Anda di halaman 1dari 2

Salah satu teknik untuk menguasai fakta asas darab ialah melibatkan anggota badan manusia, iaitu jari.

Teknik ini telah dipercayai diperkenalkan di Italy dan seterusnya berkembang di seluruh Eropah (Ball, 1960). Teknik ini melibatkan fakta asas darab 5 hingga 9.

Travis (2011) berpendapat bahawa teknik pengiraan menggunakan jari dapat membantu murid-murid belajar perkara asas dalam Matematik kerana murid-murid sekolah rendah mempunyai kesukaran untuk menguasai sesuatu yang bersifat abstrak. Tambahan pula,
menurut Foley (2008) menyatakan bahawa manipulating bermaksud tangan manakala perkataan digits pula bermaksud jari. Dari konteks penguasaan fakta asas darab dengan penggunaan jejari tangan, apabila kaedah jejari tangan selalu digunakan dalam menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan fakta asas darab, murid akan semakin mahir dari segi penggunaan jejari tangan mereka. Secara tidak langsung, apabila murid bertembung dengan soalan fakta asas darab yang sama, imej jejari tangan sudah berada dalam otak murid dan seterusnya membantu murid mendapat jawapan bagi soalan tersebut.

Suraidah (2008) yang menyatakan teknik penggunaan jari ini dapat membantu muridmurid meningkatkan keyakinan diri, kefahaman dan daya ingatan terhadap sesuatu yang telah dipelajari serta menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih bersemangat dan ceria. Seterusnya, murid-murid turut menunjukkan minat terhadap mata pelajaran matemtik.

Foley, B. (2008). Multiplication tables - Better ways. Diperoleh pada 24 Februari 2011 dari http://ezinearticles.com/?MultiplicationTablesBetterWays&id=1585240 Janting anak Ringkai (2005). Mempelbagaikan Pendekatan untuk Membantu Murid Tahun 5 Kuasai Sifir Darab 1 hingga 10. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan, 89-97. Diperoleh pada 12 Februari 2013 dari http://ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005.10%20janting.pdf

Anda mungkin juga menyukai