Anda di halaman 1dari 10

KES BULI DI SEKOLAH - FAKTOR-FAKTOR DAN CARA MENGATASI.

Kes buli merupakan salah satu kes yang semakin serius melanda negara kita, terutamanya kes buli yang berlaku di sekolah. Menurut Kamus Dewan edisi-4 buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera,mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Secara dasranya, buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Selalunya, perbuatan buli ini melibatkan lebih dari seorang pembuli. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain. Sebagai contoh, akhbar Berita Harian yang bertarikh 7 Mac 2012 telah melaporkan kes buli pelajar Tahun 1 di Sikamat, Seremban. Ini menunjukkan bahawa kes buli tidak mengira umur atau pun jantina. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa membuli merupakan sebuah masalah yang melibatkan sekolah-sekolah di kawasan-kawasan pedalaman dan berpendapatan rendah di negara ini, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Di dalam bentuk yang tersembunyi seperti usikan dan ejekan nama sehinggalah kepada perlakuan-perlakuan yang lebih agresif dan ganas, termasuklah ugutan, buli telah melibatkan kehidupan kedua-dua golongan kaya dan miskin. Yang pastinya, buli menyebabkan keyakinan diri yang rendah pada kanak-kanak dan masalah tidak menghadiri sekolah, paling teruk adalah ia boleh menyebabkan ketidakupayaan dan kehilangan nyawa dan ianya telah pun berlaku pada 24 Jun 2010, di mana seorang pelajar Tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja yang telah meninggal dunia. Menurut pegawai-pegawai pendidikan dan pakar psikologi kanak-kanak, keganasan di sekolah tampak semakin meningkat di negara ini, sekaligus menimbulkan kebimbangan kepada para ibubapa, guru-guru serta penggubal polisi. Tetapi kesan yang lebih ketara hanya

dapat dirasai oleh kanak-kanak itu sendiri. Namun, setiap masalah atau isu ada jalan penyelesaian. Esei ini akan membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan isu buli di sekolah berlaku dan langkah-langkah penyelesaian.

Isu buli yang semakin menular di Malaysia

Seperti yang telah sedia maklum, setiap isu yang berlaku pasti ada sebabnya. Begitu juga dengan isu buli ini. Jika dilihat isu ini selalu melibatkan senior dan junior dan selalu di dalam berkumpulan. Selalunya isu ini berlaku kerana adanya pengaruh rakan sebaya. Perkara ini dapat dilihat di dalam sesuatu kumpulan yang membuli di mana umur mereka sebaya antara satu sama lain. Seperti yang berlaku di maktab Tentera Diraja, kumpulan yang membuli adalah dari kalangan pelajar Tingkatan 5. Selain itu, isu ini juga berlaku atas dasar tidak puas hati terhadap seseorang individu. Mungkin pembuli tidak puas hati dengan pencapaian cemerlang pelajar junior yang menyebabkan guru-guru lebih memberi perhatian kepada pelajar junior tersebut. Pelajar yang membuli juga seringkali dikaitkan dengan masalah disiplin yang teruk. Mereka ini adalah pelajar yang tidak begitu menyerlah dalam akademik, nakal dan sukar dikawal. Mereka ini selalunya membuli kerana ingin menghilangkan perasaan

bosan dalam diri mereka dan ini seringkali berlaki kepada pelajar yang tinggal di asrama. Pelajar yang mempnyai susuk badan yang sasa juga adalah faktor pelajar membuli. Ini kerana pelajar tersebut akan beranggapan bahawa mereka adalah pelajar yang paling kuat di sekolah dan ini menyebabkan pelajar junior yang mempunyai susuk lebih kecil menjadi mangsa buli mereka untuk mereka menunjukkan kekuatan. Namun, pembulian itu menyakitkan bukan disebabkan oleh kesan-kesan luka atau lebam, tetapi disebabkan oleh kesan emosi. Ditumbuk, ditendang, dibelasah atau dilanggar boleh meninggalkan kesan fizikal. Usikan dan penyisihan walau bagaimanapun boleh menyebabkan kesan emosi yang mungkin tidak akan sembuh. Apabila melihat mereka yang lain turut dibuli juga boleh menimbulkan ketakutan yang sama. Kesannya ialah sesetengah kanak-kanak terpaksa melalui zaman persekolahan mereka dengan berasa sunyi, disingkirkan serta takut dan tidak dapat mempercayai bahawa keadaan mereka boleh berubah. Kajian mencadangkan bahawa kejadian membuli pelajar-pelajar lebih muda yang berlaku hanya sekali sahaja tidak semestinya mempunyai kesan-kesan yang berpanjangan, manakala kejadian yang berlaku dengan kerap dan lebih teruk boleh mewujudkan suatu bayangan. Kajian juga mengatakan bahawa satu episod membuli yang kecil tidak semestinya memberi kesan yang panjang, manakala episodepisod yang lebih kerap dan lebih teruk mungkin akan menjadi bayangan kepada masa depan seseorang remaja. Perasaan yang penuh dengan ketidakadilan dan ketidaksamaan serta ketakutan masih kekal terbuku di dalam ingatan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa walaupun perkara tersebut telah lama berlalu.

