Anda di halaman 1dari 3

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

1. KEPIMPINAN RASULULLAH SAW DI MADINAH

(i)

Piagam Madinah ialah : Perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama sama semua golongan yang menjadi warga negara Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah SAW. Nama lain Piagam Madinah : Sohifah Madinah Perkara penting yang menjadi asas Piagam Madinah: Wahyu sebagai sumber perundangan negara Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara Kebebasan beragama Menegakkan keadilan Menjaga hubungan baik sesama anggota Member perlindungan kepada bukan Islam Isi kandungan Piagam Madinah : Rasul SAW diakui sebagai pemimpin negara Mengakui persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar Semua kaum bebas beragama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing Mana-mana pihak tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar terutamanya dengan musyrikin Mekah Setiap individu tidak boleh menyakiti individu dan kaum lain bahkan hendaklah saling tolong menolong untuk kebaikan Piagam ini melindungi semua pihak yang memperakukannya dan berhak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya. Kesan Piagam Madinah kepada : a) Politik: Terbentuk negara Islam pertama di dunia Orang bukan Islam mengakui menjadi warga negara sebuah negara Islam yang membawa kestabilan politik Semangat patriotik mempertahankan negara menyebabkan pertahanan negara menjadi lebih kukuh. b) Pentadbiran: Rasul SAW diiktiraf sebagai ketua negara Islam pertama di dunia. Penempatan masyarakat yang tersusun memudahkan perhubungan mereka dengan Nabi SAW. Rasul SAW memberi tumpuan mewujudkan hubungan dengan negara luar. c) Sosial: Perpaduan kaum dapat diwujudkan Wujud kesatuan umat dan terhapusnya semangat kesukuan Kemakmuran negara dapat dihayati bersama

(ii) (iii )

(iv)

(v)

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

d) Ekonomi: Perdagangan berjalan dengan lebih pesat Harta baitul mal semakin bertambah hasil kemenangan dalam peperangan Bidang ternakan, pertanian dan perusahaan semakin bertambah. (vi) Hikmah di sebalik pembentukan Piagam Madinah: Wujud peruntukan yang melindungi hak-hak individu Pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh Sebagai bukti Islam adalah satu cara hidup yang lengkap Dakwah Islam semakin berkembang Keamanan dan keharmonian terjamin. Kepentingan peraturan dalan kehidupan: Untuk memastikan tercapainya wawasan kerajaan Dapat menyusun kehidupan sosial yang baik seperti penempatan penduduk yang sempurna Dapat melaksanakan setiap perancangan dalam bidang ekonomi Pembahagian kekayaan dapat dilakukan dengan adil dan saksama Dapat melaksanakan program pendidikan dengan berkesan. Akibat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang : Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak berdisiplin Masyarakat hidup dalam keadaan kucar kacir Berlaku perbalahan dan pergaduhan Negara menjadi mundur Imej negara dan bangsa tercemar

(vii )

(viii )

Mutiara kata:
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian