 1994; Nik Azis, 1992; Aida Suraya, 1997). 2. Perbincangan dan penemuan ( Discussion and discovery ) Perbincangan adalah satu kaedah yang akan dapat meningkatkan interaksi harmoni di kalangan pelajar di samping dapat menyedia serta mengukuhkan input dalam sesuatu proses pembelajaran. Perbincangan yang bermakna akan dapat memupuk semangat setia kawan dan saling bantu membantu antara satu sama lain. Banyak nilai-nilai murni dapat diterapkan melalui kaedah ini di samping dapat mengasah bakat dan kreativiti. Pelbagai idea dan situasi dapat dikait dan dikembangkan sesuai dengan dunia matematik yang luas (Forsten, 1992). Manakala penemuan adalah satu teknik pengajaran di mana para pelajar akan mengkaji sesuatu situasi yang berstruktur atau tidak berstruktur sehingga mereka memperolehi satu kesimpulan yang baru (D' Augustine, 1973; Husen & Postlethwaite, 1970). Kaedah penemuan merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi. Kaedah penemuan boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu, penemuan kreatif (creative discovery) atau penemuan terpimpin (guided discovery) (Sobel & Maletsky, 1972). Dalam matematik banyak konsep, rumus dan hukum boleh dipelajari dengan

menggunakan kaedah penemuan. Contohnya , murid-murid boleh menemui teorem Pythagoras, rumus luas segitiga, pemfaktoran ungkapan kuadratik dan sebagainya.

3. Analogi ( Analogy ) Satu teknik pengajaran di mana cerita atau 'perumpamaan' dibuat untuk mewakili seuatu konsep yang hendak diajar (D' Augustine, 1973). Contoh analogi untuk konsep pembundaran:

Kemana harus saya lompat ? Mengapa ?

4 Analisis Satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki pelajar perlu mengetahui 'kenapa' sesuatu langkah atau algorithma iu dilakukan. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui 'bagaimana' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat menjelaskan 'kenapa' sesuatu prosedur itu dilakukan. Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai 'relational understanding' ( Skemp, 1987), atau 'conceptual understanding' (Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992; Desforges & Cockburn, 1987), atau 'perceptual interpretation' (Cooney, 1992). Berikut adalah satu contoh penggunaan teknik analisis dalam soalan bentuk mekanis: 24 x 36 = (20 + 4) x 36 cerakinan = (20 x 36) + (4 x 36) Hukum taburan = [20 x (30 + 6)] + [4 x (30 + 6)] cerakinan

= [(20 x 30) + (20 x 6)] + [(4 x 30) + (4 x 6)]hukum taburan = 600 + 120 + 120 + 24 kemahiran pendaraban = 600 + 100 + 20 + 100 + 20 + 20 + 4 cerakinan = 800 + 60 + 4 kemahiran menambah = 864

5. Kaedah eksperimen / kerja praktik Kaedah eksperimen atau kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran matematik, kaedah eksperimen ialah suatu kaedah di mana pelajar dilatih menggunakan alat bantu mengajar untuk memahami konsep dan menguasai sesuatu kemahiran. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah eksperimen telah digunakan secara meluas. Berikut adalah contoh aktiviti yang menggunakan kaedah eksperimen:

Menyukat air dengan menggunakan bekas dan selinder penyukat untuk mempelajari isipadu cecair Membimbing murid melipat dan melorek bahagian kertas untuk mengenali pecahan. Menyusun jubin dalam bentuk segiempat yang berbagai saiz untuk menemui luas segiempat tepat. Mengagihkan sebilangan biji gulu ke dalam beberapa bekas yang disediakan untuk memahami konsep bahagi atau purata.

6. Eksposisi atau ' Direct Instruction ' Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumat penting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit instruction', 'explicit teaching', and ' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

penerangan dan penghuraian idea dan konsep matematik yang akan dipelajari sama ada dengan atau tanpa alat bantu mengajar. demonstrasi cara melukis atau membuat sesuatu pembinaan geometri. penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu masalah matematik.

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.

III. METODE DEMONSTRASI DAN EKSPERIMEN


Yang di maksud dengan Metode Demonstrasi dan Eksperimen ialah suatu upaya atau praktek dengan menggunakan peragaan yang ditujukan pada siswa dengan tujuan agar semua siswa lebih mudah dalam memahami dan mempraktekan apa yang telah diperolehnya dan dapat belajar mengalami suatu proses dan menganalisa proses tersebut.

