Anda di halaman 1dari 23

Guru bergomol alami gangguan emosi

1 0 Google +0 0 0

Cetak

KAJANG: Gangguan emosi dipercayai menjadi penyebab seorang guru sanggup bertumbuk dengan guru besar di depan anak murid akibat perselisihan faham di sebuah sekolah di Air Itam, Georgetown, Pulau Pinang, kelmarin. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kementerian sedang menunggu laporan lengkap daripada Jabatan Pelajaran negeri berhubung kejadian terbabit. Setakat ini, guru terbabit dipercayai mengalami gangguan emosi., tetapi kementerian masih menunggu laporan lengkap berhubung kejadian. Tindakan lanjut akan diambil selepas laporan berkenaan diteliti, katanya. Beliau berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana memburukkan imej bidang pendidikan yang dipandang mulia masyarakat. Kawasan sekolah bukan tempat bergaduh, inikan pula membabitkan guru besar dan guru, ia memberi imej yang buruk, katanya. Akhbar kelmarin melaporkan dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca

selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum menegur guru kelas itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/02

Murid benci dimarah guru


0 0 Google +0 0 0

Cetak

BARU- baru ini, guru yang saya suka memarahi saya di depan pelajar lain kerana tidak dapat menjawab soalan yang ditanya. Saya rasa sangat sedih dan benci kerana bukan saya tidak mahu menjawab soalan itu, tapi memang tidak tahu jawapannya. Selalunya dia tidak pernah memarahi saya kerana dia seorang guru yang baik. Tapi apabila saya dimarahinya, saya menjadi tawar hati untuk belajar. Dr, saya ingin tahu, adakah dia sudah tidak suka kepada saya? Adakah guru marah anak murid kerana mereka ambil berat? Lara, Selangor

MENJADI seorang guru memang besar cabarannya. Berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar mendedahkan guru kepada pelbagai tekanan. Psikologi seorang guru perlu kuat kerana tugas guru banyak berhadapan dengan emosi. Guru baik ialah guru yang dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan tekanan berbeza. Selain itu, peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasa dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya nyata.

Peranan guru bukan saja sebagai penyampai ilmu, malah sebagai jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda dan pembangun sahsiah. Guru juga agen perubahan. Guru mendidik anak-anak bangsa, seperti adik yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara Dr lihat, perbuatan guru memarahi adik bukan kerana dia tidak suka kepada adik, tapi lebih kepada keinginan beliau agar adik dapat menguasai pelajaran yang diajar. Sikap ini menunjukkan guru adik memang mengambil berat. Tiada guru yang suka melihat anak muridnya gagal dalam hidup. Bersifat tawar hati untuk belajar akibat dimarah hanya akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran adik. Jadikan peristiwa dimarah guru itu sebagai motivasi untuk adik lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/22

Benci melampau
0 0 Google +0 0 0

Cetak
Oleh Michelle Gun

KUCHING: Akibat tidak sebulu dengan pegawai bawahannya, seorang guru besar sekolah rendah di sini, didakwa menyalahgunakan kuasa dengan menceroboh sistem maklumat peribadi empat guru lain semata-mata mahu mengisi borang bagi membolehkan keempat-empat guru terbabit dipindahkan. Perbuatan tanpa diketahui keempat-empat guru terbabit dipercayai bermula apabila guru besar berusia 53 tahun itu dikatakan memasukkan maklumat palsu dalam borang e-G (penukaran guru) selepas dikatakan mengarahkan guru yang bertugas di bahagian pangkalan data menukarkan kata laluan serta ID pengguna sistem maklumat peribadi mereka. Kejadian berlaku sejak April lalu hanya diketahui seminggu kemudian selepas seorang daripada guru terbabit gagal memasuki sistem berkenaan. Seorang guru terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shiela, 36, berkata, guru besar itu dikatakan tidak menyukainya kerana dia gagal menghadiri tiga aktiviti sekolah pada Disember tahun lalu atas sebab tertentu. Guru besar memaki saya dalam mesyuarat hanya kerana tidak dapat hadir dalam tiga aktiviti berkenaan. Saya tidak pernah menyangka masalah itu menjadi punca dia tidak menyukai saya sehingga sanggup mengisi borang pindah sekolah tanpa

pengetahuan, katanya yang sudah sembilan tahun bertugas di sekolah rendah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/11

Guru tertekan cuba bakar diri di tengah padang


1 0 Google +0 0 0

Cetak

BEZIERS (Perancis): Seorang guru matematik yang tertekan membakar dirinya di tengah padang sekolah semalam, tetapi dia dijangka selamat selepas guru dan pelajar segera menyelamatkannya. Guru wanita berusia 44 tahun itu mencurah petrol ke badannya ketika sesi persekolahan berehat pagi semalam. Dia kemudian menyalakan api untuk membakar dirinya. Saksi berkata, kejadian di Sekolah Menengah Jean Moulin di Beziers, selatan Perancis itu berlaku sehari selepas pelajar kelas guru terbabit mengkritik kaedah pembelajarannya yang terlalu tegas. Pegawai pendakwa berkata, tiada tuduhan jenayah akan dikenakan ke atas guru terbabit kerana dia jelas menghadapi tekanan. Guru itu mengalami kesan kebakaran tahap ketiga dan dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter. Ibu bapa pula berkata, guru terbabit menghadapi masalah dengan beberapa pelajarnya dan mengadakan pertemuan dengan mereka untuk meleraikan kekusutan. Menurut mereka, guru terbabit datang ke sekolah pagi semalam membawa satu bekas.