Mangsa buli

Isu yang semakin serius ini perlu diambil tindakan dengan segera. Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Setiap pelajar perlu dibimbing dengan ajaran mengikut agama masing-masing. Ini kerana setiap agama yang wujud melarang umatnya menganiaya orang lain. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama. Peraturan tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa memilih bulu. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan seperti pihak sekolah dan badan berwajib juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Pihak-pihak tersebut tidak boleh

berdiam diri kerana jika isu ini tidak dibendung, perkara yang lebih teruk pasti akan berlaku pada masa akan datang. Selain itu, media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab sosial mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juga perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategik seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitif dengan isu buli. Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan memberi pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan. Dengan usaha badan- badan tersebut, akhbar Utusan telah melaporkan pada tarikh 14 Julai 2011 di mana sebanyak 9.42 peratus kes buli telah menurun. Ini telah dikatakan sendiri oleh Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran. Ini menunjukkan suatu petanda baik dalam usaha menangani gejala buli di sekolah. Oleh itu, golongan umu yang ingin membantu dalam menangani isu ini boleh melayari laman web http:// ebuli. upsi. edu. my Pada masa sama, ahli keluarga juga perlu diberikan kaunseling supaya ibu bapa (dan ahli keluarga) boleh bersama-sama mengubah situasi dalam rumah demi kebaikan anak yang masih kecil. Mengapa buli perlu dihentikan? Kajian jelas menunjukkan pembuli biasanya mempunyai pencapaian pelajaran yang

kurang baik dan berkemungkinan tidak dapat menamatkan sekolah. Rentetan itu, mereka akan cenderung untuk terbabit dalam pelbagai jenayah apabila dewasa kelak khususnya apabila sukar mendapatkan pekerjaan. Malah ada kajian mendapati pembuli lebih berisiko menyalahgunakan dadah dan alkohol. Ada pakar psikologi berkata, ibu bapa perlu membantu anak mempunyai kawan sama ada di sekolah atau luar sekolah yang saling memberi sokongan antara satu sama lain. Kehadiran kawan dapat mengelakkan anak anda dan kawan-kawannya daripada menjadi mangsa buli. Pada masa sama, ibu bapa juga disarankan belajar cara untuk memperkasakan emosi anakanak. Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah dengan bertanya apa yang dilakukan anak-anak ketika di sekolah. Tanyakan dengan siapa mereka makan dan bermain, siapa yang duduk di sebelah mereka di bilik darjah atau dalam bas, apa yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, adakah mereka nampak rakan mereka diejek atau dipulaukan? Semua pertanyaan ini bukan sekadar mengajar anak anda berinteraksi bahkan ia secara tidak langsung menguatkan emosi si kecil kerana tahu mereka mempunyai ramai kawan. Jika anak anda memberitahu ada kawannya yang dipulaukan, anda bertanggungjawab memaklumkannya kepada guru sekolah, walaupun anda tidak kenal si mangsa supaya perkara itu boleh diselidik dan diambil tindakan sewajarnya.

Poster yang digunakan di sekolah adalah salah satu inisiatif mengatasi masalah buli.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

REFLEKSI

Isu buli semakin menular di kalangan sekolah rendah dan sekolah menengah dan semakin membimbangkan. Walaupun ada usaha yang telah dijalankan oleh beberapa pihak berwajib, namun isu ini tetap menjadi ancaman kepada generasi muda. Oleh itu, tugasan kali ini berkisarkan tentang apakah faktor yang menyumbang kepada isu ini dan bagaimana cara cara untuk mengatasi isu ini. Sepanjang saya menjalankan tugasan kali ini, saya telah menyedari tantang bahayanya isu ini kepada generasi muda dan apakah tindakan yang boleh saa ambil sebagai seorang bakal guru. Semasa mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan ini, saya berasa amat terkejut dengan statistik yang ditunjukkan, di mana terlalu banyak laporang tentang kes ini dilaporkan dan hanya sebilangan kes sahaja yang dapat diselesaikan. Kemungkinan besar ianya berpunca daripada guru guru yang hanya mengambil ringan tentang kes ini. sebagai bakal guru, terdapat beberapa langkah yang boleh saya ambil dalam menangani isu ini agar tidak merebak menjadi lebih serius. Sebagai contoh, saya boleh jadikan diri saya sebagai contoh tauladan kepada anak didik saya agar mereka boleh mengambil iktibar dan semestinya seorang guru perlu menjadi contoh tauladan ataupun role model kepada murid. Selain itu, seorang guru juga perlu memberi perhatian yang sama rata kepada semua murid di sesebuah sekolah. ini kerana kebanyakkan pelajar yang membuli merasakan mereka tidak diberi perhatian yang secukupnya oleh guru. oleh itu, mereka membuli pelajar yang mendapat perhatian yang lebih. Pada pendapat saya, seorang pendidik tidak boleh memilih bulu dalam menyampaikan ilmu. Oleh itu, peranan guru amat penting dalam menangani isu buli ini. Selain itu, saya juga menyedari bahawa isu ini tidak boleh diletakkan di bahu guru dan pihak sekolah sahaja. Ibu bapa dan masyarakat umum juga perlu memainkan peranan dalam membanteras isu ini, terutamanya ibu bapa. Ini kerana ibu bapa merupakan orang yang mampu memerhati dan mengawasi anak- anak mereka di luar

waktu sekolah. Selain itu, pihak berwajib dan NGO pelru mengabil tndakan yang sewajarnya kepada pembuli dan tidak berkompromi tentang kes ini. Secara konklusinya, isu ini amat berat dan perlu ditangani dengan cepat dan bijak. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

RUJUKAN

Buli, (n.d.) Retrieved February 15, 2013 from http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kejadian.&d=10

Tuty Haryani Ahmad Fauzi. ( 2012, July 03 ). Siasatan kes buli, pukul murid bermula. BHarian Online. Retrieved February 17, 2013, from http://www.bharian.com.my

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The Australian Council For Educational Research Ltd.

"Kes Buli Di Sekolah Turun 9.42 Peratus Tahun Lepas." Utusan.com. Utusan Malaysia, 14 July 2011. Web. 28 Feb. 2013. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0714&pub=Utusan_Mala ysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Othman, Mohd. Ismail. Menangani Displin Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd, 2006.