Anda di halaman 1dari 15

1.

KONSEP DAN MATLAMAT FPK


Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. Kini, FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti di bawah :

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang, sempurna dan bersepadu dari segi intelek, rohani emosi dan jasmani.. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan berakhlak mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Tambahan pula, matlamat FPK juga untuk menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan pembangunan negara serta menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi semua warganegara Malaysia di samping melahirkan bangsa Malaysia yang bersifat taat setia dan bersatu padu.

KURIKULUM BERASASKAN: Rukun Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Negara Dasar Baru MATLAMAT PENDIDKAN: Individu Sosial Ekonomi Politik Kemodenan Kefahaman Antarabangsa Ekonomi Ekonomi FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN UNTUK PERINGKAT: Prasekolah Rendah Menengah Pendidikan Guru Pendidikan Tinggi

Rajah menunjukkan Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Berdasarkan konsep di atas, tujuan pendidikan bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli kelurga dan mayarakat serta warganegara yang beilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kepada semua.

2. ELEMEN-ELEMEN FPK
FPK merupakan penyuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan. Matlamat yang terkandung dalamnya memberi implikasi kepada sistem pendidikan negara. Oleh sebab itu, setiap guru mestilah meneliti dan mentafsir kandungannya serta memahami secara mendalam hasrat dan cita-cita yang terkandung di dalamnya yang memberi implikasi kepada keseluruhan perjalanan sistem pendidikan. Elemen-elemen FPK adalah: Pendidikan suatu Perkembangan potensi individu. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Insan yang seimbang

usaha berterusan. Sumbangan kemakmuran negara. terhadap keluarga,

keharmonian masyarakat

dan dan

E L E M

dan harmonis. Unsur intelek.

Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Unsur rohani. Rakyat Malaysia yang dapat memberi dan

E N
Unsur emosi.

sumbangan

terhadap

keharmonian

kemakmuran masyarakat dan negara.

Rakyat

Malaysia

yang

berkeupayaan

F P K
Unsur jasmani.

mencapai kesejahteraan diri.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Kepercayaan dan kepatuhan Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. kepada Tuhan.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan.

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

i.

PENDIDIKAN SUATU USAHA BERTERUSAN

SEJAK KECIL

AKHIR HAYAT

Pendidikan

ialah

proses

pemerolehan

dan

pemindahan

ilmu,

kemahiran dan nilai secara berterusan sepanjang hayat. Pendidikan ini bermula sejak kecil sehingga akhir hayat iaitu peringkat rendah sehinggalah peringkat selepas sekolah seperti di institut pendidikan tinggi, tempat bekerja atau dengan pembelajaran sendiri secara on-line atau media massa. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 1 hingga 6 tahun. Sahsiah yang dibentuk ini akan berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Walaupun telah tamat persekolahan, setiap individu masih terus

meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan ini dapat membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan seiring dengan pembangunan dan pemodenan negara Malaysia.

ii. PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU INTELEK

JASMANI

POTENSI INDIVIDU

ROHANI

EMOSI

Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam seperti intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh sebab itu, bakat, potensi dan kebolehan ini seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dipertingkatkan lagi yang akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan sekeliling.

iii. PERKEMBANGAN BERSEPADU

INDIVIDU

SECARA

MENYELURUH

DAN

Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi

mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Jadi, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan di samping kurikulum yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Keadaan ini adalah untuk memenuhi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, barulah dikatakan perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu.

iv. INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS Insan yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) serta kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan keempat-empat aspek tersebut malahirkan individu yang mampu hidup secara harmonis sama ada dengan dirinya sendiri atau dengan orang lain. Individu tersebut memiliki ketahanan dan keupayaan untuk menghadapi segala cabaran hidup dengan tenangnya serta sanggup berdepan dengan apa jua masalah yang timbul tanpa membebankan hidup orang lain. Insan tersebut akan sedar

tanggungjawabnya terhadap diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.

v. UNSUR INTELEK Individu yang memiliki unsur intelek adalah mereka yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Mereka sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif serta sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain.

vi. UNSUR ROHANI Elemen ini pula berkaitan dengan menyedari dan percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian nikmat daripada Tuhan. Individu tersebut juga akan sentiasa berakhlak mulia dan berpegang kepada nilainilai murni.

vii. UNSUR EMOSI Individu tersebut memiliki emosi yang matang dan stabil. Mereka juga selalunya memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang sama ada terhadap manusia atau persekitaran.

viii. UNSUR JASMANI Mereka yang menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan

masyarakat adalah individu yang berasaskan elemen ini. Mereka juga akan sentiasa mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.

