Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS PENGARAH BERSAMA WARIS PELAJAR-PELAJAR BAHARU AMBILAN JUN 2012

MASA : 11.30 PAGI TEMPAT : DEWAN ZAABA

1. MENGUMUMKAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Tuan Haji Hashim bin Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Diiringi oleh, . Puan Hajah Natrah binti Shaari, Penyelaras PPISMP Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Para mentor, Para pensyarah, Serta saf kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013 IPG Kampus Darulaman masuk ke dalam Dewan Zaaba. .

2. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Kedah Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah Alhamdulillah, kalimah suci pertama kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berkumpul di dalam Dewan Zaaba yang tersergam indah ini bagi menghadiri sebuah majlis yang diberikan nama `PENGARAH BERSAMA WARIS`. Hadirin sekalian, buat pengetahuan semua, majlis ini dilangsungkan bagi mendokong objektif untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak institut dan barisan para pelajar baharu sekalian. Pepatah Melayu pernah mengatakan, `TAK KENAL, MAKA TAK CINTA`. Berdasarkan pepatah ini, maka moleklah kiranya majlis ini diwujudkan dengan harapan segala permasalahan dan kemusykilan yang timbul dalam benak fikiran tuan-tuan dan puan-puan dapat dirungkaikan dan dilunaskan dengan cara yang efisien dan berkesan. Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, `BESAR TAPAK TANGAN, NYIRU KAMI TADAHKAN`. Belum terlambat kiranya untuk saya mengucapkan Selamat datang dan Welcome kepada para pelajar baharu sekalian ke Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, `SINAR ILMU DI UTARA`. Sesungguhnya, kehadiran para pelajar baharu sekalian ke alam perguruan menambahkan seri dan corak terhadap profesion keguruan. Diharapkan moga para pelajar baharu sekalian dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengetahuan untuk berjaya dan bergelar sebagai seorang guru cemerlang.

3. UCAPAN TIMBALAN PENGARAH


Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang selisih; Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan pengikat kasih.

Bagi meneruskan agenda majlis, majlis dengan penuh takzimnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim bin Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bagi memberikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan. Majlis merakamkan sekalung ucapan terima kasih kepada Tuan Timbalan Pengarah atas ucapan beliau sebentar tadi.

4. PENUTUP Sebelum menutup tirai majlis `PENGARAH BERSAMA WARIS` pada kali ini, saya selaku pengacara majlis pada hari ini ingin memohon maaf atas ketelanjuran kata dan kesilapan yang tidak sengaja dilakukan sepanjang saya mengendalikan majlis pada pagi ini. Moga profesion perguruan akan terus gemilang untuk agama, bangsa dan negara. Mengumumkan keberangkatan keluar dewan Yang Berbahagia Tuan Timbalan Pengarah serta barisan tetamu kehormat.