III. 1 METODE DEMONSTRASI

Pengertian Metode Demonstrasi Yang dimaksud dengan Metode Demonstrasi ialah metode mengajar dengan menggunakan peragaan untuk memperjelas suatu pengertian atau untuk memperlihatkan bagaimana berjalannya atau bekerjanya suatu proses atau langkah-langkah kerja dari suatu alat atau instrumen tertentu kepada siswa. Untuk memperjelas pengertian tersebut dalam prakteknya dapat dilakukan oleh guru atau anak didik itu sendiri. Metode Demonstrasi cukup baik apabila digunakan dalam penyampaian bahan pelajaran sains dan teknologi, misalnya : bagaimana cara kerja suatu mesin cuci atau apa yang terjadi jika suatu balon berisi air bakar dengan api dsb. Hal-hal yang perlu diperhatikan dalam metode demonstrasi : 1. Demonstrasi akan menjadi metode yang tidak wajar apabila alat yang di Demonstrasikan tidak bisa di amati dengan seksama oleh siswa. Misalnya alatnya terlalu kecil atau penjelasannya tidak jelas. 2. Demonstrasi menjadi kurang efektif bila tidak diikuti oleh aktivitas di mana siswa sendiri dapat ikut memperhatikan dan menjadi aktivitas mereka sebagai pengalaman yang berharga. 5 3. Tidak semua hal dapat didemonstrasikan di kelas karena alat-alat yang terlalu besar atau yang berada di tempat lain yang tempatnya jauh dari kelas. 4. Hendaknya dilakukan dalam hal-hal yang bersifat praktis tetapi dapat membangkitkan minat siswa.

5. Guru harus dapat memperagakan demonstrasi dengan sebaik-baiknya, karena itu guru perlu mengulang-ulang peragaan di rumah dan memeriksa semua alat yang akan dipakai sebelumnya sehingga sewaktu mendemonstrasikan di depan kelas semuanya berjalan dengan baik. Kelebihan metode demonstrasi adalah: 1. Perhatian anak didik dapat dipusatkan, dan titik berat yang di anggap penting oleh guru dapat di amati. 2. Perhatian anak didik akan lebih terpusat pada apa yang didemonstrasikan, jadi proses anak didik akan lebih terarah dan akan mengurangi perhatian anak didik kepada masalah lain. 3. Dapat merangsang siswa untuk lebih aktif dalam mengikuti proses belajar. 4. Dapat menambah pengalaman anak didik. 5. Bisa membantu siswa ingat lebih lama tentang materi yang di sampaikan. 6. Dapat mengurangi kesalah pahaman karena pengajaran lebih jelas dan kongkrit. 7. Dapat menjawab semua masalah yang timbul di dalam pikiran setiap siswa karna ikut serta berperan secara langsung. Kelemahan metode demonstrasi adalah: 1. Memerlukan waktu yang cukup banyak 2. Apabila terjadi kekurangan media, metode demonstrasi menjadi kurang efesien 3. Memerlukan biaya yang cukup mahal, terutama untuk membeli bahan-bahannya 4. Memerlukan tenaga yang tidak sedikit 5. Apabila siswa tidak aktif maka metode demonstran menjadi tidak efektif. Langkah-langkah dalam penerapan metode demonstrasi adalah: a. Perencanaan Dalam perencanaan hal-hal yang dilakukan ialah : 1. Merumuskan tujuan yang baik dari sudut kecakapan atau kegiatan yang diharapkan dapat tercapai setelah metode demontrasi berakhir. 2. Menetapkan garis-garis besar langkah-langkah demonstrasi yang akan di laksanakan. 3. Memperhitungkan waktu yang di butuhkan. 4. Selama demonstrasi berlangsung guru harus intropeksi diri apakah : 6 Keterangan-keterangan dapat di dengar dengan jelas oleh siswa Apakah semua media yang di gunaka telah di tempatkan pada posisi yang baik, hingga semua siswa dapat melihat semuanya dengan jelas Siswa membuat catatan-catatan yang dianggap perlu 5. Menetapkan rencana penilaian terhadap kemampuan anak didik b. Pelaksanaannya: Hal-hal yang di lakukan adalah : 1. Memeriksa hal-hal tersebut di atas untuk kesekian kalinya 2. Melakukan demonstrasi dengan menarik perhatian siswa 3. Mengingat pokok-pokok materi yang akan di demonstrasikan agar mencapai sasaran