ix. KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN Akui Manusia & Mengakui Wujudnya Pencipta Alam : Pencipta Fenomena Alam Ditetapkan Pencipta Manusia Melakukan Kebaikan Meghindari Kejahatan & KEPERCAYAAN & KEPATUHAN Bertanggungjawab Ke Atas Perbuatan Dijadikan :

Memakmurkan Alam

Mengikuti & Amal Ajaran Agama

Tingkat

&

Kukuh

Kepercayaan Agama

Konsep Keagamaan dalam FPK

Mengikut elemen ini, setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan Tuhan sebagai Pencipta manusIa serta alam. Ekoran daripada itu, mereka akan menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Jadi, mereka juga akan lebih bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap perbuatan dan tindakan mereka. Oleh sebab itu, mereka mestilah mengamalkan segala ajaran yang dianuti bagi membolehkan mereka hidup dengan sempurna.

x. RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN Gemar Membaca Mencintai Pengetahuan Ilmu Sentiasa Menambah Pengetahuan RAKYAT MALAYSIA Memanfaatkan Ilmu YANG BERILMU Meningkat Dan Menyebarkan Ilmu Pengetahuan Berfikiran Dan Terbuka Luas Untuk Kebajikan Diri Dan Orang Lain Ilmu

PENGETAHUAN

Konsep rakyat berpengetahuan dalam FPK

Elemen ini adalah untuk melahirkan insan yang cinta akan ilmu pengetahuan. Sehubungan itu, mereka akan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Mereka yang berilmu pengetahuan dan mengamalkan amalan membaca selalunya memiliki fikiran yang luas dan terbuka.

xi. RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN Memiliki Pengetahuan Dan Kelayakan Yang Sesuai Dengan Tugas. Mempunyai RAKYAT MALAYSIA YANG BERKETRAMPILAN Kemahiran Dalam

Menjalankan Tugas. Melaksanakan Tugas Dengan Cekap Dan Sempurna Konsep Rakyat Berketrampilan dalam FPK Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai kecekapan dan

kompetensi diri. Mereka berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Individu yang berketrampilan sentiasa berpandangan jauh. Oleh sabab itu, keadaan ini memupuk pembawaan diri yang baik.

xii. RAKYAT MALAYSIA YANG BERAKHLAK MULIA Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia mengetahui mana-mana yang baik dan buruk bagi sesuatu perkara. Mereka mempunyai perwatakan diri yang baik dan berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

xiii. RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB Rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara serta melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

xiv. RAKYAT

MALAYSIA

YANG

BERKEUPAYAAN

MENCAPAI

KESEJAHTERAAN DIRI Melalui perkembangan individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenang dan berfikiran waras. Mereka memiliki daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

xv. RAKYAT

MALAYSIA

YANG

DAPAT

MEMBERI

SUMBANGAN

TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA Melalui latihan, rakyat boleh menggunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah

pembangunan negara. Mereka berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Mereka juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar yang ditetapkan dengan mengekalkan keamanan negara dan kestabilan politik.

xvi. BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI Individu yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri adalah individu yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi supaya berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dan cabaran hidup.

xvii. SUMBANGAN

TERHADAP

KEHARMONIAN

DAN

KEMAKMURAN

KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA Rukun Negara dijadikan sebagai amalan hidup. Elemen ini sangat penting bagi memupuk persefahaman keluarga, masyarakat dan negara bagi membolehkan setiap insan hidup dengan harmoni. Oleh itu, mereka akan sentiasa mematuhi norma masyrakat dan cinta akan negara.

Keseluruhannya, elemen-elemen FPK boleh dicerminkan dalam rajah di bawah yang menggambarkan falsafah ppendidikan berpaksikan Ketuhanan.

Ilmu Pengetahuan dan Akhlak Mulia

Insan yang Seimbang dan Harmonis Kepercayaan dan

Tanggungjawab dan Sumbangan

kepada Masyarakat

kepatuhan kepada Tuhan

Falsafah Pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.

3. MENJAWAB SOALAN (a)


Melalui elemen pendidikan suatu usaha berterusan, elemen tersebut dapat membentuk rakyat yang berilmu. Hal ini kerana individu-individu ini akan sentiasa menuntut ilmu dan juga kemahiran walaupun sudah tamat

