Anda di halaman 1dari 8

NIK AMIRA SYAHIRAH BINTI HAMAD

PISMP BM 2 (SEMESTER 1)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tajuk Objektif

: Bahasa Melayu : 4 Sinergi : 23 Mac 2011 : 60 minit : 24 orang : Keluarga Bahagia : Pada akhir pembelajaran, murid mendapat:i. Berbincang sekurang-kurangnya 3 peranan ahli keluarga berdasarkan tajuk Keluarga Bahagia. ii. Membaca kuat dialog Keluarga Bahagia dengan

menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. iii. Membina sekurang-kurangnya 3 ayat berpandukan kad peribahasa yang ditampal oleh guru.

Fokus Utama :1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras: 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca.

Fokus Sampingan :5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras: 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

8.1

Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras: 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Kemahiran Bahasa: Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis Sistem Bahasa: Kata nama, kata hubung, kata tanya, kata pembenar, kata nafi, kata panggilan, ayat penyata, ayat tunggal, ayat perintah, ayat majmuk. Pengisian Kurikulum:a. Ilmu: pendidikan moral b. Nilai murni: kasih sayang, bekerjasama c. Kemahiran Bernilai Tambah:Kemahiran Berfikir: Menjana idea, mengkategori Kecerdasan Pelbagai: Interpersonel, muzik Pembelajaran Kontekstual: Mengaitkan, pengalaman sedia ada, hidup bekeluarga. Pengetahuan Sedia Ada: Membina ayat, merakam gambar bersama keluarga serta pernah mendengar lagu yang bertajuk Keluarga Bahagia.

Bahan Bantu Mengajar:

Gambar sebuah keluarga bahagia Kad arahan Lembaran Kerja Petikan dialog

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Soalan: 1. Apa maksud keluarga bahagia? 2. Siapa yang terlibat dalam sebuah keluarga? 3. Apakah panggilanpanggilan yang digunakan dalam sebuah keluarga?

Set Induksi ( 5 minit ) Guru menunjukkan gambar sebuah keluarga yang bahagia. Guru dan pelajar bersoal jawab tentang gambar tersebut. Guru mengaitkan tajuk pelajaran.

BBM: Gambar sebuah keluarga yang bahagia.

Strategi: Pendekatan Induktif

Nilai: Kasih sayang Bekerjasama

Petikan dialog Keluarga Bahagia

Langkah 1 ( 20 minit ) Guru mengagihkan petikan-

BBM: Rakaman dialog

petikan dialog kepada murid. Petikan dialog. Para murid diperdengarkan rakaman dialog. Murid-murid diminta membaca petikan dialog yang telah diberikan guru secara senyap. Beberapa orang wakil Strategi: Direktif Kontekstual Teknik drama

pelajar diminta ke hadapan kelas untuk main peranan sebagai watak nenek, ayah dan datuk. Guru dan murid bersoal jawab tentang isi petikan dialog yang telah dilakonkan. Kad-kad arahan Langkah 2 ( 20 minit ) Kumpulan 1: Menceritakan semula petikan yang dibaca dengan menggunakan perkataan sendiri. Kumpulan 2: Senaraikan ciri-ciri keluarga bahagia. Kelas dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugasan yang diberi berdasarkan kad-kad arahan. Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.

Kaedah Oral-Aural

KB: Penyelesaian masalah.

BBM: Kad arahan

Strategi: Kontekstual Metakognitif

Nilai Murni: Kumpulan 3: Nyatakan sebab-sebab mengapa individu akan berasa bahagia di samping keluarganya. Kasih sayang Bekerjasama

Kumpulan 4: Pelajar ditugaskan untuk menyatakan peranan setiap anggota keluarga untuk mewujudkan sebuah

keluarga bahagia. Peribahasa Berat hati Ikut jejak Bulat hati Lupa daratan Langkah 3 ( 10 minit ) Guru menampalkan kad peribahasa. Secara berpasangan murid diminta mencari makna peribahasa tersebut. Secara berpasangan, murid diminta membuat ayat menggunakan peribahasa yang disenaraikan untuk menunjukkan maknanya. Guru menilai ayat yang dibina dan dibentang oleh murid. Penutup kognitif: 1. Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? 2. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada pelajaran hari ini? Penutup ( 5 minit ) Murid diminta menyatakan perkara-perkara yang telah dipelajari. Guru membuat kesimpulan serba ringkas tentang topik yang dibincangkan. Murid menyanyikan lagu Keluarga Bahagia dengan iringan muzik. Nilai Murni: Kerjasama Strategi: Direktif

Kerja Rumah: Menjawab soalan-soalan kefahaman di dalam buku teks.

REFLEKSI TENTANG KEKUATAN KAEDAH, TEKNIK DAN PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN.