4. Memperhatikan kedaan siswa, apakah semuanya mengikuti demonstrasi dengan baik 5. Memberikan kesempatan pada siswa untuk aktif 6. Menghindari ketegangan 7. Evaluasi : dapat berupa pemberian tugas, seperti membuat laporan, menjawab pertanyaan, mengadakan latihan lebih lanjut, baik di sekolah ataupun di rumah.

III.2 METODE EKSPERIMEN

Pengertian Metode Eksperimen Metode eksperimen adalah cara penyajian pelajaran, di mana siswa melakukan percobaan dengan mengalami sendiri sesuatu yang dipelajari atau melakukan sendiri, mengikuti suatu proses, mengamati suatu obyek, keadaan atau proses sesuatu. Dengan demikian, siswa dituntut untuk mengalami sendiri , mencari kebenaran, atau mencoba mencari suatu hukum atau dalil, dan menarik kesimpulan dari proses yang dialaminya itu. Metode Eksperimen adalah Metode atau cara di mana guru dan murid bersamasama mengerjakan sesuatu latihan atau percobaan untuk mengetahui pengaruh atau akibat dari sesuatu aksi. Perbedaan metode demonstrasi dengan metode eksperiman adalah siapa yang melakukannya. Pada metode demonstrasi yang melakukan kegiatan terutama adalah guru, tetapi pada metode eksperimen yang melakukan kegiatan terutama adalah siswa. Kedua metode ini seringkali digabungkan bersama-sama, yaitu setelah guru mengadakan demonstrasi di depan kelas, maka setelah itu giliran siswa sendiri yang melakukan demonstrasi tersebut. Hal-hal yang Perlu di perhatikan dalam melakukan Metode Eksperimen 1. Persiapkan terlebih dahulu bahan-bahan yang di butuhkan 2. Usahakan siswa terlibat langsung sewaktu mengadakan eksperimen 3. Sebelum di laksanakan eksperimen siswa terlebih dahulu di berikan penjelasan dan petunjukpetunjuk seperlunya 4. Lakukan pengelompokan atau masing-masing individu melakukan percobaan yang telah di rencanakan bila hasilnya belum memuaskan dapat di ulangi lagi untuk membuktikn kebenaranya 5. Setiap kelompok atau individu dapat melaporkan hasil percobaanya secara tertulis. Kelebihan Metode Eksperimen 1. Menambah keaktifan untuk berbuat dan memecahkan sendiri sebuah permasalahan 2. Dapat melaksanakan metode ilmiah dengan baik Kekurangannya Metode Eksperimen 1. Tidak semua mata pelajaran dapat menggunakan metode ini 2. Murid yang kurang mempunyai daya intelektual yang kuat kurang baik hasilnya. Langkah-langkah metode eksperimen

1. Menerangkan Metode Eksperimen 2. Membicarakan terlebih dahulu permasalahan yang seknifikasi untuk di angkat 3. Sebelum guru menetapkan alat yang di perlukan langkah-langkah apa saja yang harus di catatdan variebel-variebel apa yang harus di control 4. Setelah eksperimen di lakukan guru harus mengumpulkan laporan, memproses kegiatan, dan mengadakan tes untuk menguji pemahaman murit