persekolahan atau sudah bekerja. Mereka bukan sahaja memperoleh ilmu pengetahuan, malah kemahiran mereka dalam bidang-bidang tertentu juga semakin bertambah contohnya dalam bidang keusahawanan. Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Haji Ahmad pernah menekankan bahawa untuk menjadi usahawan yang berjaya, pendidikan dan kemahiran perlu diseimbangkan seperti yang dinyatakan oleh beliau di dalam Akhbar New Sabah Times yang bertarikh 24 November 2008. Bidang keusahawanan ini sangat meluas. Secara tidak langsung, usahawan-usahawan yang berjaya akan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara dengan menaikkan nama Malaysia jika pasaran mereka mendapat tempat di mata rakyat luar negara. Di samping itu, seiring era globalisasi ini, banyak pendidikan melalui internet atau on -line. Walaupun berada di rumah, pelajar-pelajar dapat menggunakan internet untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka, contohnya menjawab soalan-soalan peperiksaan, latih tubi dan sebagainya. Pendidikan Terbuka yang tersedia ada seperti Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Virtual dan Pendidikan Universiti Terbuka memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran mereka tidak kira mempunyai kelayakan akademik tinggi atau pun rendah. Selain itu, elemen perkembangan potensi individu, elemen

perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta elemen insan yang seimbang dan harmonis memenuhi semua kriteria yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPK). Elemen-elemen ini merangkumi elemen unsur intelek, rohani, jasmani dan emosi iaitu dengan setiap individu diberi peluang untuk menonjolkan bakat, potensi dan kebolehan yang mereka ada. Sebagai contohnya, keadaan ini dapat dilihat di dalam bilik darjah. Guru akan memberi peluang kepada pelajar mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran bukannya terus memberi jawapan. Aktiviti-aktiviti bagi mengasah bakat mereka seperti bersajak, bersyair dan sebagainya turut diadakan di sesebuah sekolah. Mereka yang sememangnya berminat atau baru sahaja ingin mencuba aktiviti-aktiviti seperti itu, bebas menyertainya di samping

mendapat bimbingan oleh para guru dan pakar. Mereka bukan sahaja dapat menunjukkan bakat mereka yang telah tersedia ada malah mengasah bakat yang terpendam itu supaya lebih bersinar dan berjaya suatu hari nanti. Di luar bilik darjah pula, aktiviti kokurikulum contohnya telah diberi penekanan. Hal ini dapat menjamin kesihatan pelajar-pelajar bukan sahaja mementingkan kepada pembelajaran. Kesihatan yang baik mampu melahirkan insan yang cemerlang dan terbilang, bak kata pepa tah, Badan sihat, otak cerdas. Sesetengah sekolah pula tidak melepaskan peluang untuk mengadakan kem kecemerlangan atau aktiviti perkhemahan untuk pelajar-pelajar. Begitu juga di Melaka baru-baru ini. Pada 25 hingga 26 Jun 2011, Kem Motivasi Skor Straight A telah diadakan bertempat di Melaka Tropikal Fruit Farm. Kem ini disertai oleh pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain mengkhususkan kepada kaedah pembelajaran yang berkesan, peserta diterapkan nilai sabar, semangat, fokus dan tekun dalam aktiviti riadah yang telah diadakan. Nilai keagamaan turut diterapkan dalam melalui kegiatan seperti Qiamullail, Solat Sunat Dhuha dan Kuliah Maghrib. Tambahan pula, apabila melibatkan diri dalam sesuatu kem atau perkhemahan, mereka akan belajar cara hidup berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Ini

menunjukkan elemen-elemen tersebut mendorong melahirkan rakyat yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Selain itu, elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan serta elemen beraklak mulia dapat membantu negara mendidik rakyat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang yang menghormati dan mematuhi setiap peraturan dalam agama mereka masing-masing, tidak akan melakukan perkara yang buruk iaitu yang berlawanan dengan agama mereka. Walaupun berlainan agama, setiap agama tidak lari daripada mengajak penganutnya membuat sesuatu perkara ke arah kebaikan dan boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri, malah masyarakat sekeliling serta negara. Oleh itu, elemen-elemen ini sangat penting. Jika tidak, perkara yang tidak diingini akan mudah berlaku iaitu masalah sosial yang hangat diperkatakan pada masa sekarang terutamanya masalah sosial dalam kalangan remaja dan pelajar. Sebagai contohnya, seks luar nikah, kes cabul, pembuangan bayi dan sebagainya. Bagi mereka yang berpegang teguh

pada agama mereka, mereka akan bertanggungjawab ke atas perkara yang telah mereka lakukan. Mereka akan berfikir dahulu sama ada perkara yang akan mereka lakukan itu betul atau tidak dan apa kesannya. Jadi, tidak akan ada yang sanggup membuang bayi sedangkan bayi tersebut tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa pun. Oleh sebab itu, wajarlah mata pelajaran Sivik, Moral dan Pendidikan Islam diajar di bangku persekolahan untuk menjamin masa depan pelajar lebih cerah.

