Anda di halaman 1dari 2

Modul Latih Tubi Tingkatan 3

4. SOLAT SUNAT TAHAJJUD


(i) Solat sunat tahajjud ialah: Dari segi bahasa: meninggalkan tidur Dari segi istilah : solat sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam walaupun tidur hanya sebentar (ii) Kaifiat solat sunat tahajjud: Lafaz solat sunat tahajjud:

Bermaksud: Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah SWT

Dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat satu salam atau seberapa banyak yang mampu. Pada rakaat pertama membaca doa iftitah, surah al fatihah dan surah al-kafirun atau mana-mana surah. Pada rakaat kedua membaca surah al-fatihah dan surah al ikhlas atau mana-mana surah . Ruku`,i`tidal dan sujud seperti biasa. Selepas memberi salam, berdoalah kepada Allah SWT (iii ) Hikmah solat tahajjud: Sentiasa mendapat pengawasan dan pemeliharaan Allah SWT Doa dimakbulkan Allah Dimurahkan rezeki Melahirkan rasa seronok beribadat Menerima buku catatan amalan dengan tangan kanan Terhindar daripada kebinasaan dan gangguan syaitan Perbezaan solat sunat tahajjud dan solat hajat: SOLAT SUNAT HAJAT Dilakukan kerana memohon bantuan Allah SWT agar menunaikan sesuatu hajat Boleh dilakukan pada waktu malam atau siang Boleh dilakukan bersendirian atau berjemaah bergantung kepada hajat masing-masing.

(iv)

SOLAT SUNAT TAHAJJUD Dilakukan sebagai memulakan ibadat pada waktu malam Setelah jaga dari tidur pada waktu malam Lebih baik dilakukan secara bersendirian (v)

Faktor yang memudahkan seseorang mengerjakan solat tahajjud dari segi jasmani: Tidak banyak makan dan minum Tidak letih pada siang hari Tidur sekejap sebelum zohor Tidak melakukan dosa yang boleh mengeraskan hati

Modul Latih Tubi Tingkatan 3


(vi) Faktor yang memudahkan seseorang mengerjakan solat tahajjud dari segi rohani: Cinta akan sunnah Rasulullah SAW Kasih dan takut kepada Allah SWT Mengetahui kelebihan qiamullail.

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.