III.3 GABUNGAN METODE DEMONSTRASI DAN EKSPERIMEN

Metode Demonstrasi dan Eksperimen ini cocok digunakan apabila: 1. Untuk memberikan latihan keterampilan tertetu pada siswa. 2. Untuk memudahkan penjelasan yang di berikan agar siswa langsung mengetahui dan dapat terampil dan melakukannya. 3. Untuk membantu siswa dalam memahami sesuatu proses secara cermat dan teliti. Hal-hal yang perlu diperhatikan dalam Metode Demonstrasi dan Eksperimen 1. Lakukan Metode Demonstrasi dan Eksperimen dalam hal-hal yang bersifat praktis dan urgent dalam masarakat 2. Arahkan pendemonstrasian dan eksperimen agar murid-murid mendapatkan pengertian yang jelas, pembentukan sikap serta kecakapan praktis 3. Usahakan agar semua anak dapat mengikuti demonstrasi dan eksperimen 4. Berilah pengertian sejelas-jelasmya landasan teori dari apa yang hendak di demonstrasikan maupun di eksperimenkan Kelebihan Metode Demonstrasi dan Eksperimen ini adalah: 1. Perhatian siswa akan dapat terpusat sepenuhnya pada anak yang di Demonstrasikan atau di Eksperienkan 2. Memberikan pengalaman praktis yang dapat membentuk ingatan yang kuat dan keterampilan dalam berbuat 3. Hal-hal yang menjadi teka-teki siswa dapat terjawab melalui eksperimen 4. Menghindarkan kesalahan siswa dalam mengambil kesimpulan karena mereka mengamati secara langsung jalannya proses demonstrasi yang di adakan atau eksperimen. Kelemahan Metode Demonstrasi dan Eksperimen adalah: 1. Persiapan dan pelaksanaannya memakan waktu lama 2. Metode ini tidak efektif apabila tidak di tunjang dengan peralatan yang lengkap sesuai dengan kebutuhan 3. Sukar dilaksanakan bila siswa belum matang kemampuan untuk melaksanakannya Metode demonstrasi adalah salah satu metode mengajar dengan menggunakan peragaan untuk memperjelas suatu pengertian atau untuk memperlihatkan bagaimana melakukan sesuatu dengan jalan mendemonstrasikan terlebih dulu kepada siswa

Metode Eksperimen adalah suatu metode di mana murid melakukan pekerjaan akademis dalam mata pelajaran tertentu dengan menyaksikan peragaan-peragaan tersebut. Hasil yang maksimal akan diperoleh kalau kedua metode ini digabungkan bersamasama, hanya saja guru harus tetap memperhatikan kekurangan dan kelebihan metode ini dan juga bahwa metode ini bukan metode yang sempurna, karena metode ini hanya tepat jika digunakan untuk materi-materi tertentu saja, sedangkan untuk materi yang lainnya harus menggunakan metode pembelajaran yang lain agar hasilnya dapat efektif.

Tunjuk cara

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunjuk_cara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah satu kaedah pembelajaran dengan menunjukkan contoh atau membuat uji kaji. Kaedah tunjuk cara ialah satu kaedah yang memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Guru dan pelajar akan sama-sama terlibat dalam melakukan aktiviti sama ada pada waktu yang sama ataupun berbeza.[1] Kaedah ini melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal. Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi[2]

1. Melihat kemahiran Guru akan memeperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. 2. Penglibatan pelajar Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. 3. Peluang untuk mendengar atau melihat Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. 4. Kaitan antara teori dan praktikal Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajar tersalah faham dengan apa yang dipelajari. Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau peraturan kepada pelajar. Kemudian pelajar perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya pelajar tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran pelajar membuat aktiviti. Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang pelajar atau setiap pelajar untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur serta-merta jika terdapat sebarang kesalahan pelajar dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada pelajar yang lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran. Hasil kajian yang bertajuk "Preferan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru" yang dilakukan ke atas pelajar tingkatan 4 mendapati bahawa secara keseluruhan, sebanyak 81 peratusan daripada bilangan responden menyukai kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.[3] Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dibawa oleh guru boleh meningkatkan kecenderungan pelajar untuk memahami apa yang dipelajari.

12.0 Cadangan

http://eprints.utm.my/6059/1/aziziyahwani.pdf Hasil daripada keputusan kajian yang diperolehi, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimumkan gaya pembelajaran pelajar. Cadangan yang telah dikenal pasti untuk tindakan pihak-pihak yang terlibat ialah: a) Gaya pembelajaran visual Diharap guru dapat memainkan peranan bagi menarik minat pelajar mempelajari gaya pembelajaran ini kerana kajian mendapati gaya pembelajaran visual adalah gaya pembelajaran yang paling kurang diminati pelajar. Guru harus perbanyakkan pengajaran yang menggunakan peralatan berbentuk visual bagi meningkatkan minat pelajar mempelajari gaya pembelajaran ini. Pihak sekolah juga harus menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan peralatan berbentuk visual di setiap bilik darjah bagi memudahkan proses pengajaran guru. Dengan