Dia kemudian mula mengajar pada jam 9 pagi sebelum berhenti rehat tidak lama kemudian. Saksi berkata, guru wanita itu pergi ke tengah padang, mencurah petrol ke badannya dan menyalakan api. Seorang daripada saksi berkata, guru itu berjalan kesakitan dengan tangan memegang kepalanya ketika badannya dijilat api. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/14

Cikgu kung fu guru besar


1 0 Google +0 0 0

Cetak
Oleh Hadzlihady Hassan

GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi kung fu antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu. Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya. Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba naik angin sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu. Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain, katanya. Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit. Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya, katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan, katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/02/29

Gambar lucah guru bersama teman lelaki tersebar


0 3 Google +1 0 0

Cetak

Bone: Beratus-ratus penduduk daerah Sinjai di Sulawesi Selatan menyerbu pejabat pendidikan tempatan, mendesak supaya seorang guru sebuah sekolah, Andi Sitti Amran dipecat. Tindakan berkenaan dilakukan selepas gambar lucah yang didakwa membabitkan guru itu bersama seorang lelaki yang bukan suaminya tersebar. Suasana tegang berlaku antara penduduk itu yang datang dengan motosikal dan trak dengan pengawal di pejabat berkenaan. Penduduk itu mendesak supaya dibenar bertemu dengan ketua pejabat itu. Bagaimana nak mendidik jika guru sendiri tidak bermoral. Demi masa depan murid, kami mohon guru itu dipecat serta-merta, kata seorang penduduk. Ketua Pendidikan Daerah, Andi Masati yang berbincang dengan penduduk berkenaan, bersetuju untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. Kes peredaran video lucah itu sudah lama berlaku dan sudahpun dilaporkan oleh suami guru itu kepada polis Sinjai. Bagaimanapun, hingga semalam, kes itu masih disiasat. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/22

Lepas geram
0 0 Google +0 0 0

Cetak
Oleh Mary Victoria Dass

JOHOR BAHRU: Berang kerana anak muridnya malas menyiapkan kerja rumah, seorang guru tuisyen menghukum murid lelaki berusia sembilan tahun itu dengan merotannya menggunakan rotan sepanjang kirakira satu meter di rumah keluarga guru itu hingga lebam di tangan kiri, belakang kiri badan serta punggung. Difahamkan, kejadian berlaku antara jam 10 pagi hingga 2 petang Rabu lalu apabila mangsa mengunjungi rumah guru berkenaan di Taman Nusa Perintis 1 untuk belajar pelbagai mata pelajaran seperti biasa, namun mangsa enggan menjawab soalan ditanya guru wanita berusia 30-an itu. Keadaan itu mengakibatkan guru tuisyen sepenuh masa itu berang dan hilang sabar sebelum merotan mangsa hingga lebam di beberapa bahagian badannya. Mangsa mengadu kepada ibu bapanya sebelum keluarga berkenaan mengambil keputusan membuat laporan polis. Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, mereka terkilan dengan kejadian menimpa kanak-kanak itu kerana percaya guru itu boleh mengendalikan sebarang masalah tanpa menggunakan kekerasan. Kami difahamkan guru itu memukulnya menggunakan rotan

panjang dan agak tebal di lengan kiri, belakang badan serta punggung. Sejak tiga tahun lalu, anak kami diajar guru berkenaan dan kami keliru mengapa dia boleh menjadi begini sedangkan kejadian sama tidak pernah berlaku, katanya. Sementara itu, Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Jason Teoh berkata, semalam pihaknya membawa guru itu berjumpa keluarga mangsa untuk berdamai. Menurutnya, ketika pertemuan itu, guru terbabit menyatakan kekesalannya dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada keluarga berkenaan. Dia mengaku merotan kanak-kanak itu untuk mendidik anak muridnya supaya lebih berdisiplin. Kami mendapati guru berkenaan sudah mengajar kanak-kanak berkenaan sejak tiga tahun lalu dan menerusi pertemuan itu, kami yakin ibu bapa mangsa memaafkannya dan memberi ruang kepada guru berkenaan, katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/10

Guna pembaris paku pukul murid


0 0 Google +0 0 0

Cetak

MANAMA: Seorang guru sekolah rendah dirujuk kepada pihak pendakwa raya di Bahrain kerana menggunakan pembaris kayu yang berpaku terhadap muridnya. Keputusan menggantung dan mengambil tindakan undang-undang terhadap guru wanita itu dibuat selepas disyorkan oleh panel penyiasat yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran, sususulan aduan daripada ibu bapa yang mendakwa dia bertindak ganas terhadap muridnya. Panel penyiasat itu berkata, ia mengumpulkan beberapa kenyataan daripada pelbagai pihak yang mengesahkan guru berkenaan mengguna pembaris berpaku untuk memukul pelajar, menyebabkan mereka mengalami kesakitan fizikal dan psikologi. - AN
Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/11

