Anda di halaman 1dari 15

MALAM ANJUNG BUDI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TAHUN 2011 TEMPAT TARIKH MASA : DEWAN BESAR

IPGK DARULAMAN : 18 OKTOBER 2011 : 8.00 MALAM

PEN. MAJLIS : NURULAIN FAZILLAH BINTI MOHD SAID MIOR FAKHRULLAH BIN ABDULL JALIL

1. MENGUMUMKAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG BERBAHAGIA, TUAN HAJI HASHIM BIN ASMAN, TIMBALAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN DIIRINGI OLEH, YANG BERUSAHA, ENCIK MOHD NASHRI BIN YAAKUB, PENOLONG KETUA UNIT KOKURIKULUM, SAUDARA MOHD HARITH BIN SUKRI YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PARA KETUA JABATAN, KETUA-KETUA UNIT, PARA PENSYARAH, SERTA BARISAN EXCO JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

MASUK KE DALAM DEWAN. 2. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA ALHAMDULILLAH...................... YANG BERBAHAGIA, TUAN HAJI HASHIM BIN ASMAN, TIMBALAN PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN YANG BERUSAHA, ENCIK MOHD NASHRI BIN YAAKUB, PENOLONG KETUA UNIT KOKURIKULUM, SAUDARA MOHD HARITH BIN SUKRI YANG DIPERTUA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR PARA KETUA JABATAN, KETUA-KETUA UNIT, PARA PENSYARAH, BARISAN EXCO JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

SERTA HADIRIN WARGA DEWAN YANG DIKASIHI SEKALIAN. 3. UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS Alhamdullilah, rasa kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, atas limpah rahmat dan

keizinan-Nya, kita semua dapat berhimpun di dalam dewan ini, untuk sama-sama menjayakan MALAM ANJUNG BUDI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN TAHUN 2011. SELAMAT DATANG, WELCOME, AHLAN WASAHLAN KAMI UCAPKAN Buat kesekian kalinya IPG Kampus Darulaman melalui Unit Kokurikulum telah berjaya melangsungkan MALAM ANJUNG BUDI BAGI TAHUN 2011. Sebuah malam kemuncak, sebuah malam penuh gemilang, sebuah malam yang bakal menobatkan insan-insan yang terpilih bagi menggondol anugerah yang cukup berprestij. MALAM ANJUNG BUDI dilangsungkan bertujuan sebagai simbolik penghargaan dan mengalungkan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang khususnya dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan. Bukan sekadar itu, ia juga bertujuan bagi menyemarakkan semangat di dalam jiwa para pelajar sekalian bagi melibatkan diri secara aktif dan bersemangat dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan. DARI SEORANG GURULAH LAHIRNYA PEMIMPIN BERWIBAWA, DARI

SEORANG GURULAH LAHIRNYA ATLET BERSEMANGAT WAJA. Perlu untuk kita sedari bahawa, kita adalah generasi yang bakal mencorak masa depan cemerlang, gemilang dan

terbilang selaras dengan seruan 1 MALAYSIA.

4. UCAPAN PENOLONG KETUA UNIT KOKURIKULUM BURUNG KEDIDI TERBANG BERIRINGAN, BAGAI MEMPELAI SECOCOK SEPADAN, KALAU SUDI TAMPILLAH TUAN, LANTUNKAN MADAH JUA PESANAN.

Bagi meneruskan agenda majlis, kini majlis dengan berbesar hati mempersilakan, Encik Mohd Nashri bin Yaakub, Penolong Ketua Unit Kokurikulum bagi menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Nashri bin Yaakub atas ucapan sebentar tadi. 5. PERSEMBAHAN Sidang hadirin warga dewan sekalian, Buat pengetahuan umum, pada hari ini juga telah dilangsungkan Hari Kokurikulum peringkat IPG Kampus Darulaman. Pelbagai aktiviti kesukanan yang telah dijalankan bermula dari pagi hingga ke penghujungnya. Sebagai contoh, pertandingan akhir bola tampar, tenis, bola jaring dan hoki berjaya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Bukan sekadar itu, pameran kokurikulum juga turut dilangsungkan di Dewan Seri Banai dan ia telah dikelolakan oleh para pelajar semester 6. Pameran yang mendapat sambutan yang menggalakkan menghidangkan pelbagai informasi serta maklumat-maklumat menarik berkaitan akademik dan kokurikulum. Antara lain yang turut mencuri tumpuan adalah pertandingan permainan tradisional. Sememangnya usaha untuk memperbanyakkan permainan tradisional seperti yang telah dilakukan wajar mendapat pujian dan penghargaan kerana ia adalah sebuah usaha murni bagi mengelakkan ia terpinggir dan semakin tidak diendahkan. Secara keseluruhannya, Hari kokurikulum yang telah dilangsungkan dianggap berjaya dan cukup meriah.

