Anda di halaman 1dari 2

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

1. SOLAT `IDUL FITRI DAN `IDUL ADHA


(i) (ii) (iii ) Solat idul fitri ialah solat sunat dua rakaat yang ditunaikan pada pagi 1 Syawal. Solat idul adha ialah solat sunat dua rakaat yang ditunaikan pada pagi 10 Zulhijjah Hukum melakukanya : sunat muakkad Amalan-amalan sebelum solat idul fitri dan idul adha: Mandi sunat pada pagi hari raya Memakai pakaian baru dan bersih Memakai wangi-wangian bagi lelaki Bermaaf-maafan dengan ibu bapa dan keluarga Bersarapan sebelum solat idul fitri Bersarapan selepas solat idul adha Menghidupkan malam raya dengan ibadat takbir, zikir, membaca al-Quran dan sebagainya Membayar zakat fitrah (idul fitri) dan banyakkan bersedekah. Syarat-syarat khutbah hari raya: Rukun-rukun khutbah dibaca di dalam bahasa arab Khatib mestilah lelaki. Perbezaan antara solat hari raya dan solat jumaat: SOLAT JUMAAT Wajib kepada setiap lelaki yang mukallaf dan yang bermukim Pada waktu zohor setiap hari jumaat Khutbah dibaca sebelum solat Bilangan ahli jumaat tidak kurang dari 40 orang Tiada takbir dan tasbih sebelum membaca alfatihah

(iv)

(v)

SOLAT HARI RAYA Sunat kepada lelaki dan perempuan Dilakukan pada waktu pagi,1 syawal dan 10 zulhijjah Khutbah dibaca selepas solat Bilangan ahli tidak ditetapkan Disunatkan takbir dan tasbih sebelum membaca alfatihah (vi)

Kepentingan takbir hari raya: Melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT Meninggikan syiar Islam Mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT Memantapkan semangat perjuangan umat Islam. Hikmah solat hari raya: Menzahirkan kesyukuran dan meningkatkan keimanan Boleh mendengar nasihat dan peringatan Mengeratkan hubungan silaturrahim antara umat Islam

(vii )

Modul Latih Tubi Tingkatan 3


Melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan bertanggungjawab