Murid dicabul guru lebih setahun lalu


0 0 Google +0 0 0

Cetak

KUALA LUMPUR: Rahsia kemurungan seorang murid perempuan berusia sembilan tahun terjawab apabila dia mendakwa dicabul guru lelaki sekolah itu sejak lebih setahun lalu. Perbuatan itu terbongkar jam 5 petang Khamis lalu, apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya berusia lewat 30-an sebelum membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, di sini. Menurut sumber, mangsa mendakwa dicabul guru lelaki berusia 30an itu sejak darjah dua. Guru lelaki itu dilaporkan memanggil mangsa datang dekat dengannya sebelum memegang alat sulitnya, katanya. Sumber berkata, mangsa tidak berani menceritakan kejadian itu kepada sesiapa, termasuk keluarganya, kerana bimbang dimarahi guru terbabit. Sejak itu, mangsa dilaporkan sering murung dan takut pergi ke sekolah. Namun tak tahan diperlakukan demikian, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya. Terkejut dengan pengakuan itu, ibu mangsa bergegas ke sekolah untuk mengadu kepada guru besar. Selepas siasatan dilakukan pihak pengurusan sekolah, guru terbabit mengakui melakukan perkara keji itu, katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di balai polis untuk tindakan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/12 0 0 Google +0 0 0

0.05% guru ada gangguan emosi


5 0 Google +0 0 0

Cetak

KUALA LUMPUR: Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik. KUALA LUMPUR: Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Moh Puad Zarkashi, berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian. Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya, hari ini. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT. Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010.

Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus. "Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini," katanya. Ini, katanya, termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12

Foto bogel tersebar: Guru besar berdepan tindakan


0 0 Google +1 0 0

Cetak

JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah di Flores, Nusa Tenggara Barat akan dihukum oleh pihak berkuasa tempatan selepas foto bogelnya beredar di kalangan masyarakat di situ. Tiga foto bogel guru besar itu dihantar kepada penduduk bandar Ende melalui telefon bimbit awal minggu ini. Gambar itu didakwa diambil oleh teman lelakinya yang kini bekerja sebagai guru di sekolah menengah di bandar itu. Berdasarkan undang-undang kerajaan, dia perlu dihukum kerana mencemari tanggungjawabnya sebagai penjawat awam iaitu untuk mempertahankan maruah di depan khalayak ramai, kata Timbalan Pengerusi badan perkhidmatan awam wilayah itu, Abdul Syukur.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/26

Guru laku seks dengan pelajar dijel setahun


0 0 Google +0 0 0

Cetak

SINGAPURA: Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara setahun semalam kerana melakukan seks dengan seorang pelajar berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan. Guru terbabit yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak memulakan hubungan sulit dengan pelajarnya itu tahun lalu selepas dia mula memberi kaunseling kepada remaja terbabit, lapor The Straits Times di laman webnya. Mahkamah diberitahu guru itu memikat remaja terbabit dengan hadiah, termasuk memberi senaskhah buku terlaris Eat, Pray, Love, mengisahkan kehidupan seorang janda Amerika yang kemudian dijadikan filem dan dibintangi Julia Roberts pada 2010. Kedua-duanya meneruskan hubungan lebih sebulan dan dalam tempoh itu mereka mengadakan hubungan seks di flet guru berkenaan sebelum ibu bapa pelajar itu mendapat tahu mengenai hubungan sulit mereka dan melaporkannya kepada pihak sekolah. ST
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30

Seorang mangsa hamil


0 0 Google +0 0 0

Cetak

HULU SELANGOR: Masa depan seorang daripada tiga remaja yang dijadikan hamba seks oleh seorang guru yoga punah apabila disahkan mengandung empat minggu. Difahamkan, mangsa yang mengandung terbabit berusia 15 tahun dan dihantar ibu bapanya untuk mengikuti kelas yoga itu yang dijalankan selama empat kali sehari disebabkan mangsa enggan ke sekolah dan tidak disiplin. Bagi tujuan itu, semua mangsa tinggal bersama guru berusia 54 tahun terbabit selama sebulan untuk menjalani rawatan pemulihan sebelum dibenarkan pulang. Difahamkan, rumah guru itu dihuni lebih 30 pelajar bermasalah lain yang dipulihkan dari segi disiplin mereka. Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy, berkata kebanyakan pelajar yang dihantar ke rumah guru terbabit adalah untuk menjadikan anak mereka lebih baik mengikut tempoh perjanjian yang ditandatangani.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/01/01

120 penampar dalam 1/2 jam


1 0 Google +0 0 0

Cetak

BEIJING: Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali. Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi. Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ. Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru. Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali, katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masingmasing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang! katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui

rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10. Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan. - DM
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24