Hadirin warga dewan sekalian, Lantunan suara merdu bak nuri, Diserikan pula pesona tarian, Pakaian disarung berseri-seri, Ayuh bersama kita saksikan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bagi menambah seri dan gemilang majlis, ayuh sama-sama kita alihkan tumpuan kepada persembahan-persembahan yang akan dilangsungkan. Hadirin sekalian akan disajikan dengan Tarian Melayu, diikuti pula Tarian India. Seterusnya, persembahan diteruskan dengan pesona Tarian Borneo dan persembahan pada malam ini akan diakhiri oleh alunan merdu suara oleh kumpulan nasyid ILTIZAM. Tanpa berlengah, ayuh kita saksikan.

6. PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH

Warga dewan sekalian, Begitulah tadi deretan persembahan yang telah kita saksikan. Begitu menarik, juga energetik membuktikan betapa para bakal guru IPG Kampus Darulaman sebenarnya berbakat dan mempunyai kemampuan untuk melakukan pelbagai aktiviti dan perancangan. Tahniah diucapkan.

Sidang hadirin sekalian, Terlihat indah awan nan tinggi, Menambah seri hadirnya mentari, Kini tiba detik dinanti, Debaran di hati terjawab kini.

Hadirin sekalian, kini tibalah saat, detik dan masa yang dinanti-nanti. Kemuncak majlis kini tiba dengan iringan debaran hati yang berdegup kencang menanti saat dan ketika diumumkan penerima anugerah-anugerah dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan. Degupan jantung semakin berdegup kencang jantung selari aliran masa yang berdetik. Justeru itu, ayuh kita tumpukan perhatian, jangan dialihkan siaran. Tetap kita bersama bagi meraikan tokoh-tokoh yang bakal dinobatkan dalam bidang masing-masing. Kini sukacita ingin kami umumkan PENERIMA ANUGERAH DALAM BIDANG PERMAINAN:

Seterusnya, ingin kami war-warkan PENERIMA ANUGERAH BIDANG OLAHRAGA: Wajah beliau bukanlah seperti Usain Bolt, namun kuasa larian beliau adalah kunci utama bagi menobatkan beliau selaku penerima anugerah ini. 12 September 1988 di Kuantan, Pahang, lahirlah seorang putera yang serba boleh dalam pelbagai bidang kesukanan terutamanya. OLAHRAGAWAN IPG KD PADA TAHUN 2006 ini pernah menggondol tempat pertama dalam acara 100m, 200m dan 4x100m. Bukan sekadar itu, kebolehannya dalam permainan bola sepak terserlah sehingga melayakkannya untuk mewakili IPG Zon Utara dalam sukan KAGUM. Mewakili IPG dalam Karnival Kayak Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan di Johor Bharu pada tahun 2008. Turut mengaktifkan diri dalam sukan ragbi dan seterusnya mendapat Johan Kategori Plate di IPG Kampus Ilmu Khas. Tidak cukup dengan itu, anugerah dan bakat yang dianugerahkan Allah kepadanya cukup luas. Beliau turut berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang nasyid sebagai rekod beliau pernah mewakili IPG KD ke pertandingan nasyid dan pernah mendapat Johan dalam Karnival Rakan Muda dan Festival Nasyid Bahasa Arab pada tahun 2009.

Ayuh sama-sama kita berikan tepukan kepada saudara MUHAMMAD ALI SADIQIN BIN MD HANAFIAH SELAKU PENERIMA ANUGERAH BIDANG OLAHRAGA. TAHNIAH DIUCAPKAN. Berikutnya, bagi menenangkan debaran di hati, dipersilakan PENERIMA ANUGERAH BIDANG UNIT BERUNIFORM: Beliau dilahirkan pada tanggal 17 Mei 1990 di Hospital Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Putera pilihan ini merupakan seorang putera yang berpegang pada prinsip Hidup Untuk Memberi. Memulakan pengajian A,B,C 1,2,3 beliau di Sekolah Kebangsaan Tun Datuk Haji Mustafa, Kudat, Sabah dan seterusnya beliau menyambung pengajian beliau di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah. Beliau melibatkan diri secara aktif dalam Unit Beruniform Pengakap dan kenangan manis buat beliau apabila beliau pernah dipilih untuk menjawat jawatan pengerusi pengakap. Turut menghiasi kenangan tersebut adalah apabila beliau dilantik sebagai Pembantu Jota & Joti Sedunia di Kem BP, Pokok Sena. Begitulah kenangan hidup serta sumbangan yang telah beliau curahkan sehingga melayakkan beliau dinobatkan selaku PENERIMA ANUGERAH BIDANG UNIT BERUNIFORM IPG KAMPUS DARULAMAN.