Di samping itu, elemen rakyat berilmu pengetahuan sudah tentunya dapat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan. Melalui elemen ini, individu bukan sahaja ditekankan dengan pendidikan secara formal sahaja, sebaliknya mereka akan dipupuk nilai membaca kerana Membaca jambatan ilmu dan Ilmu penyuluh hidup. Oleh itu, perpustakaan telah dibina di setiap sekolah. Terdapat juga perpustakaan mini atau perpustakaan yang terdapat di luar kawasan sekolah seperti di kampong dan perpustakaan bergerak. Jadi, sesiapa sahaja dibenarkan untuk mndapata bahan bacaan atau apa-apa sahaj maklumat untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mereka di perpustakaan-perpustakaan ini. bukan itu sahaja, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan

kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah meletakkan bahanbahan bacaan di dalam setiap gerabak kereta api antara Bandar. Tanpa ilmu, masyarakat akan mudah ditindas. Ekoran daripada itu, negara akan mundur dan tiada pembangunan. Rakyat yang berilmu akan dapat memberi sumbangan dalam pembangunan negara, contohnya dalam bidang perubatan. Mereka yang menceburi bidang ini akan sentiasa berusaha membantu rakyat untuk sentiasa sihat. Negara akan sukar membangun jika kebanyakan rakyat berpenyakit, tambahan lagi penyakit kronik seperti penyakit serangan jantung, jantung berlubang, paru-paru berair, kanser dan sebagainya. Hal ini kerana jika ramai yang sakit, tiada pula tenaga kerja yang dapat membantu untuk memajukan negara. Jadi, sejak kecil lagi kita didedahkan dengan pendidikan melalui mengenal huruf dan nombor supaya akan cepat membaca dengan lebih lancar dan lebih maju ke depan apabila memasuki alam persekolahan nanti. Oleh sebab itu, amalan membaca ini perlulah dipupuk sejak kecil lagi. Elemen-elemen seterusnya ialah elemen rakyat Malaysia yang

berketrampilan dan elemen rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Elemen-elemen ini ditekankan untuk melahirkan rakyat yang berketrampilan dan bertanggungjawab iaitu dengan cara murid sekolah rendah lagi telah pun didedahkan untuk memegang sesuatu jawatan, contohnya ketua kelas, pengawas, ahli jawatankuasa persatuan atau kelab dan lain-lain lagi. Keadaan ini memberi peluang untuk mereka belajar menjalankan tugas dengan sempurna dan sentiasa sedar tanggungjawab yang dipikul adalah amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana mereka juga adalah bakal pemimpin negara suatu hari nanti. Seterusnya elemen rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri lebih kurang sama dengan elemen berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang dapat melahirkan rakyat yang berakhlak mulia iaitu dengan cara mereka tenang menghadapi sesuatu cabaran. Walaupun diduga dengan pelbagai masalah, tetapi mereka akan tetap tidak memilih jalan yang mudah iaitu jalan yang salah dalam menyelesaikan masalah mereka. Mereka akan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk diri orang lain juga. Secara tidak langsung, ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan masyarakat sekeliling. Keadaan ini menunjukkan individu tersebut mempunyai nilai-nilai yang murni dan berakhlak mulia. Ia tidak mudah berputus asa dan tidak mudah berharap mendapat pertolongan orang lain jika berhadapan dengan pelbagai cabaran. Selain itu, elemen rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara juga lebih kurang sama dengan elemen sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Elemen-elemen ini dapat mewujudkan rakyat yang akan memberi sumbangan kepada pembangunan negara iaitu mengharmonikan negara dengan cara pada masa sekarang, kebanyakan sekolah mempunyai pelbagai kaum atau bangsa yang

membolehkan mereka bertolak ansur dan saling membantu antara atu sama lain. Sebagai buktinya, pada tahun 2002, sistem meritokrasi dilaksanakan buat pertama kalinya bagi menggantikan sistem kuota bagi kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Sistem ini menetapkan 55% pelajar bumiputera dan 45% pelajar bukan bumiputera akan dipilih memasuki IPTA. Keadaan ini dapat memupuk semangat bersatu padu. Secara tidak langsung, masyarakat akan sentiasa hidup aman dan damai tanpa ada lagi perpecahan

kaum, semangat assabiah dalam sesebuah kaum dan tidak lagi berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Walau bagaimanapun, nilai meritokrasi ini bukan hanya ditekankan dalam bidang pendidikan tetapi maksud sebenar meritokrasi yang dihasratkan oleh Perdana Menteri ialah satu hala tuju yang perlu diamalkan bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria akan berpeluang untuk memacu pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai