Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Saya Sangkari a/p Suppaiah dari unit Bahasa Tamil 2 PISMP sem 4 mengucapkan ribuan terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah Pendidikan Jasmani saya En Jalil Osman. Kekuatan pengajaran mikro saya ialah, standard kandungan dan standard pembelajaran yang saya pilih bagi murid-murid tahun 2 memang sesuai pada tahap pembelajaran mereka. Saya memilih standard kandungan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul serta Standard Pembelajaran iaitu 1.4.1 Melambung, menyambut, menggolek, menendang, menyerkap, melantun, membaling, menangkap, memukul, dan mengelecek. Aktiviti yang saya telah

rancangkan memang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti berikut: Objektif Pembelajaran : Psikomotor : Murid-murid dapat melambung, menyambut, dan melantun bola sekurang-kurangnya 3 kali daripada 5 percubaan. Kognitif : Menyatakan otot-otot yang terlibat semasa melambung, menyambut dan melantun bola. Afektif : Menunjukkan sikap kerjasama dalam kumpulan. Saya merancangan aktiviti-aktiviti kelas dan aktiviti kumpulan seperti station games semasa pengajaran mikro merupakan sesuatu kekuatan bagi pengajaran mikro saya kerana saya dapat mencapai objektif membelajaran pada hari tersebut apabila mempelbagaikan aktiviti atau aktiviti berlainan bagi setiap stesen. Dalam gerakerja kelas semua pelajar menjalankan aktiviti yang sama. Pada kemuncak pula saya mengadakan permainan kecil iaitu mini basket ball yang dapat menarik perhatian para pelajar serta dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari pada hari tersebut. Pada masa penutup, aktiviti menyejukkankan badan seperti Thai -Chi dan refleksi atau

maklum balas pelajar dapat merumuskan pengajaran mikro pada hari tersebut dengan jayanya. Kelemahan pengajaran saya pada hari tersebut ialah saya tidak mengulang aktiviti yang saya telah rancangan pada permulaan iaitu Berlari Memindahkan Bola. Hanya sekali sahaja saya memberi peluang kepada para pelajar untuk bermain. Jikalau saya mengulangi aktiviti tersebut, mungkin saya dapat meningkatkan Kadar Denyut Nadi (KDN) para murid. Pada gerakerja kelas, saya harus mempelbagaikan aktiviti supaya murid-murid dapat berasa seronok dan dapat memahirkan kemahiran secara beransur maju. Cadangan penambahbaikan pula, saya perlu mengulang aktiviti yang saya telah rancangan pada permulaan iaitu Berlari Memindahkan Bola. Hanya sekali sahaja saya memberi peluang kepada para pelajar untuk bermain. Hal ini dapat meningkatkan KDN para murid serta membantu para pelajar untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya tanpa kecederaan otot-otot. Saya juga seharusnya mempelbagaikan aktiviti pada gerak kerja kelas supaya dapat menyeronokkan para murid serta dapat memahirkan kemahiran yang telah dipelajari. Sekian terima kasih.