DENGAN SUKACITANYA MAJLIS MEMPERSILAKAN MUHAMMAD HAIKAL BIN MANSOR

TAHNIAH DIUCAPKAN. Kini kita nantikan saat diumumkan PENERIMA ANUGERAH BIDANG PERSATUAN: Terdengar tangisan si anak kecil pada tanggal 3 Jun 1989 disambut gembira ibu dan ayah tercinta. Puteri yang berasal dari Taiping, Perak ini merupakan puteri kesayangan keluarga dan beliau merupakan cahaya mata ketiga daripada 4 orang cahaya mata. Mula membaca dan mengira di Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping, Perak dan seterusnya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Convent Taiping. Suara merdu anugerah Tuhan sudah cukup membuktikan betapa beliau amat brkebolehan dalam bidang nyanyian. Meupakan vokalist utama kumpulan INFLAKASTA IPG KAMPUS DARULAMAN beliau pernah menggondol tempat pertama dalam pertandingan malam citra budaya asli. Bukan sekadar itu, beliau pernah menerima jemputan nyanyian di beberapa buah majlis rasmi dan turut pernah menghakimi Pertandingan Talentime TESL. Pernah memegang jawatan Naib Pengerusi Biro Warisan JPP pada tahun 2008. Ayuh sama-sama kita berikan tepukan gemuruh buat puteri yang dimaksudkan, saudari : NUR HANIS HAFIZA BINTI ABU HASSAN

Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudari Nur Hanis Hafiza binti Abu Hassan. Tampillah tuan, tonjolkan diri, Kerana tuan tokoh dinanti.

Dengan berbesar hati, ingin kami umumkan OLAHRAGAWAN IPG KAMPUS DARULAMAN BAGI TAHUN 2011 dinobatkan kepada insan yang cukup terpilih. Sekali pandangan mata, sudah terpancar aura ketokohannya dalam bidang kokurikulum. Putera kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang ini mula menjenguk dunia pada tanggal 13 Oktober 1988. Cahaya mata ke-3 daripada 9 adik beradik ini ternyata menonjol dalam pelbagai bidang di IPG Kampus Darulaman. Merupakan pelajar tahun akhir di sini, namun beliau seharusnya berbangga dengan pelbagai pencapaian dan anugrah yang pernah dimiliki. Berdasarkan rekod, beliau pernah mewakili IPG ke peringkat kebangsaan sebanyak 7 kali dalam sukan hoki dan beliau juga pernah dianugerahkan naib johan hoki kategori lelaki KAGUM PERINGKAT KEBANGSAAN pada tahun

2007. Melibatkan diri secara aktif dalam sukan Hoki, Olahraga, Ragbi dan juga Futsal telah membolehkannya berkebolehan dalam pelbagai bidang sukan. Sambutlah kejayaan beliau dengan tepukan, kini majlis dengan sukacitanya mempersilakan saudara Mohd Syafiq bin Hashim OLAHRAGAWAN IPG KAMPUS DARULAMAN TAHUN 2011. OLAHRAGAWATI IPG KAMPUS DARULAMAN BAGI TAHUN 2011 dinobatkan kepada: Beliau dilahirkan pada tanggal 4 Jun 1988 dan merupakan seorang puteri bongsu antara 12 orang adik-beradik. Berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan beliau pernah dinobatkan sebagai OLAHRAGAWATI IPG KD pada tahun 2011. Mendapat tempat kedua dalam pertandingan bola tampar pada kejohanan sukan di IPG Kampus Kota Bharu. Pernah menyertai pertandingan bola jaring peringkat zon utara dan mendapat tempat ketiga dan kenangan yang lebih manis adalah apabila dilantik sebagai ketua pasukan bola jaring. Puteri bertuah yang dimaksudkan ialah saudari: ZAKIAH BINTI MOHD SUFFIAN

Tahniah diucapkan.