adanya kelengkapan tersebut. Diharapkan pelajar dapat meningkatkan minat dalam gaya pembelajaran ini. Ibu bapa memainkan peranan untuk membantu pelajar meningkatkan gaya pembelajaran ini dengan menyediakan kemudahan dan peralatan berbentuk visual seperti komputer, televisyen dan sebagainya. b) Gaya pembelajaran auditori Guru perlu lebihkan aktiviti bercerita sebagai alat pembelajaran kerana didapati pelajar cenderung untuk belajar melalui kaedah ini. Kemudahan-kemudahan seperti pita perakam, radio dan penggunaan komputer haruslah disediakan bagi pelajar untuk memanfaatkannya dalam gaya pembelajaran tersebut. Pihak sekolah harus menyediakan kelengkapan yang sepatutnya agar dapat menambahkan minat pelajar terhadap gaya pembelajaran ini. c) Gaya pembelajaran kinestetik Pelajar dapat mengamalkan gaya pembelajaran ini melalui aktiviti amali yang dijalankan oleh guru. Dengan itu guru haruslah mengajar pelajar melalui aktiviti amali supaya gaya pembelajaran ini dapat ditingkatkan oleh pelajar. Kelengkapan alatan untuk menjalankan amali haruslah disediakan oleh pihak sekolah supaya pelajar dapat belajar melalui gaya pembelajaran kinestetik ini dengan baik. Ini kerana, gaya pembelajaran ini lebih kepada aktiviti yang melibatkan pergerakan pelajar. Oleh itu kelengkapan amali dalam proses pembelajaran haruslah mencukupi untuk pelajar menjalankan aktiviti. d) Kaedah pengajaran kuliah Pelajar seharusnya diberi peluang dan dorongan untuk mengkritik, memberi cadangan dan mengutarakan soalan-soalan kepada guru berkaitan pengajaran yang disampaikan. Ini bagi memperbaiki kelemahan yang terdapat pada kaedah pengajaran guru khususnya kaedah kuliah yang kurang diminati oleh pelajar. Guru boleh meningkatkan minat pelajar belajar melalui kaedah ini dengan perbanyakkan aktiviti bercerita semasa di dalam kelas. Guru juga boleh selitkan lawak jenaka dalam pengajaran supaya pelajar tidak merasa bosan. Pihak Kementerian Pelajaran haruslah memilih bakal guru yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh mengajar pelbagai jenis kaedah pengajaran. Ini bagi

meningkatkan mutu pembelajaran pelajar serta kecemerlangan sesebuah sekolah itu sendiri. e) Kaedah pengajaran demonstrasi Guru harus perbanyakkan lagi menggunakan kaedah ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana didapati pelajar lebih berminat belajar melalui kaedah ini. Peralatan dan kelengkapan untuk menjalankan kaedah ini haruslah mencukupi bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah haruslah sentiasa memeriksa kelengkapan-kelengkapan pembelajaran yang terdapat di bilik darjah, makmal dan bengkel. Ini bagi memastikan setiap kelengkapan tersebut berfungsi dengan baik dan jika ada yang rosak haruslah diperbaiki dengan segera bagi memudahkan proses pengajaran guru. Pihak Kementerian Pelajaran haruslah menyediakan peruntukan yang secukupnya di setiap sekolah untuk membeli kelengkapan dan peralatan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 13.0 Kesimpulan Hasil dapatan kajian dapat digunakan oleh para guru sebagai pengisian untuk mereka memperbaiki mutu pengajaran agar dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada pihak guru bahawa terdapat gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan pelajar. Daripada pengetahuan berhubung dengan gaya pembelajaran yang wujud ini, dapatlah pihak guru merancang satu gaya pembelajaran yang berkesan.

