Anda di halaman 1dari 3

TEKS PEHIMPUNAN RASMI

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Yang berusaha, pn hamidah bt majid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh, En Radzman bin Omar, Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Noorhuzairy bt Abdul Majid, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Normah bt Razali, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini, dijemput untuk membacakan doa, dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Para guru dan rakan-rakan diminta untuk bersedia. Seterusnya, majlis menjemput untuk mengetuai bacaan ikrar pelajar. Seterusnya, dijemput guru yang bertugas pada minggu ini, . untuk memberikan sepatah dua kata serta nasihat yang berguna. Terima kasih atas ucapan dan pesanan yang diberikan.

Seterusnya majlis menjemput untuk meneruskan majlis. Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua, ucapan daripada puan Guru Besar / GPK 1 / GPK HEM / GPK Kokurikulum. Tanpa membuang masa lagi, dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. Terima kasih daun keladi, minggu depan kita dengar nasihat lagi. Jutaan terima kasih atas ucapan, nasihat serta teguran yang diberikan tadi. Semoga dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian kita. Sebelum majlis perhimpunan ini melabuhkan tirainya, diminta semua guru dan pelajar bersedia untuk menyanyikan sebuah lagu iaitu Perak di Puncak Kecemerlangan. Dengan berakhirnya lagu tadi maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari ini. Para pelajar dikehendaki masuk ke kelas mengikut barisan kelas masing masing.

Ingatlah: Bersikap adil TIDAK bermakna memberikan sesuatu kepada setiap anak dalam kuantiti yang sama. Bersikap adil bermakna memberi setiap anak apa yang wajar diperolehinya. Setiap anak adalah individu yang unik dan memiliki kualiti, keperluan dan bakat yang istimewa. Inilah yang harus diakui oleh setiap ibu bapa dengan sebaiknya. Masalah iri hati, cemburu dan dengki mendengki di kalangan anak-anak tidak seharusnya dibiarkan dalam sebarang keluarga. Jika ibu bapa bijak memainkan peranan, sikap-sikap negatif ini tidak akan menular dalam keluarga. Sebaliknya, kemesraan dan sikap tolong-menolong akan mendapat tempat dan hidup subur di hati setiap anak anda

Anda mungkin juga menyukai