Anda di halaman 1dari 1

PERBEZAAN ANTARA KAJIAN FONETIK DAN FONOLOGI Fonetik adalah subdisiplin linguistik, kajian tentang bunyi sebagai fenomena

dalam dunia fizikal,fisiologi,anatomi,neurologi,dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Manakala fonologi adalah subdisiplain linguistik yang mengkaji bunyi bahasa,iaitu tentang fungsi, perlakuan,dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Fonetik adalah kajian tentang sifat-sifat semulajadi, produksi,dan persepsi bunyi yang dihasilkan. Fonologi pula mengkaji tentang sistem bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semulajadi sistem tersebut secara umum. Segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya. Fonetik dapat dipecahkan kepada tiga iaitu fonetik akustik, fonetik artikulatori dan fonetik audiotori. Kajian yang dilakukan dalam fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir leksikal dengan butir-butir leksikal lain yang membentuk ayat. Fonetik mengkaji unsur setiap pengasilan bunyi. Fonologi pula mengkaji berkaitan dengan penelitian pola-pola intonasi. Fonetik dapat menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Fonologi pula dapat menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Rumusannya, kedua - dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Hubungkait antara kedua dua bidang ini sangat rapat walaupun dari sudut pandangan adalah berbeza, serta terlalu kabur untuk dipisahkan.

Anda mungkin juga menyukai