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Posted on February 21, 2011 by admin Pengenalan Tajuk ini akan membincangkan berkaitan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi pengajaran Pendidikan Jasmani yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Terdapat banyak pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pengajaran namun dalam tajuk ini kita akan membincangkan topik penting yang berkaitan. Pelajar harus mencari sumber lain untuk menambah pengetahuan dalam topik berkenaan. Objektif pembelajaran Di akhir tajuk ini pelajar dapat 1. mengenalpasti pendekatan, kaedah, teknik dan strategi dalam pendidikan jasmani. 2. merancang strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani BAHAN PEMBELAJARAN 2.0 Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran. Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia. Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. .Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=83

pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri(self esteem), merealisasikan diri(selfactualization), kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration). Pendekatan Tingkahlaku menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974). Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. Pendekatan Sistem pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat, analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif. 2.1 Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi 2.1.1 Pendekatan : Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; - konkrit ke abstrak - mudah ke kompleks - keseluruhan ke sebahagian

- umum ke spesisifik (deduktif) Pendekatan mengajar Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. 2.1.2 Kaedah

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah 1. Kaedah Tradisional Ia meliputi Tugasan membaca buku teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh murid Mengkaji semula(riview) Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan 3. Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan

Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. 1. Menganalisis dan memahami masalah 2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. 3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. 4. Membentuk jawapan yang mungkin. 5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. 6. Pilih penyelesaian yang sesuai. 7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan 1.Menggalakkan interaksi antara pelajar 2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. Kelemahan 1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru 2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya. 5. Kaedah Kolaboratif Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

6.

Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah 1. murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan 2. murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. 3. murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. 4. murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. 5. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. 6. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat. 2.1.3 Teknik

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lainlain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat

Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur. Teknik latih tubi Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulangulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu 1. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. 2. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan 1. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. 2. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. 3. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. 4. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Discrepant Event
A Discrepant Event is something that surprises, startles, puzzles, or astonishes the observer. Often, a discrepant event is one that does not appear to follow basic rules of nature and the outcome of a discrepant event is unexpected or contrary to what one would have predicted. The event throws the child "off balance" intellectually which most likely will motivate them to further investigate the science concept. This strategy is often used in elementary science classes because most children feel the need to have questions answered, and there are many discrepant events that occur in the realm of scientific knowledge. This will promote problemsolving skills on part of the child. The child will be guided while finding a solution, but he or she will discover the reason for the discrepant event. Discrepant events can be used: to engage students in inquiry as a demonstration followed by discussion to introduce a new topic to engage students in science processes skills as a small group lab activity as a mind-on warm-up to stimulate critical thinking as a take home lab activity as a challenge for students to create investigative lab activites to find out more about the event

Trasnlated from UKM Acara berbeza-beza adalah sesuatu yang kejutan, startles, teka-teki, atau mengagumkan pemerhati. Biasanya, satu peristiwa yang berbeza-beza adalah salah satu yang tidak kelihatan untuk mengikuti asas "kaedah-kaedah semula jadi" dan hasil daripada peristiwa yang berbeza-beza yang tidak diduga atau bertentangan dengan apa yang telah diramalkan. Acara ini membuang kanak-kanak itu "hilang imbangan" intelektual yang paling mungkin akan mendorong mereka untuk terus menyiasat konsep sains. Strategi ini sering digunakan dalam kelas sains asas kerana kebanyakan kanak-kanak merasakan keperluan untuk mempunyai soalan yang dijawab, dan terdapat banyak peristiwa yang berbeza-beza yang berlaku di alam pengetahuan saintifik. Ini akan menggalakkan masalah kemahiran menyelesaikan sebahagian daripada kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu akan berpandukan pada masa yang sama mencari penyelesaian, tetapi dia akan menemui sebab untuk acara berbeza-beza. Peristiwa berbeza-beza boleh digunakan: melibatkan pelajar dalam siasatan sebagai demonstrasi yang diikuti oleh perbincangan untuk memperkenalkan topik baru melibatkan pelajar dalam kemahiran proses sains

aktiviti makmal kumpulan kecil pemikiran minda-on memanaskan badan untuk merangsang kritikal aktiviti makmal rumah mengambil sebagai satu cabaran kepada pelajar untuk mewujudkan aktiviti-aktiviti makmal penyiasatan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai walaupun

RUJUKAN Abd. Ghafar Md Din (1997). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Azizi Yahaya, et, al ( 2007 ). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd . Berg, E.V. (1988). The Method and Technique of Teaching. London : Oxford University Press. Bohn, C.E. & Jabusch, D.M. (1982). Elements of speech communication : achieving competency. Boston, Mass : Houghton Mifflin. Borg, W.R. & Gall, M.D. (1983). Applying Educational Research : A Practical Guide. Boston, Mass. : Pearson/Allyn & Bacon. Choy, Sau Kam (1999). Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. (atas talian)

http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_ch oy.p df Child, Dennis. (1983). Applications of Psychology for The Teacher. London : Cassell Educational. Clark, R.E. & Salomon, G. (1986). Media in Teaching. Handbook of Research on Teaching. New York : Macmillan Publishing Company. Dunn, R. (1984). Learning style:State Of The Science.