Pengajaran makro yang dijalankan pada hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang telah direncanakan. Segala pendekatan, teknik dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran makro ini dapat dilaksanakan secara keseluruhan dan tersusun. Antara kaedah yang diguna pakai dalam rancangan pengajaran harian (RPH) ini ialah kaedah oral-aural. Kaedah ini sering diguna pakai ketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Kaedah ini banyak menggunakan bahan bantu mengajar iaitu alat pandang dengar.

Antara implikasi daripada penggunaan kaedah ini ialah menjadikan sesi pembelajaran lebih kondusif dan menarik. Hal ini dikatakan demikian kerana muridmurid akan dapat memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap rakaman yang didengari sekaligus menghilangkan perasaan mengantuk dan jemu pelajar. Kaedah ini juga membantu meningkatkan penggunaan bahasa murid-murid terutama dari segi sebutan dan intonasi. Kaedah ini juga turut membantu mengembangkan keempatempat kemahiran bahasa murid-murid iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Namun, kaedah ini lebih memberi

penekanan terhadap kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Kaedah ini juga membolehkan murid memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Selain

itu,

saya

juga

turut

menggunakan

pendekatan

induktif

ketika

berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan induktif dapat ditakrifkan sebagai pembelajaran yang bercorakkan pertunjukan unsur-unsur bahasa dengan mengemukakan contoh terlebih dahulu sebelum mengemukakan generalisasi. Pendekatan ini memberikan kesempatan kepada murid untuk mencari generalisasi

yang sebenar melalui pemerhatian, pemikiran dan sebagainya. Sebarang kesilapan yang timbul atau berlaku akan dapat dibaiki dengan segera jika kesilapan tersebut dapat dikesan dari awal. Kebaikan pendekatan ini juga dilihat sesuai digunakan kepada murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah.

Saya juga turut menggunakan teknik kemahiran bercerita. Teknik bercerita ini digunakan pada langkah kedua pengajaran makro yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian. Teknik ini memainkan peranan penting dalam usaha

memotivasikan murid-murid untuk terus belajar. Hal ini dikatakan demikian kerana teknik ini dapat menarik perhatian murid terhadap topik yang akan disampaikan. Selain itu, teknik bercerita juga membantu memupuk perkembangan daya cipta dan imaginasi murid-murid. Implikasinya, murid dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Teknik bercerita ini juga membantu murid untuk memberi sepenuh perhatian terhadap cerita yang disampaikan.

Pembelajaran akan menjadi lebih bermakna apabila cerita tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan pelajar atau cerita yang dimainkan mempunyai unsur-unsur kecindan. Pembelajaran yang berlaku melalui teknik penceritaan bersifat kekal dan mudah diingati walaupun dalam jangka waktu yang panjang. Di samping itu, nilai-nilai murni juga dapat diterapkan kepada pelajar melalui cerita yang disampaikan. Nilai-nilai tersebut akan dapat dihayati dengan mudah oleh murid-murid memandangkan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka meniru watak-watak yang ditonjolkan. Teknik bercerita juga mendorong pelajar untuk melibatkan diri secara aktif ketika

berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan induktif ini juga turut diberi penekanan dalam pengajaran makro tersebut. Pendekatan ini merupakan perintis kepada kejayaan saya dalam memenuhi objektif pembelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan ini memberi

penekanan terhadap penglibatan murid secara aktif ketika sesi pembelajaran berlangsung. Untuk mengaplikasikan pendekatan ini, saya lebih banyak menggunakan kaedah soal jawab dengan para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana kaedah ini membantu saya untuk menggalakkan pelajar supaya berfikir dengan lebih kreatif dan kritis untuk mengemukakan idea atau contoh sebelum saya menyimpulkan hasil perbincangan tersebut dengan membuat generalisasi.

Saya juga turut menggunakan teknik drama dalam sesi pengajaran makro ini. Seperti yang kita sedia maklum, teknik drama mempunyai pelbagai jenis. Berdasarkan tahap kognitif pelajar, saya memutuskan untuk memilih teknik main peranan. Dengan teknik ini, para pelajar akan mendapat gambaran dan memahami situasi yang dialami secara spontan. Dengan itu, para pelajar dapat memahami sesuatu topik atau perbincangan itu dengan mudah dan tepat. Kemahiran ini juga membantu

meningkatkan kemahiran intrapersonal dan interpersonal pelajar. Teknik ini juga membantu meningkatkan keyakinan pelajar ketika berkomunikasi dengan masyarakat atau menyuarakan pendapat tentang sesuatu isu atau perkara. Akhir sekali, teknik ini juga membantu mencungkil bakat pelajar terutamanya dari segi lakonan mahupun seni suara. Dengan itu kelima-lima aspek JERIS ini dapat dicapai dengan sepenuhnya.

Tuntasnya, jelaslah bahawa teknik, pendekatan, kaedah dan strategi yang digunakan dalam pengajaran makro ini bukanlah sekadar suka-suka sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana item-item ini mempunyai matlamat dan objektif yang ingin dicapai.