Anda di halaman 1dari 2

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

1. SOLAT KETIKA SAKIT


(i) Solat ketika sakit ialah: Menunaikan ibadat solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang menunaikan solat secara biasa. Rukhsah ialah : Kemudahan yang diberikan oleh Islam kepada umatnya untuk melakukan ibadat dalam keadaan tertentu. Hikmah disyariatkan rukhsah solat ketika sakit: Menunjukkan Islam adalah agama yang mudah Supaya umat Islam sentiasa menunaikan ibadat Membuktikan Allah SWT Sangat sayangkan hambaNya Cara-cara solat ketika sakit: 1) Secara duduk 2) Secara baring mengiring 3) Secara baring menelentang 4) Secara isyarat kelopak mata 5) Secara isyarat di dalam hati Sebab-sebab diwajibkan solat walaupun ketika sakit: Ia merupakan ibadat terpenting dalam Islam Supaya hidup dan mati dalam Islam Solat sebagai penawar kepada sakit Solat dapt mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran Untuk mengharapkan pertolongan Allah SWT ketika senang atau susah Cara menunaikan solat sambil duduk: Duduk seperti duduk antara dua sujud atau keadaan yang termampu Ruku` hendaklah ditundukkan kepala setentang dengan tempat sujud Sujud seperti biasa Jika tidak mampu, hendaklah kepala lebih rendah daripada ruku` untuk ruku`. Cara solat secara baring mengiring: Mengiring di sebelah rusuk kanan Muka dan dada mesti mengadap kiblat Ruku` dan sujud dilakukan menerusi isyarat kepala sahaja.

(ii)

(iii )

(iv)

(v)

(vi)

(vii )

Modul Latih Tubi Tingkatan 3


(viii ) Cara solat sambil menelentang: Berbaring sambil menelentang Kaki mengadap kiblat Bahagian kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat mengadap kiblat Ruku` dan sujud menerusi isyarat kepala Solat secara isyarat kelopak mata: Berbaring menelentang Kaki menghala kea rah kiblat Ruku` dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata Sujud memadai dengan memejamkan mata Solat secara ingat dalam hati: Kesemua rukun dilakukan dengan membayangkan di dalam hati mengikut tertib. Perbezaan rukhsah solat ketika sakit dan ketika musafir: KETIKA SAKIT Dilakukan mengikut keupayaan pesakit sama ada secara duduk, mengiring,menelentang dan sebagainya Dlam keadaan sakit KETIKA MUSAFIR Boleh dilakukan secara qasar, jamak atau keduaduanya Semasa bermusafir

(ix)

(x)

(xi)

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.