[sunting] Rujukan
1. Tengku Sarina Aini Tengki Kasim & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. Selangor : PTS Professsional Publishing Sdn. Bhd. 2. Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. 3. Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib. (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru. Jurnal Pendidikan: 93-109. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

2. Bibliografi
3. Aida Suraya Md. Yunos (1997). Skim Nombor Perpuluhan. Tesis Phd (Tidak diterbitkan). 4. BPG (1998). Modul Latihan Guru Bestari: Kemahiran Fasilitator. KPM 5. Blane, D. (1986). "Curriculum Planning, Assessment and Student Learning in Mathematics". Dalam Leder, G. (Editor). Assessment and Learning of Mathematics. Acer: U.K: 24-43 6. Cockroft, W. H. (1986). Mathematics Counts. London: HMSO 7. Collis, K. F. (1986). "Curriculum and Assessment: A Basic Cognitive Model". Dalam Leder, G. (Editor). Assessment and Learning of Mathematics. Acer: U.K: 24-43. 8. D' Augustine, C. H. (1973). Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School. New York: Harper & Row Publisher. 9. Desforges, C. & Cockburn, A. (1987). Understanding the Mathematics Teacher: A Study of Practice in First School. New York: The Falmer Press 10. Flansburg, S. (1994). Math Magic. Harper Perennial: New York 11. Forsten, C. (1992). Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books: New York

12. Haris Md. Jadi (1991). "Reformasi Kurikulum Di Malaysia". Jurnal Pendidik dan Pendidikan. USM. Jilid 11(1): 1 - 15. 13. Husen, T. & Postlethwaite, T. N. (1970). The International Encyclopedia of Education: Research and Studies. Volume 3 (D-E): 1395. Pergamon Press: New York. 14. Ibrahim Md. Noh (1994). " Reformasi Pendidikan Matematik". Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: BPG. 15. Johansson, B. (1993). " Diagostic Assessment in Arithmetic ". Dalam Niss, M. (editor). Investigation into Assessment in Mathematics Education. Kluwer Academic Publishers: USA: 169 - 184. 16. Md. Nor Bakar (1995). "Masalah Pengkonsepan dalam Matematik ". Jurnal Pendidikan UTM. 1(1): 72 - 80. 17. NCTM (1989). Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. New York 18. Newman, M. A. (1977). "An Analysis of 6th. Grade Pupil's Error on Written Mathematical Task". Research in Mathematical Education in Australia. Vol.5: 239 258. 19. Ngean, Ng See (1984). "Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Menengah di Malaysia". Kertas yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik. UKM 20. Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP 21. Nik Azis Nik Pa (1996). Perkembangan Profesional: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM: Kuala Lumpur: DBP 22. PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pemulihan. KPM 23. PPK (1982). Buku Panduan Khas: Program Pengayaan. KPM 24. , R & Barr, G. (1984). Diagnosis and Prescription: Some Common Maths Problems. London: Harper & Row, Publishers 25. Resnick, L. B. & Ford, W. W. (1981). The Psychology of Mathematics for Instruction. Lawrence Erlbaum Associates: New Jersey 26. Shaharir Mohammad Zain (1982). " Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Universiti di Malaysia ". Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Kebangsaan Matematik : UKM 27. Skemp, R. R. (1987). Psychology of Learning Mathematics. London: Lawrence Erlbaum Associates

28. Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. (1972). Teaching Mathematics: A Sourcebook of Aids, Activities, and Strategies. Prentice Hall: New Jersey 29. Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997a). Tahap Kefahaman Konsep Pecahan Di kalangan Pelatih KPLI. Tesis Sarjana (Tidak diterbitkan). 30. Tengku Zawawi b Tengku Zainal (1997b). "Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik ". Buletin Jabatan Sains (JASA).Jilid 1(1):1-6

