Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERSARAAN PENGARAH

Assalamulaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih saudara pengacara majlis, Yang Berusaha, Dr. Hj. Hamzah bin Ihsan, Timbalan Pengarah MPPP, Pegawai Eksekutif, Ketua Jabatan Kajian Sosial, Ketua-ketua Jabatan, Para Pensyarah, Staf Sokongan, Dan para pelajar sekalian Dengan rasa penuh kesyukuran ke Hadrat Illahi, kita amat berbangga pada hari ini kerana dengan limpah dan izin-Nya, masih dapat kita bersama-sama. Tuan-tuan dan puan-puan serta guru-guru pelatih yang saya kasihi sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara/i pengacara majlis. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan Majlis Persaraan saya dan memberi kesempatan kepada saya untuk memberikan sepatah dua kata pada hari ini. Para pensyarah dan guru pelatih sekalian, Maktab Perguruan Perlis adalah sebuah maktab yang sangat indah. Indah bukan sahaja di mata, tetapi juga di hati. Negeri Perlis ini memang membawa banyak kenangan manis buat saya. Di sinilah saya dilahirkan dan dibesarkan. Di sinilah juga saya mendapat pendidikan awal sebelum saya berhijrah untuk menuntut ilmu dan ditempatkan di negeri lain untuk kepentingan perkhidmatan. Dan rupanya, disinilah saya ditakdirkan untuk menamatkan tempoh perkhidmatan saya dalam perkhidmatan awam. Maktab ini sebenarnya telah memberikan banyak kenangan. Ada kenangan pahit namun banyak lagi kenangan manis. Salah satu peristiwa penting yang tidak dapat saya lupakan ialah banjir besar yang melanda negeri kita pada bulan

Disember tahun 2005. Selama seminggu kita semua tinggal dalam keadaan suspens menunggu sama ada banjir akan terus bertambah atau sebaliknya. teruk sehingga tinggal sehelai Ramai staf kita yang sepinggang. Syukur rumah dan harta benda mereka ditenggelami banjir dengan Alhamdulillah semua kita selamat.

Tidak ketinggalan maktab kita juga turut ditenggelami banjir, di mana seramai hampir 200 orang pensyarah dan pelajar terpaksa makan apa yang ada. Contohnya mereka ini Inilah terpaksa berkongsi dengan hanya 4 tin sardin. dalam kuliah seharian. Selain dari itu, MPPP juga banyak mengimbau kenangan manis. Contohnya kita telah menempa nama dalam banyak bidang di peringkat kebangsaan. Contohnya, kita telah menjadi Johan Kagum Olahraga peringkat Kebangsaan. Kita juga telah menang banyak pertandingan permainan. Kita juga hebat dari segi penulisan. Kita telah menerima dua anugerah besar dalam R& D di peringkat kebangsaan. Maktab kita juga telah dijadikan bench-mark dari segi

pengalaman yang berharga yang tidak dapat diperolehi

infrastrukturnya. Pada tahun 2005 juga, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato Seri Hishamuddin telah memilih dan sudi datang ke majlis konvokesyen maktab kita. Jadi, semua ini akan menjadi kenangan yang akan saya bawa bersama sebagai sebahagian dari pengalaman saya. Kepada semua, saya ingin memohon maaf bagi pihak diri dan juga keluarga seandainya sepanjang saya mengemudi MPPP, terdapat salah dan silap yang menyentuh perasaan tuan-puan sekalian. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mempersilakan tuan-puan ke rumah saya di Ipoh.