Refleksi SCE 3104 Refleksi Pelajar Tentang Penyiasatan, Eksperimen, Demonstrasi dan Kejadian Bercanggah Oleh Farrah Wahida Pada kuliah minggu ketujuh ini, En.Donatus telah mendedahkan kami dengan strategi pengajaran dan pembelajaran sains pendidikan rendah iaitu penyiasatan, eksperimen, demonstrasi dan kejadian bercanggah (Discrepant Event). Sebelum memulakan sesi kuliah, En.Donatus telah melakukan set induksi dengan menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan Discrepant Event (Kejadian Bercanggah). Aktiviti yang dijalankan secara berpasangan ialah belon dan jarum, meniup kertas dan dirikan kotak mancis. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan berdasarkan tajuk kuliah kami pada hari itu. En.Donatus memberitahu kami bahawa aktivitiaktiviti ini boleh dilakukan kepada murid sekolah rendah apabila kami mengajar kelak. Ianya juga dapat memperkembangkan kognitif kanak-kanak dan menarik minat mereka untuk mempelajari sains. Ini juga merupakan pengalaman baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah mengetahui tentang discrepant event. Selepas itu, En.Donatus menerangkan dengan kami tentang empat strategi pengajaran dengan berbincang di ruang forum dari Laman Respositori Pengajaran Sains beliau. Banyak yang kami bincangkan di dalam ruang forum ini. Selain itu, ianya dapat menjimatkan masa dan semua soalan kami terjawab. Di samping itu juga percambahan ilmu berlaku secara tidak langsung. Di dalam Laman Respositori Pengajaran Sains, semua nota telah disediakan dan guru pelatih dibenarkan untuk muat turun nota tersebut. Di dalam perbincangan tersebut, banyak persoalan yang ditimbulkan pensyarah mengenai strategi discrepant event dan eksperimen. Selain itu, En.Donatus telah menerangkan bahawa kejadian bercanggah ini merupakan suatu demonstrasi yang direka untuk memperlihatkan suatu situasi atau fenomena yang mempamerkan hasil yang luar biasa. Ianya juga merupakan suatu teknik inkuiri yang dikembangkan oleh Richard Suchman (1962). Kejadian bercanggah ini merupakan strategi pembelajaran berpusatkan murid dan ia boleh digunakan untuk menarik perhatian murid, tetapi objektif utamanya ialah untuk mengajar suatu konsep atau prinsip sains yang penting. Seterusnya, pembelajaran menggunakan discrepant event ini merupakan satu jenis pembelajaran koperatif. Di samping itu, eksperimen juga merupakan satu strategi pengajaran yang baik untuk diaplikasikan kepada murid sekolah rendah. Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen yang dilakukan ialah kemahiran berfikir murid dapat dikembangkan, kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Seterusnya guru perlulah memberi peluang kepada murid untuk membentuk eksperimen sendiri, di mana

murid sendiri yang merangka cara eksperimen yang boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan secara bersendirian atau secara berkumpulan. Di samping itu juga, sikap saintifik dan nilai-nilai murni dapat diterapkan dalam aktiviti eksperimen ini. Dalam tutorial minggu ketujuh ini, kami diminta untuk melakukan satu demonstrasi yang berkaitan dengan konsep sains yang diajar di sekolah rendah. Demonstrasi ini adalah guru yang menunjukkan langkah-langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Kaedah ini melibatkan penerangan guru, pendengaran, penglihatan dan percubaan murid. Demonstrasi ini sesuai digunakan untuk membantu murid menguasai kemahiran manipulatif, merangsang minat murid dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi baharu dengan memperkembangkan pemahaman dengan pengalaman baharu. Strategi yang terakhir ialah penyiasatan, En.Donatus telah menerangkan bahawa penyiasatan saintifik ini ialah suatu kaedah saintifik untuk mencari pengetahuan yang melibatkan mengenalpasti dan menerbitkan formula untuk suatu masalah, pengumpulan data melalui pemerhatian atau eksperimen, membuat hipotesis dan menguji dan mengesahkan (atau menolak) hipotesis itu. Akhir sekali, banyak dapatan baru yang saya perolehi daripada hasil perbincangan saya dengan rakan-rakan serta pensyarah pembimbing. Strategi-strategi ini amat sesuai digunakan untuk menarik perhatian murid untuk mempelajari sains.

Anda mungkin juga menyukai